Bab 57

Romance Series 30286

"Tak ade la pulak..Kalau ade pun,dia takkan bagitahu aku sebab Rin ni kan perahsia..Korang pun tahu kan dia macam mana??".Tutur Khai yang juga mahu tahu akan apa yang terkandung di dalam isi hati Rin.

Sementara itu....

"Click".

"Uishhh handsome betul aku ni".Puji Izz terhadap dirinya sendiri semasa melihat gambarnya yang telah diambil oleh kulinya iaitu Rin.Gadis itu kini menjadi jurugambar peribadinya pula.

"Kau ni,tak sah kalau tak poyo kan??".Rin mula rasa nak baling sahaja telefon Izz ke dalam tasik.

"Poyo poyo aku ni ramai jugak peminat".Hidung Izz mula tinggi kembali.

"Kalau peminat dah ramai,apa lagi pilih aje la yang mana berkenan..Tak yah la kau asyik dengan aku jeeee".Bicara Rin sambil memandang Izz yang segak dengan hanya memakai t-shirt berwarna putih.

"Ahhh tak nak lah aku..Semua bukan taste aku..Gedik je lebih".Jawab Izz yang sedang memandang tasik.

"Habis tu???Ape taste kau??Apa ciri-ciri perempuan yang kau nak??Apa yang kau nak kat seorang perempuan??".Soal Rin yang mahu tahu akan ciri-ciri yang dimahukan oleh Izz.

Setelah mendengar Rin berkata seperti itu,dia memandang gadis itu dengan tersenyum manis.

"Aku suka perempuan yang baik,comel,pandai jaga hati mummy aku,memahami aku,natural beauty,jaga aurat dan yang paling penting....".Izz memberhentikan ayatnya seketika.

"Erm??Then??".Soal Rin yang mahu Izz menyambung ayatnya.

"Dia boleh terima segala kekurangan aku dan bantu aku melengkapkan kesempurnaan,keceriaan dan kebahagian dalam kehidupan aku".Sambung Izz yang matanya masih tertatap dengan mata gadis yang amat cantik padanya.

"Ohhh gituuu".Balas Rin seraya mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Kenapa tanya??".Soal Izz pula.

"Saje..Mana tahu aku boleh tolong carikan".Jawab Rin.

"Ke kau berminat untuk jadi perempuan yang aku nak niiii??".Usik Izz sambil mencuit hidung Rin.

"Ehhhhhhh!!!Tak nak aku".Ujar Rin yang sedang menyentuh hidungnya yang dicuit oleh Izz.

"Kalau kau berminat,boleh la pergi isi borang pada Muadz..Untuk yang selanjutnya,Muadz akan terangkan nanti".Beritahu Izz yang juga tertawa apabila melihat Rin memandang dia dengan pandangan yang tajam.

"Eeeee tak nak laaaa..Ak".

"So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames"

Ringtone telefon pintar milik Rin menghentikan perbualan mereka.Rin mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya dan melihat tertera nama Hairi.Riak wajahnya terus berubah dengan hanya melihat nama tunangnya itu.

"Izz...Kejap eh".Tutur Rin lalu berjalan pergi jauh sedikit daripada Izz.

"Kenapa dia tiba-tiba masam ni??".Tanya Izz di dalam hati.

"Hi you!!You okay??Macam mana holiday??Best tak kat sana??".Soal Hairi yang baru sahaja habis mesyuarat.

"Hi!! I'm good...Ahh okay je..Fun..Eh kejap..Macam mana you tahu yang I tengah holiday??".Soal Rin yang dia rasa dia tidak memberitahu Hairi langsung mengenai percutiannya bersama rakan-rakannya dengan seorang lagi yang tidak dijemput itu.

"Ahhh..Ahh...Iy..Iye la ari ni kan hari Sabtu..Hari cuti dan you di Malaysia..i pulak dekat China".Jelas Hairi yang bernasib baik dapat memikirkan ayat untuk menyembunyi perkara yang sebenar tentang bodyguardnya.

"Kenapa perlu call jauh??Sedangkan boleh je call sebelah aku ni..Sebelum ni kalau abang dia ke family dia or member pon dia borak sebelah aku je..Ni mesti ada something ni".Monolog Izz yang penuh tanda tanya itu.

"Ohhh..So,you macam mana??Okay??".Tanya Rin pula yang dia tidak tahu mahu berkata apa kepada Hairi.

"Tak okay sebenarnya tapi bila dengar suara you,jadi okay pulak".Ayat manis dikatakan oleh Hairi buat Rin.

"Ohhhh..Okay okay ahh...".Rin terdiam seketika.

"Action!!!!!!!!".Ujar Izz di dalam hati.

"Nanti kalau I dah balik I nak jumpe you boleh??".Soal Hairi yang rindu akan tunangnya.

"Ohhh..Bo".

"Tut...tut...".

"Weiiiii!!!What are you doing???".Tanya Rin yang terkejut akan tindakan Izz.

"Nothing..Just nak kacau kuli 4 hari aku".Jawab Izz dengan selamba.

"Hello!!You!!".Panggilan antara Rin dan Hairi terputus disebabkan oleh tindakan Izz yang merampas telefon Rin dari tangannya lalu menamatkan panggilan itu dengan begitu sahaja.Matanya juga ternampak nama yang tertera di paparan skrin phone Rin.

"Aku dah agak dah..Ni mesti ade something".Telah Izz di dalam hati.

"Thank you Izz...".Ujar gadis itu dengan nada yang perlahan.

"Eh?!Kenape dengan kau ni??Kenapa cakap terima kasih kat aku??".Soal Izz yang hairan dan telinganya mendengar suara Rin yang perlahan.

"Alamak dia dengar ke???".Monolog Rin di dalam hati.

"Terima kasih sebab selalu tolong aku".Ucap Rin dengan segaris senyuman yang membuatkan Izz membalas senyuman gadis itu.

"Ya ALLAH....Kau berilah aku peluang untuk melihat dengan lebih lama senyuman yang sungguh manis ini..Jika masa yang kau berikan padaku singkat,aku berharap......akan ada seseorang yang boleh buat dia tersenyum seperti sekarang ini..Jika masa yang diberikan kepadaku panjang,jadikanlah aku orang yang akan buat dia tersenyum dengan lebih manis dan lebar".Doa Izz di dalam hati yang senyuman juga terbit di bibirnya tatkala matanya dan mata Rin bertentang.

"Ahhh merepek ape kau ni...Dah la...Sambung amik gambar aku balik..Kali ni angle kasi cantik auu".Suruh Izz seraya memberikan Rin telefon pintarnya.

"Amik gambar lagiiiiiiiiiiiiiiii....Aduiiiiiyyyyyaaaaiiiiiiiiiiiiiiiii".Rin mula bosan kerana asyik mengambil gambar Izz yang sudah mengalahkan artis berphotoshop.

"Cik kuli cepat sikit..Panaih ni..Hangat".Arah Izz lagi yang sudah bersedia melakukan gaya yang dimahukan untuk Rin mengambil gambarnya.

"Ye lah..Ye lah..Sebelum tu bak sini phone aku".Minta Rin yang mahukan telefon pintarnya.

"Ah no no no no no!!!Telefon kau ni bagi aku pegang dulu cause....Untuk 4 hari ni..KAU MILIK AKU!!".Tutur Izz sambil tersenyum herot.Dia sempat mematikan telefon Rin supaya tiada sesiapa yang akan mengganggu masa yang ada di antara dia dengan Rin.

"Eeee tak nak aku jadi milik kau".Balas Rin seraya berpeluk tubuh.

"Ehh hello cik kuli?!Dah lupa ke perjanjian yang kita dah buat tadi..Kau akan sentiasa dengar cakap aku dalam masa 4 hari ni...You got it right???".Soal Izz yang dirinya sangat bahagia ketika itu walaupun perjanjian itu hanya untuk 4 hari.

"Okay fine!!!Haaa cepat laaa..Tadi nak sangat amik gambar".Kata Rin.

"Hah..Apa kata kita amik gambar berdua dulu sebagai hari pertama kau bekerja tanpa gaji sebagai kuli aku".Cadang Izz sambil menjungkitkan keningnya.

"Tak nak..Aku nak gambar aku sorang je".Jawab Rin yang ingin berselfie seorang diri.

"Ahhh lambat".Izz menarik lengan Izz untuk mendekatkan dirinya dengan gadis itu.Beberapa kali jarinya menyentuh skrin telefonnya untuk mengambil gambar mereka berdua dengan wajah Rin yang terpaksa mengikut cadangan Izz.

Satu-satu gambar yang telah diambil dilihat oleh Rin.Walaupun memang terserlah wajahnya yang terpaksa senyum itu.Namun,di setiap gambar,wajah Izz sentiasa tersenyum dan langsung tidak lekang senyumannya.Akan tetapi tidak tahu mengapa,Rin tersenyum melihat gambar bersama dengan kapten bola keranjang itu.Pelbagai gaya yang mereka buat dan hampir di setiap gambar Izz memandang wajah Rin seraya tersenyum.

"Jangan ditenung lama sangat gambar aku tu...Nanti susah hati aku nanti".Kacau Izz yang melihat Rin yang masih menatap gambar di dalam telefonnya.

"Eleh nak tengok gambar kau buat ape..Aku nak tengok muka aku..Comel gileee".Balas Rin yang matanya menjeling Izz.

"Uwekkkk comel la sangat..Comel lagi aku yang sentiasa segak,tampan dan bergaya ni".Bicara Izz lalu menyuakkan rambutnya ke belakang dengan penuh bergaya.

"Annoyingnyaaaaaaaa".Rin menjentik lengan Izz.

"Eh ape ni main jentik-jentik orang.Nah amik ni".Ujar Izz sambil menjentik lengan Rin.

"Woi sakitlah".Adu Rin yang dapat merasakan secara percuma jentikan Izz itu.

"What you give you get back".Balas Izz seraya menjelirkan lidahnya.

"Aku benci kau!!".Marah Rin.

"Macam mana kalau kata-kata kau tu boleh jadi bertentangan maksudnya in future??".Tanya Izz yang sedang memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya.

"Erm??Maksud kau??".Soal Rin yang tidak faham akan apa yang cuba di sampaikan oleh pemuda itu.

"Never mind..Jomlah balik bilik kau..Panas ni..Kesian kau..Aku tolong hantarkan kau okay".Tutur Izz yang langkahnya mula menuju ke bilik Rin.Gadis yang menjadi kulinya itu mengikut langkahnya daripada belakang.

"Who is Hairi??Kenapa Rin tak pernah cerita pasal dia dekat aku..Should i do something about this??".Tanya Izz yang tertanya-tanya di dalam fikirannya.

======

"Eishhh!!!Ini mesti kerja si Tengku tu..Suka suka hati je dia kacau aku call dengan tunang aku".Marah Hairi yang terus mahu melelapkan matanya selepas menghubungi Rin kerana perasaan marah mula menyerangi hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience