Bab 44

Romance Series 30286

"Waalaikumussalam Rin......Rin...".Suara yang sedih menjawab salam daripada Rin.

"Eh kenapa ni abang??Awat suara sedih semacam ni??".Tanya Rin yang pelik mendengar suara abangnya yang jarang didengarinya.

"Abang kena reject....".Jawab Ekh dengan suara yang mendatar.

Barulah dia tahu dan faham akan perasan gadis-gadis yang pernah dia tolak cinta mereka terhadap diri dia.Sungguh sakit dan pedih rasa hatinya yang buat pertama kalinya dia mengalami pelbagai jenis perasan dalam satu masa.Emosinya juga mula tidak stabil.Rasa marah,kecewa dan sedih mula mengelilingi hatinya.

"Hah??!!Abang kena reject??Dengan PA abang tu ke??".Soal Rin yang sedang makan kerepek pisang itu.

"Iyolah..Sape lagi".Jawab Ekh yang hatinya mula terasa pedih dan perit.

"Okay abang relax.Calm down and try to get her back.So,go!!!".Rin cuba menenangkan abangnya yang mula sedih.

"Go??Where??".Tanya Ekh sambil memandang laptop yang berada di belakangnya.

"Aduh cengal(sengal)nya abang ni.Pergi la kejar PA abang tu.Rin tahu mesti dia da keluar dari bilik abang lepas abang luahkan perasaan pada dia.Betul tak??".Soal Rin yang seperti nujum itu.

"Aik??Macam mana Rin tahu pulak ni??".Soal Ekh.

"Laa bang.Abang kan memang orang yang jenis duk terperap je kat dalam pejabat abang tu.Confirm-confirm la abang luahkan kat dalam pejabat abang".Jelas Rin yang seperti ada kuasa mengetahui situasi yang sedang berlaku terhadap abangnya.

"Ohhhhh..So abang nak buat ape ni??".Tanya Ekh yang semakin blur.Maklumlah dia tidak pernah jatuh cinta pada mana-mana wanita sebelum ini.

"Cari dia la!!!"Jerit Rin yang mula geram dengan abang dia.

"Adoi sakitlah telinga abang.Fine abang cari dia.Bye take care".Ujar Ekh lalu memutuskan talian setelah mendengar adiknya mendengar jawapan daripada adiknya.

Ekh berjalan keluar dari biliknya untuk mencari wanita yang dicintainya tetapi malangnya,wanita itu tiada di dalam bilik kerjanya.Seorang lelaki yang sedang memegang fail tertembung mata dengan Ekh lalu Ekh menegur lelaki itu.

"Ermm Fendi,kamu ada nampak Hasya tak??".Tanya Ekh yang pipinya mula berona merah tatkala menanyakan soalan itu.

"Hasya??Saya nampak dia keluar dari bilik dia tadi then dia masuk lif.Lepas tu saya tak tahu la dia pergi mana Tuan".Beritahu Fendi yang dalam pada masa yang sama dia juga tertanya kenapa Ekh menanyakan soalan itu.Sedangkan Hasya itu pembantu peribadinya,masakan dia enggak tahu ke mana cewek itu pergi.

"Oh terima kasih Fendi.Bye".Ucap Ekh lalu berjalan memasuki lif yang sedang terbuka luas.

"Eh eh tuan.Tuan nak pergi mana tu.Tuan kena sign fail ni.Aduhhh dah satu kerja kena tunggu tuan sign pulak.Dah la kena submit benda ni esok".Tutur Fendi sambil menepuk dahinya.Begitulah kebiasannya pekerja yang bekerja di pejabat

"Maybe dia pergi makan kot".Fikir Ekh.

"Ting".

Pintu lif di buka,kakinya terus menapak ke cafe tanpa memandang orang yang ingin memasuki lif itu.Dia tidak akan mengalah mencari Hasya tetapi malangnya tidak dia jumpai wanita yang dicari-carinya.Ketika itu juga,perutnya berbunyi kelaparan kerana dia tidak makan sejak pagi tadi.Makanan yang terhidang di atas kaunter mengiurkan dia.Namun,laparnya itu terpaksa diketepikan terlebih dahulu kerana misi mencari cinta hatinya masih belum selesai.Dia keluar daripada bangunan itu kerna dia beranggapan bahawa Hasya mungkin berada di luar.Setelah puas dia membuat satu pusingan bangunan milik keluarganya itu,dia berputus asa dan berpeluh kerana dek pancaran cahaya matahari.

Kereta berwarna red crimson dimasukinya,enjin kereta dihidupkan supaya dia dapat memasang penghawa dingin keretanya.Butang baju di lehernya dibuka sambil tangannya memegang telefon pintar milik dia.Nombor telefon Hasya terpapar di skrin telefon,dia teragak-agak mahu mendail atau tidak nombor itu.Dia memandang cermin hadapan keretanya,matanya tertatap pada sehelai kertas yang terselit di antara wiper.Dia keluar daripada kereta dan mengambil selehai kertas itu dan membuka lipatannya.

"Ini mesti Ah Long yang nak orang berhutang dengan dia.Dah tak ada benda lain dah kalau bukan pasal Ah Long ni".Agak Ekh yang mula membaca isi kertas itu.

"Saya terima cinta Tuan.Sebenarnya saya pun cintakan Tuan".


"Your PA"

Isi kertas itu membuatkan Ekh tersenyum sehingga ke telinga.Rasa gembira dan riang tidak dapat dia sembunyikan.Dia melompat keriangan seperti kanak-kanak ribena.

"Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!".Jerit Ekh kuat dengan penuh rasa puas hati dan gembira.Hari itu bakal dijadikan hari yang paling bahagia sepanjang dia hidup di bumi ALLAH ini.Dia kena mark tarikh hari ini dekat calender.

Hasya memerhatikan perilaku Ekh dari tingkat 2 melalui tingkap yang berada di hadapannya.Tersengih-sengih dia memandang majikannya yang terlompat-lompat itu.Tidak pernah dia lihat majikannya yang tegas itu seperti seorang kanak-kanak yang mendapat ratusan coklat.

Sememangnya dia juga menyimpan perasaan terhadap majikannya sejak pertama kali mereka bertemu tetapi bukan di pejabat.Hah.Sebenarnya mereka pernah bertemu di panggung wayang,waktu itu mereka duduk bersebelahan menonton filem Transformers.Pada waktu itu juga,di sebelah kiri Ekh ada seorang wanita yang di recommend oleh mamanya.Di belakang Ekh pula ialah adiknya iaitu Rin yang terpaksa menemani abangnya bertemu janji secara paksaan.

Zahra Hasya sering mencuri-curi memandang jejaka yang berada di sebelahnya.Ada juga mereka tertentang mata dan ia semakin mendebarkan hati Hasya yang tidak sengaja terpegang tangan Ekh ketika itu.Bertambah bertuah lagi apabila Ekh menghadiahkan seukir senyuman kepada Hasya walaupun mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain.Hasya tidak dapat melupakan Ekh dan hatinya mula berputik bunga-bunga cinta.

Beberapa bulan selepas pertemuan mereka buat pertama kalinya,syarikat KhaDris Holdings Sdn.Bhd mencari pembantu peribadi untuk anak kepada CEO syarikat tersebut iaitu Syed Eizlan Ekhuan Syah dan mereka memaparkan jawatan kosong itu menerusi surat khabar.Hasya yang sedang mencari pekerjaan itu tersenyum dan gembira semasa melihat gambar Ekh yang juga terpapar di dalam surat khabar itu.Dia juga tidak sangka lelaki yang telah memaut hatinya itu adalah salah seorang anak kepada CEO syarikat KhaDris Holdings Sdn.Bhd.

Ini membantu menambahkan peluang keemasan yang tidak boleh ditepis oleh Hasya."Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.Berjaya atau tidak Hasya tetap cuba mengisi jawatan itu,sekurang-kurangnya dia mencuba.

Finally,Hasya berjaya mendapatkan jawatan itu dengan izin ALLAH.Bermula daripada itu,Hasya cuba mencuri hati Ekh tetapi tidak dia nampak sebarang respon yang positif daripada Ekh tentang perasaannya but hari ni....Jejaka itu meluahkan perasaan kepadanya dan itu cukup membuatkan hatinya semakin mencintai majikannya dengan lebih mendalam.

~~~~~~~~

Izz membuka matanya,pandangannya yang kabur tadi semakin jelas dan dia memandang suasana di sekelilingnya.Terasa sakit di seluruh anggota badannya juga ketika itu.Matanya terpandang empat orang lelaki yang mengelilinginya yang sedang terbaring.Senyuman herot diberikan olehnya kepada kawan-kawannya yang masam mencuka itu.

"Izz kau dah sedar??".Tanya Ikmal Haqiem yang sedang berdiri.

"Izz kau macam mana??Kau okay tak".Soal Wafie Asyraf.

Izz menjawab soalan mereka dengan menganggukkan kepalanya.

"Engkau ni,kenapa kau tak cerita dengan kitaorang pasal ni??".Tanya Luqman Khidir yang mahu sahaja dia menumbuk kawannya yang sedang terbaring di atas katil tetapi niatnya ditangguhkan terlebih dahulu kerana setiap anggota badan Izz masih lemah.

"Kitaorang ni kan member kau dan sepatutnya kau bagitahu kitaorang.Ini tidak kau pergi sorang and tengok apa dah jadi..Satu badan kau sakit".Marah Rayyan Muhammad yang terasa pilu di hatinya melihat kawannya yang sedang kesakitan.

"Sorry aku tak share dengan korang pasal semua ni.Aku tak tahu pulak yang aku akan jadi macam ni.Kalau aku tahu,satu team basketball aku ajak tau".Jawab Izz yang perlahan sahaja suaranya tetapi mampu didengari oleh kawan-kawannya.

Mesej daripada nombor yang tidak dikenali kembali menyinggah fikiran Izz.Dia mendapat mesej itu pada pukul 11 malam semalam.Pesanan ringkas itu betul-betul buat Izz berfikir panjang dan berasa risau.

"Encik Tengku Khalil Izuddin Arasy jumpe aku di belakang bangunan yang berdekatan dengan gelanggang bola keranjang.Kalau kau tak datang...Nyawa Rin di dalam bahaya.Kau akan tengok dia masuk hospital nanti kalau kau tak datang".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience