Bab 48

Romance Series 30286

"Awat??".Soal Rin yang agak terkejut itu.

"Kau scroll ke atas balik".Minta Afra yang mula ragu-ragu itu.

Rin mengikut permintaan Afra yang mahu dia scroll paparan di laman fac miliknya ke atas semula.

"Stop!!".Afra memberhentikan gerakan jari Rin.

"Macam kenal je mamat yang pakai face mask tu".Tutur Afra yang matanya menatap gambar yang baru sahaja di like oleh Rin.

"Siapa??Kau kenal dia ke??".Tanya Khai yang juga tertanya-tanya tentang lelaki yang menimbulkan tanda tanya di dalam fikiran Afra.

"Kalau tak silap aku la kan,dia ni yang Naziha minat tu.Tengku Fayyad kan??".Bicara Afra yang akhirnya muncul nama producer lelaki yang terkenal itu.

"Haah la wei.Betullah dia ni".Tambah Khai yang mengiakan kata-kata Afra.

"Eh sekejap!!Lelaki ni Tengku Fayyad??".Soal Rin yang kaget dan matanya juga membulat memandang lelaki yang sedang diperkatakan oleh mereka bertiga.

"Aah la.Betullah dia ni Tengku Fayyad Ariq Zayne".Afra menegaskan pernyataan dia.

Rin teringat akan kejadian di KLIA tadi sewaktu dia terlanggar seorang lelaki yang memakai face mask ketika Rin mencari Hairi.

"Babe,aku ada terjumpa dia tadi.Dekat KLIA.Dia terlanggar aku tadiiiiiii".Beritahu Rin yang tidak tahu sama ada dia mahu excited atau tidak.

"Seriously!!".Jerit Aleen yang sedang memandu.Dia memasang telinganya mendengar perbualan penumpang-penumpang yang berada di belakang.

"Yeeeee.Aku tak tipu tapi...".Ayat Rin tergantung apabila dia memandang lelaki yang berada di sebelah Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Tapi ape Rin??".Tanya Khai yang ingin Rin menyambung ayatnya.

"Tapi macam mana Hairi boleh bergambar dengan dia??Diaorang ni saling mengenali ke??".Telah Rin di dalam hati.

"Untunglah kau Rin.At least kau pernah lah jugak bertentang mata dengan Tengku Fayyad ni.Ini kalau Naziha tahu ni,memang dia aqiqahkan kau buat kali kedua".Kata Afra.

"Hurm kalau ditenung betul-betul,kenapa macam aku pernah tengok eh mata Tengku Fayyad ni??Macam familiar je".Sambung Rin berbisik di dalam hati.

"Hahaha tak ade lah untung sangat,biasa jeeeee".Balas Rin yang mula bangga.

"Muka tu jangan kerek sangat eh".Tegur Aleen yang sedang memerhatikan kawannya melalui cermin belakang.

"Kalau jealous cakap".Sakat Rin yang sengaja mahu mengusik pemandu kereta tersebut.

"Huh!!Tak ade makna aku nak jealous.Lainlah kalau kau terlanggar Suho Exo ke,Zayn Malik ke,Lee Min Ho ke,Dylan ke..Hah kalau itu berlaku...Memang satu jam aku tak akan bercakap dengan kau".Balas Aleen yang membikin kedua-dua kawanku di seat belakang tertawa.

Rin yang suka mengenakan kawan-kawannya itu bertambah suka mahu mengusik dan menyakat Aleen.

"Ya ALLAH..Pertemukanlah hambaMu ini dengan orang-orang yang disebut Aleen tadi.Especially Suho dari kumpulan Exo tu.Paling tidak pon Dylan yang berlakon cerita Maze Runner tu pon boleh ya ALLAH".Pohonku dengan nada yang tinggi supaya doaku itu dapat didengari oleh Aleen.

"Hahahahahaha".Aleen,Khai dan Afra serentak tertawa apabila mendengar doa Rin yang tidak mereka sangkakan itu.

"Ya ALLAH janganlah Engkau memakbulkan doa kawanku yang bengong ni".Tambah Aleen yang tidak mahu doa Rin dimakbulkan.

"Korang ni,ada yang kena campak keluar daripada kereta ni kang".Celah Khai yang penat tertawa dengan gelagat teman-temannya.

Rin memandang keempat-empat kawan-kawannya sepintas lalu.Mereka bertiga tertawa,tersenyum dan gembira di samping dia.Rasa bersyukur dan riangnya hati ini tatkala melihat senyuman yang diukurkan di bibir Aleen,Afra dan Khai.Melihat senyuman mereka sahaja terasa seperti melakukan satu kebaikan yang tidak sia-sia.Baginya,senyuman itu ibarat pahala yang kita boleh nampak di muka bumi ini.Senyuman itu mempengaruhi keadaan untuk menjadikan suasana ke arah positif.

"Friendship is magic".

Rin teringat ayat daripada cerita kartun iaitu cerita "My Little Pony".Mata Rin sempat merenung gambar yang terpapar di skrin telefonnya.

"Udah-udah le tu tengok gambar dia.Scroll aje la skrin tu".Usik Afra yang tak habis-habis asyik usha apa yang terpapar di skrin telefon Rin.

"Eishhhh mana ada aku tenung gambar ni.Aku tertengok je".Jawab Rin yang dia sendiri tahu yang dia sudah terkantoi.

"Tapi kan.Handsome eh lelaki sebelah Tengku Fayyad tu".Tambah Afra yang memandang lelaki yang amat dikenali Rin.

"Haah la boleh tahan jugak rupa dia.Ohhh inilah Sheik Dazril Hairi Farqah".Sambung Khai yang baru perasan gerangan siapakah yang berada di sisi Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Ehh?!?!Macam mana pulak Khai boleh kenal dia ni??".Soal Rin yang tidak sangka kawannya itu mengenali Hairi.

"Ma..Ma..Macam mana kau tahu siapa dia ni??".Tanya Rin yang mahu mendengar jawapan daripada Khai.

"Sebab..Dia playboy yang tengah hot sekarang ni and sebab dua hari lepas dia ada kena wawancara dengan wartawan di Tv10.Kebetulan aku tengok rancangan tu waktu itu".Terang Khai yang jawapannya memuaskan hati Rin.

"Ohhh muka handsome tapi playboy.Memang macam tu eh trend lelaki sekarang ni??".Kata Afra yang agak menyampah dengan sikap lelaki semenjak dua menjak ini.

"Aiippppp!!!!Tak semua lelaki macam tu eh!Pakwe aku okay je.Mungkin sesetengah aje la yang macam tu".Bantah Khai yang tidak setuju dengan Afra.

"Playboy dia teruk sangat ke??".Tanya Rin yang mahu tahu tentang perkara yang langsung dia tidak tahu itu.

"Ahhh..Dia ni tidur dengan perempuan".Jawab Khai yang memeranjatkan Rin.

"What?????Aku tak nakkkkkkkk weii!!Aku tak nak!!".Jerit Rin.

"Maknanya aku masih tak kenal lagi siapa Hairi yang sebenarnya??Aku cuma tahu yang dia orang yang baik,sweet dan caring tapi sebenarnya diaaaa!!!Arghhhhhhh".Telah Rin di dalam hati.Mahu sahaja dia mengalirkan air matanya tetapi terpaksa ditahan terlebih dahulu.

"Ape yang kau tak nak ni Rin??".Tanya Afra yang hairan mendengar jeritan Rin.

"Kenapa!!Kenapa!!Kenapa papa dan mama nak jodohkan aku dengan dia??Mama dan papa tak tahu ke perangai dia yang sebenarnya??Ke aku sorang je yang tak tahu ape-ape ni??".Soal Rin dengan dirinya sendiri.Rasa tidak puas hati terhadap kedua ibu bapanya semakin meningkat.

"Rin!!Kau kenapa tiba-tiba diam??".Tanya Aleen yang sempat menoleh ke belakang melihat Rin yang sedang mendiamkan dirinya.

"Adakah??".Tanya Khai di dalam hati dan terfikir tentang apa yang sedang dihadapi oleh Rin.

"Tak ade ape-ape la.Aku just teringat something je".Ujar Rin kepada kawan-kawannya.

"Kau ni kan.Suka sangat berahsia daripada kitaorang.Tutur Afra yang tahu sangat akan perangai Rin.

"Entah kau ni Rin.Kalau nak share..Share je la".Sampuk Syifa dengan suara yang serak-serak basah.

"Eh Syifa??Sejak bila kau dah bangun ni??".Tanya Aleen yang tangannya masih sedang memegang stereng kereta.

"Sejak korang berborak lagi and aku tak tidur pun.Just tutup mata je".Terang Syifa tapi sebenarnya dia memang tidur pun.

"Hahaha sengallah kau Syifa.Pasang telinga eh kau".Bicara Afra seraya menjentik perlahan dahi Syifa.

"Eeee dah kenapa jentik aku ni??".Mangsa jentikan Afra terus mengadu kesakitan dengan tindakan Afra.

"Why??Why??Why??"'Tanya Rin yang rasa sangat tidak puas hati.

~~~~~~~

"Wahhh Hafriz,sempat kau potong kereta kitaorang eh??".Tegur Aleen kepada lelaki yang memandu kereta Honda itu.

"Dah kau bawak kereta slow sangat.Ada chance aku potong aje la".Jawab Hafriz yang sedang meletakkan kaca hitamnya di atas dashboard keretanya.

"Barulah lelaki".Tambah Kiran sambil matanya memandang keadaan di sekelilingnya.

"Arghhh poyoooo jeeeeee".Balas Qiesyah apabila mendengar kata-kata Kiran.

"Okay apa lagi masuklah".Ajak Afra yang sudah mula excited itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience