Bab 68

Romance Series 30286

"Ehh?!?!Kejap..".Tangan Rin memusingkan tombol pintu bilik Izz semula selepas tersedar akan sesuatu yang aneh.

"Weiii wei weii weiii".Terperanjat Izz yang mahu membuka seluarnya.

Tubuh Rin mendekati Izz yang terkaku di hadapan almarinya.Rin memandang tubuh Izz yang membikin lidahnya terkelu seribu kata.Jejaka yang dipandang Rin itu segera memakai baju yang diambilnya di dalam almari.Namun,Rin menyelak baju Izz ke atas sambil berkata..

"Kenapa ni??Aku pukul kau teruk sangat ke sampai jadi macam ni??".

"Eh taklah..Bukan sebab kau".Izz berundur ke belakang.

"Habis tu??Kenapa dengan badan kau ni??Asal lebam??".Tanya Rin yang sangat terkejut melihat lebam-lebam di tubuh Izz.

"Lebam kat tangan kau ni kena hari yang sama dengan badan kau ni ke??".Rin teringat yang dia ada melihat lebam pada tangan Izz ketika mereka di Tadom Hill.

"Kan aku cakap..Ni semua sebab practise..Jangan risau ahh".Izz cuba mengelak untuk menjawab soalan Rin.

"Izz...Aku selalu tengok kau practise dan aku tak pernah nampak kau jatuh or cedera..Mustahil lebam-lebam ni semua sebab practise..Kau kena pukul ke???".Soal Rin lagi.

"Haih tak ade apa-apalah cik sloth..Dah keluar keluar..Aku nak tukar seluar".

"Nak pergi jumpe doktor ke??Macam teruk je badan kau".Kata Rin yang tidak boleh keluar dari bilik itu kerana risau akan Izz.

"Tak yah tak yah..Aku okay..Keluar dari bilik aku".Ujar Izz.

"Ke kau nak aku tolong sapukan ubat ke,apa-ape ke kat badan kau".Tanya Rin yang buat Izz sedikit bengang.

"Aku bukak seluar aku kat depan kau ni kang".Ugut Izz seraya memegang butang seluarnya.Rin terus berlari pecut keluar dari bilik itu tanpa memandang ke belakang.

"Tahu takut...Hahaha".Monolog Izz lalu menutup pintu biliknya.

*******

Jarum pendek menunjukkan nombor 12 manakala jarum panjang pula menunjukkan nombor 8.Rin mula rasa bosan kerana tidak tahu mahu membuat apa.Dia mahu membantu Mak Milah di dapur tetapi bantuannya tidak diperlukan kerana Mak Milah menyuruh dia untuk berehat.Wak Man pula sedang tidur di atas kerusi malas ditemankan dengan angin sepoi-sepoi.Jejaka yang bawa dia ke situ juga tidak muncul-muncul sejak tadi.Televisyen sahajalah yang menjadi pilihannya untuk menghiburkan hati dan saluran yang dipilihnya ialah "One HD" yang menayangkan rancangan "running man".Telatah ahli-ahli "running man" itu mencuit hatinya yang penuh dengan duka pada hari itu.

"Ding dong".

Bunyi loceng villa itu mengalihkan pandangan Rin daripada televisyen ke pintu.Dia bangun setelah meletakkan alat kawalan jauh di atas meja lalu melangkahkan kakinya ke muka pintu.

"Rin..Tak pe biar Mak Milah yang pergi tengok".Bicara Mak Milah yang telah membuka pintu.

Rin duduk di atas sofa semula dan sambung menonton salah satu rancangan korea kegemarannya.Tiba-tiba,dia mendengar namanya dipanggil dari luar,dia menyaut panggilan itu terlebih dahulu lalu berjalan keluar dari pintu utama villa yang bernama Khaliz.Di luar,Rin melihat sebuah kereta diparkir di sisi kereta Izz.Seorang lelaki berkaca mata hitam melemparkan senyumannya apabila melihat gadis yang ingin ditemuinya.Rin mengerutkan dahinya semasa memandang jejaka yang sedang memegang sejambak bunga dahlia dan seekor anak patung beruang.

"Nah!!Untuk Rin".Lelaki itu memberikan anak patung beruang dan jambangan bunga yang dipegangnya kepada Rin.

"Ohh terima kasih".Ucap Rin sambil tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

Di balkoni,Izz melihat situasi yang sedang berlaku di perkarangan villanya.

"Siapa yang bagi ni??".Soal Rin yang sengaja tanya walaupun sudah tahu pemberi asal bunga dan anak patung beruang itu.

"Siapa lagi kalau bukan tuuuuuuu~~~~".Jawab Muadz sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah lelaki yang sedang berdiri di balkoni.

Lelaki yang sedang dipandang oleh Rin dan Muadz itu,menutup mukanya dengan tangannya konon-konon dia berasa malu.Di sebalik tangan yang menutup mukanya,Izz mengukir senyuman kerana dia berjaya membuat gadis itu tersenyum lagi.

"Nanti cakap kat tengku awak yang annoying tu,terima kasih au..And...Thanks jugak kat awak".Ucap Rin buat Muadz.

"Jomlah masuk,panas ni..Nanti tengku awak tu marah pulak kalau dia tengok PA dia dah bertukar warna kulit".Ajak Rin lalu masuk ke dalam villa,diikuti Muadz dan Mak Milah di belakangnya.

Rin masuk ke dalam bilik untuk meletakkan "teddy bear" dan jambangan bunga yang didapatinya daripada seorang lelaki yang selalu menyakat dan membulinya.Kadang-kadang dia rasa yang dirinya tidak patut menerima segala pemberian Izz kerana hadiah yang diberikan kepadanya bukan bernilai seringgit atau berpuluh-puluh ringgit.Ada di antaranya yang bernilai beratus-ratus dan mungkin beribu seperti rantai,baju-baju dan lain-lain.

Selepas itu,Rin turun ke bawah untuk membantu Mak Milah menghidangkan makanan dan minuman di atas meja.Muadz yang baru sampai itu juga menolong Mak Milah tanpa disuruh.

"Mak Milah nak hidangkan makanan eh??Nak tolong".Tutur Rin yang membantu Mak Milah tanpa mendengar jawapan daripada pembantu rumah itu.

"Eh Rin kamu duduk je,biar Mak Milah yang buat".Mak Milah menolak pertolongan Rin.

"Ahh tak kira~Saya nak tolong jugak".Balas Rin sambil membawa mangkuk yang berisi lauk.

"Betul tak Mak Milah??Tengku dan tetamu dia sama je..Dua-dua degil".Ujar Muadz yang membuat Mak Milah tergelak dan menganggukkan kepalanya.

Izz turun ke bawah apabila perutnya mula berbunyi kerana kelaparan.Dia disambut oleh seorang gadis yang sedang menggariskan satu senyuman untuknya.Dia terasa matanya semakin segar setelah tidur selama sejam.

"Tengku sila duduk dan makan yee".Pelawa Rin lalu duduk di atas kerusi.

"Terima kasih cik adik".Balas Izz lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi juga.

???????

"Tengku....Ada apa-apa ke tengku panggil saya ni??".Soal Muadz yang dipanggil oleh Izz melalui telefon.

"How aku nak kuatkan hati aku yang tengah sakit ni??".Izz tidak dapat menahan rasa sakit di hatinya.

"Tengku,saya rasa tengku kena banyak bertenang..Mengadulah pada ALLAH,sesungguhnya ALLAH mendengar segala doa yang dipohon oleh hambaNya..".Muadz menepuk bahu Izz dengan lembut.

"Baiklah thank you sebab ingatkan aku pada ALLAH..One more thing,aku dah tahu pasal lelaki yang jadi hantu masa kat Tadom Hill hari tu..Kita terlepas pandang yang bukan sorang je tapi ada dua..Diaoranglah lelaki yang ikut Rin dengan Khai masa kau tertembung dengan diaorang dan diaorang jugalah yang hampir langgar Rin masa kitaorang kat shopping complex..Diaorang berdua tu orang bawahan tunang Rin..".Tambah Izz lalu menghela nafas dengan panjang.

"Ahh tengku....".

"Dan sebenarnya kau tahu kan pasal semua ni??".Izz memandang Muadz yang sedang kecut perut itu.

"Maaf tengku,saya betul-betul terlupa nak bagitahu tengku..Saya minta maaf sangat-sangat..Maafkan saya tengku".Muadz menundukkan kepalanya kerana dia pasti yang Izz akan memecatnya.

"Tak pe la..Aku tak marah pon..Chill lah".Tutur Izz dengan mata yang merah.

"Maaf tengku,saya tak buat kerja saya dengan baik..Saya janji yang saya takkan lupa bagitahu information yang penting kepada tengku lagi".Janji Muadz yang memahami perasaan majikannya.

"Baguslah kalau macam tu tapi yang paling penting sekarang ni..Pastikan apa yang kita plan semuanya tip top..Aku tak nak ada yang kurang..Okay??".Bicara Izz yang mempercayai pembantu peribadinya yang baru sekali terlupa memberitahu maklumat yang penting kepadanya.

"Hal tu tengku jangan risau..Saya akan pastikan semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah".Muadz lega yang dia tidak dipecat oleh Izz.

"Kalau tak jadi,siap kau..Kau,aku buat masak lemak cili api nanti".Izz sengaja mahu menakutkan Muadz.

"Aip,aip captain".Jawab Muadz yang memberi hormat kepada Izz dengan menabikkan tangannya.

"Tengku,kalau tak ada apa-apa lagi..Saya keluar dulu ye..Nak borak dengan Rin".Ujar Muadz.

"Tak ada apa-apa dah..Borak dengan Rin??Borak tu boleh tapi jangan lebih-lebih..Aku kerat 14 kau nanti".Ugut Izz seraya menggerak-gerakkan jari telunjuknya.

"Hahahaha..Tengku jangan risaulah..Borak biasa je..Tengku pon jom la turun sekali..Duk terperap kat dalam bilik buat ape".Ajak Muadz lalu Izz mengikuti Muadz turun ke bawah.

>>>>>>>

"Fuyoooo~~Ramainya reporter..Macam mana kita nak masuk ni??".Soal Ray yang berhenti memijak pedal minyak.

"Waduhh..Apahallah diaorang berkerumun kat depan rumah ni??".Ekh menggelengkan kepalanya apabila melihat wartawan sudah bersiap sedia untuk menemu ramah keluarganya.

"Habis??Macam mana kita nak masuk ni??".Ray cuba mencari ruang untuk masuk ke pintu utama rumah itu.

"Hurm..Biar aku settlekan..Bila line dah clear,baru kau masuk".Ujar Ekh yang membuka pintu kereta.

"Itu Syed Eizlan!!".Jerit seorang wartawan yang melihat seorang lelaki segak memakai kot.

"Syed Eizlan,apa pendapat encik tentang pertunangan di antara Syarifah Nur Hedrina dengan salah seorang lelaki yang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu Sheik Dazril??".

"Syed Eizlan,kami dapat tahu yang encik ada menumbuk muka Sheikh Dazril di universiti adik encik..Boleh kami tahu apa sebabnya encik buat sedemikian??".

"Encik Syed Eizlan di mana ye Cik Syarifah??".

"Adakah encik merestui perhubungan mereka??".

"Bagaimana mereka boleh bertunang ye encik Eizlan??".

~~~~~~~

P/s:Road to final

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience