Bab 1 - 2

Romance Series 30286

Aku sedang berjalan berseorangan di Taman Tasik Perdana Universiti aku itu.Tidak kelihatan seorang manusia pon berada di situ.Hanya aku berseorangan yang sedang cuba memikirkan segala perkara yang bermain dalam fikiranku ini

Aku melabuhkan punggungku di atas bench yang telah disediakan.Aku memandng tasik dan alam semula jadi yang dicipta oleh ALLAH S.W.T yang cukup sempurna ni.Aku tersenyum herot tatkala melihat seekor bangau berada di atas permukaan air.

"Haih tenang je aku pandang ciptaan ALLAH ni.Terus hilang pening aku fikir pasal assignments"telahku di dalam hati.Assignments memang telah aku siapkan cuma aku risau aku tidak mendapat markah yang memberangsangkan.Disebabkan oleh keadaan aku tidak berapa sihat ketika itu.

Aku membuka zip beg aku dan mengeluarkn telefon Samsung S4 kepunyaan aku itu.Aku buka kekunci telefonku.Selepas itu,aku lihat banyak kiriman mesej melalui whatsapp memenuhi ruang notifikasi.

Lantas aku terus membukanya dan baca satu persatu.Mata aku membulat seperti bola pabila melihat nama Puan Diana di paparan skrin.Dengan pantas aku membaca kiriman whatsappnya.

"Assalamualaikum.Hedrina pukul 3 nnti awak datng bilik saye ye".Aku menarik nafas lega kerana aku berfikiran bahawa Puan Diana ingin memarahi aku.

Aku memandang jam di tangan kiriku.Jam menunjukkan pukul 2:30 petang.Aku pon mngambil keputusan untuk pergi dari situ.Aku menuju ke fakulti tempat belajar aku.

Ketika itu aku ada ternampak satu susuk tubuh berbadan sasa berada berdekatan dengan pokok Rosa Sericea.

Aku memandang lelaki itu, memerhatikan apa yang cuba dia lakukan.Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya.Dia mengeluarkan sebuah kamera Nikon dan mengklik butang pada kamera itu beberapa kali.

Aku tersenyum melihat tindakannya.Aku pikir yg dia mahu memetik bunga itu rupanya sangkaan aku tidak tepat.Dia hanya mengambil gambar pokok bunga itu.

Aku pon menyambung langkahku ke fakulti.Ketika aku berhenti untuk membetulkan ikatan tali kasut,aku terasa seperti ada sesuatu sedang mencuit bahu kananku.Akan tetapi, aku tidak mengendahkan cuitan itu kerna aku menganggap yang itu hanya perasaan aku sahaja.

Tidak lama kemudian,bahu kiri aku pula ditepuk lembut.Aku segera berpusing ke belakang dan melihat seorang lelaki berada di hadapanku.Serta-merta aku tertawa kecil ketika melihat dirinya.

Orang itu berkata "Wah kau gelak-gelak ape,orang penat tau cari kau.Ingat U ni kecik ke??"

"Eleh siapa suruh cari.Aku takde suruh kau cari aku pon"balasku sambil menjelir lidah

"Hati aku yang suruh aku cari kau"
katanya bernada perlahan.

"Ha ape wei??aku tak dengar kau kate ape."kataku.

"Tak de ape lah.Ha just aku nak bagitahu yang Khai suruh aku sampaikan dekat kau yang Puan Diana kata.Tak payah jumpe puan sebab puan dah balik"terang dia.

Aku hanya membalas katanya dengan menganggukkan kepalaku dan memberikan sign "Ok"kepadanya.Dia tersenyum herot.

"Izz macam mane kau tahu aku dekat sini"tanya aku kepada Izz yang mengetahui ke mana sahaja aku pergi tanpa memberitahunya.

"Hurm.Entahlah aku ikut gerak hati aku je"jawab Izz sambil menggarukan kepalanya yang aku beranggapan kepalanya gatal.

"Dah la jom"ajakku.

kami jalan beriringan dan aku melihat banyak mata-mata yang sedang memerhatikan gerak-geri kami.

Lelaki yang aku panggil Izz itu sebenarnya sahabat karibku sejak dia menjadi jiran sebelah rumah aku ketika kami masih di pangku sekolah lagi.

***

Nama dia sebenarnya ialah Tengku Khalil Izuddin Arasy bin Tan Sri Aziz Azmi Alauddin dan nama gelarannya Izz juga Khal.Dia mengambil jurusan Muzik di Universiti ini.Rambutnya ala-ala style Neymar dan mempunyai rupa paras yang kacak.Berketinggian 180 cm kot.Dia juga seorang yang bergiat dalam sukan terutamanya bola keranjang.Sukan tersebut telah meraih gelaran juara buat dua kali berturut² yang diketuai oleh Izz.Jadi tidak hairanlah dia digilai ramai gadis di sini.Ayahnya bekerja sebagai seorang ahli perniagaan dan merupakan CEO di syarikat miliknya manakala ibunya pula iaitu Puan Sri Cheryl Humaira Helene seorang pemuzik terkenal.Darah ibunya mengalir di dalam badannya sehinggakan dia amat meminati bidang muzik terutamanya gitar.

***
Mata aku tertatap kepada sekumpulan pelajar perempuan yang sedang bergelak ketawa sambil menyandang beg mereka.Salah seorang daripada mereka memandang kami dan menghadiahkan satu senyuman . Salah seorang daripada mereka juga memanggilku sambil berkata

"Rin meh la lepak sini dengan kitaorang"

"Nanti-nanti la eh aku da lambat masuk kelas ni"ajakannya ditolak lembut olehku.

Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya dan menyambung berbual dengan rakan dia semula.

***

Namaku Syarifah Nur Hedrina Liyana Binti Dato Syed Halim Shah atau dikenali sebagai Rin.Aku mengambil jurusan Hospitaliti Seni Kulinari di universiti ini iaitu Universiti Teknologi Dan Kemahiran Malaysia.Aku merupakan anak bongsu kepada pasangan Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris dan Datin Syarifah Mariah Mikayla.Ayahku dikenali sebagai seorang businessman dan mempunyai sebuah syarikat di Kuala Selangor.Ibuku pula ialah seorang penjual kosmetik yang menghasilkan produknya sendiri berjenama "Kyle Clyne".Kedua ibubapaku mahu aku menyambung perjuangan mereka tetapi aku tidak mahu dan aku membuat keputusan untuk menjadi seorang Chef.Ibubapaku bersetuju dengan pilihanku.

***
Izz melambaikan tangannya setelah dia menghantar aku di hadapan pintu bengkel masakku.Aku memusingkan tombol pintu dan melangkah masuk bengkel.

Kelihatan kawan-kawan aku sedang membuat hal masing-masing.Ada yang sedang berbual dan ada yang membuat kerja.

Aku mendekati seorang perempuan yang sedang menyusun barang-barang yang baru sampai.Aku menepuk kuat bahu kanannya sehingga dia terkejut dan melatah"Opocot!!".

Aku yang melihat situasi itu terus tertawa sambil memegang perut aku.Dia menjeling tajam ke arahku.Serta-merta aku menghentikan tawaku.Nama dia Khaira Akifa Naila.

***
Dia lah bff yang paling baik buat aku.Aku paling sayang dia.Dia sangat supportive,helpful,courageous.Senang citer dialah sahabat aku yang sentiasa ada dikala aku berada di bawah atau di atas.Plus,dia housemate aku juga.

***

"Rinn!!!engko ni.Suke wat orang terkejut kan"kata Khai sambil mencekak pinganggnya.

Aku hanya membalas katanya dengan tertawa kecil.

"Da la terkejutkan orang pastu hilang entah ke mane.Bukan nak bagitahu orang".Sambung Khai.

"Laa sorry la.Aku jalan-jalan tadi.saje amik angin".Jawabku dengan ringkas.

Khai menggelengkan kepalanya lalu berkata"Ye la tu.Ke kau ade masalah?.

Aku mencapai plastik tepung dan membelek-belek nya.Beberapa saat kemudian aku membalas pertanyaan Khai.

"Mane ade.Tara pa pa la"

Khai menjungkitkan keningnya lalu berkata"Hurm.Kau ni kalo ada problem bagitahu.Jangan pendam au..pape story je kt aq".

Aku sekadar menganggukkan kepalaku tanda memahami penjelasan Khai.

"Ade ape-ape tak nak aku tolong?"tanya aku kepada Khai.

"Da abis da wei.Tak pe.da settle"balas Khai.

Aku tersenyum dan melangkah ke arah kawan-kawanku yang sedang berbual.

"Woi Hedrin baru nampak batang hidung.Ke mane saje ko pergi?"tegur Aleen yang sedang memandang aku.

Aku mengambil tempat,berdiri di antara Aleen dan Linda.Aku memang suka menyelit.

"Jumpe cinta hati la tu"perli Wawa.

"Oh sejak ada abang sayang sekarang,menghilang je keje ko eh"sampuk Syukri.

Ketika itu,aku ternampak sudip.

"Ade aku ketuk sorang-sorang dengan sudip ni karang".Sambil memegang sudip.Seperti aku mahu mengugut mereka.

Mereka tergelak.Kiran berkata"lek la rin..gurau je la.

"Nasib baiklah kawan kalau tidak benjol kepala diaorang".Telahku di dalam hati.

"Rin tadi aku nampak kau berdua dengan Tengku.Ade ape-ape ke kau dengan dia??tanya Mazlin dengan menunjukkan riak wajahnya seperti tertanya-tanya.

"Aah la wei.Rapat semacam je korang berdua"Tambah Ina.

"Ya ALLAH tak de la.Dia just schoolmate aku je mase sekolah menengah.Korang ni pon.Ada betul-betul aku ketuk sorang-sorang ni kang"jawabku yang masih memegang sudip di tanganku.

Khai yang selepas basuh tangannya terus menyertai perbualan kami"Mane mungkin tak ade ape-ape perasaan kat dia kan??

"Korang.Please tukar topik.Kalo tak.Melayang garfu ni dekat mata korang.Jadi shuriken nanti"aku berkata sedemikian sambil mencapai garfu di atas meja.

"Rin betul-betul marah ni.Ok tukar topik"Aleen menyambung kataku.

Selepas itu,kami berbincang mengenai Majlis Konvokesyen yang bakal diadakan tidak lama lagi.Pihak atasan meminta kami untuk menyediakan beberapa jenis makanan untuk dihidangkan kepada VIP yang akan menghadiri majlis tersebut.

Daniel dipilih sebagai ketua kali ini.Pada setiap kali kami menyediakan makanan untuk majlis yang besar-besaran,salah seorang daripada kami akan dipilih untuk menjadi ketua.Ini bertujuan untuk semua orang dapat merasai kesusahan dan kesenangan sebagai seorang Ketua Dapur dan itu akan memudahkan kami pabila masuk ke alam pekerjaan nanti.

Beberapa jam telah berlalu.Jam menandakan pukul 4 petang.Masa untuk kami pulang ke rumah masing-masing.Aku membimbit beg aku di lengan kanan.Khai,Aleen,Rina dan aku berjalan bersama-sama ke kondo iaitu tempat berlindung kami.

Semasa aku sedang memandang burung yang berterbangan tinggi bebas di angkasa,aku terasa begku ditarik oleh seseorang.Aku memusing ke belakang dan melihat Khai berada di belakangku.Dia memandang begku seperti ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Aku bersuara"Nape tarik beg aku?

"Eh Rin!!mane keychain dolphin ko??".Tanya Khai.

Keychain dolphin?Aku mula berasa hairan.Aku memandang beg aku.Terbeliak mataku pabila melihat keychain dolphin aku tidak ada pada zip beg aku.

"ahh mane dolphin aku!!??".Aku mula berasa gusar.

"Ko tercicir kat bengkel kot.Jap aku call Tira sebab Tira ada kat bengkel lagi rasenya"Aleen berkata begitu sambil mendail no.Tira dengan pantas di paparan skrin Samsung S3 miliknya

2 minit kemudian,Aleen berkata kepadaku yang Tira tidak menjumpai keychain kesayangan aku itu.Aku mula rasa resah dan mataku mula bergenang.

Ketika itu aku baru teringat yang aku ada pergi ke tasik tengah hari tadi.Dengan pantas aku berlari menuju ke tasik tanpa memberitahu mereka.Diaorang memanggil-manggil namaku.Aku menyaut panggilan diaorang dengan berkata "korang jalan dulu.Pape aku roger"dengan kuat.

Mereka mengiakan dan aku berlari pantas ke tasik.Berharap barang kesayangan aku itu ada tercicir di situ.Setibanya aku di kawasan tasik, aku mencari-cari key chain itu di bangku,pokok dan sebagainya.Tetapi tidak juga aku menemuinya.Aku mulai buntu tetapi dalam pada masa yang sama,aku cuba berfikir positif.Redha saje akan kehilangan keychain tersebut.Terus aku menapakkan kaki pulang ke kondo dengan cuba memujuk hati aku ini.
****
Sebenarnya keychain itu adalah hadiah daripada seseorang.Tetapi dia telah meninggal dunia pada tahun 2014.Pemergian arwah sememangnya tidak dijangkakan.Hampir sebulan aku mengalirkan air mata.Sebelum arwah meninggal dunia,kami ada bertemu.Dia memberikan key chain itu kepadaku dan kata-kata terakhir daripadanya ialah "selagi mak bapak adik masih hidup.Banggakan la diaorang.Jangan jadi macam abang.Kejap je dapat banggakan diaorang".Selang beberapa minggu kami bertemu,ALLAH lebih menyayanginya.November tahun 2014 adalah tarikh pemergian arwah.Disebabkan itulah aku amat menghargai barang itu.
***
Setelah hampir 20 minit,barulah kaki ku bertapak di ruang kamarku.Beg berjenama Prada diletakkan di atas meja belajar.Aku menghempaskan badanku di atas katil.Memandang syiling dan kipas yang sedang berpusing.Mataku semakin lama semakin menutupi.Bingkas aku bangun untuk mandi juga menunaikan solat Maghrib.

Sejurus selepas itu,aku dan Khai bersama-sama menjamu selera untuk mengisi perut yang kekosongan ini.Khai membelikan nasi goreng patayya untukku manakala nasi goreng cili padi pula untuk dirinya.Dia memang tahu sangat makanan kegemaran aku.Sambil mengisi perut sempat juga kami berbual.Antara perkara yang kami bualkan

"Rin kau okey tak?"
tanya Khai kepadaku.Dia bertanya seperti itu kerana melihat muka aku yang muram.

"ermm i'm okay just pikir pasal keychain aku tu".Aku still tak boleh move on daripada berfikir pasal keychain aku tu.Macam-macam tempat aku fikir yang berkemungkinan keychain aku tercicir di situ.Dah lah Universiti tu besar bukannya kecik.Memang susah la aku nak cari.

"Laa weiii..Chill la aku rasa mesti kau ada tercicir kat mana-mana ni."balas Khai dengan nada yang lembut.

Selepas kami menjamu selera,aku mengambil tempat di atas sofa dan menonton televisyen.Aku mencapai telefon yang berada di atas meja.Aku menekan icon twitter dan membuat tweet emoji sedih.Selepas itu aku mematikan handphoneku dan menyambung menonton rancangan Running Man yang disukai oleh ramai orang di muka bumi ini.Beberapa minit kemudian hpku bervibrate.Aku memasukkan pin kekunci untuk membuka hpku.Ternyata ku lihat seseorang menghantar whatsapp kepadaku.Rupanya Izz

Aku membaca whatsapp daripadanya yang bertulis "knape ngn ko wei?"Aku pon menceritakan kepadanya tentang ape yang terjadi dan dia menjawab"laa itu je ke?Ingatkn ape le tadi"dan menghantar emoji marah kepadaku.

Panas pulak hati aku ketika itu.Jadi aku pon meletakkan semula handphoneku di atas meja.Tidak lama kemudian telefonku mula melaung dengan lagu ringtone yang telah ku tetapkan.Aku terus mencapai telefon itu dan menjawab panggilan.

"Wei"kedengaran suara garau ketika itu.Aku mula mencebik bibirku tatkala melihat nama pemanggil.

"Ha kenapa?"tuturku dengan kasar.

"Kau ni relax la wei.Boley beli baru kan.Macam budak-budak la kau ni"balasnya selamba tetapi mampu membuatkan hati aku terasa sakit dengan kata-katanya.

"Eishh bende tu berharga ok bagi aku"Semakin sakit hati aku ini.

"Eleh setakat bende kecik macam tu je pon.Da la jangan sedih-sedih lah.Nanti susah aku nak pujuk".

Aku cuba menenangkan diriku yang sedang marah ini.

"Da la aku takde pon suruh kau pujuk aku.Makin aku benci dengan kau.Dah la Bye Assalamualaikum."dengan perasaan marah aku terus memutuskan talian.Karang tak pasal-pasal aku baling handphone ni jika aku masih mendengar apa yang dikatakan oleh Izz.

Untuk pengetahuan memang boleh dikatakan,Izz ni memang baik orangnya tetapi dalam mata pelajaran menyakitkan hati aku.Dia dapat A++++.Pernah la jugak tangan aku ni singgah kat pipi dia.Dah la masa tu aku penat pastu kena dengar pulak dia membebel dan menuduh aku tak tentu pasal.Hanya disebabkan dia salah faham yang aku ada hubungan dengan classmate dia.Eh hello masa tu sebenarnya classmate dia just nak tolong aku je bukan nak usap pipi aku.

Masa tu aku sedang menonton latihan bola keranjang.Hadirnya aku disitu disebabkan Izz yang memaksa aku melihat kehebatan dia.Kerek betul mamat tu.Jika kemahuan dia tidak aku turuti,Izz akan report dekat parents aku yang aku makan banyak junk food.Mana tidaknya,kedua ibu bapa aku memang tidak suka akan junk food.Kata mereka ia akan memudaratkan kesihatan.Tapi aku ni degil binti tersangatlah degil.Aku makan juga junk food walaupun telah dilarang oleh papa dan mama.Lepas tu tak tahu la pulak ada reporter sesat yang sentiasa melaporkan apa sahaja perbuatanku kepada ibubapaku.So because of that,aku terpaksa ikut je kata-kata mamat kerek tu.Ok back to the story.

Masa tu aku sedang leka bermain Cut The Rope di telefon pintarku.Tiba-tiba kedengaran namaku dipanggil oleh seseorang.Kiri kanan aku toleh tetapi tiada pula orang disitu.Hanya aku seorang sahaja yang berada di bangku pemain.Tumpuanku kembali kepada telefonku dah la stage tu susah.Mahu saja aku baling hpku.

"Ehem.Saya dekat depan awak bukan kiri atau kanan awak"suara itu membuat aku terhenti menekan skrin hpku.Aku memandang empunya suara yang berada di hadapanku itu.Kenapa aku langsung tidak perasan ada orang dekat depan aku ni.Ni sume sebab Om Nom.

"Ye ada apa?"tanyaku kepada lelaki yang tinggi macam galah itu.

"Boleh awak tolong hulurkan air saya tak?Yang dekat sebelah awak tu"mintanya kepadaku.

Tanpa memberikan apa-apa tanda,aku mencapai botol Adidas di sebelahku dan memberikannya kepada tuannya.Lelaki itu menghadiahkan senyuman untukku dan mengambil botol itu.Diteguknya air itu beberapa kali.

"Awak buat apa kat sini?Sorang-sorang pulak tu"tanya lelaki itu kepadaku.

"Eh da terang-terang saya dekat court basketball.So,tengok orang training la takkan tengok orang menari dekat sini pula"jawabku spontan.Dah la tanya soalan yang tak masuk dek akal.Nak aje aku smackdown kepala dia.Ahaha.

"Hahaha saya just gurau je.Awak janganlah amik hati"kononya pujuk aku.

"Tak de lah.Saya tak amik hati pon".jawabku mudah.

"Awak girlfriend Khal kan?"pertanyaan dia tu betul-betul aku rasa nak smackdown dia dekat situ.

"Ahh girlfriend?Tak la saya just member dia je"balasku yang bernada sederhana kasar.

Air kembali diteguk olehnya.

Tiba-tiba sebiji bola mendarat di belakang badannya.Air yang diminum tadi tersembur keluar dan guess what?kene muka aku babe.Apakah?

Aku terdiam dan terkaku.Dia cemas dan mengambil begnya yang tidak jauh daripada situ.Dia mengeluarkan sapu tangan daripada begnya.Badannya ditundukkan sedikit untuk memudahkan dirinya mengelap wajahku.Aku memandang wajahnya dan dia terhenti mengelap wajahku.Matanya merenung mataku.

Agak-agak kenapa aku pandang dia?Sebenarnya sebab aku ternampak ada seekor lalat hinggap di kepalanya.Tertanya aku sama ada mahu menepuknya atau tidak.Jangan pikir aku dah tangkap cintan pula dengan dia.Absolutely not.
Tiba-tiba muncul Izz yang entah daripada mana dia datang terus menarik lenganku,membawa aku pergi dari situ.Selepas itu,mulalah dia menjadi seperti Inspektor yang menyiasat pesalah.Walaupun sebenarnya aku tidak bersalah.Dia cakap yang aku usap pipi lelaki itu.Ha memang singgahlah tangan aku di mukanya.
~ Aku menyambung menonton televisyen.Aku dan Khai tergelak melihat kenakalan Lee Kwang Soo yang selalu mengada-adakan cerita.Release tension aku melihat karenah mereka.

Ding Dong

Aku dan Khai terhenti tawa pabila mendengar bunyi loceng kondo kami berbunyi.

Khai tanpa disuruh bingkas bangun dan pergi ke muka pintu.Aku tertanya-tanya siapa pula yang datang malam-malam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience