TC 2 Bab 7

Romance Series 30286

"Hairi tolong!!Rin pengsan!!".

Hairi mengorak langkah masuk ke dalam perkarangan rumah Rin dan dia pergi kepada Khai.

"Kenapa ni??Kenapa tiba-tiba Rin pengsan??".Tanya Hairi yang membawa Rin ke pangkuannya.

"Tak tahu..Tiba-tiba je dia pengsan".

"Jom..Kita bawak dia pergi hospital".Ajak Hairi yang mula kalut itu.

"Jangan..Rin tak suka pergi hospital..Kalau dia bukak mata and dia nampak yang dia ada dekat hospital..Mengamuk dia nanti".Khai tidak bersetuju dengan ajakan Hairi.

"Habis tu??Kita nak buat ape sekarang ni??".

"Boleh tak kalau Hairi tolong bawak Rin naik atas..Kitaorang akan tunggu sampai Rin sedar..Kalau dia kata yang dia nak pergi hospital..Nanti kitaorang akan bawak dia..".Khai kenal sangat akan kawannya yang benci dengan hospital.

Tanpa banyak bersuara,Hairi mencempung gadis yang pengsan itu dan bawanya ke kamarnya.Khai sempat memberitahu kawan-kawannya supaya tidak keluar daripada bilik tanpa tidak memakai tudung.Tubuh Rin dibaringkan di atas katilnya lalu Hairi menutup badan gadis itu dengan selimut.Khai dan Linda melabuhkan punggung mereka di sebelah Rin manakala yang lain memandang gadis yang terbaring itu di hujung katil.Hairi yang baru pertama kali melihat keadaan Rin seperti itu sedang bingung dan mulai risau.

"Hairi..Ada apa-apa ke yang jadi pada Rin?Tiba-tiba pengsan ni..Mesti ada sebab".Soal Piqah yang seperti dapat merasakan kawannya itu sedang bersedih.

"Entah..Saya pun tak tahu..Saya terjumpa dia jalan sorang-sorang dekat area rumah tengku tu..Dia menangis..Bila saya tanya kenapa..Dia tak jawab".Jawab Hairi yang juga ternampak ada seorang lelaki yang mengekori Rin ketika itu.

"Ni mesti ada kena mengena dengan tengku ni..Rin ada jumpa dia ke?Tapi kalau jumpa,mesti dia happy..Takkanlah dia menangis..Hurmm..Nak tak nak..Aku kena tunggu Rin bangun dulu..Baru aku tahu jawapannya".Telah Khai di dalam hati.

"Ini tak ada kena mengena dengan Fayyad kan??I hope so".Harap Aleen yang semakin risau akan keselamatan Rin semenjak Tengku itu hadir ke restoren mereka.

"Bum!!!!".Bunyi pintu dibuka dengan kuat.

"Kali ni ape pulak kau dah buat dekat adik aku sampai jadi macam ni!!".Tengking Ekh yang baru tahu keadaan adiknya selepas menerima whatsapp daripada Linda.

"Abang Ekh,abang salah sangka ni..Hairi tak buat ape-ape..Rin pengsan kat depan pintu tadi".Terang Linda yang mengkhabarkan berita itu kepada Ekh.

"Habis tu??Mesti ada sebab Rin pengsan..Ni mesti kau ada apa-apakan dia kan!!".Tuduhan demi tuduhan diterima oleh Hairi.

"Tak..Aku tak tahu apa-apa..Aku jumpa dia kat tengah jalan tadi..Lepastu dalam kereta dia diam..Dia menangis tak berhenti-henti..Setiap kali aku tanya,mesti dia cakap tak ada apa-apa".Jelas Hairi yang cuba untuk mendapat kepercayaan Ekh.

"Patutlah pipi Rin basah".Afra merenung semula wajah rakannya.

"Betul..Aku rasa ni mesti ada something yang jadi kat rumah tengku tadi..Kalau difikirkan balik,tanya si Ri ni mesti dia tak jawab..Aku kena cari Muadz".Khai bertekad untuk mencari punca utama yang menyebabkan kawannya itu bersedih.

"Okay macam nilah..Saya rasa lebih baik abang Ekh dengan Hairi balik dulu..Biar kami yang tengok-tengokkan Rin..Lagipun dah malam,tak sesuai kalau orang lelaki ada kat dalam rumah ni".Minta Wawa yang sedar akan hari makin lewat.

"Hurm..Kalau macam tu tak apelah..Abang balik dulu..Kalau ada apa-apa..Please bagitahu abang..And kau!!Kalau aku tahu kau penyebab semua ni..Nahas kau!!".Ekh memberi amaran kepada Hairi terlebih dahulu sebelum dia menapakkan kakinya keluar dari bilik itu.

Kaki Hairi terasa berat untuk meninggalkan kamar itu.Rin yang sedang terbaring itu membuatkan hatinya semakin resah dan fikirannya mula melayang.Dia memarahi dirinya kerana tidak mampu untuk menjadi orang yang menyeka air mata gadis itu.Dia juga risau yang dia tidak berupaya untuk menjadi orang yang paling disenangi Rin.Walaubagaimanapun,setiap hari dan setiap masa,dia belajar untuk memahami dan menyayangi gadis itu lebih daripada sebelum ini.Kekurangan yang dimilikinya dahulu cuba diperbaiki agar dia dapat menjadi satu-satunya lelaki yang bertakhta di dalam hati si dia.

Selepas Hairi mengucapkan terima kasih dan selamat malam kepada rakan-rakan Rin,dia beransur pulang dengan wajah yang sugul.Semasa sedang memandu keretanya,dia teringat akan seorang lelaki yang mengikuti rapat Rin dari belakang sewaktu gadis itu berjalan seorang diri.Dia mengerutkan dahinya kerana dia tidak dapat mengingati wajah lelaki itu.

"Haih Hairi,lambat kamu balik malam ni".Tegur Datin Syarifah Nur Adelina Idayu yang menunggu anak terunanya pulang.Dia takut dan risau yang Hairi kembali kepada perangainya yang seperti dahulu.Namun,dia berasa lega tatkala melihat Hairi berjalan dengan elok dan tidak berbau alkohol.

"Aah ummi..Tadi keluar dengan Rin..Tu yang balik lambat sikit tu".Hairi tidak ingin memberitahu ibunya tentang keadaan sebenar Rin kerana dia tidak mahu ibunya berasa bimbang.

"Ohhhh dengan Rin ke??Ummi ingat Hairi keluar dengan kawan tadi..Kalau Rin tak apelah..Ni..Barang hantaran semua dah cukup tak??".Soal Datin Syarifah Nur Adelina Idayu.

"Lagi sikit je ummi..Ummi..Hairi masuk bilik dulu..Mengantuk".Hairi melangkahkan kakinya ke arah tangga.

"Hurm..Macam ada benda tak kena je dengan anak aku ni".Tebak Datin Syarifah Nur Adelina Idayu yang seperti dapat menghidu akan sesuatu.

Hairi membasuh muka dan kakinya sebelum dia melelapkan matanya.Baju yang berwarna putih disarungkannya lalu menghempaskan dirinya ke atas katil sambil terbayang akan wajah tunangnya.Pelbagai persoalan ditanyakan kepada dirinya.Antaranya ialah..

"Aku boleh ke jadi lelaki yang pertama dalam hati Rin?".

"Boleh ke aku buat dengan bahagia?".

"Adakah aku boleh menandingi Izz??".

Sehingga kini,dia tertanya-tanya,siapakah sebenarnya Izz bagi Rin.Kadangkala,dia perasan akan riak wajah Rin sering berubah apabila kawan-kawannya ada menyebut nama Izz.Sungguh jarang dia melihat Rin yang penuh dengan senyuman dan tawa seperti dahulu.Ada juga dia merasakan bahawa Rin terpaksa berkahwin dengannya.

"Tapi saya nak bagi satu amaran, kalau encik sakitkan hati Rin...Saya akan rampas Rin semula".

Amaran yang disampaikan oleh Izz itu berlegar di dalam fikiran Hairi.

________________

"Rin??Are you okay??".Khai menegur Rin yang sedang memandang cermin.

"Aku okay cuma...Aku rasa hari ni aku tak pergi restoran..Aku nak duduk kat rumah..Segala keuntungan hari ini biar aku uruskan..Korang tolong settlekan yang lain ye".Balas Rin yang melihat Khai berada di atas katil.

"Are you sure yang kau okay??Aku tak rasa macam tu pun..Come on Rin,just say it".Khai bangun lalu memegang kedua-dua belah bahu rakannya.

"Aku...Aku....Aku tak okay Khai".Tangisan yang cuba ditahan oleh Rin mengalir dengan laju.Khai menepuk dengan lembut tubuh Rin untuk menenangkan kawannya itu.

"Rin,kau menangis sebab Tengku eh??".Tanya Khai yang pasti itu penyebabnya.Rin membalas pertanyaan Khai dengan menganggukkan kepalanya.

Rin menceritakan kejadian yang telah berlaku padanya sewaktu dia pergi ke rumah Izz.Panggilan telefon yang menghubungkan dia dengan Izz yang paling dia tidak dapat lupakan.Suara seorang wanita memecahkan segala tanda tanyanya terhadap Izz yang seperti menganggap tiada sesiapa antara rakan-rakannya yang bernama Rin di dalam hidupnya.

Khai yang menjadi pendengar itu juga tidak sangka akan perbuatan Izz yang sangat berbeza jika dibanding dengan sebelum-sebelum ini.Rin yang dulunya pernah dilayan olehnya seperti seorang yang sangat istimewa baginya tetapi kini Rin seolah-olah hanyalah sekadar gadis yang pernah tertembung mata dengannya.Khai berjanji dengan dirinya,jika dia berjumpa dengan Izz suatu hari nanti,dia dan rakan-rakannya akan bergabung tenaga untuk memukul Izz sehingga lelaki itu menangis.Tangisannya itu tidak akan dapat disamakan banyaknya dengan air mata yang membasahi pipi Rin.Jejaka yang dahulunya sangat benci melihat Rin menangis akhirnya menjadi jejaka yang sering mengalirkan air mata Rin.Kepala Rin dibelai lembut oleh Khai lalu meletakkan kepala kawannya itu di atas pangkuannya.Dia membiarkan air mata kawannya itu mengalir sepuas-puasnya kerana dia tidak ingin melihat Rin memendam keperitan yang tersemat di dalam hatinya.

"Hey guys!Ayuh pergi kerja!!Eh Rin?".Afra mendekati kawannya yang sedang menangis sambil berbalas ayat dengan Khai tentang Rin.

"Ohh..Tak pe Rin,nanti dia dah balik Malaysia..Aku akan pastikan dia tahu apa itu makna balasan".Pujuk Afra yang mahu melihat Rin menerbitkan senyumannya.

"Kau nak buat ape kat tengku?Aku nak join kau jugak..Biar tengku tu rasa tangan aku ni".

"Haaa yang pasal buat ape tu..Aku tak fikir lagi tapi tak pe nanti kita pikirkan sama-sama".

"Dah-dah..Pergi kerja..Kirim salam yang lain dan cakap kat diaorang yang aku mintak maaf sebab tak datang kerja..Lagi satu aku nak pesan,jangan cerita kat orang lain..Jangan terlepas cakap au".Pesan Rin kepada dua orang rakannya yang memakai baju chef itu.

"Okay!!".Jawab mereka serentak.

Rumah itu terasa sunyi setelah kawan-kawan Rin keluar untuk bekerja.Dia menghabiskan masanya dengan menonton televisyen,bermain dengan telefon,membersihkan rumah dan menyemak keuntungan bulanan restorannya.Abangnya juga sempat bertanya khabar dengannya sebelum pergi ke pejabat.Beberapa jam selepas bertemu dengan abangnya..

"Ding dong..Ding dong..Ding dong..".

Rin menyarungkan kepalanya dengan kain yang berada di atas sofa.Langkah dipercepatkan untuk mengetahui siapakah yang menekan loceng rumahnya.Tiada sebarang susuk tubuh kelihatan apabila Rin melihat ke luar pagar.

"BAHHHHH!!".

"ARHHH!!".

Gadis itu menjerit tatkala disergah oleh dua orang pengawal peribadi tunangnya.Afzal dan Joyie tertawa sakan memandang Rin yang sangat terkejut itu.Rin membalas pandangan mereka berdua dengan pandangan yang tajam.

"Puan muda,janganlah marah..Kitaorang gurau je".Ujar Afzal yang tidak berniat untuk buat gadis itu marah.

"Taklah..Tak marah..Suka..Ni ada apa abang berdua datang ni??".Tanya Rin.

"Kami datang bawak makanan,minuman and of course kasih sayang tuan muda..".

"Ni..Ada takoyaki,ayam korea yang pedas tu,mochi,goreng pisang and..Paling Puan muda suka..Boba in da house".Jelas Joyie satu persatu makanan dan minuman yang dibawa oleh dia dan Afzal.

"Subhanallah,banyaknya..Kenapa bawak banyak sangat ni..Tak terhabis saya makan sorang-sorang".Rin memang suka makan tapi ia terlalu banyak baginya.

"Tuan muda kata..Makan slow-slow..Confirm boleh habis".Balas Afzal sambil memberi bungkusan-bungkusan plastik yang ada di tangannya kepada Rin.

"Hurm..Hairi ni kan....Haish..Boleh saya tahu Tuan muda korang tengah buat apa sekarang ni?".Tanya Rin lagi.

"Barangkali...Meeting..Maybe......Tapi rasa macam dah nak abis meeting dia".Jawab Joyie.

"Oh ye ke..Okay okay..Terima kasih tau tolong bawakkan semua ni..Tolong cakap terima kasih jugak kat Tuan muda korang..Bye-bye".Pesan Rin sebelum pengawal-pengawal peribadi Hairi lantas meninggalkan rumah itu.

Telefon pintar yang berada di atas sofa diambil Rin lalu menghantar WhatsApp kepada Hairi.

"You..You tengah meeting ke??Kalau dah habis call I boleh??".

Selepas beberapa minit Rin menunggu,tiada sebarang jawaban daripada Hairi.Dia runsing sama ada mahu menghubungi lelaki itu atau tidak.Dia risau jika lelaki itu masih sedang bermesyuarat dan dia tidak mahu mengganggu kerja tunangnya itu.Televisyen di hadapannya ditonton semula sambil makan makanan yang diberi oleh Afzal dan Joyie tadi.Rin berulang-alik dari ruang tamu ke dapur untuk mengambil beberapa gelas air kerana dia tidak sangka yang ayam korea itu terlalu pedas tetapi dia tetap memakannya.

"Tut..Tut".

Skrin telefon pintar Rin mengeluarkan cahaya.Satu kiriman WhatsApp muncul di ruang notifikasi.

"I'm on my way to meet you..Save some mochi for me okay".

Rin tersenyum herot ketika membaca whatsapp daripada Hairi itu.Lantas dia meletakkan 4 biji mochi di atas pinggan untuk Hairi.Dia menapakkan kakinya ke dapur semula untuk menyediakan minuman buat teruna itu.Minuman kegemaran Hairi disediakan Rin lalu dituangnya ke dalam cawan.

"Ding dong..........Ding dong".

"Eh?Dah sampai dah ke?Lajunya".Ngomong Rin sendiri.

Dia menyarungkan tudung di kepalanya dan melangkahkan kakinya dengan pantas untuk menjemput lelaki yang dinanti-nantikannya itu.Pintu utama rumah itu dibuka,bayangan orang tidak dia lihat di luar pagar rumahnya.Rin berjalan ke pintu pagar dan membukanya kerana dia menjangkakan yang Hairi pasti akan cuba mengejutkannya seperti yang dilakukan oleh pengawal peribadinya tadi.Namun,tiada orang pun yang berada di situ.

"Come on Hairi.Keluarlah.I tahu you ada kat sini.Come on out".Jerit Rin tetapi tiada sahutan yang menjawab jeritannya itu.

Setelah Rin memerhatikan sekeliling,dia memasuki rumahnya semula dengan beranggapan bahawa dia mungkin tersalah dengar.Pintu utama kediamannya dibuka lagi dan...

"ADOIIII!!!!".

Rin terjatuh di atas lantai.Dia memegang kakinya yang kesakitan dek kerana dia terasa yang dia terlanggar sesuatu.Gadis itu memandang belakangnya dan melihat sebuah kotak yang panjang terletak di atas lantai.

"Erm??Bila masa ada kotak kat sini?Tadi rasanya tak ade".Fikir Rin seketika lalu mencapai kotak itu.

"Love is something that can makes people happy but it's also can makes people hurt".Sebaris ayat ditulis pada sekeping kertas kecil.

"Ini kalau bab-bab cinta ni..Tak lain tak bukan ni mesti Hairi..Tapi tadi mana ada aku dapat kotak.Afzal Joyie cuma bagi makanan je.Ke Hairi masuk rumah aku senyap-senyap ni??".Tambah Rin yang semakin hairan.

"Hairi?You ada kat sini ke?Keluarlah!Jangan buat I takut..Hairi!!HAIRI!!".

Rin berlari keluar dengan kotak di tangannya untuk melihat Hairi mungkin ada di luar rumahnya selepas meletakkan kotak itu.Walaubagaimanapun,tiada sebarang kelibat Hairi atau manusia di situ melainkan dirinya.

"Aku ni stress sangat kot sampai asyik fikir Hairi ada kat sini..Khayalan aku erm tapi apa ada dalam kotak ni?".Tanya Rin lalu membuka kotak itu.

Beberapa kuntum bunga ros yang berwarna merah,pink,kuning,putih,lavender dan oren berada di dalamnya.Rin teruja melihat warna bunga ros yang amat jarang dilihatnya terutamanya warna lavender.Sungguh cantik bunga itu sehingga dia tidak dapat berhenti merenungnya.Satu per satu bunga ros dilihatnya dan dia baru sedar yang bunga ros berwarna lavender lebih banyak berbanding yang lain.Di sudut kiri kotak itu,Rin melihat ada sesuatu yang berwarna hitam dan kelabu.Rin mengambil kedua-duanya dan menelitinya.

"Apa benda ni?Ermmmm yang ni ada butang kecik yang ni pulak ada banyak butang..Eh ni macam recorder je..Eh eh ada note ah..".

"Push this button".Nota kecil dilekatkan pada benda yang mempunyai butang kecil padanya.

"ARGHHHHHHH!!!".

Rin membaling kotak yang berada dalam pegangannya.Kotak yang amat diamatinya tadi bertukar menjadi kotak yang amat digeruninya.Api yang marak itu memenuhi penglihatannya.Dia tidak dapat sembunyikan rasa takutnya yang langsung tidak menjangkakan ada kejutan lain yang tersirat di sebalik kotak yang indah itu.Bunga-bunga ros itu mula berubah warna kepada warna hitam.Justeru,gadis itu tanpa sengaja tertekan butang pada recorder yang dipegangnya itu.

"Hi Hedrina..It's seems like you opened the gift..Do you like it?Aku tak tahu nak bagi ape tapi aku harap kau suka hadiah ni..Tapi ko tahu an..Dulu kita pun macam bunga-bunga ros tu jugak..Hari-hari kita dulu penuh dengan warna-warna yang berlainan..Setiap hari kita cuba cipta memori yang berbeza bersama tetapi..Apakan daya kau hentikan memori tu tanpa keinginan aku..Dan memori yang warna-warni itu terus berubah menjadi satu warna yang amat sakit untuk aku..Iaitu warna hitam..Lepas itu,aku tak expects yang hari-hari aku seterusnya akan berubah menjadi hitam juga..Cuba kau tengok sendiri bunga-bunga ros tu??Jadi warna hitam kan??".

Rin mengalihkan seketika pandangannya ke bunga-bunga ros yang terbakar itu.Ya apa yang dikatakan dalam perakam suara itu benar.Warna bunga-bunga itu menjadi warna hitam.

"Jadi sebenarnya aku pun harap yang hidup kau macam bunga-bunga tu jugak..Mula-mula warna-warni selepas itu jadi hitam...GELAP...Gelap tanpa sebarang cahaya..Dan hari tu akan terjadi bila kau..MATI!!!!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience