Bab 22

Romance Series 30289

"Ahhhh aku jumpa Nadz,kebetulan dia selamatkan aku yang hampir masuk ke dalam longkang besar tadi".Rin berkata perkara yang benar dengan Izz.

"Ok.Selepas ini,kau jangan jumpe dia lagi".Arah Izz yang secara tiba-tiba itu.

"Why?Kenapa aku tak boleh jumpa dia?".Tanya Rin yang tidak faham akan arahan daripada Izz itu.

"Jangan tanya kenapa..Aku cakap kau buat.Faham?".Balas Izz.

"Tapi Izz.Kenapa kau dengan Nadz.Apa sebab kau bersikap dingin dengan dia??".Soal Rin lagi.

"Kau tak perlu tahu".Jawab Izz.

"Okay fine.By the way,itu je ke sebab kau nak jumpe aku?Aku dah lambat nak masuk kelas ni".Kata Rin yang malas ingin menanyakan soalan tentang Izz dan Nadz lagi.

"Tak.Aku saje je nak jumpe kau.Tolong kemaskan barang aku ni selepas tu,amikkan aku air".Arah Izz yang seperti boss itu.

Rin mengikut sahaja perintah Izz yang sering mengarahnya.Kalau dia tidak ikut,sengal-sengallah badanku nanti disuruhnya aku work out.

Rin mengemaskan barang-barang milik Izz dan dimasukkannya ke dalam begnya lalu dia pergi mengambil air di peti sejuk yang berdekatan dengan mereka.Next,dia berikan air itu kepada Izz dan Izz meneguk air itu beberapa kali.

"Kau nak aku buat ape lagi?".Tanya Rin sebelum Izz mengeluarkan arahan yang lain.

"Nothing.Kau duduk je.Tapi duduk bawah bukan duduk atas kerusi".Suruh Izz lagi yang seronok mengenakan Rin.

Rin akhirnya dapat melabuhkan pinggangnya walaupun disuruh duduk di atas lantai.

"Dekat la sikit janganlah jauh sangat".Cakap Izz yang mahu bermanja dengan Rin setelah dia puas melepaskan geram terhadap Rin tadi.

Rin mendekatkan dirinya dengan kaki Izz yang memakai seluar pendek itu.

"Sorry".Pohon Izz kepada Rin.

Rin memandang wajah yang sedang meminta maaf itu.

"Untuk?".Tanya Rin.

"Thanks juga".Balas Izz yang tidak menjawab soalan daripada Rin.

"Okay..Thanks untuk ape pula?".Soal Rin lagi.

"Sebab kau sudi ada sentiasa dengan aku.Even aku selalu buli kau tapi kau still layan aku dengan baik.Thank you so much".Jawab Izz yang dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengucapkan kata-kata itu.

"Welcome and thanks sebab kau menjadi tempat aku luahkan segala masalah aku.Dah berapa tahun dah aku rapat dengan kau,since kau jadi jiran aku".Luah aku dengan penuh rasa sayu yang hadir tanpa aku perasan.

"Rin,aku nak cakap sesuatu dengan kau".Kata Izz yang sedang memberanikan dirinya untuk meluahkan isi hatinya yang telah tersemat selama ni?.

"Ha apa dia?Aku dengar ni".Balas Rin seraya duduk di sebelah Izz.

"Sebenarnya.."

"I was a liar
I gave into the fire"

Lagu one last time bergema di dalam gym itu dengan volume yang agak tinggi.

"Aku dah lama simpan perasaan ni pada kau Rin.Sejak kita sekolah menengah lagi aku tak bagitahu kau tentang apa yang aku rasa ni sebab aku takut yang kau reject aku".Jelas Izz lagi yang sedang memandang Rin yang setia memandang wajah dirinya itu.

"Mungkin aku ni tidaklah sempurna untuk bertakhta di dalam hati kau tetapi berikanlah aku peluang untuk disayangi oleh kau,Rin".Tambah Izz lagi.

"Aaaaa.....aa..aaaaa...aaakuu".Izz tiba-tiba susah untuk mengeluarkan kata-kata itu.

Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Aku boleh buat.Ini mungkin peluang aku yang terakhir.Come on la Izz".Izz memberi semangat kepada dirinya sendiri.

"Aku cintakan kau.Aku sayangkan kau.I love you Rin.Sooo much".Luah Izz dengan hati yang tulus dan ikhlas menzahirkan cintanya pada Rin.

Rin masih merenung lelaki yang kacak di sebelahnya itu.

"One last time
I need to be the one who takes you home".

Lagu one last time akhirnya bertemu dengan pengakhirannya.

"Okay itu yang aku nak cakap sebenarnya".Izz menarik nafas lega setelah apa yang dia rahsiakan selama ini akhirnya dilontarkan juga.

Rin memandang Izz dengan senyuman yang sungguh manis seraya menjungkitkan kedua-dua belah keningnya.

"Ahhhhh..Aku sebenarnya kan Izz..Akuu".Ujar Rin manakala Izz pula bersiap-sedia menunggu segala jawapan yang akan diberitahu oleh Rin.

"Sebenarnya kau ape wei?".Tanya Izz dengan hati yang berkobar-kobar.

"Sebenarnya kan Izz..Aku tak dengar apa yang kau cakap.Aku terlayan lagu Ariana Grande tadi.Diaorang pasang kuat sangat sampai aku pun tak dengar kau cakap walaupun kau kat sebelah aku.Sorry ahh..Boleh kau cakap balik tak?".Terang Rin yang blur itu.

Izz menggelengkan kepalanya seraya tersengih memikirkan dirinya yang telah menebalkan muka sendiri untuk meluahkan perasaannya itu.Akan tetapi,luahannya itu tidak didengari oleh Rin.Sayang sekali peluang itu telah dibazirkan begitu sahaja.

"Izz kau cakap ape tadi?".Soal Rin lagi.

Pemuda itu tidak tahu ingin berkata apa kerna dia mula speechless.Walaupun begitu,dia akan menjawab soalan daripada Rin itu.

"Aku cakap yang kau akan jadi hamba aku sampai bila-bila!!You got it?".Jawab Izz dengan nada yang tinggi seraya memandang lantai.

"Eish mamat ni tadi bukan main dia minta maaf dengan aku.Ni tiba-tiba cakap macam tu pula.Eeee geramnya aku".Telah Rin di dalam hati.

"Itu je ke tadi kau cakap?Asal aku rasa macam panjang je ayat kau tadi".Tanya Rin yang mula musykil itu.

"Itu je lah.Kau nak aku cakap ape lagi?".Jawab Izz yang masih frust itu.

"Dia ni kadang-kadang sweet,kadang-kadang kejam.Tak faham aku".Fikir Rin.

"Dah la aku nak masuk kelas ni.Bye".Tutur Rin seraya berdiri.

"Tunggu!".Kata Izz seraya memegang lengan Rin untuk memberhentikan langkahnya.

"Kau nak ape lagi?Nak air?".Tanya Rin yang mula penat dengan perangai si Izz itu seraya menarik lengannya yang dipegang Izz.

"Kalau kau masuk kelas masa-masa ni.Confirm kau kena tendang keluar".Bicara Izz seraya memandang jam di tangan kirinya.

"Aku masuk lambat disebabkan kau la".Tuduh aku yang sedang risau akan nasib yang bakal aku timpa pabila bersemuka dengan Puan Yati nanti.

"Sebab tu la aku kena ikut kau masuk kelas sekali".Terang Izz yang mahu membantu aku sebelum dibaham oleh pensyarah aku itu.

"Kau nak masuk kelas aku buat ape,kau bukannya sama course dengan aku".Balas aku.

"Kau ni kadang-kadang bengap juga kan.Ahaha.Aku cuma teman kau sampai kau masuk kelas.At least bila Puan Yati nampak aku dengan kau,tak adelah dia marah sangat nanti".Jelas Izz.

"Ohh.Cakap la macam itu.Baru aku faham".Kataku yang baru memahami maksud Izz berkata sebegitu.

Kami berdua keluar dari gym itu setelah Izz mengambil begnya.Perjalanan kami ke bilik kuliah agak menakutkan aku kerna...Korang rasa??

Ianya sebab Izz dikepung oleh beberapa pelajar perempuan yang mahu mengambil gambar dengannya dan ia menambahkan masa aku yang sememangnya terlambat masuk kelas.Aku berdiri keseorangan menunggu gadis-gadis itu mencapaikan hasratnya manakala Izz pula hanya melayan sahaja permintaan mereka walaupun memang terserlah senyuman yang terpaksa pada raut wajahnya.Beberapa kali Izz mengenyitkan matanya kepadaku sebagai tanda meminta bantuan daripada aku untuk menyelamatkan dia tetapi aku tidak dapat membantu dia kerna aku ditolak oleh mereka.Jahat kan?

Setelah hampir 10 minit kemudian,aku tidak boleh menahan sabar lagi,aku terus menolak gadis-gadis yang berada di situ dan menarik tangan Izz lalu kami berlari secepat mungkin agar tidak dapat dikejar oleh mereka.

"Kau buat aku makin cintakan kau Rin".Telah Izz di dalam hati seraya memandang gadis yang sedang memegang tangannya itu.

Pabila mereka telah sampai di pintu masuk bilik kuliah.....

"Ehem..ehem..Aku tahulah yang aku ni macho,tampan segak dan bergaya sampai kau still pegang tangan aku".Sakat Izz.Padahal dia terasa sangat gembira ketika itu.

"Ops sorry".Kata Rin dan pantas menarik tangannya yang memegang tangan Izz tadi.

"Kalau kau nak aku masuk kelas dengan kau sambil berpegangan tangan,aku okay je".Bisik Izz di telinga Rin yang tertutup dengan tudung itu.

"Auwwww sakitlah".Adu Izz ketika aku memijak kakinya dengan kuat.Padan muka.

"Dah la aku nak masuk ni".Ucapku sambil memusingkan tombol pintu lalu memberi salam.

Puan Yati yang sedang mengajar kawan sekelas Rin itu terus memandang Rin yang berada di muka pintu.

"Haa Rin,awal masuk kamu tahu tak yang see.."

"Maaf puan.Sebenarnya Rin lambat masuk disebabkan saya.Saya ada mintak tolong dia tadi.Maaf la ye puan".Celah Izz yang memotong ayat Puan Yati yang hendak memarahi aku.

"Ohh Tengku Izz,tidak mengapa saya faham.Rin kamu pergi duduk".Arah Puan Yati yang tersenyum-senyum melihat kawanku yang kacak itu.

"Baik puan,terima kasih".Ucapku yang sedang menuju ke tempat duduk bersebelahan dengan Nadheera yang juga sedang melambai-lambaikan tangannya buatku.

"Puan tolong jagakan Rin untuk saya eh.Kalau dia nakal,Puan cubit je dia.Dia tu memang keras kepala sikit".Pinta Izz seraya tersenyum nakal ketika memandang aku.

"Baiklah Tengku".Jawab Puan Yati ringkas sambil memandang aku dengan senyuman di bibirnya.

Izz keluar dari bilik kuliah itu sementara Puan Yati memandang aku dengan riak wajah yang menyeramkan aku.

"Haa Rin,kamu dengar kan ape yang Tengku kata pada saya?Tengok betapa sayangnya dia pada awak".Bicara Puan Yati yang sedang memegang marker pen biru itu.

"Uuuuu untunglah badan Rin".Celah Nick yang duduk di hadapan aku.

"Eishhh ape ni puan,saya dengan dia tak ade ape-ape la".Bantahku dengan kata-kata Puan Yati.

"Eleh Rin,kamu kata tak sekarang,lagi beberapa tahun akan datang kita tak tahu macam mana.Betul tak pelajar?".Tanya Puan Yati.

"Betul puan".Jawab rakan kelasku serentak.

"Eee kejamnya korang!!Korang ni patutnya supp"

"Ting..ting".

Telefonku berdering dan juga bergetar.Semua orang memandang empunya telefon itu.Aku terus unlock screenku lalu membaca mesej yang aku dapati.

"Dah jangan nak pikir pasal aku lagi.Fokus belajar.Aku tahu kau rindukan aku.Nanti kita jumpa okay.Thanks juga sebab tolong aku tadi.Bye hamba".

Izz menghantar pesanan ringkas itu kepadaku.Aku menggelengkan kepalaku seraya tersengih.

"Dia ni pelik la.Dia sengaja buat hati aku macam ni".Telahku di dalam hati.

"Haa Rin.Kenapa senyum-senyum tu?".Tutur Puan Yati yang hairan melihat pelajarnya tersenyum seorang diri tetapi dia sudah mengetahui sebab gadis itu tersenyum.Dia lebih makan garam dulu berbanding pelajar yang berada di dalam bilik kuliah itu.

"Apa lagi puan,abang sayang hantar mesej la tu".Jawab Nadheera yang terlihat mesej di paparan skrin telefon aku.

Bahu kanan Nadheera menjadi mangsa aku melepaskan geram.Tertawa rakan-rakanku yang lain ketika melihat Nadheera yang sedang mengadu kesakitan itu.

"Dah-dah.Kita sambung pembelajaran kita hari ini.Nadheera tunjukkan Rin,muka surat mana yang kita sedang belajar".Arah Puan Yati kepada gadis yang telah ditepuk bahunya olehku.

~~~~

"Aku dah warning kau hari tu kan.Jangan dekat dengan Rin".Marah Izz pada Nadz yang sedang duduk di atas bangku itu.

"Kenapa dengan kau ni?".Tanya Nadz yang sedang memandang orang yang berada dihadapannya.

"Kenapa dengan aku??Kau patut tanya soalan tu pada diri kau sendiri!!".Tambah Izz yang semakin marah.

"Okay apa kata kau relax dulu dan barulah kau cerita kat aku apa sebab kau marah sangat ni".Ucap Nadz yang cuba menenangkan hati Izz.

"Relax?Kau suruh aku relax?Kalau aku relax nanti,kau kebas Rin!!".Tengking Izz dengan suara yang tinggi.

"Kalau aku kebas Rin daripada kau pun,itu hal aku.Tak perlu kot kau nak menyibuk pasal kitaorang".Jawab Nadz dengan tenang.

"Aku menyibuk?Kau yang menyibuk.Selama ni aku okay je dengan Rin tapi bila kau datang je habis musnah hubungan kitaorang".Izz mulai bengang.

"Dah lah Izz,malas aku nak layan kau.Lebih baik aku masuk kelas.Bye Assalamualaikum".Tutur Nadz seraya berjalan pergi dari situ.Dia tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu jika tidak,pasti Izz akan bertambah benci dengan dia.Sampai sekarang dia tidak tahu mengapa Izz begitu marah sangat pada dirinya.

"Ingat Nadz!Kau tak akan terlepas macam tu je".Marah Izz di dalam hati.

========/==/=======

P/s:Maaf sebab saya amik masa yang lama utk publish..Saya sibuk sikit semnjak 2 menjak ni..Harap kamu semua memahami saya dan terus mmbaca novel saya..terima kasihh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience