Bab 11

Romance Series 30286

"Rin.Kamu ni Rin kan?Ini ada bungkusan untuk kamu".Kata gadis yang memakai cardigan berwarna biru gelap itu.

"Ah terima kasih.Tetapi siapa yang bagi ni?".Soalku yang mula curiga dan hairan.

"You will know who gave this to you when you open it".Jawabnya seraya berlalu pergi meninggalakan aku keseorangan bersama bungkusan itu.

"Apa lagi yang Izz belikan aku ni?".Ujarku perlahan.Siapa je lagi yang suka bagi aku present kat Universiti ni.Dah sah-sah la orangnya Izz.Hope isi di dalam bungkusan ini coklat tak pun gula-gula ke.Okay juga.

Aku membuka ikatan riben bungkusan itu dan melihat isinya.Aku mengeluarkan beberapa helai tudung di dalamnya.Mula melihatnya satu per satu.

"Wah banyaknya tudung.Ni mahu 10 helai tudung ni".Jawabku dengan penuh riang.

Wajah lelaki yang melanggar aku tadi terlintas di fikiranku.Diakah yang memberi kesemua tudung-tudung ini padaku?Tak mungkin lah.Minta maaf pon tak tadi.Ini pulak nak bagi tudung.Memang tidak la.

Aku tersengih keseorangan pabila membaca nota yang ditampal pada setiap tudung yang diberinya.

Shawl rona merah-"Saya minta maaf".
Shawl rona biru-"I'm sorry."
Shawl rona orange-"Saya tak sengaja".
Shawl rona kuning-"Maafkan saya"
Shawl rona merah jambu-"Terimalah maaf saya ni"
Shawl rona coklat-"Saya betul-betul minta maaf ".
Shawl rona kelabu-"Tôi xin l?i".
Shawl rona hitam-"Es tut mir leid"
Shawl rona ungu-"Je suis désolé"
Shawl rona hijau-
"Awak saya minta maaf masa saya terlanggar awak tadi.Saya memang tak sengaja.Saya kena hantar assignment masa tu.Saya ada masa 5 minit je untuk hantar assignment saya tu dan tak sangka awak pula jadi mangsa tolakan saya.Saya harap awak dapat maafkan saya.Harap shawl-shawl ini dapat memaafkan kesalahan saya.Jika awak memaafkan saya call la no. ni 016-22080601.Saya akan anggap awak maafkan saya.Kalau awak tak call,saya tak akan marah awak sebab awak berhak untuk memaafkan saya atau tidak.Walaupun awak tak maafkan saya,awak ambil je tudung ni.Anggap anya sebagai hadiah.Ok itu je babai".

Yang Benar,

Pesalah??

First impression aku apabila membaca kesemua nota yang diselitkan di antara shawl-shawl itu ialah

"Dia memang pandai cakap macam-macam bahasa eh?Ke dia guna google translate.Ahaha.Tapi seriously comel sungguh caranya.Ahaha.Cara pun boleh dikategorikan comel eh?Pelik benar aku ni".Tuturku perlahan.

Telefon pintarku aku keluarkan dari beg berjanama Prada itu.Aku di dalam dilema sama ada mahu menghubunginya atau tidak.Satu-satu nombor aku tekan di paparan skrin.Perasaan gementar mula menyelubungi diri.

Tut..tut..tut..tut..

Deringan telefon berbunyi di gegendang telingaku.Menunggu empunya telefon menjawab panggilanku.

"Assalamualaikum".

Kedengaran suara garau di hujung talian.Ini lebih garau daripada Izz suara dia.

"Waalaikumusalam...ahh".Balasku dengan agak gagap.

"Ni siapa?".Soal dia.

"Penerima shawl yang awak bagi".Balasku yang terasa malu pabila dia mula bersuara.

"Ohh awak..Erm awak maafkan saya la ni?".Tanya Nadz yang mula tersengih.

"Yup and thanks for these shawls.Susahkan awak je".Tuturku seraya tersenyum.

Nadz semakin mendekatkan dirinya dengan gadis yang menelefonnya itu.

"Welcome no problem.I'm really sorry".Seraya berdiri tegak menghadap belakang Rin yang masih sedang duduk di atas bangku.

"It's okay.Not really a big matter".Jelasku padanya.

"If you don't mind?Can I sit beside you?".Soal Nadz.

Sejurus selepas mendengar pertanyaan daripada Nadz,Rin terus berpusing ke belakang dan terkejut pabila melihat lelaki yang memberikan nota-nota comel itu,kini berada di hadapan dia.Nadz mengukirkan senyuman seraya berjalan dan berdiri berhadapan dengan Rin.

"Ah..sejak bila awak berdiri di belakang saya ni".Soalku sambil memandang wajah kacak itu.

"Sejak aku jatuh cinta dengan kau".Telah Nadz di dalam hati.

"Saya dapat tahu daripada kawan saya tadi yang awak berada di sini".Terang Nadz.

Aku menganggukkan kepalaku.Rumput yang berwarna hijau aku pandang.Tertunduk malu aku sambil mengais-ngais tanah di situ.

"Aduhh nak cakap apa dengan dia eh?".Bisikku di dalam hati.

"Awak suka tak shawl tu?".Tanya Nadz.

Sekali lagi,aku menganggukkan kepalaku.Aku berasa awkward sangat ni.Dah la dia ni stranger tapi lagak dia macam dah lama kenal aku.Aku bila berbual dengan orang yang aku tak rapat,memang aku akan rasa tersangatlah malu dan tersangatlah awkward.

"Awak.Awak da okay ke?".Tanya dia.

"Erm?Saya okay je.Kenapa tiba-tiba tanya?Eh kejap!!".Rin mula terasa sesuatu yang meragu-ragukan dirinya.

Dia cuba mengingati sesuatu pabila merenung wajah lelaki itu.Seperti lelaki itu pernah hadir dalam dirinya.

Beberapa saat kemudian,satu memori mula menyinggah mindaku.

"Awak..Awak yang selamatkan saya semalam bukan?".Soal Rin dengan rasa yakin bahawa lelaki itulah yang menyelamatkan dia semalam sewaktu dia dikelilingi lelaki yang tidak dikenali di pusat membeli-belah.

"Ingat pon awak.Ingatkan awak tak ingat saya tadi".Jawabnya seraya tersengih.

"Maafkan saya.Saya betul-betul tak perasan awak tadi.Erm..Awak member kapten kan?".Tanyaku ya ng tidak tahu apa soalan yang mahu ditanyakan lagi.

"Tak ape.Aah kenapa awak tanya?".Soal dia padaku.

"Oh.Saje je tanya".Jawabku ringkas.

"Hehehe..Mamat sado di hadapanku kini..Alahaiii lemah semangat".Aku berbicara di dalam hati.

"By the way?What's your name?".Soalku lagi.

"Oh nama saya...".Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya.Deringan telefon mula berbunyi lalu dijawabnya panggilan itu..

"Maaf saya kena pergi dulu.Kalau awak nak tahu siapa nama saya.Carilah".Jawab lelaki itu seraya pergi meninggalkan aku di situ.

"Aduhhh kena cari dia lagi.Bila aku nak tahu nama dia je.Mesti tak dapat.Apakah!!".Adu aku di dalam hati.

Aku memandang jam yang telah menunjukkan jarum pendek ke angka 3.Aku membuat keputusan untuk balik ke kondo,lagi pon kelas ari ni sampai pukul 1 sahaja.

Aku balik bersendirian kerna Khai sedang sibuk dengan aktiviti kelabnya.Macam biasa,berjalan kakilah aku ke kondo.Langkah demi langkah aku tapakkan kaki aku.

Teringat akan kata-kata lelaki tadi.

"Dia suruh aku cari nama dia?What the?Mana aja aku mahu cari dia.Susah banget dong.Apakahhhh".Rungutku di dalam hati.

"Dude.Where have you been?I'm looking for you".Kedengaran suara seseorang memanggil kawannya berhampiran dengan aku.

Aku menoleh ke belakang,aku tersengih tatkala melihat seorang lelaki sedang duduk di atas motorbike kawasaki Z800 miliknya manakala seorang lagi lelaki sedang berdiri di hadapannya.Kedua-dua lelaki itu amat aku kenali.Taklah kenal sangat,kenal camtu camtu je.Ahaha

"Nadz mana kau pergi tadi.Kali ke-5 aku call kau,baru kau jawab".Tanya Kapten iaitu Farzan.

Namun,Nadz hanya tersengih seperti kerang busuk seraya teringatkan akan kejadian tadi.Dia mula termenung saat mengingatkan kembali detik-detik pertemuannya dengan Rin yang amat mencuit hatinya.

"Nadzmirul Adam Bakri!!.Kau dengar tak apa aku cakap ni".Laung Kapten sambil menepuk kuat bahu Nadz.

Terjungkit sedikit bahu Nadz dek terkejut dengan tepukkan itu.

Pabila aku mendengar nama yang dilaungkan oleh Kapten,terus aku tersenyum.

"Oh itu nama dia..Hurm okay okay".Telahku di dalam hati.

"Iya aku dengar la.Kau ni pon.Terkejut aku tahu tak?".Balas Nadz sambil menggosok bahunya yang ditepuk oleh Kapten.

"Erm.Suka hati kau la.Malas aku nak layan kau.Aku cau dulu.Kau hati-hati bawak moto.Bye".Kata Kapten lalu pergi dari situ.

"Kau pon sama.Hati-hati.Bye".Balas Nadz.

Nadz menghidupkan enjin moto kawasaki Z800 miliknya.

Sebelum dia berlalu pergi dari situ,aku melangkahkan kakiku ke arah dia.

Nadz memakai helmetnya seraya memulas handle motorbike beberapa kali.

"Eishh bising ahhh".Tuturku bernada sederhana kuat pada Nadz.

Handle motorbike terhenti dipulas serta-merta sewaktu Nadz mendengar kata-kata Rin.Di sebalik helmet yang dipakainya,dia mengukir senyuman.

"Awak buat apa dekat sini?".Soal Nadz.

"Saje jalan-jalan makan angin".Jawabku sambil tergelak.

Tertawa kecil Nadz mendengar tutur Rin yang baginya seperti kanak-kanak itu.

"Awak.Saya gerak dulu ye.Dah senja ni.Bye Nadzmirul Adam Bakri".Ucapku dengan pakej tersenyum manis buatnya.Badanku aku pusingkan ke belakang,mahu beredar dari situ.

Terbeliak mata Nadz di sebalik visor gelap helmetnya.

"Macam mana dia tahu nama aku?".Tanya Nadz di dalam hati.

"How did you know my name?".Soal Nadz yang berasa hairan.

"I heard your conversation with Kapten just now..Sorry about that.Ahaha".Ujarku tersenyum sambil membelakangi Nadz.

Tapak kakiku mula melangkah pergi.

Nadz memulas kembali handle motornya dan menunggangya berhampiran dengan Rin.Diperlahankan kelajuan moto itu pabila Rin berada di sebelahnya.

"Sebenarnya saya ada satu permintaan.Harap awak setuju".Pinta Nadz.

Aku menoleh ke kanan seraya menjungkitkan keningku padanya.

Helmet Nadz di sangkutnya pada handle.

"Sudikah awak menjadi.............kawan saya".Tutur Nadz sambil memandang Rin.Hatinya seperti mahu meletop pabila melihat wajah yang sungguh manis itu.

Rin terdiam tapi dalam pada masa yang sama hatinya berdegup dengan agak laju berlainan dengan degupan yang seperti sebelum ini.Dia berasa hairan mengapa degupan jantung dia laju seperti itu.Lelaki sado di hadapan dia masih menunggu jawapan daripadanya.Seukir senyuman diberikan kepada Nadz.

"Yes.Mestilah boleh".Kata Rin sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.

Tanpa diduga,Nadz juga terukir segaris senyuman ketika mendengar jawapan daripada gadis itu.Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari ini,sangat sangat bahagia buatnya.Gadis yang sering mencuri perhatiannya juga yang sering bermain di dalam fikirannya tika gadis itu berjalan di hadapannya sebelum ini,kini sudi menjadi rakannya.Walaupun,Rin masih tidak mengetahui siapakah dirinya yang sebenarnya.Bagi dia,biarlah perkara ini dirahsiakan terlebih dahulu.Suatu hari nanti,pasti akan diketahui juga oleh Rin.

Senyuman tidak lekang di wajah Nadz.Cermin besar di hadapannya di pandang dia.Kejadian petang tadi,betul-betul buat dia berasa sangat bahagia walaupun hanya seketika sahaja tetapi ia mampu menceriakan hatinya yang sekian lama menyimpan perasaan terhadap Rin.Teringat dia akan situasi di mana saat pertama kali dia melihat gadis itu dan waktu itulah cintanya mula berputik.

Waktu itu,dia berada di tasik.Berada di bawah pokok besar yang rendang.Gambar-gambar di dalam kamera nikon di telitinya satu persatu.Semua foto itu di ambil sewaktu orientasi kemasukan pelajar baru pada tahun lepas.Matanya mula tertatap pada beberapa gamba yang ada perempuan.Gatal sungguh dia ketika itu.Dulu,dia dikenali sebagai seorang salah seorang playboy yang terkenal di Universiti.Semua perempuan yang dipikatnya pasti akan menaruh hati padanya.Walaupun perangainya seperti itu,keputusan akademiknya sangat memberangsangkan.Oleh sebab itulah semakin ramai perempuan ingin mendekati dirinya.Sedang dia melihat gambar-gambar itu,sehelai kertas menutupi pandangannya.Terkejut dia ketika itu.Isi kertas yang berterbangan ke padanya di lihatnya.Sebuah lakaran hidangan di atas meja mencuri pandangannya.Orang yang melakar gambaran itu sangat teliti melakar setiap hidangan itu.Hiasan juga tidak lupa dilakar olehnya.Sungguh terpesona dia meneliti lakaran itu.

"Siapa punya ni".Ujar Nadz sambil memegang kertas itu.

"Maafkan saya.Boley bagi balik tak kertas saya tu?".

Pandangan Nadz beralih pabila terdengar suara yang datang di hadapannya.Seorang gadis yang memakai tudung berwarna light grey sedang merendahkan tubuhnya.

"Boleh tak bagi balik kertas tu?".Pinta perempuan itu lagi.

Tanpa bersuara,Nadz memberikan sahaja kertas itu kepada pemiliknya.Gadis itu mengucapkan terima kasih seraya pergi dari situ.Nadz tiba-tiba terkaku ketika itu.Kebiasaannya,dia akan memikat perempuan yang datang kepadanya Tetapi kali ini,dia mampu memandang sahaja gadis itu.

Tidak tahu mengapa,perasaan aneh menyinggah hatinya.Dia meletakkan tangan kanannya di dada sasanya.Degupan jantung berdegup kencang tanpa dia ketahui.Dia beristighfar beberapa kali namun,degupan jantung itu tetap berdegup kencang.Gadis yang semakin lama semakin hilang dari pandangannya di pandang dia.

"Ya ALLAH.Adakah ini dipanggil cinta pandang pertama".Bisik dia perlahan.

"Siapa perempuan tadi?Asal tiba-tiba aku jadi macam ini?ALLAHUAKBAR.Apa semua ini".Bisiknya lagi.

Sejak peristiwa itu,dia cuba mendekati Rin,tetapi cubaannya gagal.Lelaki yang sentiasa berada di samping Rin mematahkan percubaannya untuk berkawan dengan gadis itu.Lagipun,Izz sering bersikap dingin dengan Nadz.Dia juga tidak tahu mengapa Izz berkelakuan seperti itu kerna mereka dahulu bersahabat baik biarpun tidak sebaya umur mereka.Banyak kali dia cuba menegur Izz,tetapi Izz tetap tidak mengendahkan teguran daripada Nadz itu.Malah sering juga Izz mengelakkan dirinya pabila tertembung atau terserempak dengan Nadz di sekitar universiti.

Tetapi pada hari ini,harapannya untuk mendekati perempuan di idamnya akhirnya tercapai.Dia sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerna memakbulkan permintaanya itu.

"ALHAMDULILLAH.Terima kasih ya ALLAH kerna sudi membantu hambaMu ini".Ujarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience