Bab 19

Romance Series 30286

Dengan spontan Rin menolak kepala Izz tetapi kali ini ditolaknya kepala sang arjuna itu perlahan kerana khuatir yang kejadian pagi tadi akan berulang semula.Izz menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Semakin menggununglah sayang dia pada Rin.

Rin memandang luar tingkap kereta,teringat dia akan peristiwa selepas habis persembahannya tadi.

-----

Selepas habis sahaja aku melepak dengan Izz dan kawan sekumpulannya itu,aku terus pergi ke bengkel semula tanpa memberitahu Izz.Aku dah tinggalkan bengkel kira-kira dua jam.Memang kena marah la aku nanti dengan Puan Izwana.Habislah aku.Makin bertambah la juga kerja aku nanti.Silap-silap kerja aku membasuh dan mencuci peralatan sahaja nanti.

Semasa aku mahu menaiki tangga,aku tertembung dengan Nadz.Aku menegur dia dan menghadiahkan satu senyuman.Namun,aku kecewa sedikit sebab dia langsung tidak memandang aku apatah lagi membalas teguran aku.

"Aik.Sombongnya dia.Maybe dia nak cepat kot".Telahku di dalam hati.

Dengan tidak memandang Nadz lagi,aku meneruskan langkahku ke bengkel.

"Uishh bunga dahlia dah kembali ke taman la".Usik Khai yang berada di muka pintu itu.

"Bersemut pentas tu disebabkan korang berdua tahu tak?.Sambung Aleen yang memaut pada bahu Khai.

"Aku yang tengok pun jadi meremang bulu roma aku.Ahahaha.Kau patut berterima kasih dengan aku tau".Celah Yussry yang sedang memegang dulang berisi makanan itu.

"Oh jadi ini semua terjadi disebabkan kau la Yussry?".Tanya aku sambil mengerutkan dahiku pada Yussry.

"Upss alamak terlepas".Jawab Yussry yang menggigit bibirnya.

Teringat dia akan kata-kata Izz padanya.

"Kau jangan bagitahu Rin yang ini semua plan kita tau".Ingat Izz pada Yussry.

"YUSSRY!!!!!".Laungku seraya mula mengejar Yussry.

"Alamak gua cabut dulu la geng.Nah pegang ni".Kata Yussry sambil memberikan dulang yang dipegangnya kepada Khai.

Khai dan Aleen hanya mampu tertawa besar dengan telatah dua orang rakannya itu.

"Habislah Yus diterkam oleh bunga dahlia yang sudah bertukar menjadi harimau tu".Khai menggelengkan kepalanya seraya terfikir akan nasib Yussry yang bakal di terkam oleh Rin itu.

Siapa je tak kenal dengan Rin.Gadis itu akan bersikap bertentangan dengan sikapnya yang sebelum ini jika ada seseorang yang sengaja mencari pasal dengan dirinya,pasti dia akan mengajar orang itu secukup-cukupnya.

Setelah hampir beberapa kali Rin menaiki dan menuruni tangga hanya disebabkan mahu mengejar Yussry,akhirnya mereka berdua terduduk dek kerana penat berlari.Rin mula mencungap,peluh yang mula bertempat di dahinya di lap dengan tisu.

Pabila ada peluang,Rin mendekatkan dirinya dengan Yussry yang terduduk di atas lantai itu.Lengan kanan Yussry menjadi mangsa cubitan aku.

"Auch..Sakitlah.Kau ni memang suka cubit orang eh?".Marah Yus sambil menggosok lengannya yang sakit itu.

"Aku tak suka cubit orang tetapi orang yang mintak aku cubit tau.Ha padan muka.Hurm nah!Amik tisu ni..Lap peluh kat muka kau tu".Ujar Rin seraya menghulurkan sehelai tisu kepada Yussry.

"Macam mana la dengan Tengku eh?Selalu kena cubit dengan kau".Soal Yussry pada Rin.

"Kau nak kena cubit lagi ke?".Ugut Rin yang sedang memandang tajam Yussry di sisinya itu.

Pantas Yussry menggelengkan kepalanya pabila mendengar kata-kata Rin yang mengecutkan perutnya itu.

"Now,tell me everything.Apa maksud kau yang aku perlu ucap terima kasih pada kau?".Tanya Rin yang mahu mengetahui perkara yang sebenar.

Yussry pun menceritakan segalanya pabila terasa lengannya bakal dicubit oleh Rin lagi.

"Jadi itu yang sebenarnya,hurm tak apelah this time aku maafkan kau.But kalau kau buat lagi macam ni,watch out!Aku koyakkan mulut kau".Ugut Rin lagi sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Yussry.

"Okay.Den janji.Den tak akan buat lagi".Ucap Yussry yang berkata dalam loghat Negeri Sembilan iaitu negeri kelahirannya.

"Hurm.Ye la.Moh la kita ke bengkel semula".Bicaraku pula.

>>>>

Sesampainya di bengkel,Puan Izwana yang berada di meja hadapan itu sedang memandang aku.Pandangannya yang tajam itu mengecutkan perut aku yang sedang lapar itu.Perlahan-lahan aku menapakkan kakiku ke meja belakang dan..

"Nur Hedrina Liyana!".

Telingaku mendengar suara Puan Izwana memanggil namaku,nama penuh pulak tu.Haish memang kena la aku hari ini.Badanku aku pusingkan menghadap Puan Izwana,pakej dengan hentakkan kaki seperti gaya seorang askar memberi tanda hormat kepada pegawainya.

"Ye saya puan".Aku menyaut.

"Dah puas awak bermesra dengan tengku?".Soal Puan Izwana yang mula mendekatkan dirinya dengan aku.

"Sudah puan..Eh eh tak..Saya hanya jadi bidan terjun sahaja puan".Jawabku yang masih seperti seorang askar menjawab pertanyaan daripada pegawainya.

"Erm..Tahniah!Saya bangga dengan awak".Kata Puan Izwana sambil menepuk lembut bahu kiri aku.

Pabila kata-kata itu telah dizahirkan daripada mulutnya,dia terus keluar tanpa memandang aku yang mula terpinga-pinga ini.

"Tahniah??".Tanyaku bernada perlahan.

"Ye la babe.Takkan kau tak tahu tahniah tu ape?".Tambah Yussry sambil tersengih.

"Ok macam ni,sebenarnya disebabkan kau,ramai tetamu yang beli makanan kat gerai kita tadi dan ramai juga yang memuji kau sebab suara kau merdu".Jelas Aleen.

Aku membalas penjelasan Aleen dengan menganggukkan kepala tanda aku memahami penjelasannya.

"Assalamualaikum"

Salam diberi oleh seseorang,tetapi aku tidak menoleh memandang pintu kerna aku merasakan yang orang itu adalah rakan sekelasku.Pandangan dua orang sahabat yang berada di hadapanku itu aku tenung,seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan mereka itu.

"Ladies,boleh saya pinjam cik cinderella ini?".Soal suara yang garau itu.

"Yes of course tengku".Jawab Khai tanpa berfikir.

Aku yang berada di tengah-tengah antara mereka pun mulai hairan.Diaorang fikir aku ni barang,boleh pinjam-pinjam??

"Thanks ladies ok let's go".Ujar Izz sambil menarik lenganku.

Khai dan Aleen tertawakan aku yang mula confuse itu dan menunjukkan ibu jari mereka kepadaku.

Izz membawa aku ke keretanya yang terletak di tempat parking khas untuk dia.Yelah tengku kan.Mestilah sangat dihormati orangnya.Sewaktu kami sedang berjalan beriringan itu,sebuah motorbike muncul di arah yang bertentang dengan kami.

Tiba-tiba Izz menarik aku ke dalam pelukkannya.Pelukkannya itu,ditolak olehku tetapi kekuatan lelaki itu tidak dapat aku tandingi.

"Chill babe,aku just nak tolong kau buang labah-labah kat atas kepala kau ni".Tutur Izz yang sedang menepuk lembut kepalaku yang tersarung dengan tudung bawal itu.

Ketika itu,aku memandang penunggang motorbike itu.Dia lalu di sebelah kami berdua.Matanya yang tidak dilindungi oleh visor helmetnya itu,menampakkan matanya yang sedang memandang aku dan Izz.Pabila matanya tertembung dengan mataku,dia menundukkan padangannya lalu memberikan tumpuan semula kepada penunggangannya.

Matanya dan cara pandangannya itu,amat aku kenali.Walaupun baru beberapa hari aku mengenali dirinya.Iya orangnya ialah Nadz.

"I did it".Telah Izz di dalam hati seraya tersenyum sinis.

Gembira hatinya pabila melihat Nadz terpandang aksi yang sweet baginya itu dengan Rin.

~~~~

Helmet yang berada di tangannya di balingkan ke atas lantai.Perasaanya yang mulai geram itu tidak dapat dikawal.Di tambah lagi dengan melihat Nadz dan Rin bermesra di hadapan kedua-dua matanya sendiri.Rasa sakit itu mula hadir pabila dia melihat pasangan yang dipuji para tetamu yang hadir itu,membuat aksi romantik ketika membuat persembahan pagi tadi.

Dicapainya dia camera nikon miliknya di atas meja.Dia melihat gambar-gambar yang telah di ambil sewaktu majlis pagi tadi.Jarinya yang menekan punat pada kameranya terhenti pabila gambar mesra Izz dan Rin terpapar di skrin kameranya itu.

Kelihatan wajah cantik itu tersenyum riang pabila Izz mengusap pipinya.Dia menghela nafas panjang lalu diusap dadanya perlahan supaya dapat menenangkan dirinya.Dia bangun dan melangkahkan kakinya ke tandas lalu membersihkan dirinya sendiri.Usai sahaja mandi,dia menunaikan solat maghrib dan isyak.Tangannya mula menadah tangan ke hadrat ilahi untuk berdoa.

"Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini ya ALLAH.Sesungguhnya Engkau sahajalah tempat aku mengadu dan tempat aku meminta.HambaMu yang kerdil ini tidak tahu mengapa.Diriku lemah dan hatiku terasa pedih apabila melihat dua orang hambaMU itu bermesra di hadapanku.Aku cuba mengendahkannya tetapi perasaan yang tersemat di hatiku ini tidak dapat aku selindungkan pabila aku melihat salah seorang kaum hawa yang aku cintai itu bermesra dengan kaum adam yang lain.Engkau kuatkan dan tabahkanlah hatiku ini Ya ALLAH supaya aku dapat menghadapi segala cabaran yang Engkau berikan kepadaku.Semoga segala urusanku juga dipermudahkan.Amin Ya Rabbal Alamin".Nadz mengadu kepada Tuhan Yang Esa tentang apa yang sedang dia hadapi itu.

Sejadah yang menjadi tempat sujud Nadz itu digantung kemas di tempatnya.Badannya dibaringkan di atas katil yang empuk itu.Fikirannya masih mengenangkan tentang apa yang terjadi pada dirinya hari ini.Ayat-ayat yang memuji nama ALLAH disebutnya satu per satu.

>>>

"Rin..Rin balik tak minggu depan??".Soal Datin Syarifah Mariah Mikayla di hujung talian.

"Mungkin.Why ma?".Tanyaku pendek.

"Tak ade ape-ape cuma mama harap.Rin dapat balik minggu depan".Balas wanita yang melahirkan Rin itu.

"In Shaa ALLAH ma.Nanti ape-ape Rin call mama ye".Tutur Rin seraya menjamah nasi goreng cili padi yang telah dibelinya tadi.

"Okay sayang,mama kena off dulu ni.Mama ada kerja nak buat.Kamu jaga diri ye.Assalamualaikum".Ujar Datin Syarifah Mariah Mikayla lalu memutuskan panggilannya.

"Waalaikumusalam".Jawab Rin.

"Sape call??".Soal Khai seraya mengambil tempat di sebelahku.

"Mama.Mama suruh aku balik minggu depan".Terang aku pada Khai.

"Balik??Minggu depan??Balik aje lah.Lagipun kau dah lama tak balik".Kata Khai.

"Betul gak.Eh tapi aku baru je balik dua minggu lepas dan terpaksa jumpa lelaki bertopeng itu".Tutur aku sambil terfikir akan lelaki yang datang ke rumah aku dengan memakai topeng.

"Bertopeng?Siapa??Dia datang rumah kau??Buat ape dia datang rumah kau?Kenapa kau tak pernah cerita kat aku pasal ni?".Soal Khai bertubi-tubi.

"Eh chill la.Ok aku story kat kau.Kisah dia macam ni".Rin mula menerangkan kisah dirinya berjumpe dengan mamat bertopeng itu sambil mengenangkan peristiwa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience