TC 2 Bab 4

Romance Series 30524

"I miss u".Tutur Rin.

"I miss u too my cutie pie".Kata lelaki itu sambil mencubit pipi Rin.

"Bila sampai??".Soal Rin yang berasa gembira itu.

"Baru je sampai ni..Ray yang hantarkan dari airport tadi".Jelas lelaki yang mengenakan hoodie pada tubuhnya.

"Hi abang Ekh!!".Tegur Wawa dan Linda serentak.

"Hi korang!!".Balas Ekh lalu mengukir senyuman.

"Ni abang ada bawakkan something untuk korang".Ekh menunjukkan buah tangan yang dibelinya dari England.

"Yeay yeay abang Ekh bawak souvenir".Kawan-kawan Rin yang berada di dalam rumah bergegas keluar untuk bertemu dengan abang Rin.

"Wah korang..Tadi bukan main liat nak bukakkan pintu,bila dengar pasal souvenir je..Masing-masing laju je keluar eh".Rin menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Kawan-kawan serumah Rin mengerumuni Ekh yang sedang memegang sebuah beg kertas.Aleen mendekati Ekh dengan rasa yang gelisah.Lelaki yang baru tiba dari England itu membahagikan souvenir yang dibelinya dengan sama rata.Sekeping coklat Cadbury dimakan oleh Tira yang menggemari coklat itu.

"Alright,abang balik dulu eh..Hope korang suka souvenirs ni..Bye-bye".Ekh memberi beg kertas itu kepada Rin lalu pulang ke rumahnya kerana badannya terasa lesu.

Jarak antara rumah Rin dan abangnya iaitu Ekh tidaklah jauh.Ianya sangat dekat,hanya mengambil masa selama 20 saat sahaja untuk Ekh menuju ke rumahnya.Mahligainya terletak di sebelah rumah Rin.Aleen yang memerhatikan langkah Ekh itu berdiri seketika di luar rumah sehinggalah Ekh berada di hadapan pintu utama rumahnya.Teman-teman Aleen yang lain sudah membawa diri mereka ke dalam rumah untuk menyambung menonton televisyen di ruang tamu.Ekh yang baru sahaja mahu membuka pintu itu,terhenti tatkala matanya terpandang Aleen yang tidak berhenti memandangnya.

"Aleen??Kenapa tak masuk lagi??".Tanya Ekh yang berada di sebalik pagar antara rumahnya dengan rumah Rin.

"Sebenarnya bang..Aleen ada benda nak cakap kat abang".Aleen merenung rumput tiruan yang berada di bawah kakinya.

"Hurm??Aleen nak cakap ape??Abang tengok Aleen macam takut je..Ada apa-apa yang tak kena ke??".Soal Ekh yang sudah dapat menebak ada sesuatu yang tidak kena dengan Aleen.

"Ini pasal Rin bang..Pagi tadi kan..."

>>>>>>>>

"Korang cepat sikit!!Order makin bertambah ni!!Naziha..Kau kena buat lagi vol-au-vent sebab kat display dah habis!!".Arah Yussry yang menjadi pelayan itu.

"Okay babe..Fougasse pizza ada lagi tak??Sebab aku dah standby buat lebih ni".Ujar Naziha yang bertugas di bahagian roti dan pastry.

"Tinggal sikit je...Nanti aku tambahkan..Mazlin ni order baru".Yussry menyepit pesanan baru pada penyepit yang telah disediakan untuk memudahkan kerja kawan-kawannya.

"Korang!!Kita ada tetamu VIP!!!Lagi 30 minit diaorang sampai..Ada 10 orang".Jerit Nadheera yang baru sahaja menjawab panggilan daripada tetamu VIP itu.

"Inform Kiran pasal ni..Suruh dia bahagikan pelayan yang akan melayan pelanggan dengan pelayan yang akan layan VIP and set up meja secepat mungkin..Yang penting Kiran mesti layan VIP..".Rin berharap pada ketua pelayan restoran itu menjalankan tugasnya dengan baik seperti sebelum ini.

Rin dan rakan-rakannya bertindak dengan lebih pantas sebelum tetamu yang menempah meja di restoran mereka itu sampai.Chicken Cordon Blue yang sedang disediakan oleh Rin telah siap dihias dengan daun parsli.Suasana di dalam dapur tidak pernah sunyi dan sering riuh dengan bunyi kuali,jeritan daripada pelayan dan mesin pengisar.Rin membuka ikatan tali apron yang dipakainya apabila menyediakan makanan lalu pergi ke pintu.

"Piqah jom kita keluar..Kita sambut VIP".Rin memanggil Piqah yang sedang mengisar bawang putih itu.

"I'm coming!!".Jawab Piqah lalu mereka berdua jalan beriringan keluar dari dapur itu.

Ruang makan dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari mereka.Rin mendekati kaunter dan mengambil beberapa keping kertas yang diletakkan di dalam rak.Satu demi satu kertas ditelitinya dengan tersenyum gembira.Komen-komen yang diberi oleh para pelanggan yang makan di restoran itu sangat positif.Bintang yang diraih juga memuaskan hati Rin.Namun begitu,ada dua komen daripada pelanggan yang tidak menyenangkan Rin.Dia perlu memberitahu rakan-rakan sekerjanya tentang perkara itu supaya mereka dapat menambah baik servis mereka.Kebiasannya, mereka akan mengadakan mesyuarat sebelum pulang ke rumah.Mereka akan membincangkan mengenai tugas mereka pada hari yang seterusnya kerana setiap hari,mereka akan mendapat tugas yang berlainan.

Pelik?Iya memang pelik tetapi itulah cara yang mereka gunakan supaya masing-masing dapat merasai semua tugas dengan adil.Lagipun,mereka bekerja di restoran dan bukannya di hotel.Tambahan pula,pemilik restoran itu sendiri adalah rakan sekerja mereka.Mereka mungkin kelihatan tidak profesional tetapi misi utama mereka ialah menyediakan dan menyajikan makanan yang berkualiti,memuaskan hati pelanggan dan menawarkan servis yang baik.

"Rin!VIP dah sampai".Beritahu Nadheera yang sudah bersedia untuk menyambut tetamu VIP mereka.

Rin dan Piqah bergegas ke pintu untuk menyambut kedatangan mereka.Tetamu-tetamu VIP yang segak memakai kemeja dan kot itu masuk ke dalam restoran seraya memandang hiasan dalaman restoran itu.Tiba-tiba ada seorang pelanggan yang sedang makan menjerit dan mendekati salah seorang ahli korporat itu.Tidak lama selepas itu,ada beberapa pelanggan yang lain mengikut rentak pelanggan yang tadi.Rin dan rakan-rakannya yang berada di situ mula hairan dengan kelakuan pelanggan mereka.Tiga orang pengawal peribadi ahli korporat itu melindungi majikannya daripada didekati oleh pelanggan yang meminta untuk mengambil gambar dengannya.

"Kenapa tiba-tiba kecoh ni??".Soal Ina yang terkejut mendengar keriuhan di ruang makan itu.

"Siapa lelaki tu??Kenapa diaorang kerumun dia?".Izhan turut keluar dari dapur untuk melihat keadaan di luar.

"Tengku Fayyad???!!".Mulut Naziha terlopong melihat lelaki yang memakai suit berwarna hitam itu.

"Ye ke??Macam mana kau boleh cam dia??Dia kan pakai mask tu".Soal Piqah yang tidak mengecam wajah Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Okay aku share la kat korang macam mana nak tahu orang itu ialah Tengku Fayyad..First dia pakai kaca mata hitam yang ada permata kecik kat hujung bingkai dia..Kedua,mask yang dia pakai mesti ada tulisan warna putih yang tertulis nama dia iaitu Fayyad..Yang ketiga,dia ada pakai sarung tangan warna hitam kat tangan kiri dia..Last sekali,ada salah seorang bodyguard dia orang putih dan badan dia tough..Itu je".Terang Naziha yang mengekori langkah Tengku Fayyad Ariq Zayne dengan matanya.

"Ini namanya hard fans..Gilalah kau boleh tahu detail macam tu..Gempak sangat babe".Ina kagum akan kawannya yang sangat meminati Tengku Fayyad Ariq Zayne itu.

"Tapi kan..Aku peliklah..Ape function dia pakai semua tu kalau orang dah tahu..Nak-nak mask tu..Terang-terang dah ada nama dia kat situ..Eish pelik aku..Baik tak payah pakai".Rin pelik dengan Tengku Fayyad.

"Entah..Aku pun tak tahu kenapa..Tapi dia ada kata yang dia kena pakai jugak and aku dengar yang mak cik-mak cik bawang kata yang dia nak perhatian".Sambung Naziha yang ada membaca komen-komen daripada mak cik-mak cik bawang.

"Aik??Attention seeker rupanya..Hahahaha..Kelakarlah..Baik aku sambung kerja aku daripada tengok laki tu".Izhan terus masuk ke tempat kerjanya semula.

"Dah lah..Jom Piqah kita sambut diaorang".Ajak Rin lalu mendekati ahli-ahli korporat itu.

Rin dan Piqah mendekati mereka dengan segaris senyuman.Tengku Fayyad Ariq Zayne yang sedang mengelak daripada peminatnya juga mendekatkan jarak di antara dia dengan Rin.Disebalik topeng berona hitam itu,Tengku Fayyad tersenyum sinis sambil melihat pemilik restoran itu.Pengawal-pengawal peribadinya meminta pelanggan-pelanggan tersebut untuk tidak mengganggu majikannya.

"Hi!!Welcome to our restaurant gentlemen..Kami berasa teruja dengan kehadiran tuan-tuan ke restoran kami pada hari ini".Rin menyambut tetamunya dengan baik.

"I'm glad to meet you Hedrina".Tengku Fayyad Ariq Zayne masih tersenyum sinis.

"Glad to meet you too Tengku..Kiran..Bawak customer kita ke atas ye".Minta Rin kepada Kiran.

"Alright..Tuan-tuan dan Tengku boleh ikut saya".Kiran membawa mereka ke tingkat atas.

Tengku Fayyad Ariq Zayne masih mengekori langkah Rin dengan kedua-dua belah matanya.Senyuman gadis itu tetap sama seperti dahulu.Senyuman yang mencairkan hatinya dan menggembirakan dirinya.Akan tetapi senyuman itu tidak memberi makna kepadanya lagi kerana dendamnya dan rasa bencinya terhadap Rin amat menyakitkan hatinya.Perkara yang telah dilakukan oleh Rin sangat menikamnya dari belakang.Dia terasa yang dirinya telah dipermainkan oleh gadis itu dan dia menyesal yang dia tidak menyedari tentang perkara itu dengan lebih awal.

Rin dan Piqah memasuki semula ruang dapur dan menyambung tugas mereka berdua.Aleen yang sedang memotong cili itu menghentikan tugasnya buat seketika kerana dia mahu ke tandas.Gadis itu mencuci tangannya lalu pantas keluar menuju ke tandas.Pintu tandas yang mempunyai papan tanda bertulis "Women" dimasukinya tetapi dia tidak dapat meneruskan langkahnya apabila melihat seorang lelaki memakai suit berwarna hitam keluar dari tandas lelaki.

"Eh Hi!!We meet again".Tegur Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Ohhh Tengku ke VIP tu??Rasanya orang macam Tengku tak sesuai makan kat tempat VIP kitaorang".Jawab Aleen yang sungguh berani.

"Hah??Suka hati akulah nak makan kat mana..Duit aku bukannya duit kau..Haa!!Kau dah kirim salam pada Hedrina??".Soal Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Belom".Balas Aleen ringkas sambil menjelingkan matanya.

"Kenapa kau tak cakap lagi pada Hedrina..Aku da suruh kan semalam".Marah Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Ehhhhhhh..Suka hati sayalah nak cakap ke tak..Mulut saya bukannya mulut Tengku".Bicara Aleen lalu masuk ke dalam tandas setelah teringat akan tujuan asalnya.

"Dia pun same je".Telah Tengku Fayyad Ariq Zayne di dalam hati.

Di ruang dapur...

"Okay guys!!Order untuk VIP dah sampai..Aku kalau boleh nak korang siapkan dalam 10 minit..OKAY??".Jerit Kiran yang agak gementar dengan kehadiran mereka.

"OKAYYY!!".Jawab rakan-rakannya serentak.

"Hah alang-alang korang tengah masak tu..Nak tak aku cerita??".Kiran yang baru turun dari tingkat atas itu ingin menceritakan sesuatu kepada rakan sekerjanya.

"Hah kau nak cerita ape??Kau jangan nak cerita benda-benda mengarut eh..Aku sumbat pastry wheel ni kat dalam mulut kau".Kata Aqiel yang sedang mencuci peralatan itu.

"Tak la..Tak mengarut..Nak tahu tak yang Tengku tu kan..Dia makan sorang-sorang..Kitaorang kena sediakan satu meja untuk dia je..Patutnya dia bagilah tahu awal-awal masa call tu ke..At least kitaorang bolehlah prepare dulu..Ini tak..Kelam-kabut kitaorang tadi..Dah la dia kasi 5 minit je..Dia cakap bila dia balik dari tandas,meja dia dah settle".Rungut Kiran yang tidak puas hati dengan suruhan Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Poyo giler..Kenapalah tak inform kita dulu..Haish".Rina yang sedang menunggu pesanan untuk disediakannya memasang telinga.

"That's why aku tak suka dia".Celah Aleen yang baru masuk itu sedang mencuci tangannya dengan sabun untuk menyambung kerjanya.

"RIN!!Tengku panggil kau".Laung Qiesyah di muka pintu.

"Kenapa dia panggil Rin??Dia nak apa-apakan Rin ke??".Aleen melihat Rin yang sudah menjauhkan dirinya dari ruang kerja.

Wajah seorang pemuda berlegar di dalam fikiran Rin tatkala mendengar kawan-kawannya menyebut "Tengku".Seorang lelaki yang sering dipanggil "Tengku" di universiti membuatnya tersenyum seketika.Walaubagaimanapun,dia cuba membiasakan diri apabila seseorang menyebut "Tengku" yang merupakan orang lain dan bukannya "Tengku" yang sangat dikenalinya.Rin pergi ke sebuah meja yang jauh daripada meja yang diduduki oleh tetamu VIP yang lain.Tiga orang pengawal peribadi menyambut Rin dengan muka yang garang.Gadis itu melemparkan senyuman lalu menyapa lelaki yang bertopeng itu.

"Ye Tengku??Ada apa-apa yang saya boleh bantu??Atau Tengku tak suka dengan servis kami??".Tanya Rin yang risau akan maklum balas yang bakal diberi oleh Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Oh servis restoran awak okay je..Cuma saya nak ajak awak makan dengan saya sekali..Boleh??".Soal Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Maaf Tengku..Saya bukannya tak nak cuma saya ada banyak kerja..Banyak lagi order yang saya kena buat".Rin menolak pelawa Tengku Fayyad Ariq Zayne dengan sopan.

"Tinggalkan sekejap tak boleh??Saya tak amik masa yang lama..Tak kan tak boleh".Tengku Fayyad Ariq Zayne masih tidak berputus asa.

"Tapi...".

"Hi Tengku!!!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience