Bab 53

Romance Series 30289

"Izz??Kau ke tu".

Suara lembut yang mahu didengari Izz akhirnya memanggil namanya setelah hampir 30 minit gadis itu pengsan.Tanpa berfikir lebih lama lagi,pemuda itu terus mendekatkan dirinya dengan Rin yang baru sedar dari pengsan itu.

"Rin kau okay??".Tanya Izz yang hatinya lega apabila melihat Rin telah membuka matanya.

"Erm??Kenapa kau ade kat sini and....macam mana aku boleh ada kat atas katil??".Soal Rin yang sedang memandang wajah lelaki yang sudah lama dia tidak nampak itu.

"Sebelum tu,minum air ni dulu".Ujar Izz sambil memberi Rin segelas air.Rin bangun dan meneguk air pemberian daripada Izz.Lelaki itu juga membantu Rin minum air itu dengan memegang gelasnya.

"Thank you".Ucap Rin dengan senyuman manis diberikan kepada Izz.

"Welcome".Balas Izz lalu meletakkan gelas yang berisi sedikit lagi air ke atas meja.

"Okay..Izz..Jawab soalan aku".Tutur Rin yang memandang muka lelaki yang mempunyai plaster itu.

"Tadi aku terjumpa kau masa kau pengsan tadi.Then,aku bawak la kau ke sini.Kawan-kawan kau yang lain risau sangat pasal kau.Diaorang cari kau tahu tak".Jelas Izz yang juga sempat memberitahu Rin mengenai kawan-kawannya yang risau tentang kehilangan dia.

"Kenapa dengan muka dia ni??".Soal Rin di dalam hati.

"Suka buat orang risau kan".Tambah Izz lagi seraya menjentik dahi Rin dengan menggunakan jarinya.

"OWW!!Sakitlah.Kenapa jentik aku??".Marah Rin dengan tangannya dilekapkan ke dahinya.

"Hahaha.Saje..............Rindu kau".Tutur Izz yang segaris senyuman terukir di bibirnya.

"Eleh..........Poyo je lebih".Kata Rin yang hatinya hampir tercuit dengan satu perkataan yang dikatakan oleh Izz.

Izz menggelengkan kepalanya lalu mendekatkan mukanya dengan muka Rin.Ditiup perlahan dahi Rin yang menjadi mangsa jentikannya itu.Rin yang terasa dahinya ditiup itu terkejut dengan gerakan Izz yang tidak didugainya.

"Sakit lagi ke??".Soal Izz yang kasihan akan Rin kerana dahi gadis itu dijentik olehnya dengan sengaja.

"Makin bertambah sakit adalah".Balas Rin dengan matanya menjeling Izz.Pemuda yang berada di sebelahnya itu hanya tergelak mendengar jawapan daripada Rin.

"Uishh Prince BB dah gelak sakan la".Bisik Afra yang sedang mengintai Rin dan Izz di muka pintu.

"Tadi bukan main marah lagi si Tengku tu.Bila Rin bangun je terus ceria".Sambung Aleen yang juga menyertai Afra mengintai dua orang muda itu.

"Kan kan kan..Hanya Rin saje yang boleh ceriakan Tengku".Sampuk Tira.Ketiga-tiga gadis itu sememangnya tidak melepaskan peluang untuk melihat drama telenovela yang sedang berlaku di depan mata mereka.

"Hei...Mana kau pergi??Lama tak nampak kau".Tanya Rin kepada Izz.

"Ah??Asal tanya??Rindu ke??".Soal Izz pula dengan matanya juga dikenyitkan.

"Eishhhh..Tak ade makna nak rindukan kau.Baik aku rindukan monyet ke,ahhhh....Phone aku,lepas tu...."

"Mengaku aje la yang kau rindukan aku".Potong Izz yang hatinya sangat gembira melihat wajah cantik itu.

"Tak laaa..Aku tanya je".Kata Rin dengan kepalanya dipusingkan ke arah lain.

"Alooo Rin mengaku aje la".Tutur Aleen yang masih memerhatikan Rin dari jauh.

"Tak pergi mana pun.Just aku kena buat kajian di luar U".Jawab Izz.

"Sampai tak whatsapp or call aku??".Soal Rin yang hairan kenapa Izz tidak menghubunginya beberapa hari sebelum ini.

"Aih??Kau tunggu aku call kau ke??".Tanya Izz seraya tersenyum herot.

"Eishhhhhh!!!Aku tanya jeeeeeeeee".Rin tidak mengiakan kata-kata Izz.

"Hahaha.Okay okay..Aku gurau je okay..Yang sebenarnya phone aku rosak sebab terpijak masa aku main basketball.So,2,3 hari tu aku pergi cari phone baru".Terang Izz yang sebenarnya phonenya rosak disebabkan oleh lelaki yang memukulnya hari itu menghancurkan telefon pintarnya dengan kayu.

"Ohhh..Hah!!!Kenapa hari tu kau tipu aku ahh??".Soal Rin yang teringat akan penipuan Izz.

"Tipu??Aku tipu ape??".Tanya Izz yang buat-buat tidak faham.

"Tipu yang kau kata kau ade game.Pastu aku tanya Luqman.Luqman kata yang korang mana ada game hari tu".Balas Rin dengan matanya memandang tajam Izz.

"Eh siapa kata kitaorang ada game hari tu.Aku cakap aku sorang je.Hah tu lah,lain kali dengar betul-betul orang cakap.Ini tak,buat tak tahu je".Tipu Izz yang nasib baik dia terfikir akan ayat yang boleh menyelamatkan dirinya.

"Ohhhhh..Aku salah dengar la ni.Ohhhhh...Sorry sorry".Ucap Rin yang mempercayai satu lagi penipuan Izz.

Izz mengelengkan kepalanya seraya tertawa kecil tatkala melihat Rin mempercayai apa yang dikatakan oleh dirinya.

"Tit tit.....Tit tit...Tit tit.."

Izz menyeluk poketnya untuk mengeluarkan telefon pintarnya apabila mendengar bunyi notifikasi yang baru.

"Maaf Tengku.Saya tak jumpe dia".Izz membaca mesej yang dihantar oleh pembantu peribadinya yang sekali lagi mengubah emosinya.

Rin memandang kapten pasukan bola keranjang yang riak wajahnya mula berubah.Seperti sedang marah dan geram.

"Izz kau okay tak??".Soal Rin yang merenung wajah Izz dengan matanya yang penuh rasa ingin tahu.

"A..Aku okay je".Jawab Izz yang teringat kembali akan perkara yang memeningkan kepalanya tadi.

"Kalau ada masalah ceritakanlah kat aku.Jangan simpan sorang-sorang".Beritahu Rin yang dia kadang-kadang risau akan Izz.

"Aku okay je la.Tak payah risaukan aku".Balas Izz yang hatinya gembira apabila Rin mengambil berat mengenai dirinya itu.

"Aku tak risaukan kau.Aku tanya je...".Rin tidak mengaku yang dia risau akan Izz di hadapan pemuda itu.

"Ade sesiapa nak volunteer bantai Rin tak??".Tanya Tira yang terasa mahu sahaja dia menumbuk muka Rin kerana lagi tadi tidak mahu mengaku yang dia concern akan Izz.

"Aku!!".Jawab Aleen dan Afra serentak.

"Hurmmm..Rin aku gerak dulu eh sebab ada kerja aku kena buat".Bicara Izz yang sebenarnya mahu bertemu dengan Muadz.

"Alright see you".Cakap Rin sambil melambaikan tangannya.

Izz bangun lalu berjalan menuju ke biliknya untuk bertemu Muadz.

"Eh Izz tunggu".Rin memberhentikan langkah Izz.Lelaki yang mendengar namanya dipanggil itu menoleh ke belakang memandang gadis yang memanggil namanya.

"Tak ade ape-ape.Bye".Ujar Rin yang niatnya mahu berbual lagi dengan Izz kerana.....dia rindukan encik Tengku itu.

"Ingatkan kau nak kata benda penting..Hurmmmm.................Bye".Kata Izz yang sempat mengetuk kepala Rin lalu melarikan diri secepat yang mungkin.

Afra,Aleen dan Tira yang berdiri di muka pintu itu terkejut melihat Izz berlari sangat laju seperti ada seekor harimau mengejarnya dari belakang.

"Wow lajunya Prince BB".Tira berasa kagum melihat Prince BB yang berlari sungguh laju.

Prince BB??Apa itu??Agak-agak korang ape??

==========

"Macam mana hubungan anak kita berdua Dato Tarmizi??".Soal Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris.

"Saya rasa hubungan mereka baik-baik sahaja Dato'.Ayiee kata kepada saya yang mereka berdua sempat berjumpa sebelum dia berangkat ke China semalam".Jawab Dato Muhammad Tarmizi Kareem

"Ohh?!Baguslah kalau macam itu.Lega saya mendengarnya".Ujar Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris yang hatinya lega mendengar khabaran itu.

"Si Ayiee tu...Dia betul betul sukakan anak Dato.Saya percaya dia boleh jaga Rin dengan baik".Tambah Dato Muhammad Tarmizi Kareem yang sedang memegang secawan kopi latte.

"Saya pun berharap yang Hairi tidak lagi ke mana-mana dengan perempuan".Perli Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris yang baru mengetahui kegiatan bakal menantunya yang tidak disukainya.

"Nampaknya Halim dah tahu pasal Ayiee".Monolog Dato Muhammad Tarmizi Kareem di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience