Bab 10

Romance Series 30286

Hari yang seterusnya,aku dan Khai bersarapan pagi di cafe.Aku mengisi perutku dengan memakan nasi lemak begitu juga Khai.Pukul 10 kami perlu masuk ke bengkel untuk memulakan amali masak.

Sesampainya kami di dalam bengkel,kami mengambil peralatan dan bahan yang diperlukan untuk memasak.Puan Izwana meminta kami menyediakan black pepper sauce steak dan aglio olio juga segelas jus buah-buahan dalam masa 2 jam

Aku mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit untuk menyediakan hidangan yang diminta oleh Puan Izwana.

Dan tibalah masanya untuk Puan Izwana merasa ke semua masakan kami.Aku mula berasa gentar.Berasa risau yang aku tidak akan mendapat markah yang baik.Seorang demi seorang,Puan Izwana menilai hasil masakan mereka.Lagi beberapa orang sahaja lagi dan nama aku bakal dipanggil.

Then,pintu bengkel dibuka,tubuh seseorang memasuki bengkel kami.Kawan sekelasku memandang aku dengan kehairanan.Jangan kata mereka,aku lagilah hairan ketika itu.

Izz mengambil tempat di sebelah Puan Izwana.Mata lelaki itu tertembung dengan mataku.Aku menjungkitkan keningku padanya.Dia membalas jungkitan keningku dengan mengeyitkan matanya.Afra melanggar bahuku perlahan lalu bertanya.

"Wah bakal suami datang rasa masakan isteri la".Seraya tergelak.Spontan cubitanku berjiran dengan lengan kanan Afra.Dia mengadu kesakitan dan rakan-rakanku yang lain memandang kami seraya tersengih.

"Apa yang dia buat di sini".Soalku di dalam hati.

Puan Izwana dan Izz berbual seketika sambil duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan kami.Sesekali,ada juga Puan Izwana memandang aku ketika dia berbual dengan Izz.Aku rasa diaorang ni mengumpat pasal aku ni.Tahu tak berdosa mengumpat orang.Ketika itu,Puan Izwana berdiri seraya berkata.

"Hari ini kita ada seseorang yang juga akan merasa dan menilai makanan kamu.Orangnya ialah Tengku Khal.Kehadirannya ke sini adalah tidaklah penting mana pun.Dia sengaja datang ke sini untuk merasa masakan kamu semua sahaja.Hope,kamu semua akan jawab segala pertanyaan yang akan ditanya oleh Tengku Khal nanti".

"Baik Puan!".Serentak kami membalas kata-kata Puan Izwana.Dah macam askar pula.

Selepas ini Khai pula yang akan menghidangkan makanannya.Terasa seperti berada di pertandingan Master Chef ketika itu.Aku memerhatikan Khai yang sedang dinilai oleh dua orang juri itu.Yang lagi seorang juri itu,menyibuk je kerjanya.Dia tiada kelas ke?

"Hedrina!".Namaku pula dipanggil.

Dengan pantas aku mengambil dulang yang beralaskan masakanku.Gemuruh aku rasa pabila berhadapan dengan dua orang yang memandangku seperti mahu makan sahaja.Aku menghidangkan masakanku di meja menilai.Izz memerhatikan segala pergerakan aku ketika itu.Tidak beralih 1cm pon pandangannya.Seusai sahaja aku menghidang,Puan Izwana bangun dan berkata yang dia mahu pergi ke tandas.Aku terkejut dan mula panik.Mengapa masa tu juga Puan Izwana mahu keluar?Kenapa masa kawanku yang lain tidak?.

"Aduh.Parah ni".Bisikku perlahan sambil menepuk dahiku.

Izz mengambil pisau dan garfu yang berada di atas meja.Steak yang aku masak dipotongnya perlahan.Baru sahaja dia mahu menjamah masakanku,aku merampas garfu di tangan kanannya.Dia tercengang dengan tindakan aku itu.

"Wei asal?Bagilah aku rasa".Tanya Izz.

"Kau buat apa dekat sini?Tak ada kelas ke?".Soalku juga buatnya.

"Aku kelas start pukul 12:30.Alang-alang kelas aku belum mula,aku singgah la sini.Salah ke?".Tutur Izz.

"Salah sangat sangat.Suka hati kau je eh".Aku berpeluk tubuh seraya mencebikkan bibirku.

"Aku potong bibir kau nanti baru tahu".Kata Izz seraya menarik tanganku yang memegang garfunya tadi.Disuakan steak ke dalam mulutnya.Situasi itu seperti aku yang sedang menyuapkan steak untuknya.

"Ouch pasangan bercinta semakin hangat.Fiwitt".Tegur Hafriz sambil membuat gaya Amy search itu.

Izz mengenyitkan matanya.Tanpa ku sedari,bibirku mula menguntumkan senyuman.

"Nakal betul dia ni.Janganlah buat aku jatuh cinta dengan kau lagi Izz".Kataku perlahan di dalam hati.

Aku menarik tanganku manakala Izz menyambung merasa.Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali seraya merasa masakan aku itu.

"Boleh tahan.Tapi kurang masin sedikit".Komen Izz.

Aku hanya menjelingkan mataku.

"But sedap je sebenarnya.Kalau kau masakkan aku macam ni setiap hari,tak keluar rumah la kau nanti".Kata Izz sambil memerhatikan kawan sekelas Rin.

"Asal tak keluar rumah pula?".Soalku pula.

"Sebab kau akan menjadi suri rumah menantu Tan Sri Aziz".Balas Izz.Terlopong aku memandangnya.

Tiba-tiba muncul Puan Izwana dan terus menuju ke tempatnya.Wajahku di hadiahkan senyuman olehnya.

"Macam mana Tengku Khal?Sedap tak masakan orang sayang?".Usik Puan Izwana.

Ahh memang semua orang kacau aku hari ini.

"Apa yang dia masak,semuanya sedap di mata saya".Izz memandangku sambil tersenyum manis.

"Uuuuu".Syukri mencelah.

Izz meminta diri untuk keluar kepada Puan Izwana lantas dia bangun dan melambaikan tangannya kepadaku.

Lambaiannya aku balas pakej dengan jelingan tajam ku beri padanya.

Annoying gila dia ni.

~~~~
Kami membersihkan bengkel bersama-sama.Mengemop dan menyapu diberikan tugas kepada kawan-kawanku yang lain.Aku ditugaskan untuk memeriksa kualiti bahan sama ada masih boleh digunakan atau tidak.Didapati beberapa bahan telah tamat tempohnya.

Aku membawa semua bahan yang telah rosak ke bawah.Telur-telur yang busuk aku letakkan di dalam bekas.Sewaktu mahu membuang telur-telur itu ke dalam tong sampah,aku dilanggar oleh seseorang.Habis pecah telur busuk itu dan apalah nasibku kerana sebahagian daripada telur busuk itu terkena pada tudung aku.Aku mengeluh panjang.Cuba menyabarkan diri aku yang mulai marah.

Orang yang melanggar aku itu mengutip telur-telur yang jatuh dan dimasukkannya ke dalam tong sampah dengan sepantas kilat.

Aku memandang dia dengan pandangan yang tajam.Setajam parang.Aku risau yang aku akan hilang sabar je masa itu.

"Awak.Maafkan saya.Saya tak sengaja".Dia berkata sedemikian lalu pergi dari situ.

"Wah dah buat salah,kau lari macam tu je".Telahku di dalam hati.
Ya ALLAH apalah nasib aku hari ini.Dengan tudungku yang terkena telur busuk,terjatuh dan err berbau pula tu.Aku menguatkan diriku dan masuk ke bengkel.Kawan-kawanku semua terkejut pabila melihat keadaan aku yang seperti itu.

"Babe,apa jadi dengan kau ni?Kau kalau nak main telur pun ajaklah aku sekali.Ni main sorang-sorang".Ujar Khai yang sedang menghampiriku.

"Eish kau ni.Ada orang langgar aku la.Aduh.Korang macam mane ni?".Soalku kepada mereka.

"Tak pe nanti aku amik tudung aku dalam locker.Nasib aku simpan tudung lebih.Kejap lagi aku pergi amik".Kata Piqah.

Piqah seorang pemain bola jaring.Di universiti ini,setiap pemain yang mewakili sukan yang digemari mereka akan diberikan sebuah locker khas untuk meletakkan barang-barang mereka di dalamnya.Sama ada akan digunakan atau tidak sesuatu barang itu,terpulang kepada diri mereka.

ALHAMDULILLAH nasib baik Piqah ada.Kalaulah Piqah tak ada tadi,aku rasa semua orang lari bila bertembung dengan aku.Ahaha.

20 minit kemudian,Piqah memberikan aku sehelain kain tudung chiffon kepadaku di dalam bilik air.Aku memasukkan tudung yang terkena telur tadi ke dalam plastik dan aku akan basuhnya di kondo.Piqah ada bagi pinjamkan jersey dia juga.Beberapa kali,aku mengucakpkan terima kasih kepada Piqah kerana sudi meminjamkan aku tudung dan jersey miliknya.

Pada pukul 2 petang,aku membawa diri aku ke tasik.Sengaja mahu melihat alam ciptaan ALLAH ini.Kali ini aku datang bukan kerana aku mahu menghilangkan tekanan yang sedang aku alami tapi kali ini aku datang untuk menikmati alam yang ALLAH pinjamkan kepada umat-NYA di muka bumi ini.Bersyukurlah kita kerna diberi peluang untuk melihat warna warni yang ALLAH wujudkan ini.

Seekor rama-rama berwarna merah jambu melintas di hadapanku.Walaupun ia tidak dapat terbang setinggi burung helang tetapi ia lebih menawan dan cantik daripada unggas tersebut pada pandangan aku.

Kadang-kala aku akan teringat wajah Izz pabila aku memandang air tasik yang kehijauan itu.Lelaki itu selalu menjadi penyeri hidupku.Even tough,dia tersangatlah annoying.Sikap dia yang annoying itulah mampu buat aku tertarik dengannya.Namun dia....

Pandanganku beralih pabila seseorang memanggil namaku.

"Rin.Kamu ni Rin kan?Ini ada bungkusan untuk kamu".Kata gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience