TC 2 BAB 11

Romance Series 30286

"Ya ALLAH..Abang Ekh dah mati ke??Tengku Fayyad tu..Apa motif dia sebenarnya".Telah Aleen di dalam hati.

Panggilan yang menghubungkan dia dan Ekh tidak diputuskan oleh lelaki itu,jadi segala perbualan dan bunyi tembakan itu didengari Aleen yang buntu itu.Jikalau boleh,mahu sahaja dia minta Khai untuk berpatah balik,tetapi dia tidak boleh melakukannya kerana dia amat pasti yang...Rin pula akan jadi mangsa seterusnya.

"Tolong jagakan Rin untuk abang walau apa pun yang terjadi..Jangan sesekali bagitahu dia pasal apa yang kita berdua tahu..".

Pesanan akhir daripada Ekh itu berlegar di dalam fikirannya.

"Ya ALLAH..Apa yang patut aku buat?".

=======

"Woooooooooooooooo".Jerit Nick yang sungguh seronok itu.

"Wah boek ah tempat ni..Pandai korang pilih".Puji Nadzri yang berpuas hati dengan pilihan rakannnya.

"Well tengoklah siapa yang pilih..Ini Piqah lah".Balas Piqah yang memuji diri sendiri.

"Ha ye ye kau memang the best..Okay rumah untuk lelaki yang itu,untuk perempuan yang ini".Tutur Nadheera seraya menunjukkan kedua-dua rumah di situ.

"Alright,aku nak rest dulu ah..Lepas zohor kita lepak balik nak tak?".Cadang Izhan yang keletihan dek kerana memandu itu.

"Onzzzz".Jawab yang lain serentak.

Mereka yang tidak sabar untuk bermalam di situ sudah membawa beg-beg mereka keluar dari kereta masing-masing.Senda tawa dan gurauan diselang-selikan sepanjang mereka tiba di tempat itu.Sesi berswafoto dan bergambar juga tidak ketinggalan apabila melihat persekitaran rumah yang cantik itu.Sedang mereka bergelak ketawa, Aleen ternampak Rin yang tiba-tiba mendiamkan diri sejak sampai ke destinasi itu.Hairan juga dia melihat rakannya sebegitu kerana sebelum itu, kawannya itu kelihatan sungguh gembira dan ceria.Walaupun sepatutnya dia akan bersedih tatkala mendengar perkhabaran tentang abangnya.Aleen langsung tidak menceritakan peristiwa yang telah berlaku sepanjang dia menyambungkan talian telefonnya dengan Syed Eizlan Ekhuan Syah.Pasti suasana yang riuh itu menjadi suram apabila mendengar cerita yang buruk itu.

"Rin..Awat hang ni?Asal kau diam tiba-tiba ni?".Tegur Aleen kepada gadis yang mengenakan baju rona turquoise pada tubuhnya.

"Kenapa tak cakap yang kita vacay kat PD?".

"Saje je nak suprise..Kenapa kau tak suka ke?".Aleen pula bertanya kepada Rin.

"Bukan aku tak suka, ermmm tak apelah aku nak masuk dulu".Rin meninggalkan Aleen yang tertanya-tanya itu.

Angin menemani Rin yang berseorangan di balkoni biliknya.Pokok kelapa menari-nari dek kerana tiupan angin sepoi-sepoi itu.Pantai yang menjadi tumpuannya itu mengingatkannya tentang memori yang dibina di situ bersama seorang lelaki yang telah ghaib daripada pandangannya itu.Dia juga hairan, entah mengapa setiap kali dia cuba untuk melupakan Izz, pasti akan berlaku sesuatu yang bakal mengenangkan peristiwa yang berlaku antara mereka berdua.Jikalau dia tahu yang tempat ditujunya itu ialah Port Dickson, sudah pasti dia tidak akan bersetuju tetapi masa tidak boleh diundurkan.

"Huh..."

Gadis itu mengeluh panjang,dia harus sedar yang statusnya kini bakal bertukar menjadi isteri orang.Jadi, seharusnya dia perlu lupakan peristiwa lalu, dan mencipta memori yang baru bersama lelaki yang bakal menyarungkan cincin di jari manisnya.

"But one of these things is not like the others
Like a rainbow with all of the colors
Baby doll, when it comes to a lover
I promise that you'll never find another like
Me-e-e, ooh-ooh-ooh-ooh"

Lagu nyanyian Taylor Swift menyedarkan Rin yang termenung itu.Dengan segera dia mengambil telefon pintar di atas kerusi.Tersenyum manis dia melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.

"Hello encik tunang".Tegur Rin.

"Hi tunang saya..Dah selamat sampai ke PD ke?".Soal Hairi yang duduk di seat penumpang.

"ALHAMDULILLAH baru je sampai..You kat pejabat ke?".Tanya Rin pula.

"Ah..Haah..I tengah settlekan kerja I sikit..Lepastu I nak keluar jumpa orang petang nanti".Beritahu Hairi sambil melihat kertas-kertas di tangan kirinya.

"Jumpa orang?!Siapa?!Lelaki ke perempuan?!Tua ke muda?!Jumpa dekat mana?!".Bertubi-tubi Rin menanyakan soalan kepada Hairi.

"Woah dear relax..Hahaha..Kenapa you tanya macam tu?Cemburu ke?".Hairi tidak dapat menahan dirinya daripada tersengih.

"Well I tak cemburu I just tanya je cause I tunang you..Tak salah kan I tanya?".Rin counterattack.

"Hahaha okay tak salah sayang oi..Ok I jawab untuk puaskan hati you..I akan jumpa perempuan..Muda lagi..Cantik jugak orangnya".Jawab Hairi yang masih tersengih.

"Oh cantik??I tak ada pulak tanya yang orang tu cantik ke tak".Rin mula rasa geram.

"Opss..I...I...Tak ada maksud lain..I just jujur je..Dia memang cantik..I nak jumpa dia pun sebab nak discuss tentang future..Fyi..You ni cemburu kan..Halah admit je la sayang..I tak kisah,I lagi suka..Mesti cute kan muka you bila jealous..Hahahaha".Tambah Hairi yang mulai seronok mengusik Rin.

"Suka hati you lah nak buat ape..Bye...".Rin ingin memutuskan panggilan.

"Hei hei hei..Sabo sabo..Jangan marah tau..Okaylah you nak bye kan??Ok...Bye sayang..Love you and see you".

Ayat-ayat yang dikatakan Hairi itu sangat mengejutkan dirinya.

"What wait??Cenggitu je..Eish nantilah dia..Aku jumpa dia nanti..Aku bantai and patahkan badan dia -_- ".Ngomong Rin yang tidak berpuas hati itu.

~~~~~

"WEIII TENANGNYA DEKAT SINI".Jerit Piqah sambil melihat pantai yang berada di hadapannya.

"Kan best kalau kita ada rumah dekat sini".Celah Kiran yang berada di samping gadis itu.

"Kan....Eh korang aku baru perasan..Mana Rin??!!".Jerit Ina yang baru menyedari Rin tiada.

"EH??Bukan tadi dengan korang ke?".Soal Aqiel.

"KHALIZ".

Rin berdiri di hadapan papan tanda yang bertulis "Khaliz" itu.Loceng yang dipandangnya cuba untuk ditekan akan tetapi dia tidak ada kekuatan untuk menekannya.Hati dan fikirannya mempunyai pendapat yang berbeza.Hatinya menyuruh dia untuk menekan loceng itu manakala fikirannya pula menyuruh dirinya untuk meninggalkan villa itu.Dia bermundar-mandir memikirkan apa yang patut dia lakukan.Kunci villa itu berada di dalam beg tangannya.

"Ye cik??Ada apa-apa yang saya boleh bantu?".Suara garau menghentikan langkah gadis itu lalu dia memusingkan kepalanya.

"Eh??Kamu Rin kan?Kamu ni kawan tengku kan?".Tanya Wak Man yang sedang memegang beberapa beg plastik.

"Ah Wak Man!!! Ahhh...Maaf saya kena pergi dulu".Minta Rin tetapi pergerakkannya dihentikan oleh seorang wanita.

"Marilah masuk dulu Rin..Mak cik buatkan awak air".Pelawa Mak Milah seraya memimpin gadis itu masuk ke dalam villa yang mewah itu.

"Aku rasa Rin okay je..Maybe dia pergi jalan-jalan..Korang jangan risaulah..Kalau dalam dua jam lagi dia tak muncul..Barulah kita cari dia kaw-kaw".Ujar Khai yang sudah diberitahu oleh Rin yang gadis itu mahu bersendirian untuk seketika.

Kedudukan di dalam villa itu langsung tidak berubah, masih sama seperti tiga tahun yang lalu.Satu per satu perabot dipandangnya, gambar-gambar Izz juga direnungnya dalam.Sekuntum senyuman terukir apabila dia melihat jejaka itu tersenyum manis.Sudah lama dia tidak melihat senyuman itu hadir di dalam hidupnya.

"Rin..Ni airnya..Jemput minum".Mak Milah memberi secawan teh.

"Terima kasih Mak Milah..Mak Milah dan Wak Man sihat?".

"ALHAMDULILLAH kami berdua sihat..Rin buat apa di sini?Rin ada janji ke dengan tengku untuk berjumpa di sini?".Wak Man duduk di atas kerusi.

"Eh tak adelah..Kebetulan Rin ada dekat sini..Tu Rin ingat nak singgah sekejap..Ahhhh..Izz ada datang sini ke??".Rin meneguk air.

"Tengku...Ahhhh..Tak ade..Dah lama dia tak balik..Kali terakhir tengku datang sini pun masa dengan Rin dulu..".Jelas Wak Man yang sedang memandang Rin.

"Mak Milah nak tanya..Kamu dengan tengku bergaduh ke?".

Soalan Mak Milah mengejutkan Rin.Seperti wanita itu dapat mengagak ada sesuatu yang berlaku di antara dia dan Izz.

"Ahh tak adelah Mak Milah..Kitaorang cuma..Arghhh!!".Tiba-tiba Rin mengerang kesakitan.

Kepalanya mula berdenyut dengan laju,rasa sakit itu semakin dirasai.Entah mengapa penglihatannya juga mula kabur.Dia cuba bangun untuk pergi mengambil segelas air tetapi apakan daya tubuhnya tidak mampu untuk mengikut arahannya.Rin terjatuh di atas lantai sambil memegang kepalanya.Suasana di sekitarnya berubah menjadi gelap dalam sekelip mata.

"Milah..Awak letak banyak sangat ke serbuk tu??".

"Saya letak satu sudu je bang".Mak Milah rasa takut akan melihat Rin yang terbaring di atas lantai.

---------

"Tengku..Saya tak nampak Rin pun".Beritahu Aiden kepada Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Takkanlah dia tak ikut..Kau nampak kan tadi dia naik kereta Alphard".Balas Tengku Fayyad Ariq Zayne yang juga tercari-cari gadis itu.

"Haah betul jugak..Aku tak nampak pon dia..Mana pergi perempuan tu?".Desis Tengku Fayyad Ariq Zayne dalam hati.
___

“Rin..Bangun Rin..Kau okay ke tak ni??”.Suara yang garau itu mengejutkan Rin lalu gadis itu membuka matanya.

Susuk tubuh yang biasa dilihat, wajah yang sudah lama dia tidak ketemu, suara yang amat dirinduinya dan mata yang bersinar itu mengkakukan dirinya yang sedang terbaring di atas katil.Rin mengelipkan matanya berkali-kali kerana dia tidak percaya dengan apa yang berada di hadapannya.Jejaka itu menggariskan satu senyuman di bibirnya lantas mengusap lembut kepala Rin. Diamati seketika gadis yang memakai selendang itu, senyumannya juga tidak mampu dia lekangkan.

“Woi kau sape!!!!!”.Jerit Rin seraya membaling bantal ke muka lelaki itu.

“Wei Rin relax..Ni aku la..Takkan dah tak kenal da..INI AKU IZZ!!!”.Balas Izz sambil menyambut bantal dibaling oleh Rin.

“Ahhhh tipuuuuu!!Mana mungkin Izz..Nyah kau dari sini setan!!Shuh shuhhh!!”.Tumbukan Rin mendarat di dada Izz.

“Woiiii sakitlah!!Serius ni aku la..Meh sini kau”.Izz memegang kepala Rin dengan kedua-dua belah tangannya.

“Pandang aku..Tengok aku betul betul..Aku Izz..Kawan baik kau..Orang yang tinggalkan kau dulu.. Orang yang bawak kau ke sini dulu..Orang yang sayan...Ermmm..Look at me..I’m in front of you right now..Kau masih tak percaya lagi ke?”.Mata mereka saling bertembung dan jantung mereka juga berdegup dengan kencang.

“Izz betul ke ni kau??”.Soal Rin.

“Yess.. It’s me Izz..Hi cik kuli”.Balas Izz dengan lembut.

“Macam mana kau boleh ada dekat sini?Bila kau balik Malaysia?Kenapa dah lama tak contact aku?Kenapa kau macam mengelak daripada aku?”.Persoalan yang dipendamnya selama ini akhirnya diluahkan sehingga terdiam lelaki yang baring disebelahnya itu.

“Sepatutnya aku yang tanya kau macam mana kau boleh ada dekat sini..Dekat PD pastu dalam villa aku pulak tu..Then baru jugak aku balik Malaysia”.Jawab Izz dengan selamba.

“Eee kau sendiri yang bagi kebenaran kat aku untuk masuk villa ni bila-bila masa..Siap bagi kunci lagi”.Tutur Rin pula.

“Ohh haah ek..Lupa pulak aku..Ermmm..Kau macam mana?Sihat?Aku dengar kau bukak restoran”.Izz cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan Rin tadi.

“ALHAMDULILLAH aku sihat je..Aku bukak restoran tu dengan member-member aku..Seronok gile..Nanti datanglah,aku belanja..Kau pun mesti dah lama tak jumpa member-member kau kan?”.Rin tidak dapat menyorokkan perasaannya yang sangat gembira pada waktu itu.

“In Shaa ALLAH nanti aku datang..Lama gak aku tak jumpe diaorang..Nantilah aku ajak diaorang lepak kat restoran kau..By the way, Rin aku nak tanya”.Izz juga rasa teruja apabila dapat memandang mata Rin.

“Tanyalah..Kau nak tanya seribu soalan pun aku mampu jawab”.Rin tertawa pada akhir ayatnya.

“Kau..Kau..Kau rindu aku tak??”.Dek rasa malu, Izz menutup mukanya dengan bantal.

“Hahahahaha of course lah tak..Buat apa aku nak rindu kau..Hahaha”.Rin tersenyum melihat kelakuan Izz.

“Eishhh orang rindu dia..Dia tak rindu kita pulak..Dah la nak merajuklah”.Izz turun dari katilnya lalu menuju ke pintu.

“Hahaha masih sama macam dulu..Kau bebenau merajuk..Nampaknya aku kena pujuklah ni”.Rin mengikuti langkah Izz.

“Eeeee Tengku..Tengku merajuk ke..Dah makin tua pun still merajuk eh”.Kata Rin sambil menuruni satu per satu anak tangga dengan pantas untuk mengejar Izz.

“Eishhh dah ah jangan kacau ah”.Izz menyeluk tangannya di dalam poket seluar seraya memuncungkan bibirnya.

“Hahaha kemon ah..Dah besar pun still nak merajuk..Tak hensem ah camni nanti kau wooooooo”.

Rin tidak dapat mengimbangkan badannya dan langkahnya juga tidak mampu untuk dimatikan.Tangga yang licin itu menyebabkan dirinya hilang keseimbangan.Tubuhnya berada di sudut 90° tetapi dia terlihat seseorang menghulurkan tangan lalu membawa dirinya ke dalam dakapan orang itu.Mujur sang jejaka itu sempat menyelamatkannya jikalau tidak pastu wajahnya sudah tersembam ke atas lantai.Walaupun dia dapat diselamatkan, dia terasa ada sesuatu yang lebih penting untuk diselamatkan.Iaitu....Jantungnya..

“Dup dup..Dup dup..Dup dup..Dup dup..Dup dup”.

“Haih kau ni..Lain kali hati-hati sikit..Aku tak nak masa kau bersanding nanti muka kau senget sebelah”.Ujar Izz yang lega dia sempat menyambut Rin.

“Ye lah ye lah..Thank you!!Kau ni janganlah merajuk disebabkan kau aku hampir terjatuh”.Rin mula menyalahkan Izz.

“Eh!Apa aku pulak..Sendiri yang salah pastu nak salahkan orang lain pulak..Dah ah aku nak layan movie”.Izz membawa dirinya duduk di atas sofa.

“Haaaa kau nak tengok citer ape?Nak tengok jugak!!”.

“Eeeee sibuklah dia ni..Pergi main jauh-jauh”.Tersengih Izz melihat perilaku Rin.

“Halohhhh nak join..Bolehlah”.Rin menggoyangkan tangan kanan Izz.

“Hurmmmm.. Boleh tapi satu syarat”.Idea yang menarik muncul di dalam fikiran lelaki itu.

“Apa”.Balas Rin ringkas.

“Kau kena jadi kuli aku..Perjanjian kita masih kau tak tunaikan lagi..Kau ingat tak masa kat Tadom Hill tu..Yang kau kalah memanah tu”.Izz ingin mengusik Rin.

“Ingatkan ape la tadi..Tak ada benda lain ke?Choice lain tak de?”.Rin tidak mahu bersetuju dengan syarat yang diutarakan oleh Izz.

“Ermmm..So far tak ada..Kau kena ikut jugak walaupun kau tak suka..Ok untuk tugasan yang pertama..Amikkan saya segelas jus epal letak straw sekali ye wahai kuli”.Arahan pertama daripada encik senget telah dikeluarkan.

“Baiklah pakkk”.Rin menuruti sahaja suruhan Izz kerana dia tahu jika dia ingkar dan cuba melawan pasti dia kalah.Selepas itu, mesti lelaki itu akan merajuk dan dia yang kena pujuk lelaki itu sehinggalah dia gembira semula.

Segelas jus epal bersama straw telah diambil oleh Rin lalu dia memberikannya kepada lelaki yang sedang memilih filem untuk ditontonnya.Jejaka itu tidak mengambil pemberian daripada Rin malah dia menyuruh Rin mengambil tempat di sebelahnya.

“Haaa pegangkan gelas and straw ni untuk aku..Aku nak minum”.Arahan kedua mula dikeluarkan dan diikuti sahaja oleh cik kuli itu.

Filem yang bertajuk “Parasite” dicadangkan oleh Rin kerana setahunya filem itu sangat popular sehingga mendapat banyak anugerah.Pelakon yang digemarinya iaitu Choi Woo Shik juga berlakon dalam filem itu.Lagilah membuatkan dirinya ingin menonton filem yang menjadi bualan ramai pada ketika itu.

“Wei suapkan aku kek indulgence tu..Cepat cepat!!”.

“Eishhh dia ni..Bagilah orang tengok cerita ni dengan aman..Nah bukak mulut tu”.Rin menyuakan sesudu kek ke mulut Izz.Sungguh puas hati Izz menerima suapan itu.Sambil mereka menonton,sambil itu juga Rin menyuapkan kek untuk Izz.

“Dah sini bukak mulut kau pulak..Aku nak tolong suapkan..Bukak cepat”.Rin mula keliru..Adakah ini arahan?

“Tak pelah aku tak nak”.Rin menolak sudu yang baru itu.

“Bukak mulut tu atau kau nak aku bukakkan”.Ugut Izz yang tanpa perlu berfikir panjang Rin membuka mulutnya dengan pantas.Giliran Izz pula menyuapkan kek untuk Rin.Dia sengaja bertindak sedemikian kerana dia perlu menikmati saat-saat seperti ini sebelum masa tamat.

“Eishh da besar pun makan comot”.Tegur Izz.

“Kau la..Kau ni tak tahu beza ke mana mulut mana pipi”.Marah Rin lalu tanpa dijangka Izz mengelap pipi Rin dengan ibu jarinya lalu dia menjilat ibu jari tangannya.Tergamam juga Rin tetapi dia dengan segera mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen.

Satu babak di dalam filem itu mengejutkan mereka berdua sehingga berona merah wajah mereka menonton babak itu.Rin mula menyesal dek kerana memilih filem itu dan menontonnya dengan lelaki.Izz pula orangnya.Rin tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

“Wei mana remote..Cepat forward!!”.Jerit Rin yang sungguh malu itu.

“Aku pun tak tahu, aku tengah cari la ni”.

“Bukan tadi kau pegang ke?”.Tanya Rin lagi.

“Manalah aku tahu..Tiba-tiba dia ghaib..Dah ahhh!!”.Izz menutup mata Rin dengan tangan kanannya.

“Kau tutup mata aku tapi mata kau,kau tutup tak?”.Rin bertanya kepada Izz.

“Yeee aku tutup mata aku la ni..Takkan aku nak tengok pula”.

Akan tetapi sebenarnya Izz tidak menutup matanya.Matanya masih terbuka,sedang melihat seseorang.Seseorang yang amat dirinduinya,disayanginya dan dicintainya.Tersenyum herot dia memandang gadis yang terserlah sungguh kemerahan pada wajah cantiknya.Pasti gadis itu berasa sangat malu begitu juga dengan dirinya.Dia mengambil kesempatan itu dengan merenung dalam wajah yang telah ditutup matanya.Mata Izz bergerak-gerak dan tanpa disedari matanya terhenti pada bibir Rin yang berlipstick rona pink itu.

“Uish dah kenapa aku ni??Jangan fikir bukan-bukan Izz..Ingat ALLAH”.Izz cuba menyedarkan dirinya supaya tidak terlalu mengikut nafsu.

“Izz dah ke belum..Asal lama semacam ni?”.Izz masih tidak berganjak daripada terus memandang Rin.

“Izz??”.Izz menarik tangan Izz yang menutup matanya lalu dia melihat Izz memandangnya dengan muka yang merah.

“Are you okay?”.Soal Rin yang membuatkan Izz terjaga dari lamunannya.

“Sampai berpeluh kau..Panas eh?Maklumlah orang tu dah lama duduk overseas..Malaysia pun dah lama tak hujan..”.Sehelai tisu diambil oleh Rin lalu mengelap dahi bekas kapten bola keranjang itu.

Semakin lama semakin kuat pula bunyi degupan jantung Izz,sudah lama dia tidak rasa perasaan yang seperti itu.Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk mengawal perasaanya yang naik dan turun itu.Mata gadis itu masih ditatapnya,dia tidak ingin melihat ke arah selain daripada mata itu.Tanpa disedari dia memegang tangan yang mengelap dahinya lalu berkata dengan nada yang lembut.

“Aku rindukan kau Rin..Aku sangat sangat rindukan kau”.

-----

“Berhenti!!”. Arah Tengku Fayyad Ariq Zayne.

“Kenapa Tengku?”.Soal Aiden yang telah menarik handbrake

“Still remember this villa Tengku?”.Tanya Sam yang sudah tahu mengapa Tengku Fayyad Ariq Zayne menyuruh Aiden menghentikan kereta di hadapan sebuah villa yang besar itu.

“Khaliz....Hurm...Long time no see Izz..Aku tak tahu kenapa aku suka lepas dapat tahu yang kau akan pergi ke Australia..Aku ingatkan bila kau tak ade senanglah aku nak dapatkan Rin..Rupanya tak..Susah jugak”.Telah Tengku Fayyad Ariq Zayne di dalam hati.

“Yup of course i remember...My best friend..Izz”.Balas Tengku Fayyad Ariq Zayne seraya tersenyum sinis.

“Mesti kau terkejutkan Izz yang aku muncul balik”.Desis Tengku Fayyad Ariq Zayne lalu mereka beredar dari perkarangan villa milik Izz itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience