TC 2 Bab 1

Romance Series 30286

Di bawah sebatang pokok terdapat satu susuk tubuh seseorang yang berdiri di belakang pokok.Rin menghampiri pokok itu kerana tertanya-tanya siapakah gerangan yang berada di bawah pokok itu.Semakin langkahnya dipanjangkan,semakin dia mendekati pemilik bayang-bayang itu.Kepalanya disengetkan sedikit untuk merenung wajahnya.Seorang lelaki yang memakai kaca mata sambil membaca buku itu mengkakukan Rin yang memandang tepat mukanya.Lelaki itu hanya tersenyum herot lalu berlalu pergi apabila melihat Rin berada di sisinya.Rin mula berasa hairan dan berfikir mengapa lelaki itu menjauhkan diri daripadanya tetapi di hujung lubuk hatinya,dia berasa sangat pedih dan sakit.

"Aku benci kau Rin!!!!Semua ni salah kau!!!".

Ayat itu menyinggah fikirannya yang sungguh takut mendengar ayat itu.

"Usojo".

Bisikan itu mengalirkan air mata gadis yang terasa sunyi.

"Huhh....Huhh......Nadz??".

Bisikan itu juga mengejutkan Rin daripada mimpi yang merungsingkan fikirannya.Pipinya mulai basah oleh kerana dia tidak dapat menahan rasa serba salah yang dirasainya beberapa tahun lepas.Kejadian itu sangat menakutkan dan buat dia trauma.Pesanan-pesanan ringkas yang dihantar oleh orang yang sama masih menghantuinya walaupun ia telah lama berlaku.Segala yang telah terjadi itu tidak dapat dia lupakan malah dia menyalahkan dirinya kerana tidak menyedari perkara itu lebih awal dan dia juga tidak memberitahu tentang mesej itu kepada orang disekelilingnya.

Bantal-bantal yang berada di atas katil dibalingnya ke atas lantai.Dia cuba melepaskan geram dengan membaling bantal-bantalnya yang tidak bersalah.

"Kenapa aku mimpi benda yang sama ni??".

"Kenapa aku tak boleh lupakan pasal benda tu??".

"Kenapa aku tak boleh stop fikir pasal ni??Ya ALLAH kenapa ya ALLAH??".

Satu demi satu soalan diajukan kepada dirinya sendiri sambil memandang sebingkai gambar yang berada di atas meja di sisi katilnya.

"Hurmm.....Bila kau nak balik Izz???Aku rindu kau".Rin mengukir senyuman apabila melihat jejaka yang sedang senyum di dalam gambar itu.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki yang sering menyakat dan mengenakannya.

Benda yang berkilau pada jari manisnya dipandang dengan rasa yang dia sendiri tidak tahu sama ada ingin berasa gembira atau sedih.

"Aku cuma ada 5 bulan lagi sebelum aku jadi isteri yang sah kepada Sheik Dazril Hairi Farqah".Cincin yang berwarna silver itu diberi oleh Hairi ketika pemuda itu melamarnya pada hari jadi Rin yang ke-23.

=====

Pada waktu itu,Rin sudah berada di atas katil dan matanya juga tidak larat untuk dibuka.Rin menepuk bantalnya terlebih dahulu lalu meletakkan kepalanya di atas bantal yang gebu.Belum sempat dia mahu masuk ke dalam alam mimpi...

"Rin!!Rin!!Bukak pintu..Mama nak mintak tolong ni!!".Jerit Datin Syarifah Mariah Mikayla sambil mengetuk pintu bilik anak daranya.

Dengan badan yang lesu,Rin menguatkan dirinya untuk membuka pintu yang terasa seperti ingin roboh dek kerana ketukan mamanya yang kuat itu.

"Yes mama??Kenapa ni??Rin baru je nak tidur".Rin menguap seraya memandang mamanya.

"Nih..Mama nak mintak tolong kamu..Tolong pergi amik ayah kamu boleh??Kereta ayah kamu tiba-tiba rosak ni".Minta Datin Syarifah Mariah Mikayla yang risau akan keadaan suaminya ketika matahari sudah terbenam.

"Okay okay...Rin pergi".Rin menuruti permintaan Datin Syarifah Mariah Mikayla tanpa banyak bertanya.

Dengan pantas Rin memakai selendang rona merah jambu serta menukar bajunya.Beg tangannya diambil dan terus menuju ke kereta Audi A3 miliknya.

"Ting".

Rin membuka whatsappnya apabila mendengar bunyi notifikasi telefonnya.Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris menghantar lokasinya menerusi whatsapp setelah diberitahu oleh Datin Syarifah Mariah Mikayla bahawa Rin akan datang kepadanya.Dengan suasana yang gelap itu,Rin keluar dari perkarangan rumahnya dan mengikut arah ke tempat papanya berada dengan menggunakan Waze.

Pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya.Adakah Rin sudah berbaik semula dengan papa dan mamanya?Jawapannya ialah ya.Mengapakah Rin bertindak sedemikian sedangkan papa dan mamanya telah menyakiti hatinya dengan sangat teruk?Jawapannya adalah kerana Rin sedar akan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan baginya sebagai seorang anak,kita mestilah mendengar dan mengikut kata ayah dan ibu terutamanya ibu kerana syurga kita di bawah telapak kaki wanita yang telah mengandungkan kita.Oleh yang demikian,Rin berfikir secara positif lalu meminta maaf kepada kedua-dua orang tuanya cuma dia masih tidak dapat melupakan segala perkara yang telah dirancang oleh mama dan papanya untuk menjadikan Hairi sebagai pasangan hidupnya.Dalam pada masa yang sama abangnya sahaja yang masih bersikap dingin dengan Datin Syarifah Mariah Mikayla dan Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.Mereka sekeluarga tidak semesra seperti sebelum-sebelum ini dan sudah semestinya mama dan papa mereka sibuk dengan hal duniawi dan jarang berada di rumah.Nama abangnya juga sangat jarang disebut oleh kedua ibu bapanya malah mereka sudah mengganggap yang mereka tidak ada anak lelaki.Mek Ila juga sudah digantikan dengan pembantu rumah yang baru.

25 minit kemudian...

Rin tiba di tempat yang ditujuinya,dia melihat kereta ayahnya berada di hadapan sebuah bangsal yang kelihatan agak usang.Meremang bulu roma Rin ketika melihat bangsal itu.Papanya dipanggil beberapa kali setelah melihat Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris tiada di dalam keretanya.Namun,Rin tidak mendengar sebarang jawapan mahupun sahutan daripada orang yang sedang dicarinya.Gadis itu membawa tubuhnya ke bangsal itu dengan mengagak bahawa Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris berada di dalam bangsal yang menyeramkannya itu.Pintu bangsal itu dibuka setelah dia membaca Bismillah.Bunyi pintu bangsal itu sahaja sudah menambahkan rasa seram yang dirasai Rin.

Matanya memandang keliling bangsal yang gelap dan hanya mendapat bantuan daripada bulan untuk sumber cahaya.

"Papa!!!Papa!!!Papa ada dekat dalam ni ke??".Jerit Rin yang mengeluarkan telefon pintar dari beg tangannya.Dia menyentuh ikon torch untuk melihat keadaan sekelilingnya dengan lebih terang.

"Papa you tak ade dekat sini,tapi I ada".Ujar seseorang lalu Rin menghalakan lampu pada telefonnya ke arah suara yang didengarinya.

"Hairi??You ke tu??".Soal Rin yang pasti Hairi adalah orang yang sedang dilihatnya.

"Yes my dear".Balas Hairi seraya berjalan menuju ke Rin.

"You nampak papa tak??Eh tapi kan...Kenapa you ade dekat sini???Macam mana you boleh ade kat dalam ni??Dah lah gelap".Soal Rin yang menghentikan langkah Hairi.

"I'm waiting for someone".Jawab Hairi .

"Someone??Papa ke??".Tanya Rin lagi.

"Bukan...Anak perempuan kepada papa".Tutur Hairi sambil menepuk tangannya sebanyak dua kali.

Tiba-tiba bangsal yang gelap gelita itu dipenuhi dengan lampu-lampu yang cantik dan dihiasi dengan bunga-bunga dahlia yang berwarna-warni.Rin tidak mengelipkan matanya kerana sangat terpesona dengan kecantikan bangsal yang kelihatan usang di bahagian luar tetapi lain pula rupanya di bahagian dalamnya.

"Malam ni I ada di depan you untuk luahkan segala-galanya yang ada di dalam hati I ni".Hairi melutut di hadapan Rin dengan tangannya memegang sebuah kotak kecil.Rin hanya memandang Hairi dengan pandangan yang kosong tetapi hatinya mula tersentuh dengan tindakan jejaka itu.

"Sejujurnya bila you ada di depan mata I,I jadi gugup dan dalam pada masa yang sama I gembira jugak..I pelik,kenapa bila you senyum je I pun akan tersenyum sekali..Wajah manis you sungguh menawan I..I tahu sangat yang I dulu kaki perempuan and kaki minum..I janji pada you,yang I tak akan buat benda-benda macam tu lagi..I janji yang hanya you sahaja yang ada dalam hati dan fikiran I..I janji yang I tak akan fikir pasal perempuan lain bila you dengan I..I akan cuba perbaiki diri I dengan lebih baik supaya I dapat bimbing you ke arah kebaikan tetapi you kena tolong bimbing I dulu..I nak jadi lelaki yang penting dalam hidup you..I nak bersama-sama dengan you...I nak I sorang je yang boleh pimpin tangan you dan I nak I sorang je yang boleh tengok senyuman you setiap masa dan bila-bila je I nak..Jadi disebabkan semua tulah......Sudikah you jadi permaisuri hidup I??".Luah Hairi lalu mengeluarkan sebentuk cicin berwarna silver yang terukir namanya dan Rin.

Rin terdiam seketika dengan lamaran Hairi yang tidak dijangkanya itu.Sepanjang pertunangan mereka berdua,Rin masih tidak merasakan sesuatu yang istimewa apabila dia bersama dengan Hairi.Perasaan itu cuba dirasainya akan tetapi ia tidak hadir walau sekali pun.Walaubagaimanapun,Rin berfikir yang mungkin lamaran ini mampu melahirkan rasa cintanya pada Hairi dan yang paling penting.....Dia mahu membantu Hairi mengubah dirinya yang penuh dengan gejala yang negatif.Kehadiran dan pertolongannya mungkin sedikit sebanyak akan memupuk sikap yang positif di dalam diri Hairi.

"You???Adakah you terima I??".Hairi terasa ingin melarikan dirinya dari situ kerana rasa malu amat menambahkan rasa gugupnya.

"Ermm...Yup,I terima".Rin menjawab soalan Hairi dengan senyuman yang lebar.

"Seriously???You terima???Rin??You accept me??Are you serious Rin???".Hairi tidak percaya akan apa yang didengarinya.

Rin menyangkungkan dirinya sambil menatap wajah lelaki yang melamarnya.Senyuman diterbitkan di wajahnya seraya menganggukkan kepalanya beberapa kali.Hairi tidak dapat menahan senyumannya dengan respon daripada Rin yang amat memuaskan hatinya.Hairi meletakkan semula cincin untuk Rin di dalam kotak lalu memberikannya kepada Rin.Dia menghormati Rin yang tidak mahu disentuh oleh lelaki yang bukan darah dagingnya.Rin menerima pemberian Hairi dan menyarungkan cincin itu tanpa was-was.

"Thank you".Ucap Rin yang mencairkan hati Hairi.

"No,I yang patut ucap terima kasih pada you sebab terima I walaupun I ada banyak kekurangan..Terima kasih and thank you Rin..".Ucap Hairi dengan ikhlas.

Mereka berdua berdiri serentak dengan mata yang masih memandang wajah masing-masing.Kedua-keduanya mula terasa malu dan tidak tahu ingin berkata apa.

Selepas 10 minit yang sunyi tanpa suara itu...

"I harap birthday you kali ini adalah birthday yang paling bermakna buat diri you..Happy birthday my lady".Tambah Hairi dengan menepuk tangannya sekali lagi.

Dua orang pengawal peribadinya tampil dengan sebuah hadiah yang telah disediakan oleh Hairi untuk gadis yang bakal dikahwininya.

"Nah..Untuk you..Bukak kat rumah tau..Jangan bukak dekat sini".Pesan Hairi dengan hatinya yang sungguh riang.

"Thank you...Thanks a lot Hairi".Ucap Rin lagi yang amat berterima kasih dengan pemberian Hairi.

"Ermmm..Panggil I sayang tak boleh ke??".Soal Hairi yang teringin mendengar Rin memanggilnya seperti itu.

"Tak nak lah..I malu lahhhhhh".Rin tidak mahu menunaikan permintaan tunangnya itu.

"Aloooooo..Pleaseeeeeeeee!!!".Rayu Hairi seraya mengosok-gosokkan tangannya.

"Ahhhh..Jom la kita keluar dulu Joyie..Jealous aku tengok tuan muda dengan puan muda ni".Bisik Afzal di telinga Joyie.

"Hah jom lah kita keluar..Esok pagi kita cari awek jom..Hahaha".Ajak Joyie yang berjalan keluar beriringan dengan Afzal.

"Nope...I malu okay".Rin yang berasa malu itu memandang jamnya yang sudah menandakan pukul 12:25 minit.

"Okay tak pe lah....Jom I hantar you balik".Hairi yang terasa hampa itu membawa dirinya ke kereta milik bakal ayah mertuanya.

"Eh??Dia merajuk ke??Tak pernah pulak aku tengok dia merajuk..Biasanya yang kuat merajuk ni Izz...Hurmm..Izz....Aku rindu kau....".Telah Rin di dalam hati.

Di luar bangsal......

"Hahhh mana papa I??Asal you naik kereta papa I??".Tanya Rin yang baru teringat akan tujuan asalnya dia berada di tempat itu.

"Papa you???Dekat rumahlah".Jawab Hairi yang baru memasukkan separuh daripada badannya ke dalam kereta.

"Boleh you cerita tak apa yang jadi sebenarnya ni??".Rin terasa bingung dengan perkara yang sedang berlaku itu.

"Macam ni,I yang plan semua ni dengan bantuan papa..Papa dah lama dah balik..Cuma sebelum pergi sini,papa you memang dah sampai rumah dah dan kitaorang pun pinjamlah kereta papa..Kereta papa you okay je tak ade apa-apa..".Jawab Hairi.

"I benci you...Sampai hati papa I tipu I".Ujar Rin seraya mencebik bibirnya.

"Mana ada tipu..I buat ni semua pun untuk dapatkan you tau..Kalau I tak buat semua ni...Tak dapatlah you dengar luahan I".Tutur Hairi.

"Ohhh macam tu ceritanya...Dah la..I nak balik".Kata Rin lalu membawa tubuhnya masuk ke dalam perut kereta.

"Eh eh eh...Kejap you..You keluar jap and berdiri tepi ni".Suruh Hairi dan Rin mengikut kehendaknya.

"I drive okay..Dah masuk".Hairi mengubah fikirannya dengan menaiki kereta Rin untuk berdua-duaan dengan gadis itu.

"Tapi..Tapi".

"I kata masuk,kalau you tak nak masuk...I tinggalkan you dekat sini".Ugut Hairi yang menakutkan Rin.Dengan pantas Rin melabuhkan punggungnya di sebelah Hairi.

30 minit kemudian....

Mereka tiba di rumah Rin,mereka di sambut oleh Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris dan Datin Syarifah Mariah Mikayla yang sudah menunggu mereka di muka pintu.Hairi memarkirkan kereta Rin di sebelah kereta papanya.Selepas itu,Rin mengiringi Hairi ke keretanya selepas tunangnya itu menegur bakal mertuanya.Rin tidak perasan yang kereta Hairi berada di belakang rumahnya.Jika dia tahu pasti dia tidak akan keluar.

"Hairi,thank you ye untuk hari ini".Ucap Rin dengan seukir senyuman yang manis buat Hairi.

"Welcome...Bye Rin".Bicara Hairi lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

"Bye sayang".Balas Rin yang menunaikan hasrat Hairi.

Hairi tidak dapat melekangkan senyumannya ketika mendengar satu perkataan yang disebut oleh Rin.Afzal memandang wajah majikannya yang tersenyum seperti kerang busuk ketika Hairi menghalang Afzal untuk menutup pintu keretanya.

"Janganlah buat I tak tidur malam ni sayang".Tutur Hairi yang tidak mengalihkan pandangannya daripada asyik memandang Rin.

"Kalau you tak boleh tidur,you fikirkan je lah I okay".Cadang Rin yang sengaja ingin mengusik Hairi.

"Setiap masa I fikirkan you sayang...I lagi fikirkan you bila you panggil I sayang..Okay la..I nak balik dulu. Makin lama I kat sini,makin gila lah i dibuatnya".Sambung Hairi yang sudah tahu malamnya pada hari itu akan membuatkannya tidak berhenti senyum.

"Alright bye...Take care".Pesan Rin sambil melambaikan tangannya dan Hairi pula membalas lambaian Rin.

Rin masuk ke dalam untuk menyambung tidurnya yang tergantug tadi dek kerana perancangan papa dan mamanya serta tunangnya itu.

Keesokkan paginya,Rin dikejutkan lagi dengan bunga-bunga dahlia yang memenuhi biliknya.Dia tidak sedar langsung akan pembantu rumahnya yang masuk ke dalam biliknya dan menghias seluruh kawasan biliknya termasuk tandasnya dengan bunga dahlia.Sekeping nota ditinggalkan di atas meja yang berada di sisi katil.Rin mencapainya setelah menggosokkan matanya beberapa kali.

"Happy birthday my lady...May ALLAH bless you..Semoga hubungan kita akan berkekalan till jannah..I love you sayang ?".

Ternyata semua ini dilakukan mengikut arahan Hairi yang meminta pertolongan daripada pembantu rumah Rin yang baru itu.

"Macam-macamlah si Hairi ni haih..".

"Tuk..Tuk..".Seseorang mengetuk pintu bilik Rin.Rin menjawab ketukan itu,pembantu rumah yang menggantikan Mek Ila muncul di muka pintu.Sebuah kotak yang dihiasi dengan riben diberikan kepada Rin oleh pembantu rumah yang bernama Mak Tijah.Gadis yang sudah berumur 23 tahun itu membuka hadiahnya dan menjumpai sekeping kertas.Dia membaca surat itu dengan memikirkan Hairi yang memberinya.

"AHHHHHHHHHHH!!!!!!!".

Rin membaling surat dan kotak itu ke atas lantai selepas membaca surat itu.Dia menggigil ketakutan dan memeluk kakinya.Mak Tijah yang baru ingin keluar daripada bilik itu memusingkan badannya untuk mendapatkan Rin.

"Rin??Kamu kenapa ni???".Soal Mak Tijah yang terkejut mendengar jeritan Rin.

"Hedrina...Apa yang telah berlaku semuanya adalah disebabkan kau...Aku tak akan berdiam diri...Aku akan musnahkan hidup kau macam mana kau musnahkan hidup aku...Remember Hedrina..What you give is what you will get...Aku tak akan biarkan kau bahagia macam tu je selepas apa yang telah kau buat..Aku akan hancurkan hidup kau..". -AZ

-----------------
p/s:Hi sume..Maaf sye ambil mse yg lme utk smbung novel ni..hope korng trima pnulisn sya yg out ni..n hope korng trima Tergantungnya Cinta 2 ^_^ ok bye n have a nice day

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience