"Rin!!Rin boleh tolong mama letakkan gelas-gelas ni di ruang tamu tak?".Minta Datin Syarifah Mariah Mikayla yang baru nampak batang hidung anak daranya.
"Huarghh.Ye mama boleh".Rin menguap kerna dia baru bangun tidur dan baru jugak mandi.Selepas sahaja mandi,mama dia pula meminta bantuannya.Apa boleh buat.Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Dituruti sahajalah suruhan ibu yang di sayangi itu dan langsung pergi ke ruang tamu.
Ketika aku berada di ruang tamu,aku melihat ruang tamu itu berlainan daripada hari-hari yang sebelum ini.Seperti ada orang yang akan datang ke rumah.Mek Ila yang aku nampak di sudut ruang tamu itu ditegur olehku.
"Mek ada orang datang ke nanti??".Tanyaku pada pembantu rumah aku itu.
"Kata Datin ada orang nak datang lagi sejam.Mek rasa mesti orang tu istimewa".Jawab Mek Ila yang sedang menyapu.
Aku hanya menganggukan sahaja kepalaku tanda mengerti kata-kata Mek Ila lalu aku pergi ke dapur semula untuk bersarapan.Susu Dutch Lady yang berada di dalam peti sejuk di ambil olehku dan di tuang ke dalam mangkuk.Kotak yang berisi cookie crisp aku capai dan memasukkan sedikit cookie crisp ke dalam mangkuk yang telah aku tuang susu dan itulah sarapanku yang simple but nice.
"Morning girl!!".Sergah Ekh daripada belakang.
Terkejut adiknya yang sedang makan itu.
"Abang ni suka kan terkejutkan Rin".Marah Rin yang hampir tercekik dek kerana perbuatan abangnya terhadap dia.
"ALLAH..Kesian adik abang yang sorang ni.Janganlah marah ye.Tak comellah kalau pagi-pagi da marah-marah macam ni".Terang Ekh sambil mencubit lembut pipi adik kesayangannya itu.
"Mestilah marah.Kalau Rin tercekik tadi macam mana?".Kataku sambil mencubit kasar pipi abangku Ekh.
"Adoiiii Rin lepas Rin.Sakit abang".Adu Ekh lalu Rin melepaskan cubitannya.
""So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames"
Semua yang berada di dapur tercari-cari dari mana datangnya lagu Taylor Swift itu tetapi mereka sudah dapat menebak yang hanya aku sahajalah yang menggunakan lagu Taylor Swift sebagai ringtone aku.Taylor Swift adalah salah seorang penyanyi kegemaran aku but aku bukan hard fans dia,just meminati karyanya sahaja.
Samsung S4 milikku bergetar di atas meja makan,tanpa melengahkan masa aku pun mencapainya lalu menjawab panggilan daripada.............
"Hello Assalamualaikum".Panggilan dimulakan dengan salam daripadaku.
"Waalaikumusalam..Hai.....".
Jawab suara garau itu.
"Kenapa call ni?Ada ape-ape ke".Soalku yang mula melangkahkan kaki ke luar rumahku.
"Ahhhhh tak ade ape-ape..Tertekan number je sebenarnya".Balasnya yang dari sudut hatinya..dia amat merindui Rin.
"Awak ni dah kenapa?Tertekan nombor saya??Macam tak logik je".Kataku sambil membetulkan shawl yang aku sedang pakai itu.Aku memang akan pakai tudung bila di luar rumah.
"Ahhh.Sebenarnya saya saje je call awak.Nak tanya khabar.Awak sihat?".Tanya Nadzmirul Adam Bakri(Mesti ada yang fikir orang yang call Rin tu Izz..Sape teka macam tu..jawapan dia salah..ahahah)
"Saya sihat ALHAMDULILLAH..Awak??".Soalku pula.
"Saya ALHAMDULILLAH handsome as always".Balas Nadz dengan lagaknya tersendiri.
"Eishh poyonya awak ni.Hahaha.Itu je ke sebabnya awak call saya?Sebab jarang awak call saya ni.Biasanya awak whatsapp".Tuturku seraya menggelengkan kepala.
"Fine..SAYA RINDUKAN AWAK RIN!!".Jerit Nadz yang memutuskan talian sebaik sahaja dia memberitahu Rin tentang rasa rindunya yang tersemat di dalam hati.
"Ah?ah?ah?Hello?".Rin terkesima dengan ayat yang dikata oleh Nadz.
Entah kenapa dia terasa malu ketika itu.Dia memegang pipi kanannya yang terasa bahang.
"Aku blushing ke?".Telah Rin di dalam hati.
"Dia rindu aku?Nadz?Nadzmirul Adam Bakri?".Monolog Rin yang masih berada di awang-awangan itu.
"Oittttt.Dah kenapa muka tu merah??".Jerit seseorang dari jauh yang memeranjatkan Rin.
"Mana ada muka I merah!!".Bantah Rin dengan kata-kata Hairi.
"You..Dari jauh I boleh nampak muka you bertukar kepada warna merah masa you tengah call".Ujar Hairi yang semakin mendekati Rin itu.
"Tak ade la,I tak blushing pon.I just rasa I macam nak demam je".Rin masih tidak mengiakan kata-kata Hairi yang apa yang dikatakan oleh dia adalah benar.
Dengan sekelip mata sahaja,Hairi berada di hadapan Rin yang jarak di antara mereka agak dekat.Topeng yang menampakkan mulut Hairi itu membuatkan Rin tersenyum pabila dia melihat senyum manis jejaka itu.Telapak tangan Hairi hinggap di dahi Rin.Gadis yang menipu tentang blushing tadi terus terkaku di saat Hairi bertindak di luar tanggapannya.
"Ermm.Tak panas tapi mungkin awak terasa badan awak panas.So,jom kita gi klinik".Ujar Hairi seraya menarik tangan Rin.Namun,pegangannya dilepaskan serta-merta oleh Rin.Dia terlupa yang Rin ni lain daripada wanita-wanita di keliling pinggangnya.
"Tak pe I okay.I da sihat da".Tutur Rin sambil melangkahkan kakinya untuk menjauhkan diri dia daripada Hairi.
"You will not going anywhere".Teriak Hairi seraya mencempung Rin yang cuba melarikan diri daripada Hairi.
"Eh eh.You buat ape ni?".Soal Rin yang mula panik itu.
"Bawak you pergi klinik la".Jawab Hairi sambil mengukirkan segaris senyuman.
"Eh tak pe la.I'm okay".Balas Rin pula.
"Eish degil la you ni".Kata Hairi seraya menghantukkan dahi licin Rin dengan menggunakan kepalanya sendiri.
"You sakit la".Adu Rin yang sedang mengusap kepalanya.
"Padan muka.Tak nak dengar cakap orang lagi.Kalau you melawan cakap I lagi!Bibir I pulak kat dahi you nanti.You got it?".
Rin tertelan air liur sewaktu mendengar ugutan Hairi yang dia sendiri tidak tahu sama ada lelaki itu akan melakukan apa yang dikatakan olehnya atau tidak tetapi lebih baik Rin jangan melawan.Mana lah tahu,kot-kot mamat bertopeng tu buat apa yang dia cakap tu.Terdiam,terkedu dan terkaku Rin nanti.
"You I memang okay.Serius sangat-sangat ni!!Can you just put me down.Please".Rayu Rin seraya memandang wajah yang bertopeng itu.
Entah apa rekasi di sebalik topeng berwarna putih itu pun Rin tidak tahu.Hanya ALLAH sahaja la tahu riak muka yang sedang dilakukan Hairi.
"Whatever.Let's go to the clinic".Tegas Hairi yang tidak akan menukar fikirannya untuk membawa gadis yang dicempungnya ke klinik.
Selama dia hidup,inilah satu-satunya gadis yang dia sendiri bawa ke klinik,dia tidak pernah melakukan perkara yang seperti ini.Ummi dia pun tidak pernah dibawa.Sepatutnya Rin berasa gembira dengan tindakan Hairi yang teramatlah baik di matanya walaupun di sebaliknya dia membuat sesuatu yang negatif.
==============
Malam semalam,sebaik sahaja menjejaki lantai rumah gadis iaitu mangsanya,dia lebih banyak termenung dan berfikir jauh.Tidak tahu mengapa fikirannya agak runsing waktu itu.Gadis yang memakai dress berwarna peach itu langsung tidak dilayannya.Katil wanita itu diduduki dia,fikirannya melayang ke sana ke sini pabila memikiran Syarifah Nur Hedrina Liyana iaitu gadis yang berjaya menambat hatinya itu.
"Hei baby!Kenapa you diam je ni?I dah ada kat depan mata you ni".Panggil wanita yang sedang duduk di atas riba Hairi.
"Ahh!?!?What?You cakap ape?".Tanya Hairi yang fikirannya masih berada di awang-awangan itu.
"Eee.You ni kan..I dah ready tau".Nadanya di lembutkan seraya mengusap lembut pipi Hairi.
"Sayang.I penat sebenarnya.So,I ingat I nak balik la".Entah kenapa Hairi terasa dia agak penat dan runsing amat malam ini.
"Eh you kita belum mula apa-apa lagi.Tak kan you dah nak balik pulak".Kata wanita yang sedang membuka butang kemeja Hairi.
Terkebil-kebil mata Hairi memandang wanita yang berada di hadapannya,kalau nak diikutkan mahu sahaja dia menarik selimut akan tetapi dia tidak mengikut kehendak nafsunya kerna hatinya telah terukir nama Rin yang akan dia sematkan di hatinya.
"I'm so sorry but please lain kali eh.I penat sangat ni".Bicara Hairi lembut seraya memegang tangan wanita itu.
"Okay promise eh".Bisik wanita itu di telinga Hairi.
"Yeah..".Balas Hairi yang teragak-agak itu.
Hairi membutangkan semula kemejanya dan melangkahkan kakinya dengan agak laju.Kereta Buggati dinaikinya,lalu enjin kereta dihidupakn oleh dia.Lampu di sisi jalan menerangi malamnya yang buat pertama kali juga,dia menolak permintaan nafsunya yamg selama ini dia tidak pernah menolaknya
Hanya disebabkan seorang gadis,dia semakin menjadi Hairi yang dahulu....
================
"You,ahh handbag I kat bilik.I pergi amik kejap eh".Tutur Rin yang baru memikirkan satu cara untuk melarikan diri daripada Hairi.
"No way,jangan nak tipu I.I tahu muslihat you".Jawab Hairi yang mengenyitkan mata kanannya ketika Rin memandang dia.
"Alamak dia tahu pulak plan aku".Telah Rin di dalam hati.
"Habis macam mana I nak jumpa doktor kalau I tak bawak IC I.IC I and kad-kad yang penting semuanya di dalam handbag I".Soal Rin yang masih mahu meneruskan muslihatnya.
"Okay I akan mintak tolong Mek Ila untuk ambilkan handbag you".Balas Hairi seraya menurunkan Rin dan membuka pintu untuk permaisurinya.Jarinya memberikan signal kepada Rin supaya masuk ke dalam kereta.Rin hanya mencebikkan bibir juga pakej memandang tajam Hairi.Selepas itu,jejaka itu menutup Pintu keretanya setelah Rin duduk di atas seat.
Tanpa berkata apa-apa lagi kepada Rin,Hairi melangkah masuk ke dalam mahligai milik Dato Syed Halim Shah Syed Khalid.Mek Ila di carinya di dapur.
"Mek boleh tak kalau tolong amikkan handbag Rin kat bilik dia?".Hairi meminta bantuan Mek Ila yang sedang mengelap meja itu.
"Eh Encik Hairi?Ba..ba..baiklah sekejap ye.Mek pergi ambil sekejep".Terkejut Mek Ila semasa melihat pemuda yang datang secara tiba-tiba itu tetapi permintaan pemuda itu diikutinya.
Sementara di dalam kereta.....
"Eish dia ni annoying la.Ini lagi annoying daripada Izz.Haah.Dia dah masuk rumah kan.Jadi,inilah peluang aku untuk larikan diri".Kata Rin perlahan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
*Okay boleh pasang music background cerita James Bond*
Rin memerhatikan keadaan di sekelilingnya sebelum dia keluar daripada kereta sport itu.Bayang Hairi tidak dia nampak,dan peluangnya untuk melarikan diri juga semakin cerah.Pintu kereta di buka perlahan,kakinya dijengketkan ketika berjalan.Konon-kononnya sedang melakukan salah satu babak di dalam cerita Spy yang kebiasannya mesti mereka akan jalan macam itu.Betul tak?
Line sememangnya clear dan tanpa membuang masa,Rin berlari masuk ke dalam rumahnya melalu dapur di belakang.
"Aippppp!!Yang tengah berlari tu!!Berhenti".Jerit Hairi yang juga sedang tertawa ketika melihat kelakuan gadis comel itu.
"Alamak kantoi".Rin tersedar yang dia berada di zon bahaya.
"Kan I dah kata duduk dalam kereta.You memang nak bibir I ni bersentuh dengan dahi you ke?".Hairi berkata seperti itu manakala berlari Rin seyelah mendengarnya.
Di dalam kereta,Hairi memberikan handbag berwarna pink kepada Rin.Kini,tiada alasan lain yang dapat Rin katakan untuk keluar daripada kereta itu.Tiada suara di antara mereka berdua sewaktu perjalanan menuju ke klinik.
Beberapa minit kemudian,mereka tiba di hadapan Klinik Dr.Hani.
"Waduh..Dia betul-betul bawak aku pergi klinik ni".Kata Rin perlahan.Mahu sahaja dia berlari dari situ.Selepas itu dia tahan teksi dan balik ke rumah.
>>>>>>>>>>>>
"Hahaha.Saya betul-betul berharap bahawa perancangan kita ni akan terlaksana secepat mungkin ye Dato".Ujar Dato Muhammad Tarmizi Kareem kepada Dato Syed Halim Shah Syed Khalid.
"Saya pun berharap begitu juga".Balas Dato Syed Halim Shah Syed Khalid.
"Assalamualaikum".
Salam diberi oleh Hairi yang baru balik daripada membawa Rin ke klinik.Tergelak sahaja dia melihat Rin yang dia sudah tahu...Rin tidak sakit tetapi tadi dia memang blushing.Cuma Rin tak nak mengaku je.Hahaha padan muka.Asalkan apa yang dia nak,dia dapat.
"Hah kamu berdua baru nampak.Ke mana kamu berdua pergi?".Soal Datin Syarifah Mariah Mikayla.
"Kitaorang pergi klinik tadi.Rin pening sikit.Rin ada mintak tolong Hairi bawakkan Rin pergi klinik tadi".Jelas Rin sambil memegang kepalanya yang tidak pening itu.
"Alolo kesiannya dia.Kamu pergi la naik.Biarkan je Hairi sorang-sorang".Sambung Datin Syarifah Nur Adelina Idayu.
Rin terus menaiki tangga untuk ke biliknya tetapi telinganya mendengar seseorang memanggil namanya,di tolehkan kepalanya ke belakang.
"You.You jangan la naik.I bosan ni.Tak kan you nak tinggalkan I sorang-sorang?".Bicara Hairi perlahan.
"Padan muka you.Tadi you kenakan I kan?Biar padan muka you sorang-sorang.You pi la main talking tom ke ape ke.Ahhh..Bye-bye".Balas Rin sambil menjelirkan lidahnya.
Rin meneruskan langkahnya ke bilik manakala Hairi hanya menggelengkan kepalanya.Wow,for the first time too,ada perempuan tolak permintaan dia.Rin memang unik orangnya.Ini yang membuatkan Hairi mahu mencungkil hati perempuan itu.Selama ni,taip,cakap semua yang dia buat,pasti akan mencairkan hati wanita yang digodanya tetapi kali ini,ditolaknya mentah-mentah akibat daripada perbuatan nakalnya sendiri.
Ekh memandang adiknya yang sedang menaiki tangga.Pabila adiknya memandang mukanya,segaris senyuman terukir di wajah cantik itu.Automatik juga Ekh tersenyum dengan perasaan sedih bercampur dengan gembira.Setiap kali dia melihat adiknya tersenyum,pasti hatinya rasa sakit yang agak perit.Siapa tak sayang adik?Segarang mana abang kita terhadap kita,pasti ada rasa sayangnya yang mungkin dia tidak katakan tetapi dia akan tunjukkan kepada kita dengan menjaga dan melindungi kita daripada kaum Adam yang berbisa di luar sana.
~~~~~~~~~
"Mama papa!!Ekh tak suka dengan tindakan mama papa ni!!!Tolonglah fikirkan pasal perkara ni baik-baik.Please!!I'm begging you".Marah dan rayu Ekh kepada Datin Syarifah Mariah Mikayla.
"Stop it Ekh!!Ekh tak sepatutnya masuk campur dalam hal ni".Balas Datin Syarifah Mariah Mikayla.
"Ma...Pa..Ape semua ni?Apa yang mama dan papa dah buat ni?".Perasaan marah masih terasa di hari Ekh.
Share this novel