Bab 65

Romance Series 30286

"Kiranya.......Aku ni comel la eh??".Tanya Rin walaupun air matanya masih bergenang.

"Tak ade laa..Aku saje je cakap macam tu..Kau tak comel pon sebenarnya".Sakat Izz yang membuatkan Rin mencubit lengannya.

"Au au au..Fine fine kau comel".Jawab Izz seraya menggosok lengannya yang dicubit oleh Rin.

Keretanya dipandu keluar dari universiti itu dengan wajah yang selamba ketika keretanya melalui pondok pengawal.Salah seorang pengawal keselamatan yang berada di luar pondok pengawal itu menggelengkan kepalanya seraya melemparkan senyuman kepada pemandu kereta Ferrari yang mengangkatkan tangan kepada dirinya.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni??".Soal Rin yang berjaya menenangkan dirinya dengan bantuan Izz.

"Ermmm..How about kita gi villa aku dekat PD??".Cadang Izz yang niatnya dari awal pagi tadi mahu membawa Rin ke villanya.

"Ahh villa kau??Yang kita pergi ari tu eh??Yesssssss".Tutur Rin dengan senyuman terbit di wajahnya.

"Haaa kan bagus senyum macam ni..Barulah comel".Bicara Izz seraya memandu.

"Aku tahu aku comel..Thank you".Ucap Rin sambil memandang jejaka yang memegang stereng kereta itu.

"Kaulah satu-satu perempuan yang paling comel yang pernah aku jumpa".Izz inginkan senyuman terukir lagi di wajah Rin.Senyuman gadis itu seperti emas yang sentiasa bersinar dengan warna yang terang.

"Amboi puji melambung".Rin tertawa mendengar pujian Izz.

"Ye kau perempuan paling comel tapi perempuan yang lain semua cantik-cantik..Kiranya kau ni spesies lain la yang bukan taste aku..Perempuan yang cantik adalah perempuan yang paling terbaikkkkkkk!!!".Sambung Izz.

"Kau ni...Satu hari kalau tak annoying memang tak sah eh..Dah la annoying,senget pulak tu".Ingin sahaja dia mencubit tangan Izz tetapi dia tidak boleh melakukannya kerana Izz sedang memandu.

"Yang annoying and senget ni lah yang buat kau berhenti menangis..Dah dah..Aku nak kau tidur..Kalau kau bukak mata kau,aku stapler nanti".Ugut Izz yang turut tersengih mendengar katanya.

"Okay okay aku tidur".Rin terpaksa akur dengan suruhan Izz.Matanya mula tertutup rapat.

"Izz thank you..Thanks untuk segalanya".Ucap Rin yang berasa sangat terharu akan Izz yang selalu membantunya.

"Welcome".Balas Izz dengan matanya mencuri-curi memandang Rin.

Semua kenalan Rin termasuk Izz pastinya sangat terkejut ketika mengetahui berita itu.Izz yang mendapat tahu tentang nasib Rin melalui kiriman whatsapp daripada rakan baiknya itu sangat terkejut malah tergamam hingga hatinya terasa sangat sakit seperti ditusuk dengan besi.

"Muadz..Aku ni tak okay ke??Aku tak handsome ke??Tak baik ke??Kenapa??Kenapa??Kenapa laki tu yang menjadi pilihan Rin?".Soal Izz kepada Muadz yang hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang respon kepada pertanyaan Izz.

Muadz cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan cerita tentang Rin daripada Izz tetapi dia tidak sangka yang berita itu tersebar dengan cepat dia media sosial.

"Aku tak layak untuk Rin..Lelaki tu lagi layak untuk berada dalam hati Rin..Aku ni cuma mampu buat dia tersenyum je..Aku tak boleh bahagiakan dia..Kebahagiaan dia mungkin akan hadir bila dia dengan laki tu".

Puan Seri Cheryl Humaira Helene memandang dari jauh anaknya yang sedang duduk di meja makan.Pembantu peribadi anaknya langsung tidak bersuara kerana kasihankan majikannya yang sedang bersedih.

"Tak apa lah,mungkin Rin bukan ditakdirkan untuk sentiasa berada di samping aku..Sekejap je ALLAH pinjamkan dia pada aku".Izz tidak perasan yang ibunya sedang memandangnya.Akhirnya,air mata yang cuba diseka Izz jatuh membasahi meja makan itu.

Puan Seri Cheryl Humaira Helene mendekatkan dirinya dengan anak yang dikandungnya.Kepala Izz diusap dengan lembut.Dia tidak pernah melihat anaknya itu sedih dan menangis di hadapannya.Setiap hari,senyum dan tawa Izz selalu memenuhi rumahnya tetapi pagi itu,suasana suram menyinggah hati anak tunggalnya.

"Izz kenapa cakap macam ni??Tak semestinya lelaki tu jodoh Rin..Tiada sesiapa pun di antara kita yang tahu yang adakah lelaki itu sememangnya ditakdirkan untuk bersama dengan Rin sehingga akhir hayatnya..".Air mata semakin laju membasahi pipi Izz tatkala mendengar suara ibunya.

"Semua ni berlaku pasti ada hikmahnya..Tapi kan..Mummy rasa macam ada something yang tak kena..Instict mummy kuat mengatakan yang ada sesuatu di sebalik semua ni".Agak Puan Seri Cheryl Humaira Helene yang seperti mengetahui situasi yang sebenarnya.

"Tak apalah mummy..Izz redha dengan semua ni..Dan..Izz dah buat keputusan".Ujar Izz seraya menggenggam tangannya.

"Keputusan apa??".Tanya Puan Seri Cheryl Humaira Helene.

"Izzzzz!!!".Jerit Rin yang memecahkan lamunan Izz.

"Why??Why??".Soal Izz yang terkejut itu.

"Handbag aku".Rin baru teringat akan beg tangannya yang tidak dibawa bersama.

"Kenapa dengan handbag kau??".Tanya Izz.

"Handbag aku..Tak ade dengan aku".Rin tidak ingat dimanakah dia meletakkan beg tangannya.

"Aku rasa mesti ada kat member kau..Jangan risau ahh..Ha..Phone kau ada tak dengan kau sekarang ni".Soal Izz yang sedang menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Ada".Balas Rin ringkas.

"Meh bagi aku kejap".Minta Izz lalu Rin memberikan telefonnya kepada Izz tanpa bersuara.

"For today,phone ni aku pegang..Aku tak akan bagi kau pegang".Ujar Izz sambil meletakkan telefon pintar milik Rin di atas deskboard.

"Kenapa pulak phone aku kau pegang??Give me back my phone!".Tangan Rin mahu mengambil telefonnya.

"Aipppppp tak boleh".Tegas Izz seraya menepuk perlahan tangan Rin.

"Eeee..Phone aku kan..Biarlah aku yang pegang".Kata Rin yang tangannya sedang cuba mengambil lagi telefonnya.

"Eh eh eh~~~Orang kata tak boleh tak boleh la..Degil dia ni".Izz menepuk tangan Rin sebanyak dua kali.Gadis yang berada di sebelahnya mencebik bibirnya.

"Okay okay okayyy".Turut Rin yang masih mencebik bibirnya.

"Bibir tu kan...Memang bertembung dengan bibir aku kejap lagi ni...".Izz sengaja ingin mengusik gadis yang sedang bersedih itu.

Dengan sekelip mata,Rin terus tidak mencebikkan bibirnya lalu menutup kedua-dua belah matanya sambil tangannya mencubit lengan Izz.Pandangan yang tajam diberikan oleh Izz ketika lampu isyarat bertukar kepada warna merah di jalan raya.

"Tidurlahhh..Kau jangan sampai aku tidurkan kau".Rasa risau tidak dapat dihilangkan di dalam hati Izz.

"Aku tak nak...Aku tak mengantuk".Tanpa disedari,Rin menguap lalu menutup mulutnya.

"Kau memang nak aku tidurkan kau eh..Okay aku boleh je".Izz mendekatkan dirinya dengan Rin lalu membuka tali pinggang keledar yang dipasang oleh Rin.

"Apahal kau bukak tali pinggang ni??".Soal Rin yang melihat pergerakan Izz di hadapannya.

"Hurmm..Tak ade apa-apa..Aku nak pastikan yang kau betul betul selamat".Tali pinggang keledar dipasang semula untuk Rin.

Izz merenung seketika mata yang menyinar harinya itu.Senyuman terukir di wajahnya dengan hanya melihat gadis yang sangat tabah menghadapi segala rintangan dan ujian yang perlu dia hadapi dengan hati dan jiwa yang kuat.Perasaan kagum sungguh dirasainya walaupun dia tahu yang hakikatnya ujian yang menimpa Rin itu sebenarnya adalah ujian yang besar baginya juga.Hatinya sering berkata yang dirinya sememangnya tidak layak untuk Rin sebagai seorang lelaki untuk disayangi dan dicintai oleh Rin.

"Pin!!Pin!!Pin!!".

Bunyi hon dari belakang kereta Izz memeranjatkan mereka berdua yang sedang saling merenung antara satu sama lain itu.Salah satu tangan jejaka itu memegang semula stereng kereta manakala tangan satunya lagi menarik kepala Rin dengan perlahan untuk diletakkan di atas bahunya.

"Tidur".Ujar Izz dengan nada yang lembut.

"Tapi nanti tangan kau tak sakit ke??Tak lenguh ke nanti??".Tanya Rin yang hatinya semakin tenang apabila berada di sisi pemandu kereta itu.

"Tak..Aku okey je..Dah tidur tidur..".Izz memaksa gadis itu memejamkan matanya.

"Hurm..Ok...Tangan kau kalau da start lenguh bagitahu tau".Mata Rin tertutup rapat dan tidak lama kemudian,dia masuk ke alam mimpinya.

"Sleep tight".Tutur Izz.

30 minit kemudian....

"Apahal bahu aku basah ni??".Izz memandang Rin yang sedang tidur di bahunya yang terasa basah itu.

"Dia tidur sampai keluar air liur ke??ALAMAKKKK".Terbeliak mata Izz ketika memikirkannya.

Izz memperlahankan kelajuan keretanya dan memarkirkan keretanya di sisi jalan.Kepalanya dipusingkan untuk melihat Rin tetapi dia tidak dapat melihat wajah Rin.Izz membuka tali pinggang keledarnya supaya pergerakannya tidak terbatas.Ketika itu,kepala Rin terjatuh namun sempat disambut oleh Izz dengan menggunakan tangan kirinya.Gadis itu masih lena tidurnya dan tidak sedar yang dirinya bukan berada di atas bahu Izz tetapi di atas peha Izz.

Pada waktu itu,barulah Izz tahu punca baju di bahagian bahunya basah.Ianya bukan disebabkan air liur tetapi disebabkan oleh air yang keluar daripada mata gadis yang sedang terpejam itu.

"Ya ALLAH kau kuatkan hati gadis yang aku sayangi ini..Semoga gadis ini kekal tersenyum walaupun pelbagai dugaan yang perlu di hadapinya".Doa Izz dengan air matanya yang tidak mampu diseka lagi.

Sapu tangan milik Izz yang sedang dipegang oleh Rin cuba diambil dengan berhati-hati agar gadis itu tidak terjaga.Dengan lembut,Izz mengelap air mata Rin.

"Kau mimpi ape Rin??Kenapa???Kenapa dalam mimpi pun kau menangis??".Telah Izz yang tersenyum pahit.

=====

"Tuan muda..Kita da sampai".Beritahu Joyie seraya memandang cermin belakang.

Pintu kereta dibuka oleh Afzal untuk majikannya,tunang Rin itu keluar dari kereta lalu mengenakan butang blazernya yang berwarna teal.Hairi memandang kereta Nissan Elgrand yang berada di belakang keretanya.Lima orang lelaki yang memakai jaket berwarna hitam keluar dari kereta itu.

"Tuan muda".Mereka berlima berdiri menghadap Hairi.

"Korang berpecah..Cari dia!".Arah Hairi dengan tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience