Bab 50

Romance Series 30289

~~~~~~

"SYARIFAH NUR HEDRINA LIYANA!!You have to tell me the truth".Kata Khai dengan nada yang tinggi.

"Ah???Bagitahu ape ni?".Tanya Rin yang sedang mencari t-shirt di dalam bagasinya.

"Kau kenal Sheik Dazril Hairi Farqah kan??".Tanya Khai.

"Siapa tu???".Soal Rin dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

"Lelaki yang bergambar dengan Tengku Fayyad tu.".Jawab Khai seraya memandang Rin yang sedang memandang dirinya.

"Oh lelaki tu??Kenapa dengan dia??"Tanya Rin dengan matanya tidak bertembung dengan mata Khai.

"Kau kenal dia kan??".Soal Khai yang pasti Rin mengenali lelaki itu.

"Tak la.Aku tak kenal dia pun".Jawab Rin dengan matanya masih memandang ke arah lain.

"Habis??Kalau macam tu?Macam mana kau boleh berkawan dengan dia dekat fac.Setahu aku friend list kau hanya orang yang kau kenal je.Kalau yang tak kenal kau tak akan add orang tu".Kata Khai yang amat mengenali sikap kawannya.

"Alamak aku nak jawab ape ni??".Telah Rin di dalam hati yang sudah buntu.

"Rin..Jawab soalan aku".Ujar Khai yang merenung sahaja muka Rin yang mula cuak itu.

"Aah aku kenal dia.Dia rapat dengan papa aku".Alasan yang bagi Rin agak munasabah itu menjawab pertanyaan daripada Khai.

"Tak lebih daripada tu??".Tanya Khai yang tidak percaya akan jawapan yang telah diberikan oleh Rin.

"Nope!!".Pantas Rin memotong kata-kata Khai.

"Look at this!!".Tutur Khai seraya menunjukkan Rin paparan skrin telefon pintarnya.

Mata Rin membulat tatkala melihat gambar yang terpapar di skrin telefon Khai.Gambar dia yang sedang memegang jambangan bunga coklat itu di ambil Hairi ketika gadis itu sedang memandang orang awam yang sedang memerhatikan mereka berdua tetapi gambar itu di blurkan Hairi supaya tiada siapa tahu akan gerangan wanita yang berada di dalam gambar tersebut.

"Kau tahu tak ape caption dia??".Soal Khai yang ingin memberitahu Rin.

"Tak dan tak nak amik tahu".Balas Rin yang malas mahu tahu tentang Hairi.

"Even kau tak nak pun,aku akan bagitahu jugak.Caption dia....I tahu yang you tak sayangkan I..I tahu yang you tak cintakan I.I tahu yang semakin hari semakin bertambah benci you pada I.I tahu semua tu tapi I akan berusaha untuk buat you jatuh cinta pada I sebagaimana I jatuh cinta dengan you.Please jangan bencikan I.Please jangan tak sukakan I.Please bagi I masa dan peluang untuk buat you tersenyum seperti tadi.I love you so much my cuttie fatty".Beritahu Khai tentang isi caption yang ditaip oleh Hairi.

"So??Tak semestinya orang tu ialah aku??".Jawab Rin yang hatinya agak tersentuh dengan caption Hairi.

"Sebab aku nampak bunga coklat yang sebiji macam dalam gambar ni kat dalam kereta kau dan pakaian kau sebiji seketul macam orang dalam gambar ni".Jelas Khai yang yakin dengan telahan dia.

"That's not me....".Balas Rin yang masih tidak mahu mengiakan kata-kata Khai.

"Rin aku tahu kau tak pandai menipu but please kenapa tak bagitahu aku".Khai mula kasihan akan nasib yang ditimpa oleh kawannya.Rin memandang Khai dengan pandangan yang kosong.

"Benda macam ni kau patut bagitahu aku Rin sebab tu lah aku benci kau".Ujar Khai dengan nada yang rendah.

Air mata Rin tidak dapat diseka lagi di saat dia mendengar segala perkataan dan ayat yang keluar daripada mulut Khai.Khai mendekati kawannya lalu memeluk sahabatnya itu untuk menenangkan dirinya.

"Nangislah Rin.Nangis puas-puas.Aku akan sentiasa ada kat sebelah kau".Bisik Khai di telinga kanan Rin.

"Maafkan aku Khai sebab tak bagitahu kau".Ujar Rin yang tersedu-sedu itu.

"It's okay babe.Aku faham".Sambung Khai.Belakang badan Rin ditepuk lembut oleh Khai.Barulah dia sedar akan apa yang sedang dihadapi Rin ini bukanlah kemahuan dia.Bersama dengan orang yang tidak dia cintai apatah lagi sayangi.Semua ini diatur oleh kedua ibu bapanya yang memaksa Rin mengikut kehendak mereka.Melihat sahabatnya itu menangis di dalam dakapannya,Khai turut mengalirkan air matanya kerana rasa kasihan terhadap temannya itu mula bertambah.

>>>>>>>>

Sekuntum bunga daisy yang berwarna kuning dipegang kemas oleh Hairi.Tersengih-sengih dia apabila teringat akan wajah comel yang memberikan bunga itu kepadanya.

"Kalau terasa area sit you tu berbau,you baulah bunga ni".Kata-kata Rin berlegar di dalam fikiran Hairi.

Hairi tidak boleh berhenti memikirkan tunangnya itu.Wajahnya,kecomelannya,senyumannya dan tawanya tidak dapat Hairi lupakan.Walau bagaimanapun,dia juga turut melihat gadis itu mengalirkan air matanya di hadapan dia.Jadi kerana itulah,dia perlu lakukan sesuatu supaya gadis itu menjadi miliknya dan dia hanya mahu dirinya sahaja dipandang oleh Rin.Tetapi bagaimana??Apakah cara yang perlu dia buat agar segala harapannya itu terjadi??

"Ehem-ehem abang bertopeng dah kenapa termenung je tu??".Tegur Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Ha??Eh Tengku?Tengku buat ape kat sini??".Soal Hairi yang agak terperanjat apabila melihat Tengku Fayyad berada di sebelahnya.

"Aku kat sini sebab nak pulangkan phone kau ni.Kau tertinggal kat atas seat masa kita berborak tadi".Jelas Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Ohhhhh,terima kasih Tengku".Ucap Hairi seraya mengambil telefonnya di tangan Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"By the way,sejak bila kau jadi mamat bunga ni??".Tanya Tengku Fayyad Ariq Zayne yang memerhatikan sahaja gelagat Hairi yang asyik memandang bunga dipegangnya itu.

"Hahaha mana ada Tengku.Mana mungkin aku jadi mamat bunga".Tutur Hairi lalu tertawa.

"Hehehe tak mustahil tau.Tapi kenapa kau asyik tenung je bunga tu??Kalau nak bunga tu lagi aku boleh belikan".Sakat Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Eish tak mau lah Tengku.Cuma bunga ni berharga bagi aku".Ujar Hairi seraya tersenyum lebar memandang semula bunga daisy itu.

"Bunga??Berharga??Maksudnya??".Soal Tengku Fayyad Ariq Zayne yang mahu tahu akan apakah maksud ayat yang dikatakan oleh Hairi.

"Bunga ni.....Orang yang aku sayang bagi kat aku masa kat airport tadi".Jawab Hairi yang masih tidak lekang senyuman di bibirnya.

"Ohhh siapa orang yang berjaya cuit hati kau ni??".Tanya Tengku Fayyad Ariq Zayne yang ketika itu juga dia teringat akan seseorang.

"Tunang aku".Balas Hairi ringkas.

"Wop wop wop.Wait a minute,sejak bila kau dah bertunang ni??".Tengku Fayyad Ariq Zayne terkejut mendengar jawapan daripada Hairi.

"Dalam beberapa minggu yang lalu".Jawab Hairi tanpa teragak-agak.

"Wow tahniah la eh.Untung kau dah bertunang.Aku ni still single".Kata Tengku Fayyad Ariq Zayne bernada perlahan.

"Eh eh.Bohonglah.Tengku ni kan Tengku,mustahil tak ade orang nak".Ujar Hairi dengan dahinya dikerutkan.

"Ermmm....Macam mana nak cakap eh??Ada tu memang ade cuma aku yang memilih sikit tapi sebenarnya kan...Ianya boleh dikatakan yang hati aku ni telah dicuri".Jawab Tengku Fayyad Ariq Zayne dengan wajahnya mula berona merah.

"Ohhh hati manyak syiokkk eh???".Kali ini Hairi pula menyakat Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Haishh kau ni kan....Dah la,makin lama aku kat sini makin lambat la aku siapkan presentation aku tu.So,aku gerak dulu la eh".Kata Tengku Fayyad Ariq Zayne yang baru teringat akan kerjanya.

"Hahaha okay okay,bye bye".Hairi memandang Tengku Fayyad Ariq Zayne yang berjalan menuju ke tempat duduknya.

Jejaka yang segak memakai kemeja berwarna dark grey itu menyambung memandang bunga yang berkembang mekar itu tetapi dia teringat akan sesuatu.Sesuatu yang mungkin akan menghalang perhubungan antara dia dengan Rin.Tidak tahulah sama ada dia akan terganggu dengan kehadiran orang itu atau tidak
,akan tetapi dia pasti yang lelaki itu bakal jadi pengacau hubungan dia bersama tunangnya itu.

"Tengku Khalil Izuddin Arasy??Huhhhh!!!You have to stay away...or else I will hunt you!!".Telah Hairi di dalam hati dengan senyuman sinis di bibirnya.

==========

Malam pertama Rin dan rakan sekelasnya di Tadom Hill tidaklah semeriah mana.Mereka bercadang untuk membuat hal sendiri pada malam pertama mereka menginap di situ.Selepas Rin menunaikan solat Isyak berjemaah dengan Khai,mereka berdua makan malam bersama-sama dan kawan-kawan mereka yang lain juga turut menjamu selera ketika itu.Seperti biasa,waktu makan bukanlah hanya makan sahaja.Mestilah ada berbual tentang pelbagai perkara.Tidak kiralah lelaki atau perempuan,masing-masing cuba membuatkan rakan-rakan yang lain tertawa apabila mendengar cerita mereka terutamanya Kiran.

"Ingat tak masa Syifa terpatahkan spatula waktu dia nak sebatikan adunan Spartak Cake.Entah macam mana dia boleh patahkan spatula tu..Hahaha".Kata Kiran lalu tertawa besar.

"Ha ah weiiiii..Aku yang ada kat sebelah dia pun terkejut time tu..Tergelak besar aku..Nasib Puan Diana tak nampak.Kalau nampak memang MASAKLAH KAU".Sambung Rin yang ada ketika situasi tersebut berlaku di hadapan matanya.

"Lepas tu ape yang terjadi??".Tanya Aqiel yang tertarik dan mahu mengetahui kesinambungan cerita Kiran.

"Apa lagi...Aku terus buang la spatula tu".Jawab Syifa yang membuatkan kawan-kawannya tertawa mendengar jawapan daripada soalan Aqiel.

"Kelam-kabut dia time tu,aku dengan Rin gelak terbahak-bahak tengok dia".Ujar Kiran yang air matanya mula mengalir disebabkan ketawa.

"Ye...Aku tak dapat tahan gelak langsung.Haaa.Pastu kan aku teringat something.Kejadian yang berlaku waktu firsttttttttt time kita masuk kelas".Rin teringat semula kenangan sewaktu hari pertama mereka masuk ke dalam bilik kuliah di Universiti Teknologi dan Kemahiran Malaysia yang menjadi tempat pengajian mereka kini.

"Uishhh jangan di cerita pasal time tu".Izhan tidak mahu mengenang perkara yang lalu kerana baginya...Ianya sangat memalukan..Hahaha.

"Hahaha masing-masing time tu suci je muka..Perangai pon suci je.Sekarang!!Ya ALLAH!!Perangai kalah setannnn".Celah Aleen yang sedang memegang sudu itu.

"Hahaha..Tapi engkaulah kepala setannya Aleen".Tambah Tira yang sedang duduk di sebelah Aleen.

Aleen yang mendengar kata-kata Tira terus mencubit lengannya.Mengadu kesakitan rakan sekelas Rin itu.Kawan-kawan mereka berdua hanya tergelak sahaja dengan gelagat dua orang rakan mereka itu.Aleen dan Tira ni memang suka sangat bergaduh,menyakat antara satu sama lain dan cari pasal.Walau bagaimanapun,persahabatan mereka berdua tidak pernah renggang,malah perbuatan nakal itulah yang merapatkan hubungan persahabatan antara Aleen dan Tira.

"Dah dah la tu,kang berlebam anak orang".Tegur Nick yang berada di hadapan mereka berdua.

"So,kejap lagi korang buat ape je??".Tanya Syukri yang mahu mengetahui aktiviti kawan-kawannya selepas mereka mengisi perut.

"Aku semestinya tidur.Penat la drive".Balas Aleen yang memandu keretanya dari Kuala Lumpur ke Selangor.

"Ehhh bohong.Tak la jauh mana.Aku okay je".Tutur Hafriz yang juga menjadi pemandu kereta ke Tadom Hill ini.

"Eleh kau tu lelaki.Kudrat kau lain.Aku lain".Aleen tidak mahu mengalah dengan Hafriz.

"Adoii Aleen kau ni memang tak nak mengalah kan???".Ujar Hafriz yang kenal akan sikap perempuan yang kebanyakkannya tidak mahu mengalah(Ok i admit benda tu sbb mmg btul pun.Rata2nya perempuan ni mmg x nak mngalah tapi lelaki pon sama kan??).

"Well.Ini Aleen la..Aleen is the best!!!Okay la kalau tak ade ape-ape lagi.Aku dengan Wawa nak masuk bilik dulu.Kitaorang gerak dulu la eh.Assalamualaikum.Good night".Kata Aleen yang sudah berdiri dan mahu pergi dari meja makan itu.

"Waalaikumusalam.Selamat malam.Sebelum tidur jangan lupa basuh kaki".Ingat Nadheera kepada kawannya.

"Ok la kitaorang pon nak gerak jugak ni.Nak round-round jap".Ujar Kiran mewakili kaum Adam yang berada di meja makan tersebut.

Selepas rakan lelaki sekelas Rin beredar dari situ,seorang demi seorang pergi menuju ke tempat yang mahu mereka tujui.Ada yang mahu berjalan-jalan di sekitar Tadom Hill,ada yang masih mahu lepak di situ,ada yang pulang ke bilik mereka dan ada yang mahu lepak berdekatan dengan tasik.

Rin dan Khai pula turut menyertai Aleen dan Wawa yang mahu melelapkan mata mereka.Khai masuk ke dalam bilik kerana mendapat panggilan daripada Amir iaitu teman lelakinya manakala Rin sedang berdiri di luar seorang diri untuk melihat langit yang cantik dengan kilauan bintang-bintang.

Pada waktu itu,Rin terpadang pokok-pokok yang terletak kira-kira 50 meter dari bilik.Dia nampak kain putih yang berdiri di celah-celah pokok itu.Rin menelan air liurnya dan hatinya mula berdegup kencang tetapi perasaan ingin tahu dia mula meninggi.

"AHHHH..Sudah.......Malam pertama kat sini aku da nampak.".Tutur Rin seorang diri tetapi dia memberanikan dirinya dan mengambil keputusan untuk mendekati kain putih yang dia lihat itu.

Semakin dia mendekati kain itu,semakin berdebarlah hati dia.Apabila kain putih itu agak berdekatan dengannya,tiba-tiba kain putih itu seperti bergerak pergi menjauhi Rin.Ketika itu,Rin ternampak yang kain putih itu memiliki kepala.Dia tidak nampak muka,hanya ternampak matanya sahaja.

"Erm??Cik ponti ke ni??".Tanya Rin di dalam hati.

Rin mengikuti rapat belakang Cik Ponti yang berpakaian putih dan berambut panjang.Kedua-dua makhluk ALLAH itu langsung tidak berhenti melangkah,malah Cik Ponti itu seperti membawa Rin menuju ke tempat yang semakin gelap.Gadis yang mengikut Cik Ponti itu langsung tidak menyedari keadaan di sekelilingnya.Matanya dan kakinya seperti magnet yang mengikuti sahaja ke mana Cik Ponti itu pergi.

Sementara itu,di tempat penginapan Rin dan Khai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience