Bab 70

Romance Series 30286

"Kun Fayakun..Jadilah! maka jadilah ia..Semua ini berlaku mengikut kehendak ALLAH..Kita sebagai manusia mestilah akur dan ikut kehendakNya".Ujar Syifa dengan rasa sedih.

"Semoga segalanya dipermudahkan".Pinta Afifah lalu doanya diaminkan oleh rakan-rakannya yang berada di situ.

>>>>>>>>

"Wahai cik Sloth bangun solat Subuh".Izz mengejutkan Rin yang tertidur di atas sofa dengan posisinya yang sedang duduk.

"Please I tak nak jumpa dengan you lagi!!Jangan sesekali you tunjukkan muka you depan I!!".Marah Rin yang matanya masih tertutup.

"Wah dah ber I you pulak dengan aku lepas tu tak nak tengok muka aku pulak..Weiii!!Bangun sembahyang Subuh!!".Izz terus mengejutkan Rin yang tidur dengan bantal di mukanya.

Rin tertidur di atas sofa setelah menonton lebih kurang 5 filem bersama Izz dan Muadz.Tambahan pula,Izz juga tertidur di sebelahnya tetapi dia terjaga ketika pembantu peribadinya mengejutkan dirinya.Izz hanya dapat melelapkan matanya selama 30 minit sahaja tetapi badannya cergas seperti dia tidur selama 6 jam.

"Pergi!!I benci you!!Go away!!".Jerit Rin yang buat Izz terkebil-kebil matanya.

"Dah benci aku lah pulak..Eh eh eh~~Woi bangunlah..".

"Abang Ekh,Rin tak kuat dengan semua ni..Abang Ekh tolonglah ada kat sisi Rin..Jangan tinggalkan Rin".Gadis yang sedang bermimpi itu tanpa sengaja memeluk lengan Izz yang sedang berdiri.

"Ah Rin???Bangun wei..Ahhh Rin??Bangun Rin..Janganlah buat aku macam ni".Pemuda yang jantungnya mula berdegup kencang itu baru perasan yang Rin masih berada di alam mimpinya.

"Abang Ekh jangan tinggalkan Rin".Minta Rin lagi dengan pelukannya dieratkan sehingga Izz berasa tidak selesa.

"Ya ALLAH kau kuatkanlah iman aku..Sebelum apa-apa terjadi baik aku kejutkan si Rin ni".Tertelan air liur Izz dek kerana tindakan Rin.

"Woi bangunnnn!!!!!!!!!!".Laung Izz di telinga yang dilitupi dengan tudung sarung itu.

"Makkkkkkkkkkkk!!!!!".Terlatah Rin yang terasa bingit di telinganya.

"Haaa bangun pun,bukan main susah lagi kau nak bangun".Rin menggosok-gosok telinganya.

"Kalau boleh dua-dua telinga aku ni kau jerit..Jerit perlahan-perlahanlah,sakit telinga aku".

"Hengkoooo kan.....Kau tahu tak aku terpaksa jerit sebab kau tak bangun bangun..Kau ingat aku ni nak sakitkan tekak aku untuk kau..Memang idok leeeeee sis".Jawab Izz sambil menyekeh kepala Rin.

"Eeeee kau ingat aku nak kau jadi orang yang pertama aku tengok lepas aku bangun...Eeeeeee memang idok le brooooo".Kata Rin dengan mengajuk kata-kata Izz kepadanya.

"Kau ingat aku nak sangat ke jadi first view ko..Eh please laahhh tak ade maknanya".

Situasi itu diperhatikan oleh Muadz yang sedang duduk di atas tangga seraya menunggu majikannya mengejutkan gadis yang diminatinya itu.

"Aku syak lama lagi kitaorang ni sembahyang".Muadz hanya menunggu dengan sabar sementara Wak Man dan Mak Milah pula sedang menunggu mereka bertiga di ruang solat yang terletak di tingkat atas.

"Dah lah ambil kesempatan kat orang lepas tu buat macam tak ade apa-apa hurmmmm!!".Bicara Izz yang teringat semula kehangatan pelukan Rin tadi.

"Hah ambil kesempatan??Ambil kesempatan apa pulak ni??".Soal Rin yang terasa mahu tidur kembali.

"Ahhh lupakan aje la...Dah jom jom solat..Jangan melengahkan masa..Cepat!!".Tutur Izz yang tidak mahu Rin melihaf rona wajahnya yang mula bertukar kepada warna merah.

"Aduh aduh aduh..Woii sabarlah..Sakit telinga aku".Rin mengadu kesakitan apabila telinga ditarik oleh Izz tanpa rasa belas kasihan.

"Okay aku bersyukur yang telinga aku tak pernah kena tarik dengan tengku".Bisik Muadz di dalam hati.

"Haaa Muadz jom kita naik atas sekali".Ajak Izz yang tidak lepas tangannya daripada telinga Rin.

"Muadz help me..Au au".Rin meminta bantuan daripada Muadz.

"I'm sorry i can't help you Rin..Saya risau telinga saya pun kena tarik jugak".Balas Muadz yang mengikuti langkah Izz dan Rin dari belakang.

"Dah cepat pi amik wudhu'..Kitaorang tunggu kau".Suruh Izz lalu tertawa kecil dengan perilakunya sendiri.

******
Gosip yang sedang viral atau tular sekarang ini amat memeningkan keluarga Syarifah Nur Hedrina Liyana untuk menghentikan segala tanggapan buruk yang telah diberikan oleh masyarakat terutamanya peminat-peminat Hairi yang langsung tidak tahu akan hal yang sebenar dan terus menuding jari mereka kepada Rin yang menjadi mangsa keadaan.

Kejadian ini terjadi disebabkan dendam yang terpahat di hati Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris terhadap ibu kepada Hairi iaitu Datin Syarifah Nur Adelina Idayu.Sesungguhnya,Dato Syed Halim menyesal akan tindakannya yang memakan dirinya sendiri hanya untuk kepentingannya.Tiada sesiapa yang tahu akan dendam itu termasuklah isteri kesayangannya Datin Syarifah Mariah Mikayla.Justeru,anak sulung kepada pasangan Dato dan Datin itu sudah dapat menghidu akan sesuatu yang aneh di sebalik pertunangan adiknya tetapi Ekh masih belum menemui jawapannya.

Mereka bertiga sedang duduk dengan penuh sabar di ruang tamu sambil menunggu tetamu yang merunsingkan fikiran mereka.Semestinya Ekh akan bersuara agar dapat mengembalikan senyuman dan tawa adiknya yang sudah lama dia tidak lihat.

"Ding dong".

Bunyi loceng yang ditekan oleh tetamu yang ditunggu oleh mereka menghentikan Ekh yang sedang menyentuh paparan skrin telefon pintarnya.Tangan kanannya mula menggenggam dengan kuat semasa melihat wajah tunang kepada adiknya muncul di muka pintu setelah pintu utama rumah itu dibuka oleh Mek Ila.

"Assalamualaikum mama papa".Perbualan mereka dimulai dengan salam yang diberi oleh Hairi.

"Waalaikumusalam".Jawab Datin Syarifah Mariah dan Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris.

"Ehem!!Kau belum jadi keluarga aku lagi..Jangan panggil mak bapak aku macam tu".Tegur Ekh dengan nada yang tinggi.

"Maaflah abang ipar".Jawab Hairi dengan penuh selamba.

"Ada aku pancitkan jugak tayar dia ni kang".Makin bertambah geram Ekh terhadap Hairi.

"Mama papa,kenapa ye panggil Hairi??".Soal Hairi yang buat tidak tahu akan tujuan dia bertandang ke rumah itu.

"Papa nak Hairi jelaskan..Kenapa Hairi tak bagitahu kami dulu sebelum inform benda ni dekat media".Ujar Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"Papa tak tahu ke yang budak ni bagitahu kat member dia yang reporter terkenal tu??".Fikir Ekh.

"Ohh tentang tu,saya buat macam tu sebab saya tak naklah ada lelaki rapat dengan Rin..Rin kan milik saya..Saya tak suka dia dengan lelaki lain..Information yang saya dapat baru- baru ni..Rin selalu bersama dengan kawan lelaki dia..Papa dan mama sendiri pun tahu kan lelaki yang saya maksudkan..Dialah yang buat Rin macam ni sampai larikan diri dari kondo dia..Lelaki tu bukannya baik sangat".Terang Hairi yang sudah merancang jawapan kepada setiap soalan yang sudah pasti akan di tanya oleh bakal mertuanya.

"Lelaki??Siapa yang kamu maksudkan??".Tanya Datin Syarifah Mariah Mikayla.

"Alaaaahhhh anak Tan Sri Aziz..Ceo HartaBronze tu..Papa and mama tak tahu ke??".Soal Hairi pula.

"Ohh Izuddin..Budak tu bukan budak yang baik ke??".Soal Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"Dia tu kalau papa,mama dan abang ipar nak tahu..Dia tu bapak ayam dekat universiti Rin".Hairi mereka cerita yang tidak pernah dilakukan Izz untuk memperdaya bakal mertuanya.

"Kau jangan nak menipu!!!Aku tahu dan aku kenal sangat si Izz tu..Kau jangan nak memandai-mandai reka cerita".Ekh memberikan pandangan yang tajam kepada Hairi.

"Terpulang sama ada nak percaya atau tidak..Saya just bagitahu benda yang betul kalau tak..Saya tak akan ambil risiko untuk bagitahu relationship antara saya dengan Rin ni pada orang luar..Saya rasa ramai jugak yang kat sini dah tahu yang saya ni public figure.".Jelas Hairi lalu tersengih.

"Lagipun,saya buat ni semua untuk jauhkan Rin daripada lelaki yang nak jadikan Rin sebagai salah seorang anak ayam dia..".Sambung Hairi yang memancing Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris ke dalam penipuannya.

Penjelasan Hairi membuatkan Datin Syarifah Mariah Mikayla dan Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris terdiam sejenak.Mereka juga mula masuk ke dalam perangkap yang dicipta Hairi tetapi hanya seorang sahaja yang tidak terpedaya dengan penipuan Hairi.

"Furthermore,cuba mama dan papa fikir..Mana Rin sekarang ni??Mesti dengan lelaki tu kan??Mama papa tak takut ke dia buat something pada Rin??Risau jugak kalau tiba-tiba Rin dah tak ade dara bila saya dah kahwin dengan dia".Semakin takut dan risau mama dan papa Rin yang mendengarnya.

"Engkau!!Kalau kau datang sini nak ada-adakan cerita..Baik kau balik sekarang..Sebelum aku hilang sabar".Kolar baju Hairi dipegang kuat Ekh yang hampir meletus api kemarahannya.

"Aku tak akan percaya semua benda yang keluar daripada mulut kau..Apatah lagi cerita murahan kau ni!!".Tambah Ekh.

"Ekh cuba bawak bertenang..Kamu tak percaya ke apa yang si Hairi ni cakap??".Tanya Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"Sorry papa..Ekh tak percaya dengan dia ni..Ekh kenal sangat dengan Izz Ekh percaya yang Izz bukan macam tu..Papa percaya Ekh atau percayakan segala benda yang orang luar ni cakap??".Soal Ekh yang tidak faham akan ayahnya.

"Yes papa percaya apa yang orang luar ni cakap,sebab papa daripada dulu lagi memang tak suka sangat dengan si Izuddin tu".Balas Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris yang mempercayai bakal menantunya 100 peratus.

"Papa please open your eyes..Tak kan lelaki yang kaki perempuan dan kaki botol ni papa nak percaya??Papa baru kenal dia beberapa bulan and papa dah percaya dia bulat-bulat tapi papa tak percayakan anak papa sendiri yang dah lebih 15 tahun papa kenal??".Kata Ekh pula lalu mengelengkan kepalanya beberapa kali.

"What is wrong with you papa!!!Ekh tak tahu kenapa tapi Ekh makin bencikan papa dan mama..All of these happened because of you...The only thing you think about is business..You never think about me and my sis..Please don't be selfish to gain money!!!".Amarah Ekh tidak dapat dikawal lagi.Segala yang terbuku di dalam hatinya dilepaskan satu demi satu untuk menyedarkan ayahnya yang ditipu.

"Pang!!".

"Papa!!".Jerit Datin Syarifah Mariah Mikayla yang terperanjat melihat anak terunanya ditampar di hadapan matanya.

"Kamu!!Papa tak nak tengok muka kamu lagi dalam rumah ni!!Kamu keluar sekarang!!Jangan kamu langkahkan kaki kamu ke dalam rumah ni lagi!!Papa tak ade anak macam kamu..Kamu bukan anak kami!!!".Tengking Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"Serves you right!!Puas hati aku".Telah Hairi di dalam hati.

"Ya ALLAH Ekh!!".Tergamam Mek Ila tatkala melihat anak kepada majikannya ditampar ketika dia sedang mengelap gelas-gelas di dapur.

"Ini dah 2 kali papa tampar Ekh disebabkan lelaki tak guna yang papa percayakan sangat ni..".Tangan kanan Ekh memegang pipinya yang mempunyai kesan warna merah.

"Fine!!Kalau tu yang papa nak..Ekh akan keluar dari rumah ni..Ekh tak akan jejakkan kaki Ekh kat sini lagi..And....I quit..Ekh berhenti kerja".Abang kepada Rin itu terus bergegas menaiki tangga untuk mengemaskan pakaiannya.Dia sudah tidak dapat menahan dirinya lagi daripada sikap mama dan papanya yang tidak memikirkan dia dan Rin.

"Hairi,kamu jangan amik hati sangat ye apa yang Ekh kata tadi..Papa mintak maaflah dia tu memang macam tu".Tutur Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"It's okay papa..Hairi tak amik hati pun..Papa okay tak??Hairi nak mintak maaflah disebabkan Hairi papa dan Ekh bergaduh".Hairi berasa sangat puas hati apabila dia dapat membalas tumbukan Ekh ketika di universiti Rin kelmarin.

"Kamu janganlah cakap macam tu..Ekh tu yang patut minta maaf bukannya kamu..Kamu tak ade buat salah pun".Kata Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"Aku kena halau disebabkan dia??Wow hebat betul permainan dia".Ekh meletakkan pakaiannya di dalam bagasinya.

"Ya ALLAH apa yang dah jadi pada mama dan papa??Kenapa diaorang percayakan sangat Hairi tu".Mata Ekh mula berwarna merah.

"Tuk tuk".

Pintu bilik Ekh diketuk oleh seseorang.Orang yang mengetuk pintu itu masuk ke dalam bilik Ekh setelah mendapat respon daripadanya.

"Ekh kamu janganlah macam ni..Dato tak sengaja cakap macam tu..Janganlah kamu keluar dari rumah ni..Nanti Mek tak ade geng nak borak".Pujuk Mek Ila yang buat Ekh tertawa walaupun air matanya mula berair.

"Tak ape la Mek..Ekh kenal sangat dengan papa tu tapi...Papa je tak kenal Ekh..Nanti kalau Mek rindu Ekh..Mek mesej la Ekh tak pun call".

"Tapi Ekh...Ekh je la kawan Mek kat dalam rumah ni,kalau tak ade Ekh..Mek tak ade kawan".Mek Ila tidak berputus asa memujuk Ekh.

"Mek,Mek kan ada kawan..Yang depan ni Mak Cik Asiah,yang kanan ni Nek Esah yang kiri ni pulak Mak Nab..Haaa kan ramai kawan Mek".Ekh ingat akan nama-nama pembantu rumah di sekitar rumah keluarganya.

"Lagipun Ekh rasa papa dan mama dah tak sayangkan Ekh lagi..Kalau betullah diaorang sayangkan Ekh kenapa diaorang langsung tak pujuk Ekh..Yang pujuk Ekh sekarang ni pun Mek sorang je..Jadi,Ekh rasa memang Ekh tak patut ada kat rumah ni..Keadaan mungkin akan jadi lebih baik bila Ekh tak ada kat sini..".Tutur Ekh dengan hatinya yang sungguh perit mengenangkan nasibnya.

"Kalau Ekh betul-betul nak pergi...Mek nak ikut".Mek Ila juga mahu keluar dari rumah itu kerana dia terasa yang Ekh perlukannya setelah papanya menghalaunya.

"Eh??Mek tak payahlah ikut..Mek tinggallah kat sini..Mek boleh tolong tengok-tengokkan papa dan mama bila Ekh tak ade..Okay??".Walaupun dia kecewa dengan perkara yang telah berlaku,Ekh tetap sayangkan ibu dan ayahnya yang melahirkannya ke dunia ini.

"Bagilah Mek ikut..Mek kan daripada Ekh kecik lagi,Ekh tak pernah berpisah dengan Mek..Mek dah anggap Ekh macam anak Mek sendiri..Tahu tak macam mana hati Mek bila tengok Dato tampar Ekh tadi??Hati Mek rasa sakit sangat tau..Bagilah Mek ikut Ekh sekali..Boleh??".Pujukan demi pujukan Mek Ila lakukan agar dia dapat menjaga pemuda yang baik itu.

"Baiklah,kalau itu yang Mek nak tapi Mek jangan menyesal tau ikut Ekh".Pesan Ekh yang sungguh terharu dengan sikap pembantu rumah itu.

"Terima kasih banyak-banyak Mek".Air mata yang bergenang tadi jatuh membasahi pipi yang mempunyai kesan merah.

"Kenapa??Kenapa papa dan mama tak cakap macam ni dekat aku sedangkan mereka mak ayah aku??".Telah Ekh di dalam hati.

"Dah kamu janganlah menangis..Kamu dah besar kan..Jangan risau Mek ada ni dengan kamu".Mek Ila menarik Ekh ke dalam dakapannya.Sungguh dia kasihan akan Ekh yang cukup kuat apabila berhadapan dengan orang tuanya demi mempertahankan adiknya.

Setelah Ekh dan Mek Ila siap memasukkan pakaian mereka ke dalam bagasi,mereka keluar dari rumah itu dengan rasa sedih dan kecewa.Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris memandang Ekh tanpa rasa belas kasihan dan dia juga memandang perempuan yang berjalan seiringan dengan anak lelakinya.

"Mek Ila!!Mek Ila nak ke mana dengan beg besar ni??".Tanya Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"Saya nak keluar dari rumah ni Dato,saya nak ikut Ekh".Balas Mek Ila dengan bersahaja.

"Eh?Saya tak halau Mek Ila pun,buat ape Mek Ila nak ikut Ekh??Lepas tu kalau Mek keluar siapa yang nak kemas rumah,memasak,membasuh baju kat dalam rumah ni??Mek tu orang gaji kami,bukan orang gaji Ekh".Soal Datin Syarifah Mariah Mikayla yang terasa kepalanya sakit memikirkan tentang pengganti Mek Ila.

"Maafkan saya Dato dan Datin..Saya rasa saya nak berhenti kerja di sini..Saya rasa Dato dan Datin boleh cari pembantu rumah yang lebih sesuai berbanding saya yang dah tua tapi berakal ni".Jawab Mek Ila lalu tersenyum.

"Mek nak keluar??Dipersilakan..Kami langsung tak kisah..Kami boleh cari pembantu rumah yang lagi bagus daripada Mek..".Datin Syarifah Mariah Mikayla sungguh angkuh ketika berhadapan dengan orang yang bukan sedarjat dengannya.

"Nah!!Ini gaji Mek untuk tiga bulan..Kalau tak cukup,saya boleh bagi".Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris mencampak sekeping cek ke atas lantai.Dia sempat menulis jumlah harga yang ingin diberikan kepada Mek Ila setelah dia mengambil buku cek di dalam keretanya tadi.

"Tak apa Dato..Saya tak perlukan duit Dato..Saya masih ada duit lagi..ALHAMDULILLAH ALLAH banyak bagi saya rezeki".Ujar Mek Ila yang merendah diri.

"Ekh rasa papa boleh bagi duit tu kat rumah anak yatim..Papa kan jarang bersedekah..Alamak maaflah terpanggil papa..Maafkan saya Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris..Untuk pengetahuan Dato,Saya boleh sara Mek Ila yang dah macam mak saya ni..".Bicara Ekh lalu tersenyum herot seraya memeluk bahu Mek Ila.

"Terima kasih atas segala yang Dato dan Datin dah lakukan untuk saya sepanjang saya tinggal dekat sini..Semoga ALLAH merahmati dan membuka luas mata Dato dan Datin..Haihh panas pulak rasanya..Saya gerak dulu la ye..Assalamualaikum".Tambah Ekh yang memandang papa dan mamanya.

Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris dan Datin Syarifah Mariah Mikayla terkedu mendengar ayat yang keluar daripada mulut anak lelakinya.

Tanpa menyambung ayatnya lagi,Ekh menyambung langkahnya ke keretanya yang berada di luar pagar rumah itu.Ekh langsung tidak menoleh kepalanya untuk memandang kedua orang tuanya.Hairi yang hanya jadi pemerhati itu,hanya memerhati sahaja dengan rasa sangat gembira.

"Yessss!!Salah satu plan aku dah berjaya".Desis Hairi di dalam fikirannya.

Ray menyambut Ekh yang menunjukkan riak wajahnya yang muram.Pada waktu itu,Hairi mendekati Ekh yang sedang memasukkan bagasinya juga bagasi Mek Ila ke dalam kereta.

"Hati-hati abang ipar..Kalau jatuh bangun sendiri".Bisik Hairi di telinga kiri Ekh.

"Kalau aku jatuh pun,aku tak akan jatuh disebabkan kau..If aku jatuh disebabkan kau pun,aku akan bangun balik dan buat kau jatuh tersungkur depan mata aku..".Balas Ekh yang buat Hairi rasa tercabar.

"Eleh aku tak akan jatuhlah..Segala plan aku satu per satu dah aku laksanakan..Termasuklah halau kau dari rumah ni dan rumah ni...Bakal jadi milik aku".Tutur Hairi dengan nada yang lembut sambil mengukirkan senyuman sinis kepada bakal abang iparnya.

"Aku akan pastikan yang kau tak akan dapat jalinkan hubungan dengan adik aku..Sebab???KAU TAK LAYAK JADI SUAMI KEPADA ADIK AKU!!Dah pergi berambus!!".Ekh menolak Hairi ke tepi sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Hurmmm..Kau tunggulah Ekh..Aku akan jadikan kau abang ipar aku jugak..Dan masa tu lah kau akan melutut depan aku".Monolog Hairi sendiri.

°°°°°°°°
From author:

Hi sume,starting from yesterday till saturday or sunday..Saya akn publish novel saya mmndngkn da nk smpai ke pnghujungnya..So,hope enjoy till the end n tq sbb sudi baca..Babai :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience