Bab 71

Romance Series 30286

"Aku akan pastikan yang kau tak akan dapat jalinkan hubungan dengan adik aku..Sebab???KAU TAK LAYAK JADI SUAMI KEPADA ADIK AKU!!Dah pergi berambus!!".Ekh menolak Hairi ke tepi sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Hurmmm..Kau tunggulah Ekh..Aku akan jadikan kau abang ipar aku jugak..Dan masa tu lah kau akan melutut depan aku".Monolog Hairi sendiri.

"Hairi kamu dah nak balik ke???".Tanya Datin Syarifah Mariah Mikayla.

"Ye mama..Hairi ada banyak kerja kat office..Nanti bila Hairi free,Hairi datang ok bawak ummi and abah sekali".Balas Hairi yang melemparkan segaris senyuman untuk bakal ibu mertuanya.

"Ha!Baru papa perasan..Mana bodyguard kamu??Biasanya diaorang ada je dengan kamu".Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris baru tersedar akan pengawal peribadi Hairi tidak berada di sisi majikannya pada hari itu.

"Oh bodyguard Hairi??Hairi bagi diaorang kerja sebelum Hairi datang sini..Itu sebab diaorang tak ikut".Jawab Hairi yang tidak melekangkan senyumannya.

"Ohhhhh..Kamu drive hati-hati tau..Karang tak dapat jadi menantu mama".Pesan Datin Syarifah Mariah Mikayla yang sungguh berkenan dengan Hairi.Datin tidak tahu akan perangai sebenar pemuda itu.

"Baiklah..Hairi gerak dulu ye..Bye papa mama".Hairi melambaikan tangannya buat bakal mertuanya.

Tubuhnya dibawa masuk ke dalam perut kereta Volkswagen yang berwarna hitam.Selepas enjin kereta dihidupkan,Hairi mendapat panggilan daripada pengawal peribadinya.

"Hurmm..Any info???".Soal Hairi seraya memegang stereng kereta.

"Tuan muda,macam yang kita telah agak..Rin dengan Tengku Khalil berada di Port Dickson".Ujar Afzal yang berada di tempat duduk sebelah pemandu.

"Ermm..Bagus!Korang ikut je ke mana diaorang pergi dan jangan sampai diaorang perasan yang korang ikut diaorang..Ingat!!Jangan tertangkap!!".Hairi menekankan ayat terakhir kerana dia tidak mahu Rin mengetahui bahawa pengawal peribadinya mengekorinya dalam diam.

"Baik Tuan muda..Dan..Tuan muda kami rasa diaorang macam nak balik hari ni".Kata Afzal yang menggunakan teropong jarak jauh.

"Okay..Buat kerja korang baik-baik..Kalau ada apa-apa jangan lupa bagitahu aku..Dah bye".Hairi memutuskan panggilan.

"Macam manalah aku nak buat si Tengku tu tak dekat dengan Rin eh??Should i kill him??Tapi tak akan nak bunuh dia semudah tu..Ke aku patut seksa dia dulu baru bunuh dia???Hurmmm..Confuse ahh".Fikir Hairi seorang diri.

Sementara itu,di villa Khaliz yang dimiliki oleh Tengku Khalil Izuddin Arasy.....

"Tengku,betul apa yang tengku kata..Ada orang menghendap villa ni".Tutur Muadz lalu menyingkap langsir yang berona putih.

"Aku rasa,diaorang tu lah orang suruhan tunang Rin".Agak Izz yang melihat kereta yang berada di luar perkarangan villanya.

"Jadinya Tengku??Tengku nak teruskan plan Tengku ke???".Tanya Muadz yang bersedia mengikut arahan Izz.

"Yup kita stick to the plan tapi ingat jangan sampai Rin tahu diaorang ada kat luar ni".Izz memberi peringatan kepada Muadz.

Mereka berdua turun ke tingkat bawah untuk melaksanakan rancangan yang telah dibina oleh Izz.Belum sempat Izz ingin membuka pintu untuk keluar,Rin menegur kedua-dua lelaki itu.

"Korang nak pergi mana??".Tanya Rin yang sedang memegang penyedut hampagas.

"Kitaorang nak pergi jogging..Tengku kata berat badan tengku dah naik".Izz suka akan penipuan yang dibuat oleh pembantu peribadinya walaupun berat badannya yang sebenar tidak meningkat.

"Nak ikutttttt!!!..Aku pun dah lama tak pergi jogging".

"Tak boleh,kau duduk je la kat dalam rumah ni..Haaa aku nak kau buatkan aku red velvet cupcake..Aku bagi kau masa dua jam okay untuk siapkan and siap serve sekali kat atas meja tu".Suruh Izz yang memang teringin makan kek cawan itu.

"Ek eleh buat apa pergi jogging kalau balik daripada jogging tu kau nak makan cupcake..Eeeisshh".Mahu sahaja Rin mencekik leher Izz.

"Halah tak pe..Aku makan banyak mana pun,aku tak akan nampak gemuk..Tak macam kau,baru makin sikit dah start chubby".Usik Izz lalu tertawa kecil.

"Kau jangan sampai aku sedut mulut kau dengan vacuum ni tau".Ugut Rin.

"Okay okay okay..Aku gurau je la..Tapi pasal cupcake tu aku tak bergurau..Aku nak tauuuu..Kalau boleh ada cream cheese kat atas dia..Bye-bye cik sloth".Tambah Izz yang sudah dapat membayangkan kek cawan yang digemarinya.

"Eh weiii Izz!!Aku rasa ade bahan yang tak cukup nak buat cupcake tu".Panggil Rin yang mengagak ada beberapa bahan yang tiada di dapur.

"Kalau tak ade,kau call je nombor yang tertampal kat peti sejuk tu..Kau order je apa-apa yang kau nak..Nanti orang tu belikan".Jawab Izz sambil menutup pintu villanya.

Rin menggelengkan kepalanya sambil tersenyum memikirkan kenakalan jejaka yang membawanya ke villa itu.Setiap hari dan setiap masa,ada sahaja usikan dan gurauan lelaki itu yang menambahkan seri di dalam kehidupannya.Biarpun hati dan fikirannya kusut memikirkan hal yang menjadi bualan wartawan dan orang di sekitarnya,dia tetap gembira kerana masih ada hamba ALLAH yang mengambil berat tentangnya terutamanya kapten bola keranjang universitinya yang tidak mengharapkan sebarang balasan kepada setiap pertolongan yang telah dia lakukan terhadap dirinya.

"Hah aku lekakan diaorang,kau buat apa yang kita dah plan okay??".Arah Izz yang sedang menekan butang untuk membuka pintu pagar.

"Alright boss!!!".Bicara Muadz dan mula berjoging.

Izz mendekatkan tubuhnya dengan kereta hitam yang diperhatinya dari bilik.Afzal dan Joyie yang berada di dalam kereta itu,tidak perasan akan kehadiran Izz.Pemilik villa yang bernama Khaliz itu mengetuk tingkap kereta mereka.Pandangan mereka berdua berkalih ke luar tingkap kereta.Terkelip-kelip mata Joyie semasa merenung wajah yang diarahkan oleh majikannya untuk mengekori orang itu.Afzal melanggar bahu Joyie dengan sengaja manakala Joyie pula menekan butang untuk menurunkan tingkap kereta itu.

"Ye kenapa encik??".Tanya Joyie yang tadi terdiam seribu bahasa apabila Izz di hadapan matanya.

"Maaf ganggu encik berdua..Saya datang ni nak tanya..Encik berdua ada masalah ke???Sebab...Daripada semalam saya nampak encik berdua dekat area villa saya ni..Kereta encik ni rosak ke??".Soal Izz yang ada udang di sebalik batu.

"Tak ada apa-apa encik..Kami kat sini untuk berhenti berehat je..Maklumlah kami tak ade duit nak sewa bilik kat hotel".Jawab Afzal yang lega dapat mereka satu penipuan.

"Laaa kenapa tak cakap awal-awal..Kalau tak bolehlah saya ajak masuk dalam villa saya yang tak seberapa ni".Izz memandang Muadz yang sedang berdiri di belakang sebatang pokok.

"Eh tak pe la encik,susahkan encik je..Lagipun kami sekejap je dekat sini".Balas Joyie sambil tersenyum seperti kerang busuk.

"Mana ada menyusahkan..Tapi kan..Kereta encik ni kereta mewah,tak akan tak mampu sewa bilik kot".Izz menepuk kakinya untuk memberi isyarat kepada Muadz yang sedang menunggu arahan daripadanya.

"Kereta ni tuan saya punya sebenarnya..Kitaorang pinjam sebab kitaorang kena buat something untuk dia".Tutur Joyie.

"Ohh..Tuan kamu duduk dekat area sini ke???".Soal Izz lalu menyandarkan badannya pada kereta hitam itu.

"Taklah..Tuan kami duduk dekat Selangor".Jawab Joyie yang tidak sedar akan rancangan Izz.

"Ohhhhh yeeee keeeee..Patutlah tapi asal saya rasa macam pernah nampak ye encik berdua ni??".Izz mencuri-curi pandang Muadz yang sedang menjalankan tugasnya.

"Mana ada...Kita mana pernah berjumpa sebelum ni..Encik salah orang rasanya ni".Terkumat-kamit mulut Afzal yang cuba menyertai perbualan di antara Joyie dan Izz.

"Ermmmm...Kalau macam tu..Nah ambillah duit ni,encik sewa la bilik..Kesian encik berdua tidur kat dalam kereta".Kapten bola keranjang itu menghulurkan beberapa keping wang kertas berwarna ungu.

"Wahhh terima kasihlah encik..Susahkan encik je..Boleh saya tahu apa nama encik??".Joyie menerima wang pemberian Izz tanpa rasa segan silu.

"Sama-sama..Nama saya Tengku Khalil Izuddin Arasy..Ingatlah nama saya..JANGAN LUPA".Ujar Izz yang ternampak Muadz menunjukkan jari ibunya kepada dia.

"Ohhh Tengku..Maaf kalau kami ada terkurang ajar dengan Tengku tadi".Bicara Afzal.

"Tak ade la..Urm..Saya nak masuk dalam ni..Kalau ada masalah,tekan je loceng tu".Beritahu Izz lalu meninggalkan Afzal dan Joyie di situ.Beberapa minit kemudian,Muadz juga masuk ke dalam villa menerusi pintu belakang.

"Baik jugak si Tengku ni kan..Dah jomlah kita pergi makan".Ajak Joyie yang senang hati itu.

"Jommm!!!!".Afzal bersemangat semula selepas terpaksa menghadap Izz yang datang kepada mereka tanpa diduga.

Sedang Joyie memandu keretanya sejauh 100 meter.Tiba-tiba ada seorang pak cik menghentikan kenderaan mereka.

"Encik..Kedua-dua tayar belakang encik pancit tu".Pak cik yang berada di atas motor itu memberitahu Joyie lalu beredar dari situ setelah mendengar Joyie mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Aduhh macam mana boleh pancit pulak ni??Tercucuk paku ke???Aduhaiiiiiii".Marah Joyie sambil menendang tayar yang pancit itu.

"Kau tak rasa sesuatu ke??".Soal Afzal yang baru sedar akan sesuatu.Joyie membalas persoalan Afzal itu dengan menjungkitkan keningnya.

"Tak pelik ke kenapa si tengku tu datang kat kita??Siap bagi duit sekali".Kata Afzal.

"Aduhh kita dah kena game lah..Maknanya duit yang dia bagi tu..Untuk tayar-tayar ni lahh??Alamakkkkk".Jerit Joyie yang baru sedar akan sebab Izz mendekati mereka.

"Hehehehe..Boeklah Muadz..Plan kita dah berjaya..HAHAHA".Izz ketawa besar dengan ideanya yang sangat bernas itu.

====

"Assalamualaikum".Rin memberi salam setelah membuka pintu kondonya yang tidak berkunci.

Kepulangannya disambut baik oleh beberapa rakan perempuan sekelasnya.Namun,kesemua wajah kawan-kawannya masam mencuka.Mereka agak risau untuk memberitahu Rin mengenai hal yang telah terjadi sehingga mengecohkan universiti mereka.

"Aih korang ni..Dah kenapa monyok je ni??Dah macam muka tersepit kat celah pintu je aku tengok".Soal Rin lalu mengambil tempat di atas permaidani.

"Sebenarnya ada benda kitaorang nak bagitahu kau ni".Tutur Aleen yang memandang wajah Rin yang tersenyum itu.Serba salah dia untuk bagitahu Rin perkara yang disorokkan oleh mereka.

"Tapi sebelum tu,kau ada dengar any cerita tak pasal budak kat universiti kita???".Tanya Linda yang mahukan kepastian terlebih dahulu.Soalan Linda dibalas dengan gelengan kepala oleh Rin.

"Ohh maknenya kau tak tahu la ni??".Soal Afra pula.

"Macam manalah aku nak tahu kalau tak ade sesiapa pun bagitahu aku".Bicara Rin yang ingin mendengar cerita daripada kawan-kawannya.

"Kau tak ade tengok kat phone ke??".Tanya Wawa yang perasan akan Rin tidak membaca whatsapp di dalam group kelas mereka ketika rakan sekelasnya sedang berbincang mengenai projek memasak mereka.

"Tak,aku baru je dapat phone aku daripada Izz tadi..Dia tak perasan yang phone aku habis bateri masa phone aku dekat dia".Terang Rin yang rindu akan telefonnya.

"Ok let's straight to the point...Rin..Ada berita buruk kitaorang nak bagitahu kau".Aleen memandang tepat wajah gadis yang memakai selendang rona peach itu.

"What??Cakap aje la..Apa dia??".Rin menunggu Aleen menyambung ayatnya.

"Nadzmirul dah meninggal dunia".Khai memotong ayat Aleen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience