Bab 15

Romance Series 30286

Tumpuan Rin tertumpu pada kertas-kertas yang berada di atas meja belajarnya.Banyak latihan yang telah diberikan oleh pensyarahnya pada hari ini.Tidak sempat dia mahu pergi ke bilik Bahasa Inggeris untuk mengadakan aktiviti kelab.Bahunya mula terasa lenguh dan badannya mulai penat tetapi persitiwa pada waktu pagi tadi sememangnya tidak dapat dia lupakan.Dia memegang kepalanya yang mempunyai bekas kesan ciuman daripada Izz.Tertawa kecil dia dan perasaan malu hadir semula di jiwanya.Dia menggelengkan kepalanya pabila dia tersedar daripada lamunannya,segera dia memberikan tumpuan pada pelajarannya semula dan beberapa jam kemudian matanya mula penat untuk membuka mata lalu dia tertidur beralaskan lengannya.

Di bawah pokok terdapat satu susuk tubuh seseorang.Rin menghampiri pokok itu dan melihat orangnya ialah Nadz.Namun,ketika itu Nadz berlalu pergi pabila melihat Rin berada di sisinya.Rin mula berasa hairan dan berfikir mengapa Nadz menjauhi dirinya.

"Ahhh".

Rin terjaga daripada tidurnya.Mukanya diraup beberapa kali seraya beristighfar.

"Ya ALLAH kenapa aku mimpi Nadz tiba-tiba ni..........Eh alamak aku lupa yang aku tak cakap pada Nadz yang aku pergi jumpa Izz.Aduh macam mane ni?".Rin kaget dan mulai risau.Dia tidak tahu mahu membuat apa dan hanya mencapai telefonnya.

Telefonnya mati akibat tidak di cas.Rin menepuk dahinya beberapa kali,lantas mengambil charger dan usb di dalam begnya lalu di cas telefonnya itu.

"Aduh.Tak ape Rin.Relax.Aku jumpa dia esok.Aku pasti dia akan faham keadaan aku".Kata Rin perlahan.

Tubuhnya dibaringkan di atas katil dan mula terbuai mimpi semula.

Di mahligai milik Tan Sri Aziz Azmi Alauddin,anak terunanya iaitu Izz sedang berbaring di atas katil yang empuk itu sambil memandang syiling yang berwarna putih.Senyuman tidak lekang diwajahnya memikirkan apa yang telah dia lakukan kepada Rin.

"Macam mana lah aku boleh buat macam tu eh?ALLAHU ini semua nafsu semata-mata.Ya ALLAH maafkan la kesilapan hambaMu yang kerdil ini.Sesungguhnya aku terikut-ikut dengan nafsuku".Katanya perlahan seraya memohon maaf atas kesalahan pada Tuhan Yan Maha Esa.

Tetapi pasti dia tidak akan lupa akan kejadian itu kerna ianya telah menjadi sebahagian daripada kenangan yang amat tidak disangka yang berlaku dalam kehidupannya.
~~~~~~
Nadz duduk di atas motosikalnya sengaja dia duduk di situ.Menunggu kehadiran gadis yang meninggalkan dia keseorangan semalam.Dia ada menerima mesej daripada Rin.Namun,dia tidak membalasnya.Sengaja mahu gadis itu memujuk dirinya.Mungkin dengan cara itu,hubungan mereka akan menjadi akrab.

Padangannya banyak kali beralih ke arah kanan tetapi tidak juga gadis itu muncul.Dia menunggu dan terus menunggu.

"Hai guys".

Nadz menoleh ke kanan pabila terdengar suara perempuan menegur kawannya yang berada di hadapan dia.Dia tersenyum ketika melihat gadis yang memakai shawl rona light blue itu.

"Oh okay okay.Berlagak cool Nadz".Telah Nadz di dalam hati.

Nadz turun daripada motornya dan melangkah mendekati Rin yang masih tidak perasan Nadz berada berhampiran dia.

Rin berasa gementar pabila melihat Nadz yang sedang berjalan di hadapan dia.Dia tertanya-tanya sama ada dia mahu meminta maaf sekarang atau tidak.Dia juga berasa geram akan Nadz kerana tidak membalas mesej yang telah dihantarnya semalam tetapi dalam hal ini sememangnya dia yang bersalah.

"Assalamualaikum Nadz.Saya nak minta maaf pasal semalam".Rin memberanikan dirinya untuk meminta maaf pada Nadz.

"Hurm waalaikumusalam".Nadz hanya menjawab salamnya dan matanya juga tidak memandang wajah Rin yang rendah daripadanya itu.

Di dalam hati Nadz,mahu sahaja dia memaafkan Rin.Cuma dia sengaja mahu menguji gadis itu sama ada Rin akan memujuknya atau membiarkan dia baik dengan sendirinya.

Rin mulai buntu,tidak tahu mahu berkata apa kerna segala apa yang dikatakan oleh dia akan diendahkan Nadz.

"Nadz saya minta maaf saya terlupa semalam nak bagitahu awak.Saya ada hal semalam.Urgent sangat sampai saya berlari ke sana".Pujuk Rin lagi.Air matanya mula bergenang pabila lelaki itu langsung tidak mengeluarkan suaranya.

"Maafkan aku,aku tahu kau pergi mana semalam.Mata aku nampak segalanya Rin".Luah Nadz di dalam fikirannya.

*********
Nadz menunggu Rin pulang daripada tandas.Hampir 20 minit juga dia tunggu tetapi bayangan gadis itu langsung tidak kelihatan .Hati dia kuat mengatakan yang Rin telah meninggalkan dia di situ.Makanan yang masih ada lagi dipandangnya.

"Ini maksudnya dia reject aku ke?".Soal Nadz perlahan.

"Wei kau tahu tak Izz dengan makwe dia tengah dating dekat padang".

"Aah budak pompuan tu budak kulinari kan?Jom kita pergi tengok".

Nadz memusingkan kepalanya pabila mendengar perbualan dua orang gadis itu.

Bingkas dia bangun dan menuju ke padang pabila mendengar nama Izz disebut oleh mereka.

Sesampainya dia di padang,dia pergi ke tempat duduk penonton.Ketika itu lah dia ternampak situasi yang mengejutkan dirinya itu.Jarak di antara mereka dengan Nadz agak jauh tetapi dapat Nadz melihatnya dengan jelas.

Hatinya hampa,terasa hatinya koyak beribu menyaksikan adegan itu.Izz pula seperti tersenyum sinis padanya.

Tanpa berfikir panjang,dia pergi dari situ dan masuk ke dalam bilik kuliah walaupun kelasnya belum dimulakan lagi.

********
Rin mengaku kalah,dia mengeluarkan bendera putih.Sudah banyak kali dia memujuk jejaka itu tetapi pujukannya tidak dibalas dengan tidak berkata apa-apa oleh sang arjuna.Dia memusingkan badannya dan terus pergi ke bengkel tanpa memalingkan mukanya pada Nadz.

Nadz juga berbuat sedemikian,hatinya juga terasa sakit pabila dia membuat gadis itu berasa sedih kerana dia.

Situasi itu diperhatikan oleh Izz dari jarak yang agak jauh daripada mereka berdua.Izz tersenyum herot kerana berjaya menyakitkan hati Nadz.

~~~~

Sewaktu Izz berbual dengan Rin semalam.Salah seorang petugas memaklumkan padanya yang Nadz berada berhampiran dengan mereka.Muncullah idea yang nakal itu pabila Rin mencabar dia semalam.Dia juga tidak sangka yang Rin akan berkata begitu.Oleh kerana itulah,dia memberanikan dirinya untuk melakukan aksi itu seraya sempat tersenyum sinis pada Nadz.

"Sorry lah Nadz.Rin aku punya".Kata Izz di dalam hati".

~~~~~
Rin masuk ke dalam bengkel dengan perasaan yang sedih dan pilu.Hadirnya perasaan itu buat dia tertanya-tanya.

"Kenapa rase sakit sangat hati ni ya ALLAH.Kenapa ni?".

Sesi pembelajaran dan amali berjalan seperti biasa.Khai sentiasa menanyakan keadaan kawan karibnya itu yang tidak banyak bercakap pada hari ini.Pabila ditanya keadaan dia,Rin pasti hanya menggelengkan kepala seraya berkata "tak ade ape-ape".

Kata-kata itu lebih menambah rasa kerisauan Khai terhadap Rin.Jarang Rin bersikap begitu,selalunya pasti dia akan berkongsi segala masalah atau perkara yang berada di dalam fikirannya tetapi kali ini Rin mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.

"Tak kan Izz yang buat Rin jadi macam ni?Mustahil sebab sejauh mana Izz sakat Rin,pasti Rin tidak mengambil hati atau terkesan dengan kata-katanya".Bisik Khai perlahan.

"Khai tak tahu lagi pasal Nadz.Tak akan la aku nak straight bagitahu dia kot.Boyfriend dia dah la classmates Nadz".Ujar Rin di dalam hati.

Risau juga yang sekiranya dia beritahu Khai mengenai apa yang telah terjadi padanya,pasti Khai akan beritahu Amir.Dia tidak mahu yang hal yang terjadi ini akan membabitkan rakan karibnya juga.Biarlah dia yang menyelesaikan masalahnya sendiri.

Tamat sahaja waktu pembelajaran,aku melangkahkan kakiku ke perpustakaan.Sengaja mahu membaca buku untuk melupakan kejadian pagi tadi.

Sewaktu dia berada di pintu masuk perpustakaan,Farzan iaitu kapten sedang melangkah keluar daripada perpustakaan.Didekati lelaki itu dan meminta pertolongan daripadanya.

"Assalamualaikum.Kapten".Salam diberi oleh Rin.

"Waalaikumusalam.Ye?Oh inilah orang yang buat orang dekat dalam tu merajuk eh?".Perli Kapten.

"Laaa kapten saje je kan.Nadz ada dekat dalam ke?Kalau macam tu boleh tak bagi dia surat ni?".Sekeping surat dihulurkan kepada Kapten.

Kapten mengambil surat itu.

"Untuk saya ke?Terima kasih la".Sakat kapten :-yang sengaja berkata macam itu.

"Nak bagi kapten buat ape.Mestilah nak bagi kawan kapten".Balas Rin selamba.

"Ahaha ye lah ye lah.Nanti saya bagi dia.Asal awak tak bagi dia sendiri?".Soal kapten seraya memegang surat pemberian Rin itu.

"Kalau saya yang bagi,dia mesti tak layan.Jadi lebih baik kapten saje yang bagi dia".Cakap aku pada kapten.

Kapten menganggukkan kepalanya sambil melangkah masuk semula perpustakaan yang tersergam indah itu.Rin juga mengikuti langkah kapten dan berjalan secara berjengket-jengket,takut yang Nadz akan mengetahui kehadirannya.Lagaknya seperti ejen perisik sahaja,tergelak juga dia waktu itu tetapi demi memujuk jejaka sado itu,terpaksalah dia berbuat sedemikian supaya lelaki itu tidak merajuk lagi.

Aku mengambil tempat berdekatan dengan mereka.Mukaku aku tutupkan dengan buku yang telah aku ambil tadi.Aku tidak dapat mendengar perbualan mereka,hanya mampu memerhatikan pergerakan mereka sahaja.

Kapten menyerahkan surat itu kepada Nadz.Nadz tidak memberi sebarang reaksi wajah tetapi dia tetap mengambil surat itu.Mata Nadz tertatap pada surat yang ditulis oleh Rin.

Sebaik sahaja kelasnya tamat,Rin terus menulis surat itu untuk Nadz.Dia menjangkakan yang Nadz akan memaafkan dia dengan cara menulis surat kepadanya.

Kelihatan Nadz langsung tidak bersuara selepas membaca surat itu.Kapten pula asyik bertanya soalan pada dia tetapi mulutnya tidak juga mengeluarkan suara.

"Uishh dia ni memang kuat merajuk betul".Telahku di dalam hati.

Aku sudah mula berputus asa,itu sahajalah cubaan aku untuk memujuk hati jejaka itu.Meja menjadi tempat aku menyembamkan muka.Rasa bersalah semakin mengalir dalam tubuhku.Aku mengangkat kepalaku semula seraya memandang ke tempat yang mereka berdua duduki tetapi Nadz hilang dari pandanganku.Aku menghela nafas panjang.Ternyata lelaki itu benar-benar marah padaku.Perkara yang menghairankan aku ketika itu ialah kapten tersenyum-senyum padaku.Aku mengerutkan dahi kerna tidak faham akan apa yang cuba dia sampaikan.

"Tuk tuk".

Aku memandang ke arah bunyi yang menyinggah telingaku.Mataku terbeliak dan aku menutup mukaku dengan buku semula.

Namun,aku terasa buku yang menutupi muka aku ditarik perlahan-lahan dan buku itu diambil oleh si dia.Dengan pantas aku memalingkan mukaku yang mula membahang.Aku memandang ke arah rak-rak buku yang hampir memenuhi ruang perpustakaan itu.Tiba-tiba si dia menghalang pandanganku dengan mengambil tempat di sebelahku.Dia menongkatkan dagunya seraya merenung mataku.Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat mukaku yang mula bertukar ke warna merah yang sedang menahan malu itu.Di belakang si dia,Kapten melambaikan tangannya buatku seraya menunjukkan ibu jarinya.

Aku tersenyum riang kerana cubaan aku kali ini berhasil.Lelaki yang berada di sebelahku masih tersenyum seraya mengusap kepalaku lembut.

Usapan itu membuatkan jantung aku kembali berdegup kencang.

"You are so cute".Kata Nadz sambil mengenyitkan matanya.

Terasa mahu sahaja mencubit pipi jejaka sado itu.Perbuatan dia sangat mencuit hatiku yang mudah rasa sedih ini.

"Thank you".Balasku ringkas.

"You are welcome princess".Jawab Nadz seraya tersenyum herot.

"Awak maafkan saya la ni?".Soalku padanya.

"Siapa kata saya maafkan awak".Ujarnya lagi.

"Daripada gaya awak,nampak macam awak dah maafkan saya".Terangku seraya memandang dia.

"Sebelum saya maafkan awak.Awak kena buat sesuatu untuk saya dulu".Tutur Nadz.

"Saya kena buat ape?".Soalku sambil menjungkitkan keningku.

"Awak kena teman saya study.Kalau awak lari,saya merajuk dengan awak lagi".Ucap Nadz yang mula memberi reaksi muka merajuk.

"Ahaha okay okay.Saya janji.I will never do it again".Janjiku seraya mengangkat tangan seperti berikrar.

Dia tersenyum dengan perilaku aku.

"Please jangan tinggalkan saya seorang lagi".Pinta Nadz seraya memakai cermin mata miliknya.

"Okay saya janji".Bicaraku.

Ketika itu,aku nampak gaya Nadz yang berbeza daripada sebelum ini.Cermin mata itu mengubah penampilan dirinya yang selama ini kelihatan cool and charismatic tetapi kali ini aku melihat persepsi Nadz yang tidak pernah aku nampak dengan mataku sendiri.Gayanya waktu itu sangat smart.Tidak hairanlah dia ini pelajar yang cemerlang di universiti ini.Dengan hanya melihat gaya sahaja,kita boleh tahu sikap seseorang itu.

Nadz mula membuat ulang kaji subjek matematik iaitu subjek yang sangat digemarinya manakala bagi Rin pula,subjek itu paling dibencinya.Rin yang melihatnya juga seperti mahu termuntah.Dia dapat menyelesaikan soalan matematik itu dengan mudah sekali.Rin terlalu asyik merenung Nadz yang sedang fokus belajar itu.

"Janganlah renung saya macam itu.Susah saya nak study ni".Cakap Nadz sambil memandang Rin.

"Ops sorry.Saya just tengok awak selesaikan soalan math tu.Nampak senang gila awak buat".Balas Rin.

"Oh itu ke?Practices makes perfect.Awak suka math?".Soal Nadz.

"Absolutely not.I really hate it because it's too hard".Ujar Rin yang sememangnya tidak suka akan subjek math itu.

"Hey.Awak kenalah banyak buat revision.Barulah awak mahir".Tutur Nadz yang mula mengalihkan tumpuannya kepada Rin.

"Hurm.If you don't mind.Can you teach me?".Pinta Rin.

"Kalau nak aku ajar erti cinta pun boleh Rin".Telah Nadz nakal di dalam hati.

Nadz menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan permintaan Rin.Manalah tahu,pada masa akan datang dia akan menjadi cikgu cinta Rin buat selamanya.

Nadz memulakan pengajarannya.Rin semakin lama semakin mengantuk.Telah beberapa kali dia menguap ketika Nadz mengajarnya.
Akhirnya,Rin terlena di sebelah Nadz yang masih sedang mengulang kaji itu.

Nadz memandang gadis di sebelahnya,sungguh nyenyak dia tidur.Wajahnya diamati Nadz.Kecomelannya ketika tidur sememangnya tidak mengecewakan.Makin bertambah rasa sayangnya kepada gadis itu.Nadz membiarkan Rin melelapkan matanya seraya dia menghabiskan ulang kajinya.

1 jam kemudian,Nadz mengejutkan Rin setelah dia habis mengulang kaji.Rin yang baru sahaja tersedar dari tidurnya sedang mamai.Tergelak kecil Nadz yang melihat Rin seperti itu.

Barang-barang Nadz disimpan ke dalam beg dengan bantuan Rin.Mereka berjalan beriringan ke tempat letak kenderaan.

Pabila berada di sana,mereka mengikut haluan masing-masing.Mereka melambaikan tangan sesama sendiri seraya berkata"Bye-bye".

Hari itu adalah salah satu kenangan yang cukup istimewa bagi Nadz.Surat yang diberi oleh Rin disimpan di dalam walletnya.Isi surat itu,sangat dia sukai sehinggakan dia seperti mahu pitam ketika membacanya.

"Assalamualaikum..Hi there..Dengar cerita ada orang merajuk dengan saya.Siapa eh?Nak tahu juga siapa.Ahaha.Orang yang merajuk
tu tengah baca surat ni lah kan.Okay let's straight to the point..Awak saya minta maaf sangat-sangat..Saya tahu saya salah..Saya ni manusia yang tidak lari daripada membuat kesilapan.Saya mengaku yang hal semalam itu memang kesilapan saya.Sesungguhnya saya tidak berniat walau sedikit pun untuk menyakitkan hati awak.Saya memang terlupa yang ketika itu saya sedang bersarapan dengan awak.Awak..Awak janganlah merajuk lagi eh..Hilang macho tu nanti.Nanti awak juga yang susah kan sebab dah tak macho.Ahaha..So tu je kot..I'm really sorry..Forgive me..


Yang Benar,

Si comel selalu"

Surat itu dibaca lagi oleh Nadz.Ianya sangat mencuit hatinya itu.Dia semakin gigih mahu mengetahui dan memahami gadis itu dengan lebih mendalam.

"Aku cintakan kau Hedrina".Bisik Nadz perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience