Bab 8

Romance Series 30286

"Prittt"

Perlawanan telah dimulakan oleh pengadil.Pasukan cheerleaders universiti aku memberikan sorakan sambil membuat gaya yang telah direka oleh mereka.Ada beberapa orang lelaki yang berdekatan dengan mereka turut mengikut rentak mereka.Tergelak aku melihatnya.Khai yang baru sampai,melabuhkan pinggangnya di sebelah aku.Semua penonton memberi sorakan yang gemuruh kepada pasukan yang diketuai oleh Izz.Hanya beberapa orang sahaja yang memberi sorakan kepada pasukan pihak lawan.Mata aku hanya tertatap pada ketua pasukan yang memakai jersey bernombor 8.Sungguh aku risau dengan keadaan dia ketika bermain.Risau yang dia akan tercedera.

Setiap kali jaringan dihasilkan,dewan akan bergema dengan sorakan.Seperti menonton perlawanan bola sepak di antara Manchester United dengan Manchester City.Wajah Izz yang sentiasa tersenyum manis terus menjadi serius apabila berada di dalam gelanggang.

Beberapa minit telah berlalu,set kedua telah ditamatkan oleh pengadil perlawann.Untuk pengetahuan,bola keranjang mempunyai 4 set game yang perlu ditempuhi oleh pemain.Lebih kurang macam hoki la juga.

Pemain-pemain berada di sekitar bangku simpann pemain.Coach sedang memberikan kata-kata semangat kepada pemain dan memberitahu strategi mereka untuk set yang ketiga.Izz direhatkan oleh jurulatih dan menggantikan Izz dengan pemain yang lain.Sempat dia menoleh ke belakang memandang aku seraya mengenyitkan matanya untukku.Pelajar perempuan yang berada berdekatan dengan aku terus menjerit pabila melihat tindakan Izz yang kononnya menggoda mereka.Aku mengerlingkan mataku ke atas kerana menyampah dengan mereka.

"Aku kenyitkan mata untuk Rin bukan untuk korang!!".Jerit Izz sambil tersenyum.Tergelak kecil aku setelah mendengarnya.Terdiam pelajar perempuan yang menjerit tadi.

Izz memandang Rin yang tidak jauh daripada dia.Kehadiran Rin,memberikan semangat kepadanya untuk bermain.Oleh sebab itu,dia akan mengajak Rin menonton ke semua game yang akan dimainnya.

Kira-kira 40 minit kemudian,wisel berbunyi menandakan perlawanan telah tamat.Pasukan daripada Universiti kami memenangi dengan mata keseluruhan 87 berbalas 76.

Usai meraikan kemenangan,Izz melambaikan tangannya kepadaku sambil menunjukkan lapan jarinya.Aku memberi sign okay dan bergerak keluar dari dewan.

>>
Pada pukul 8 malam Izz akan mengambil aku di kondo untuk keluar membeli-belah bersama-sama dengannya.Tepat jam 7:50 aku berada di luar kawasan kondominum.Izz memang pantang jika seseorang itu tidak menepati masa yang telah dia tetapkan.Kerna itulah,aku akan tercongok sorang-sorang di situ.

Malam ni pakaian aku bertemakan warna biru.My favourite colour yeah.Flap bag daripada jenama Chanel menjadi pilihanku hari ini.Long denim jacket tersarung kemas di tubuhku berserta t-shirt bewarna putih.

Pin!!Pin

Bunyi hon menyedarkan aku.Pemandu kereta itu,keluar daripada keretanya lantas menarik lenganku masuk ke dalam keretanya.Aku hanya mengikuti langkahnya yang agak pantas itu.

Kereta mula memasuki lebuh raya.Pandanganku beralih ke luar cermin kereta,memandang suasana malam yang bercahayakan tiang lampu dan sinaran bulan.Izz mula bersuara.

"Kau intip aku ke ni?".Soal Izz di samping memandang aku yang berada di sebelahnya.

"Eh hello.Ini kebetulan je okay.Entah entah kau yang suruh PA kau mengintip aku kan?".Jawabku seraya memandangnya.Secara kebetulan,warna pakaian kami sama pada malam ini.Sejak bila pula aku nak intip dia pakai baju warna apa.Nonsense.

"Ini semua jodoh".Bisik Izz perlahan.

Izz memarkirkan keretanya sebelum masuk ke dalam pusat membeli-belah.Setelah itu,kami berjalan masuk ke dalam bangunan besar itu.Lagak kami seperti pasangan kekasih yang sama warna pakaiannya.Kami berjalan beriringan sementara melihat butik-butik yang menjual pelbagai jenis pakaian.

"Kau nak beli ape?".Tanyaku kepada Izz yang sedang memerhatikan butik-butik yang berada di dalam pusat beli-belah tersebut.

"Nak beli baju untuk wedding sepupu aku".Jawab Izz.

"Ohh.Tu je ke?".Tanya aku lagi kepada Izz.Ye lah itu je ke yang dia nak beli?Buat apa aku teman dia.Alahai Izz.

"Selain tu,aku nak cari hadiah untuk diaorang.Itu yang aku ajak kau sekali ni".Kata Izz dan barulah aku faham tujuan dia mengajakku supaya menemani dia.

Butik bernama RaVeLis Collection mencuri tumpuan Izz.Pembantu kedai menyambut kedatangan kami berdua.Sungguh tertarik aku melihat pakaian-pakaian yang berada di dalam butik itu.Tidak peliklah Izz rambang mata ketika memilih pakaian yang dia mahukan.Agak lama juga aku menunggu dia.Fitting room dimasuki Izz beberapa kali namun dia tetap tidak berpuas hati dengan tuxedo yang dipilih.Daripada aku duduk menonong je lebih baik aku membantu dia memilih tuxedo yang tersergam indah di mataku ini.

"Kau nak warne ape?"Soalku pada Izz yang masih tercari-cari.

"Erm..Either Blue or black"Jawab Izz.

Aku memilih warna dodger blue yang sungguh menarik perhatian aku.Design dia juga simple and cool to me.

"Izz,how about this".Aku berikan tuxedo itu kepada Izz.

Izz mengambilnya tanpa berkata apa-apa.Fitting room dimasukinya lagi dan aku duduk di atas sofa kulit yang elegant itu semula.Beberapa minit kemudian,pintu fitting room yang pertama dibuka.Automatik leher aku panjangkan ketika itu.

Aku tersenyum dan berasa kagum tatkala melihat Izz yang sungguh segak memakai tuxedo yang dipilih olehku.Beberapa kali aku mengelipkan mataku kerana aku tidak sangka Izz sungguh kacak dan kelihatan sangat berkarisma.

"Looking good huh?Jangan tergoda dengan aku.Aku tahu aku sememangnya seorang yang tampan".Izz berkata sedemikian seraya mengenyitkan matanya.

"Err..Rasa nak muntah pula".Ucapku sambil membuat gaya mahu termuntah di hadapannya.

"Asal kau mengandung ke?Takkan lepas tengok aku kau straight mengandung kot".Tutur Izz yang berada di hadapan cermin yang besar itu.

"Memang tidak la aku muntah sebab mengandung.Aku muntah sebab kau la".Jawabku yang sedang memerhatikan pekerja wanita di situ.Mereka berbisik semasa sendiri sambil memerhatikan Izz yang sedang melihat dirinya di hadapan cermin.

Izz mendekatkan tubuhnya denganku secara tiba-tiba.

"I knew.I amazed you right?Mata kau bersinar-sinar pandang aku".Ujar Izz sambil mencuit hidungku dan menjungkitkan keningnya.

Ye aku mengaku yang Izz memukauku dengan ketampanan dia pada malam itu.Walau bagaimanapun,aku kena sorokkan impression aku.Kalau tidak makin perasan la dia nanti dan makin menyampah la dengar dia memuji diri sendiri.

Tidak lama selepas itu,seorang lelaki berpakaian casual mendekati kami.

"Hai Tengku.Maaf saya menggangu kamu berdua.Sebelum itu,biar saya perkenalkan diri saya dahulu.Nama saya Andy Verlind pemilik butik ini dan saya seorang pereka fesyen juga.Tengku boleh panggil saya Andy.Saya mahu meminta sedikit bantuan kepada Tengku.Itu pon kalau Tengku bersetuju dengan permintaan saya".Kata Andy pemilik butik itu.

"Wah pandainya dia cakap bahasa melayu.Tengok muka dia macam lagak orang Rusia.Kalau betullah orang Rusia,jauh betul dia cari rezeki sampai ke sini.Salute!!"Telahku di dalam hati yang berasa cukup kagum dengan lelaki bermata biru itu.

"What is it?Just tell me."Jawab Izz seraya memandang Andy yang sedang berdiri menghadap kami.

"If you dont mind.Boleh Tengku jadi model untuk pakaian terbaru kami?Sebab model kami yang sebelum ini sedang terlantar di hospital".Soal Andy yang membuatkan Izz tergelak.

"Saya tidaklah layak untuk menjadi model.Saya ni bukan handsome mana pun".Izz mengerlingkan matanya kepadaku.

"Tadi kau cakap kau handsome.Bile depan si Andy ni kau cakap tak handsome.Aih poyonya dia".Umpatku di dalam hati.

"No.You are so perfect Tengku and when I saw you wear that tuxedo.You look so smart".Ujar Andy yang cuba memujuk Izz.

"Ahh.Kau rasa aku patut setuju tak?".Soal Izz kepadaku seraya memandangku di sebelahnya

"Kalau kau rasa okay.Aku okay je".Jawabku ringkas.

Izz bersetuju dengan permintaan Andy.Segaris senyuman terukir di wajah Andy yang berperwatakan lembut itu.Andy memandang aku yang sedang memandangnya.

"You can join Tengku too young lady".Kata Andy kepadaku.

Tergamam aku ketika itu.Tidak tahu mahu menjawab apa.

"She will join me".Izz membalas kata-kata Andy tanpa bertanya kepadaku terlebih dahulu.

Spontan aku mencubit lengan kiri Izz.Dia mengadu kesakitan sambil menggosok-gosok lengan kirinya.

"Hei kau pun model kan.So,apa salahnya kau join aku sekali.Tak lah aku kaku sangat nanti".Tutur Izz.

Memanglah aku ni model tetapi aku ni jadi model untuk barang make-up mama je.Mama kata aku ni dah cukup lawa da.Tak perlu cari model yang sampai perlu keluarkan duit beribu-ribu hanya untuk mempromosikan satu produk.Aku bukannya berminat sangat dengan bidang ni,hanya mengikut permintaan ibuku yang tercinta sahaja.

Sebelum kepalaku diketuk Izz kerana tidak mendengar kata-katanya,aku bersetuju seraya menganggukkan kepalaku.

"Tengku dan cik boleh pergi ke fitting room.Pekerja saya akan mengambil pakaian yang saya katakan tadi.

Aku dan Izz pergi ke fitting room setelah mendengar kata-kata Andy tadi.

"Kau nak satu bilik dengan aku sekali ke?Jangan nakal sangat.Malu aku".Kata Izz.

Tanpa berfikir panjang,aku mencubit lengan Izz selama yang mungkin.Ditepuknya lembut tanganku baru aku lepaskan cubitan itu.

Aku menjelirkan lidah padanya dan segera masuk ke dalam fitting room untuk kaum hawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience