Bab 43

Romance Series 30286

"Tapi macam mane kereta tu boleh bergerak sendiri pulak??Ini yang aku pelik ni".Tambah Rin sambil kepalanya menoleh Nadz yang sedang dirawat oleh Doktor Fazira yang kemas memakai kot berwarna putih itu.

"Kamu okay??Cuba perlahan-lahan gerakkan kaki kamu tu".Pinta Doktor Fazira yang mahu Nadz menggerakkan kaki kirinya yang telah dilanggar kereta tadi.

"ALHAMDULILLAH okay doktor.Better daripada yang sebelum ni".Jawab Nadz yang lega akan keadaan kakinya yang makin pulih setelah mendapat rawatan daripada Doktor Fazira.

"Pelik betul saya,setiap kali pelajar perempuan tu masuk klinik saya ni..Mesti kamu ade sekali.Selalunya dia yang terlantar atas katil ni,tetapi kali ni kamu pula".Tutur Doktor Fazira sambil menyapu iodin pada tangan Nadz yang luka.

"Hahaha.Doktor cakap macam tu..Baru saya perasan.Mungkin,dah ini takdir saya".Balas Nadz yang sedang menahan kesakitan.

"Kamu mesti sayangkan dia sangat-sangat kan??Kalau tak..Tak de makne kamu nak selamatkan dia daripada dilanggar kereta tadi".Sambung Doktor Fazira yang tahu dan kenal akan pelajar perempuan yang disebutnya itu.

"Doktor ni perlahanlah sikit suara doktor.Takut dia dengar pulak nanti".Bicara Nadz seraya memandang Rin yang sedang termenung.

"Kamu ni pun,tunggu ape lagi.Kalau dah suka,luahkan aje la.Jangan ingat saya tak tahu yang pelajar perempuan tu rapat dengan siapa dekat universiti ni".Ngomong Doktor Fazira yang mengetahui hubungan antara Rin dengan Izz yang sangat akrab sehingga menjadi bahan bualan mulut orang di universiti ini.

"Sebab tu lah...Saya susah nak luahkan doktor.Takut-takut lain pulak jadinya nanti".Jelas Nadz yang memandang wanita yang berambut paras bahu itu.

"Ape-ape pun..Good luck lah.Ni saya nak bagitahu,jaga kaki kamu ni.Jangan terlalu banyak bergerak sangat ye untuk hari ni".Nasihat Doktor Fazira kepada pesakitnya.

"Baiklah..Terima kasih doktor.Saya keluar dulu ye".Ucap Nadz lalu keluar dari klinik itu bersama-sama dengan Rin yang masih tidak berhenti memikirkan tentang kejadian tadi.

"Budak muda zaman sekarang ni.Macam-macam jenis perangai ada".Doktor Fazira bersuara perlahan.

"Knock!!Knock!!".

"Masuk!".Sahut Doktor Fazira apabila mendengar bunyi ketukan pintu.

"Hah ape terjadi ni??Macam mana boleh...?!?!".Tanya Doktor Fazira yang terkejut melihat....

"Doktor please jangan bagitahu sesiapa pasal ni".Minta Ikmal Haqiem yang sedang risau itu.

"Saya harap.Perkara ni hanya kita berlima sahaja yang tahu".Celah Wafie Asyraf seraya melipat lengan bajunya.

"Kalau orang lain dapat tahu pasal ni.Tahulah ape kami akan buat pade doktor".Sambung Rayyan Muhammad yang sedang membuka baju yang dipakainya.

"Bummmmm!!!!".

Bunyi pintu ditutup dengan kuat mengejutkan Doktor Fazira yang hanya berseorangan sahaja di dalam klinik tersebut.

"Do it now!!Sementara tak ade orang ni".

~~~~~~~~~

"Zinzi.Tolong panggilkan Hairi.Suruh dia masuk bilik saya sekarang".Arah Dato Muhammad Tarmizi Kareem kepada pembantu peribadinya.

"Baiklah Dato".Akur Zinzi lalu menekan nombor 3 untuk menghubungi Hairi.

"Ye ade ape Zinzi??".Jawab Hairi lemah kerana terlalu mengantuk akibat menonton perlawanan bola sepak semalam di antara Real Madrid dengan Barcelona.

"Dato nak jumpa Tuan Muda di biliknya sekarang".Kata Zinzi yang sedang mengeluarkan make up daripada begnya.

"Okay".Balas Hairi pendek lalu berdiri sambil membetulkan tali lehernya yang senget di hadapan cermin.

Hairi melangkahkan kakinya ke bilik ayahnya yang terletak di tingkat atas.Lif yang tiada orang di dalamnya di masuki lalu menekan nombor 10.Selalunya dia akan menaiki tangga sahaja jika mahu pergi ke bilik ayahnya kerna beza satu tingkat sahaja antara mereka berdua.Pejabat Hairi di tingkat 9 manakala pejabat ayahnya pula di tingkat 10.Disebabkan terlalu mengantuk,dia menggunakan lif untuk bertemu dengan ayahnya.

"Ting!".

Pintu lif terbuka,dia meneruskan langkahnya dan dia disambut oleh Zinzi yang sedang kelam-kabut menyimpan barang make-upnya tatkala melihat lelaki yang bertopeng itu.Zinzi berdiri dan mendekatkan dirinya dengan Hairi dengan melenggokkan pinggangnya.

"Hi Tuan Muda,ahhhh~~~Dato tengah tunggu Tuan Muda kat dalam".Beritahu Zinzi yang jari jemarinya sedang berjalan-jalan di atas bahu Hairi.

"Oh okay Zinzi".Jawab Hairi seraya bermain rambut Zinzi yang panjang itu.

"Tapi kan Tuan Muda~~Sebelum jumpa Dato.Tuan Muda tak nak minum kopi dengan saya dulu ke??".Soal Zinzi yang semakin mendekatkan tubuhnya dengan Hairi.

"Ahhh Zinzi~~Zinzi~~Tepi lah...Saya nak lalu".Ujar Hairi sambil menolak Zinzi ke tepi.Dia hampir kembali ke perangainya yang asal.Mujurlah dia dapat mengatasi perasaannya yang mula bergolak itu.

Zinzi terkejut dengan tindakan Hairi yang tidak dia jangka.Sebelum ini,Hairi pasti akan melayannya dan akan masuk ke dalam pantry berdua.Malah,Hairi la yang akan mengoratnya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan ayahnya.Sungguh dia tidak sangka yang Hairi berbuat sedemikian terhadapnya.

Peluh yang mengalir di dahi,di lap dengan sapu tangan yang di simpan di dalam poket kemeja.Pintu pejabat Dato Muhammad Tarmizi Kareem diketuk tiga kali.Setelah mendengar sahutan daripada ayahnya,barulah dia memusingkan tombol pintu itu dan masuk ke dalam bilik ayahnya.

Hairi duduk di atas sofa,memandang ayahnya yang sedang menaip dengan menggunakan laptop.

"Ada ape eh abah panggil Ayiee ni??".Soal Hairi yang kecut perut apabila melihat ayahnya memandang tajam ke arahnya.

"Kamu tahu kan yang kamu kena pergi ke China minggu ni??".Tanya Dato Muhammad Tarmizi Kareem bernada serius.

"Iya..Ayiee tahu..Meeting tu dipercepatkan..Oleh kerana syarikat dari China tu memerlukan syarikat kita untuk menjadi rakan kongsi.Syarikat tu pun hampir bankrupt kalau tak silap Ayiee..".Jelas Hairi yang sedang menyilangkan kakinya.

"Okay good Ayiee dah tahu..By the way,itu bukannya sebab Abah panggil Ayiee ke sini".Kata Dato Muhammad Tarmizi Kareem seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Hairi.

"Then what??".Soal Hairi.

"Abah nak cakap pasal Ayiee".Sambung Dato Muhammad Tarmizi Kareem.

"Ahhh??Pasal apa Abah??".Tanya Hairi lagi dan kali ini dia menundukkan kepalanya kerana dia menebak yang abahnya pasti akan memarahinya kerana tidak buat kerja dengan baik hari ini.

"Betul ke Ayiee dah berubah??Betul ke Ayiee dah tak macam dulu??".Soal Dato Muhammad Tarmizi Kareem kepada anak terunanya.

"Haah ye abah.Ayiee sekarang nak ubah perangai Ayiee..Yang dulunya playboy and selalu bermalam dengan perempuan.Mungkin ini akan ambil masa sedikit but I will try".Terang Hairi yang mula menyedari akan kesilapan yang telah dia lakukan.

"Good.Abah bangga dengan Ayiee".Ujar Dato Muhammad Tarmizi Kareem sambil memeluk Hairi lalu Hairi membalas pelukan ayahnya.

"Walaupun ini hanya permulaan,aku percaya yang aku boleh berubah...Kehadiran gadis itu,sedikit sebanyak membantu menyedarkan aku yang tidak semua perempuan meminta untuk didekati..Malah ia menyedarkan aku yang perempuan juga meminta untuk dilindungi..Wajah gadis yang mula bermain di dalam fikiran aku seperti meminta pertolongan aku untuk melindungi dia..Langkah demi langkah aku akan cuba untuk menjadi pelindung dia".Fikir Hairi tentang Rin.

"So untuk celebrate perubahan Ayiee,kita raikan kat tempat biasa okay??".Cadang Dato Muhammad Tarmizi Kareem.

"Ayiee okay je tapi abah bayar okay".Balas Hairi dengan tersenyum herot.

"No problem,berapa banyak botol pun...Abah boleh bayar".Tutur Dato Muhammad Tarmizi Kareem.

"Alright...I will see you tonight".Bicara Hairi yang mula melangkahkan kakinya ke luar daripada pejabat abahnya.

Even tough Hairi dah mula berubah dalam bab playboy dan tidur dengan perempuan.Dia tetap kaki minum dan kaki club,begitu juga dengan abahnya Dato Muhammad Tarmizi Kareem."Mana taknya tumpah kuah kalau tak ke nasi","Bagaimana acuan,begitulah kuihnya".Perangai dan sikap mereka berdua lebih kurang sama kecuali ibu Hairi iaitu Datin Syarifah Nur Adelina Idayu.Beliau seorang yang solehah dan selalu fikir positif dalam kehidupannya walaupun dikelilingi oleh dua orang yang penuh dengan segala aktiviti negatif yang mereka lakukan.Biarpun suami dan anaknya seperti itu,dia tabah dan sering berdoa terhadap ALLAH S.W.T supaya mereka dapat Hidayah daripada-Nya.

>>>>>>>>>

"Hedrina hampir dilanggar oleh sebuah kereta Honda yang tiada pemandu di dalamnya".

"Errr Rin....".Panggil Khai seraya menunjukkan Rin paparan skrin telefon pintarnya.

"Hurm?????... -_- Hurm....Laju betul diaorang buat kerja".Kataku setelah membaca sebuah artikel yang telah ditulis oleh Lin.

Lin ialah penulis segala berita,pencapaian dan gosip yang berlaku di dalam universiti ini.Dia juga mempunyai rakan "seperjuangan" dia iaitu Lan,dia pula ditugaskan untuk mencari berita yang baru dan "fresh" untuk ditulis oleh Lin dan memaparkannya di aplikasi khas Universiti Teknologi Dan Kemahiran Malaysia yang boleh di install di google play.Semua penuntut di universiti ini perlu memuat turun aplikasi itu supaya dapat segala informasi yang terkini.

"Kau macam tak kenal kembar dua orang tu,jaranglah cerita pasal kau tak de dalam ni".Ujar Khai tentang kembar tidak sejantina itu tetapi nak buat macam mana,sudah itu tugas mereka,terpaksalah bersabar sahaja kita yang membacanya.

"Last cerita pasal aku hari itu,pasal Izz cium kepala aku tu..Huish esoknya terus diaorang interview aku.Kecoh betul masa tu dan aku time tu muka redha je jawab soalan diaorang.Nasiblah mood aku dikira okay time tu,kalau tidak patah mic diaorang aku kerjakan".Marah Rin yang penat dengan Lin dan Lan yang kadang-kadang ada juga menulis maklumat yang tidak benar tentang dirinya.Namun,Rin hanya menegur mereka menerusi whatsapp sahaja.Malas dia mahu membesarkan perkara,risau nanti Izz buat yang bukan-bukan pada diaorang.

"Dah la Rin,buat tak tahu je la kalau diaorang nak interview kau nanti.Lebih baik kita fikir pasal projek yang Tuan Rizman suruh buat tu".Tambah Khai yang teringat akan pensyarah Sains Sosialnya.

"Haah la babe.Lupa pulak aku,padahal baru lepas belajar sains tadi..Hehe..Hah projek pasal ape eh??".Tanya Rin yang mengerutkan dahinya memikirkan projek yang disuruh oleh Tuan Rizman.

"Hah ini mesti kes termenung masa belajar ni..Haihhh kau ni!!".Marah Khai yang bernada tidak terlalu lantang.

"Hehehe.Haah,aku asyik fikir pasal Nadz tadi.Entah macam mana keadaan dia pun aku tak tahu".Jujur Rin yang risau akan keadaan lelaki yang menyelamatkan dia pagi tadi.

"Kau janganlah risau sangat pasal dia.Dia tu laki la,pandai-pandai la dia survive sendiri.Lagipun lelaki kan kuat".Tutur Khai sambil menepuk lembut bahu kanan Rin.

"Gilooo den tak risau.Dia selamatkan aku kot.Kalau bukan dia yang selamatkan aku,memang aku tak akan kisah pasal dia".Terangku tentang sebab aku memikirkan Nadz.

"Iya aku faham tapi aku rasa dia dah balik tadi.Aku nampak dia naik kereta orang,maybe member dia kot".Beritahu Khai.

"Oh ye ke, tak po lah.Esok aku pergi jumpa dia".Tuturku sambil memandang seorang lelaki yang berjersey kelab pasukan Real Madrid.

"Ehh tu kapten".Bisikku perlahan di dalam hati.

"Khai kau tunggu aku kat gate dulu eh,aku nak jumpa orang jap".Cakapku yang sedang mengejar Farzan Azril,kapten pasukan bola sepak yang juga kawan rapat kepada Nadz.

"Eh!!eh!!eh!!Rin!!Rin!!Laju bebenor dia".Khai bersuara rendah.

Rin mendekati lelaki yang dia kejar dan memanggil lelaki tersebut supaya dapat memberhentikan langkahnya.Farzan Azril memusingkan badannya pabila mendengar seseorang memanggil "kapten".

"Ye ade ape??".Tanya Farzan Azril yang mendengar panggilan daripada Rin.

"Ahh...ahhh..Saya nak tanya boleh tak??".Soal Rin.

"Boleh tapi cepat sikit ye,sebab saya ada latihan kejap lagi ni".Balas Farzan Azril seraya memandang jam tangannya.

"Okay okay..Nak tanya.....Nadzmirul okay tak??".Tanyaku yang teragak-agak.

"Nadzmirul??Oh Nadz ke??Erm..Dia okay je..Berjalan semua okay"'Jawab Kapten pasukan bola sepak itu.

"Oh ALHAMDULILLAH and nak tanya lagi satu soalan.Kenapa dia balik awal??Kawan saya kata yang kawan saya tu nampak dia balik awal tadi".Soal Rin yang memandang lelaki yang lebih kurang sama tinggi dengannya tetapi lelaki itu tinggi sikit lah.Hahahaha.

"Balik awal??Aah..Nadz balik awal sebab dah tak ade class..Lagipun dia memang nak balik awak hari ni.Katanya ada kerja dia nak buat kat rumah".Jelas Farzan Azril yang tersenyum manis itu.

"Oooooooooo gitu ceritanya.Baiklah..Terima kasih ye kapten and sorry ganggu kapten.Saya balik dulu ye.Bye".Kataku sambil melambaikan tanganku kepada kapten.

Kapten yang bernama Farzan Azril hanya menganggukkan kepalanya lalu membalas lambaian daripada Rin.Selepas itu,dia menghela nafas panjang pabila memandang jam tangannya.Berdesup dia berlari kerna dia terlambat untuk membuat latihan.

»»»»»»»»»»»»

"Hurm.Nak cakap ke tak nak??".Telah Ekh di dalam hati.

"Kalau tak cakap,melepas aku nanti".Tambahnya seraya memandang pembantu peribadinya yang sedang menaip itu.

"Tapi aku takut,dia reject aku nanti".Sambungnya yang jantungnya semakin berdegup kencang.

"Okay aku kira 1,2,3 lepas tu aku bagitahu dia tentang segala isi hati aku yang semakin menggunung ni".Monolognya di dalam hati.

"1,2,3".Bisik Ekh di dalam hati.

"Hasya...Sebenarnya saya cintakan awak".Luah Ekh yang sudah lama memendam perasaan itu.

"Ah???Ah??".Hasya terlopong mulutnya dengan tangannya terus terhenti menaip setelah mendengar luahan yang tidak di sangka olehnya itu sehingga dia tidak tahu sama ada ingin memandang majikannya ke tidak.

"Ah...Awak dengar kan apa yang saya kata??".Tanya Ekh yang berdebar-debar hatinya.

"I....I....I..Iya saya dengar tuan".Jawab Hasya yang sudah kembali menaip kertas kerjanya menggunakan laptop.

"Jadi....Apa jawapan awak??".Soal Ekh seraya mengambil laptop yang sedang digunakan Hasya.

"Ah..Ahh..Sa..Saya tak tahu nak jawab ape".Kata Hasya yang terkejut apabila Ekh mengambil komputer ribanya.

"Please answer me".Rayu Ekh selepas meletak komputer riba milik Hasya di atas meja di belakangnya.

"Urm..Urm..Saya keluar dulu ye tuan".Ujar Hasya yang membuatkan Ekh terkedu dengan kata-katanya.

Hasya keluar daripada bilik Ekh tanpa menoleh ke belakang.Wanita yang cantik memakai selendang rona pale violet red membuat dia terpaku di atas kerusi kerjanya.Sungguh dia tidak jangka yang ini akan berlaku kepada dirinya yang memendam perasaan terhadap wanita itu.Telefon pintar yang terletak di atas meja di ambilnya lalu mendail nombor telefon adik kesayangannya.

"Tut..Tut...Tut...Tut....".

"Hello Assalamualaikum".Jawab Rin di hujung talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience