TC 2 Bab 3

Romance Series 30286

"Kenapa??Kenapa dia kirim salam kat Rin??Dia kenal Rin ke??Setahu aku,Rin tak kenal dia..Yang tahu pasal dia sangat-sangat kat dalam rumah ni pon..Afra sorang je..".Fikir Aleen yang puas memikirkan sebab Tengku Fayyad Ariq Zayne berkata sebegitu dengan nada yang agak tinggi.

Aleen di dalam dilemma,adakah dia patut beritahu Rin tentang kehadiran Tengku Fayyad Ariq Zayne ke rumah mereka ataupun tidak.Perkara yang merungsingkan Aleen pada waktu itu ialah mengapakah Tengku Fayyad meninggikan suaranya sebegitu sekali.Aleen sangat yakin yang Rin tidak rapat atau mengenali jejaka itu.Akan tetapi perilaku Tengku Fayyad seperti sudah lama mengenali kawan baiknya itu.Satu idea mula difikirkan oleh Aleen.

"Adakah aku patut bagitahu Hairi pasal ni??Atau aku diamkan diri je??".Telah Aleen di dalam hati.

"Woi Aleen!!Jom la..Rin bising sat gi".Panggil Khai yang menggoyangkan tubuh Aleen beberapa kali.

"Ha??Sorry sorry..Jom kita pergi".Aleen membuat keputusan untuk mendiamkan diri dan menganggap tiada perkara yang berlaku sebentar tadi.

>>>>>>>

Seperti yang telah dijanjikan,Rin dan Hairi berjumpa dengan wedding planner yang telah dicadangkan oleh ummi Hairi.Kata Syarifah Nur Adelina Idayu,wedding planner itu merupakan anak kepada teman rapatnya.Rin hanya mengikut sahaja cadangan bakal ibu mertuanya yang dia pasti ia merupakan pilihan yang terbaik untuk majlis perkahwinan antara dia dengan Hairi.Rin dan Hairi bersependapat memilih warna turquoise untuk warna baju mereka ketika bersanding nanti.

45 minit kemudian,mereka tiba dia sebuah butik yang bernama RaVeLis Collection.Rin mengambil masa kira-kira selama 2 minit merenung papan tanda butik itu kerana dia terasa seperti yang dia pernah mendengari dan mengetahuinya sebelum ini.Rin memasuki pintu utama butik itu dan dia terpesona melihat pakaian-pakaian yang ada di dalamnya.Pelbagai jenis rekaan dan warna tergantung di rak-rak pakaian.Mata Rin mula rambang dan bersinar ketika melihat rekaan,gaya,corak,material yang berbeza pada setiap pakaian pengantin perempuan.Tunang Rin memerhatikannya dalam diam di saat gadis cantik itu kagum melihat sekitarnya.

"Which want do you want??".Tanya Hairi di telinga Rin.

"I don't know..They are so beautiful!!".Rin tidak dapat menyorok keterujaannya.

"Hi sir and hi young lady!!Good to see you again young lady".Tegur seorang lelaki yang lagak seperti orang Rusia itu.

"Good to see me again??Have we met before??".Tanya Rin yang hairan mendengar teguran lelaki yang seperti sudah pernah berjumpa dengan dia sebelum ini.

"Pandang belakang you".Minta lelaki itu.Rin yang agak keliru itu memusingkan badannya dan melihat beberapa keping poster di dinding.

"Aku???Dengan...Izz???".Rin terkejut melihat gambarnya dengan Izz di dinding itu.

Setelah puas dia memikirkan pada waktu bilakah dia mengambil gambar bersama Izz seperti itu,akhirnya dia menemui jawapannya.Barulah dia teringat yang dia pernah hadir ke butik ini dengan Izz dahulu sewaktu jejaka itu mencari tuxedo untuk majlis perkahwinan sepupunya.Lelaki yang menegurnya tadilah yang meminta pertolongan daripada mereka berdua untuk membantunya dalam mempromosikan baju rekaan terbaharunya.Izz bersetuju dengan permintaannya dan Rin juga terpaksa bersetuju kerana Izz sudah memberitahu lelaki itu bahawa Rin juga bersedia untuk membantunya.

"Tapi..Bukan ke butik ni patutnya kat dalam shopping complex??".Tanya Rin yang baru sedar akan kedudukan sebenar butik itu.

"Yes young lady..Kami berpindah ke sini beberapa bulan yang lepas..Kami pun baru jadi wedding planner setahun yang lepas..".Jelas pemuda yang memakai pakaian yang kasual.

"Anyway let me introduce myself again..Nama saya Andy Verlind and saya merupakan pemilik butik dan pereka fesyen baju-baju kat sini..Nama you guys??".Jelas Andy Verlind.

"Nama saya Hairi dan ini tunang saya Hedrina..You can call her Rin".Tutur Hairi sambil mengusap kepala Rin.

"Your fiancee!!??".Andy Verlind memberi reaksi yang besar setelah mendengar kata-kata Hairi.

"Yeah..I'm his fiancee and he is my fiance".Rin turut memperkenalkan Hairi sebagai tunangnya.

"I thought that you are with...hurm..nevermind..By the way,you anak Datin Syarifah Nur Adelina Idayu ye??".Andy Verlind terkenang akan lelaki yang pernah memasuki butiknya bersama dengan Rin beberapa tahun yang lepas.

Hairi menganggukkan kepalanya semasa mendengar nama Datin Syarifah Nur Adelina Idayu disebut oleh Andy Verlind.

"Alright..Kita akan discuss dulu and after that I will show you around..".Terang Andy Verlind kepada pasangan itu.

Selepas 15 minit kemudian,Andy Verlind membawa mereka dan menunjukkan beberapa pakaian yang dicadangkan untuk majlis pernikahan dan majlis resepsi mereka.Namun begitu,Rin tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Andy Verlind yang sedang menerangkan setiap rekaannya itu.Entah mengapa,wajah Izz asyik bermain di dalam fikiran gadis itu.Jika difikirkan balik,susunan tempat,baju dan hiasan butik ini sama dengan butik di shopping complex yang dia pernah masuk dahulu.Dia teringat akan jejaka yang pening kepala mencari tuxedo yang sesuai untuk dikenakan pada badannya.

"Looking good huh?Jangan tergoda dengan aku.Aku tahu aku sememangnya seorang yang tampan".Kata-kata Izz buat dia tergelak kecil apabila lelaki itu memakai tuxedo berwarna dodger blue yang dipilihnya.

Hairi sempat mengalihkan pandangannya kepada cik fatty yang tidak seceria sebelum tubuhnya berada di dalam butik itu.Tunangnya itu nampak muram dan seperti sedang memikirkan sesuatu.Walaupun begitu,dia sendiri sudah dapat meneka sebab emosi Rin yang tiba-tiba berubah.Dia harus mencari jalan supaya gadis itu fokus kepada dia dan perkahwinan mereka semula.

"Sayang~~Macam mana dengan ni??".Tanya Hairi yang sedang menunjukkan dress yang mempunyai lace.

"Wow cantiknya!".Sungguh kagum Rin melihat dress yang sungguh menawan dan cantik itu.

Pada waktu itu,Rin ternampak satu lagi dress yang menarik perhatiannya.Dress itu tergantung di sebelah dress yang ditunjukkan oleh Hairi.Pantas Rin mendekati dress itu dan menunjukkannya kepada Hairi dengan teruja.

"I love this one!!!!What do you think??".Soal Rin.Hairi menganggukkan kepalanya dan terbayang wajah Rin yang akan memakai dress itu.

"Cik nak try tak??".Tanya perunding yang berjantina perempuan itu.Wanita itu menggantikan tempat Andy Verlind untuk seketika kerana lelaki itu perlu menjawab panggilan telefonnya.

"Sure".Rin menuju ke fitting room manakala Hairi pula sedang duduk di atas sofa dengan jantungnya yang mula berdegup pantas.

"Where is the bride??".Andy Verlind melabuhkan punggungnya di sebelah Hairi.

"Dia tengah try dress".Balas Hairi yang tidak sabar melihat Rin.

"Boleh saya tanya satu soalan??".Andy Verlind mempunyai satu soalan yang ingin sangat ditanya olehnya.

"Yes you can. What is it??".Hairi sedia memberi jawapan kepada soalan Andy Verlind.

"Mana lela".

"Here's the bride!!".Perunding itu mengiringi Rin ke hadapan Hairi.

"Fuyooo".Hairi tidak dapat mengelipkan matanya tatkala melihat Rin berdiri berhadapan dengannya.

"Aku nak kahwin sekarang!!Hahaha..".Telah Hairi di dalam hatinya.

"Okay ke Hairi??Ke tak okay??".Rin memandang cermin di belakangnya.

"Cantik".Serentak perunding dan Hairi bersuara.

"But".Celah Andy Verlind.

"But??".Rin gusar mendengar Andy Verlind yang mula berbicara.

"But don't you remember??That is the same dress yang you pernah pakai masa photoshoot dulu".Andy Verlind tersenyum lebar.

"Hah???!!!Ini ke dress yang aku pakai sebelum ni??".

"Yes..Sama..Kain velvet..Sama young lady".Andy Verlind tidak sangka Rin memilih dress yang sama.

"Wahh..Kebetulan pulak ye..Saya tak perasan ini dress yang saya pernah pakai..".Rin memang tidak jangka bahawa itu ialah dress yang pernah disarung pada badannya.

Rasa cemburu dirasai Hairi...

"Kalau you suka dress ni,I pun suka..You boleh pakai masa nikah nanti".Cadang Hairi yang tidak dapat menghilangkan rasa cemburunya terhadap lelaki yang tiada dengan Rin lagi.

"Serius you okay??".Rin mengambil tempat di sebelah Hairi.

Hairi bangun dan berjalan menuju ke bahagian veil manakala Rin mengikuti Hairi dari belakang.Pemuda itu mengambil sehelai veil yang berwarna puith dan berkilau.Hairi meletakkan veil itu di atas kepala Rin yang memakai selendang itu.Tiara yang dihiasi dengan pelbagai jenis batu itu juga melengkapi Rin yang kelihatan sungguh menawan.Semakin berkobar hati Hairi yang memakaikan tiara pada kepala Rin.Rasa cinta,sayang dan kasihnya pada Rin tidak akan berubah walau ada perkara yang menghalang hubungan mereka.Rin memandang lelaki yang lebih tinggi daripadanya itu.Mata lelaki itu bertembung dengan matanya,senyuman manis diukirkan olehnya untuk gadis yang memakai dress itu.

"You are the princess sayang..Kenapa you buat I jadi gila ni??Jangan buat macam ni kat I setiap kali kita jumpa boleh??".Bisik Hairi yang buat Rin tertawa kecil.

"Remember...You pakai apa-apa pun you tetap sempurna di mata I".Hairi tetap berfikir positif dan tidak ingin rasa cemburu itu menganggu fikirannya.

"You look so beautiful dear..I admit it".Bayangan wajah dan suara Izz berlegar di dalam minda Rin.Gadis itu teringat akan perbualannya dengan Izz ketika dirinya duduk di atas riba bekas kapten bola keranjang itu.

Izz turut kagum dan tidak dapat melekangkan senyumannya apabila Rin memakai dress yang diberikan oleh perunding yang bernama Cindy.Sungguh terpaut hatinya melihat kejelitaan gadis yang dicintai dan disayanginya itu.Malam itu,Izz langsung tidak dapat merenungkan matanya ke arah lain.Dia hanya mengamati wajah gadis yang berada di atas ribanya ketika mereka mengambil gambar berdua.

"You!!Sayang??".Hairi menyedarkan Rin daripada lamunannya.

"I'm so sorry Hairi..You cakap ape tadi??".

"Are you okay??You macam tak okay je ni??".Hairi risau akan Rin yang semakin muram itu.

"I tiba-tiba pening ahh..Maybe banyak sangat dress-dress yang cantik kat sini sampai pening I dibuatnya".Rin memberi alasan agar dapat menyorokkan rasa rindunya terhadap Izz.

"Kalau macam tu..Kita balik dulu..Lain kali kita datang lagi..Okay??".Cadang Hairi yang kasihan akan tunangnya.

"Tapi.."

"Tak pe..Nanti kita datang lagi..Jom..I bawak you jalan-jalan".Ajak Hairi.

Rin menurut kata-kata Hairi lalu masuk semula ke dalam fitting room untuk menukar pakaiannya Sementara itu,Hairi telah pun menunggu Rin di dalam keretanya selepas berunding dengan Andy Verlind tentang tarikh yang dipilihnya untuk datang semula ke butik itu.Rin menapakkan kakinya ke pintu utama dan langkahnya dihentikan oleh pemilik butik itu.

"Yes Andy??".

"Is there anything happened between you and Tengku??".Tanya Andy Verlind sebelum gadis itu melangkah keluar dari butik itu.

"Ahhh..Nothing".Jawab Rin.

"Saya ingatkan yang saya akan jadi wedding planner untuk kamu dan Tengku tapi tak sangka pula..Kamu datang ke sini dengan orang lain hari ini".Ujar Andy Verlind yang pernah mengatakan yang dia akan sponsor majlis perkahwinan Rin dan Izz jika mereka berdua berkahwin.

"Hahaha..Awak salah faham..Saya dan Tengku tiada hubungan yang special..Kitaorang just kawan biasa je".Terang Rin.

"Ohhh I'm so sorry..I thought that Tengku is your boyfriend".Sebelum ini,Andy Verlind tidak tahu yang Rin dan Izz hanyalah kawan rapat.

"It's okay..Saya pergi dulu ye..Thanks a lot Andy..I will come again".Ucap Rin lalu melangkah keluar dari situ.

"Welcome you lady..Have a nice day".Ucap Andy Verlind lalu kembali duduk di atas kerusi untuk menyambung kerjanya.

"I really hope..He will be your future husband...".Harap Andy Verlind sambil memandang poster Izz dan Rin yang tertampal di ruang kerjanya.

?????

"Macam mana fitting baju tadi??Okay tak??".Tanya Khai yang sedang menonton televisyen.

"Patut tadi kau bawak aku sekali..Aku boleh bagi komen".Tambah Tira yang sungguh excited menunggu kawannya yang bakal duduk di atas pelamin.

"Hahaha..Okay jer..Aku baru pilih baju nikah tadi..Lawa!!".Kata Rin

"Serius ah dah pilih!!!Kau ada amik gambar tak!!AKU NAK TENGOKKK!!!".Bicara Wawa yang sedang duduk di atas permaidani.

"Tak ade..Kitaorang terlupa nak amik gambar tadi..Sorry".Ucap Rin yang baru sedar tiada sesiapa antara dia dan Hairi mengambil gambar ketika dia mencuba dress yang menarik itu.

"Alohhhh..Baru aku nak tengok".Afra agak kecewa kerana tidak dapat melihat dress yang dikatakan oleh Rin.

"Kau baru try baju nikah je??Baju masa resepsi??".Soal Linda yang sedang makan keropok super ring itu.

"Haah..Sebab tadi aku tak sihat sangat..Tu kitaorang balik awal".Rin mengambil sedikit keropok yang sedang dipegang Linda.

"Hah!!Next time kitaorang ikut sekali..Amacam??Boleh tak Rin??Kitaorang kan bridesmaids kau".Afra mahu membantu Rin mencari dress yang sesuai untuk majlis yang penting bagi Rin.

"Of course la boleh..Lagipun memang aku dah fikir nak ajak korang sekali sebab aku kesiankan Hairi..Dia tinggalkan kerja dia disebabkan aku..Dia cakap je yang dia tak ade kerja dan tak ade meeting padahal dia ada banyak kerja..Kesian dia..Tadi pun dia tak pilih lagi baju...Tu pun disebabkan aku".Rin terfikir akan tuxedo yang sesuai untuk Hairi.

"Laaa ye ke??Tak pe,tak pe..Biar akak ni tolong carikan bagi pihak dia".Tira bersuara seraya menunjukkan dirinya.

Sedang mereka sibuk berbual mengenai Rin,Aleen hanya diam membisu.Dia hanya tertumpu kepada skrin kaca televisyen yang sedang menyiarkan rancangan Maharaja Lawak Mega 2018.Sejak kejadian pagi tadi,Aleen tidak banyak bercakap kerana dia terlalu memikirkan Tengku Fayyad yang bersikap kasar pada pertemuan pertama mereka.Gadis itu sudah membuat keputusan untuk memberitahu Syed Eizlan Ekhuan Syah iaitu abang kandung Rin.Dia tidak ingin memberitahu Rin kerana dia pasti dan sangat yakin bahawa gadis itu mesti akan berasa gusar.Abang Ekh masih belum pulang ke rumahnya,jadi dia tidak dapat mengkhabarkan kejadian itu kepadanya.

"Aih Leen???Awat hang sonyap jo ni??Aku perasan lagi pagi tadi..Kau diam jee..Takkan kau marah sebab kitaorang lambat tadi".Wawa dalam diam memerhatikan gerak-geri Aleen yang juga tidak banyak bersuara ketika di restoran tadi.

"Aku okay je la..Cuma aku mengantuk je ni..Aku tidur lambat semalam".Ujar Aleen.

"Ye lah tu..Kau jadi lain sejak kau jumpe...".

"HAHAHAHA KELAKARLAH DIAORANG NI".Aleen ketawa dengan kuat agar Afra tidak menghabiskan ayatnya.

"Ermm??Aleen jumpe ape Afra??".Soal Wawa yang mahu Afra menyambung ayatnya.

"Aleen jumpe..."

"HALAH DAPAT EMPAT BINTANG JE..SEPATUNYA DIAORANG DAPAT 5 BINTANG".Persembahan daripada kumpulan Shiro itu menghiburkan hati Aleen tetapi dia tidak puas hati dengan keputusan juri.

"Hurmmm..Ada yang tak kena ni".Desis Wawa.

"Ding dong~~".Bunyi loceng menyelamatkan Aleen yang sedang gementar itu.

"Haaa jom kita main o som..Siapa yang kalah dia kena bukak pintu".Khai terasa malas mahu membuka pintu.

"Dah dah..Biar aku je yang bukak..Korang ni memang tau..Malas..Hahahaha".Rin segera mengambil kain untuk menutup kepalanya lalu membuka pintu rumahnya.

Dia ternampak susuk tubuh seseorang yang sedang melambaikan tangannya.Rin tersengih dan berlari dengan sangat laju ke pintu pagar untuk berjumpa dengan lelaki yang sangat dirinduinya.Dia menekan tombol pada alat kawalan jauh untuk membuka pintu pagar.Rin melompat-lompat setempat kerana dia berasa terlalu seronok dan hatinya terasa yang rindunya telah diubati dengan kemunculan lelaki itu.Pintu pagar dibuka sedikit demi sedikit,wajah lelaki yang dirindui Rin semakin jelas kelihatan.Lelaki itu tersenyum herot lalu mendepakan tangannya untuk Rin.Tanpa menunggu lebih lama,Rin memeluk lelaki itu seerat yang mungkin.

"I miss u".Tutur Rin.

"I miss u too my cutie pie".Kata lelaki itu sambil mencubit pipi Rin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience