Bab 67

Romance Series 30289

"Sejak aku berkecimpung dalam dunia lakonan..Hahaha..Lain eh??Bagus la aku nampak lain..Barulah real and bersemangat nak berlakon..".Jawab Wafie Asyraf seraya mengemaskan misai palsunya.

~~~~~~

"Izz??".Panggil Rin yang baru bangun dari tidurnya.

"Rin kau mimpi ape??Kau nangis lagi ni".Izz semakin bimbang akan Rin.

"Hah??Aku nangis??".Rin mengambil tempatnya semula sambil mengelap pipinya yang basah.

"Kau ada sembunyi apa-apa daripada aku ke??Aku tengok kau ni macam ada masalah je".Jika difikirkan balik,baru Izz sedar yang sejak kebelakangan ini sikap Rin mula berubah.Gadis itu banyak termenung,muram dan mudah sakit kepala.

"Tak ada apa..Aku cuma banyak menangis je".Entah kenapa wajah mama dan papanya bermain di dalam fikiran gadis itu.

"Kau banyak menangis??Kenapa??Kenapa kau menangis??".Tanya Izz yang cuba mengorek rahsia Rin.

"Tak ada apa-apa..Hal family".Tutur Rin seraya memandang pokok-pokok di tepi jalan.

Izz tidak mampu bersuara atau menanyakan soalan lagi kepada Rin kerna dia tahu yang gadis itu pasti akan menitiskan air matanya lagi.Tambahan pula,Izz bukannya seorang yang gemar masuk campur atau mengambil tahu hal keluarga orang lain kerana dia tahu yang itu bukan urusannya.

"Kau sambung je lah tidur..Aku pulak nak sambung drive ni".Ujar Izz yang sedang memijak pedal minyak.

"Tak nak lah..Aku tak mengantuk dah".Rin tidak mahu tidur kerana dia ingin meneman Izz yang sedang memandu.

"Kalau macam tu kan...Tolong aku boleh tak??".Izz menghulurkan telefon pintarnya kepada Rin dengan tangan kirinya.

"Apa dia?".Soal Rin yang mahu membantu.

"Tolong mainkan cut the rope..Ada satu level aku tak lepas ah..Susahhh".

"Ahhh meh bak sini..Biar mak Om Nom ni mainkan".Rin teruja untuk bermain "game" kegemarannya manakala Izz pula tersenyum melihat Rin yang tersenyum semula.

>>>>>

"Budak-budak tu kata..Ni lah bilik CCTV tu".Bicara Joyie kepada Afzal.

"Hah apa lagi masuk la!".Tombol pintu dipegang Afzal untuk memusingkannya.

"Encik yang kat sana tu??Buat apa dekat situ".Jerit seseorang dari jauh yang mendekati pengawal peribadi Hairi.

"Kami nak masuk bilik ni".Ujar Joyie tetapi tindakannya dihentikan oleh salah seorang daripada pengawal keselamatan universiti itu.

"Maaf tapi encik tak boleh masuk bilik ni..Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk..Jika encik ada urusan pun,sila berhubung dengan pihak atasan".Pengawal keselamatan yang bermisai itu berdiri di hadapan pintu untuk menghalang Afzal dan Joyie masuk ke dalamnya.

"Kami nak masuk jugak sebab ini arahan daripada tuan muda kami".Joyie masih berkeras untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Encik ni tak faham bahasa ke??Ke nak saya call polis??Biar polis settlekan encik yang tak faham bahasa ni".Pengawal keselamatan yang memegang cota itu mengeluarkan telefonnya.

Afzal dan Joyie yang kecut perut itu berlari dengan cepat selepas mendengar kata-kata pengawal keselamatan yang mahu menghubungi polis itu.

"Yeah ahahahaha..Bagus ah kita berdua ni".Wafie Asyraf menepuk tangan Iqmal Haqiem.

"Nasiblah baju ni kena sangat dengan kita berdua..Nampak tegap sikit badan aku ni".Iqmal Haqiem gembira kerana misinya dengan Wafie Asyraf sudah selesai.

"Ahahah kan kan..Jom lah kita tukar baju..Mesti Pak Ahmad dengan Uncle Arjun tengah tunggu kita".Wafie Asyraf teringat akan pengawal keselamatan yang sebenar.

"Lah jap ah..Baru nak start feeling. Lagipun Pak Ahmad dengan Uncle Arjun tengah makan kat bawah".Iqmal Haqiem terasa kemas memakai pakaian yang berwarna putih itu walaupun ada sesetengah orang memandang rendah pada pekerjaan mereka.

"Hah ye lah ye lah".Wafie Asyraf mengetuk perlahan kepala Iqmal Haqiem dengan menggunakan cota.

"Wei tolong amik gambar aku kejap".Minta Iqmal Haqiem.

"Ahh okay okay..Ha apa lagi posing ahhh..Kecekakkk!!!Hahahaha..Okay captionnya..Hari ni abang jadi pak guard..Nak abang guard jaga hati sape-sape tak??Hahahaha".Wafie Asyraf menjadi jurugambar tidak berbayar untuk kawannya sebentar.

Di tempat meletak kenderaan...

"Betullah kata kau,Hairi ada kat sini".Ray memandang kereta Bugatti yang berada di sebelahnya.

"Kau park kereta dulu,biar aku keluar and cari adik aku".Balas Ekh sambil membuka pintu kereta lalu berlari secepat yang boleh untuk mendapatkan adiknya.

"Wahh..Kasih sayang seorang abang tu lain macam ahh..Kenapa lah aku tak ada adik perempuan".Monolog Ray yang sedang mengundurkan kereta untuk masuk ke dalam kotak "parking".

"Mana adik aku ni??Call tak angkat..Mesej pon tak reply..Aduhh risau betullah aku".Fikiran Ekh agak kusut memikirkan perbuatan bakal adik iparnya.

"Ehhh abang Ekh!!".Tegur seseorang yang mengenali Syed Eizlan Ekhuan Syah.

"Ah Khai!!Mana Rin?".Soal Ekh yang agak lega bertemu Khai tanpa dirancang.

"Kami tak tahulah abang".Jawab Aleen yang menjawab soalan Ekh bagi pihak Khai.

"Tak kan korang tak tahu..Dia kan kawan korang".Mata Ekh melilau mencari adiknya.

"Abang saya minta maaf..Saya tak dapat nak bagitahu Rin dekat mana".Ucap Khai yang hanya dia dan Luqman Khidir sahaja yang tahu di mana Rin dan Izz berada.

"Kenapa??Kenapa Khai tak dapat bagitahu??".Tanya Ekh.

"Maaf tapi Khai dah berjanji untuk tak beritahu sesiapa pun tapi abang jangan risau..Rin ada dengan Izz..Izz bawak dia keluar dari sini sebelum tunang Rin tu sampai".Kata Khai dengan nada yang perlahan.

"Ok maknanya Hairi memang tak ada berjumpa dengan Rin??".Soal Ekh yang mahukan kepastian.

"Iya..Diaorang tak berjumpa pun..Sheik tu tengah cari Rin kat sekitar u ni..Tadi dia pon ada tanya Khai pasal Rin..Khai jawab je la yang Khai tak tahu".Jawab Khai yang matanya ternampak Hairi sedang berjalan di belakang Ekh.

"Abang..Dia ada dekat belakang abang".Ekh memusingkan badannya lalu melihat Hairi sedang mendekati dirinya.

"Hai Ekh buat apa kat sini".

"Dush".

Satu tumbukan hinggap di pipi kanan Hairi.

"Buat apa aku kat sini??Kau tu!!Kau buat ape dekat sini??".Ekh tidak dapat menahan amarahnya lagi selepas melihat wajah lelaki yang menyakiti hati adiknya.

"Ekh??Apa kau buat ni??".Soal Ray di dalam hati yang sangat terkejut melihat Ekh menumbuk muka orang yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini.

"Ekh cool down Ekh".Bahu Ekh dipegang kuat Ray supaya Ekh dapat menahan sabarnya.

Lelaki yang ditumbuk oleh Ekh terdiam kerana dia di dalam kesakitan.Pipinya dipegang seraya memandang Ekh.

"Kau!!Kaulah punca segalanya..Kau jangan ingat semudah tu je kau dapat jadi sebahagian daripada keluarga aku..Aku tak akan biarkan benda tu terjadi".Khai yang berada di sisi Ekh agak terperanjat mendengar kata-kata abang kepada kawannya itu.

"Jangan bagi aku nampak muka kau lagi...Baik kau blah dari sini!!".Jerit Ekh yang bernasib baik kerana tidak ramai orang berada di sekitar mereka.

Tanpa berkata apa-apa,Hairi dan orang-orangnya bergegas pergi dari situ walaupun tangannya terasa mahu membalas tumbukan bakal abang iparnya.

Di dalam perjalanan ke tempat meletak kenderaan.Seorang lelaki yang mengenali Hairi ternampak jejaka itu dari jarak yang agak dekat dengannya.

"Apa yang dia buat dekat sini??".

"Ermmm??".Hairi terpandang seorang lelaki yang memakai topi berwarna putih.

"Dia nampak aku ke??Alamak!!!".

"Tuan..Tuan..Tuan muda nak pergi mana tu??".Joyie dan Afzal mengikut majikannya yang tiba-tiba berlari mengejar sesuatu.

"Mana dia??Tadi dia ada kat sini".Hairi memusingkan kepalanya beberapa kali kerana lelaki yang dikejarnya hilang dengan hanya sekelip mata.

"Tuan muda kenapa ni?".Soal Joyie.

"Tak ada apa-apa..Mungkin khayalan aku je kot..Jom la kita balik".Kaki Hairi berjalan semula ke keretanya.

"Huh...Huh..Huh..Nasib baik aku sempat lari..Kalau tak nahas aku..Huh..Huh..".

"Baik aku masuk kelas sekarang".Jam pada tangan kirinya dilihat.

Hairi masuk ke dalam kereta dengan rasa sungguh marah.Dia melihat mukanya di paparan skrin telefonnya.

"Tuan muda..Nak saya buat apa-apa ke pada dia??".Soal Afzal yang sedang duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

"Nanti aku fikirkan..Bawak aku balik".Suruh Hairi seraya minum seteguk air mineral pemberian Joyie.

"Weii aku nak tanya satu soalan boleh??".Bisik Afra di telinga Aleen.

"Hah tanyalah..Apa dia??".Balas Aleen yang sedang memandang Ekh itu.

"Kita tengah berlakon ke??Asal sekarang ni macam dalam drama melayu??".

"Adoiiii!!".Kepala Afra disekeh oleh Linda.

"Ada rasa macam dalam drama tak??Kalau tak ade rasa,meh aku bagi lagi".Tutur Linda sambil menggelengkan kepalanya.

"Okay ada ada ada".Jawab Afra.

"Abang Ekh..Sabar bang".Khai menenangkan Ekh yang sedang marah.

"Abang okay..Abang nak mintak tolong Khai..Khai tolong mesej abang pasal keadaan Rin setiap 2 jam..Abang nak tahu".Fikiran Ekh tidak boleh memikirkan perkara lain selain daripada adiknya.

"Okay..Nanti Khai inform abang..Abang baliklah eh sebab Khai rasa macam ada reporter je dekat area kita ni".Khai terpandang seseorang sedang memegang kamera.

"Baiklah abang balik dulu..Jangan lupa mesej abang".Ekh meninggalkan Khai dan kawan-kawannya setelah melambaikan tangannya kepada mereka.

?????

Setelah beberapa jam Izz memandu ke Port Dickson..

"Wahai puteri yang kuat menangis...Silalah bangun..Kita dah sampai".Izz mengejutkan Rin yang tertidur selepas bermain "cut the rope".

"Ermmm..Mengantuklah..Janganlah kacau aku tidur".Rin memalingkan muka ke pintu kereta di sisinya.

"Nak tidur eh??Okay aku tak kacau..Bye".Izz keluar dari perut keretanya dan membiarkan Rin di dalam kereta berseorangan.

"Assalamualaikum Tengku".Wak Man memberi salam kepada pemilik villa itu.

"Waalaikumusalam..Wak Man dan Mak Milah sihat??".Tanya Izz yang ambil berat akan mereka.

"ALHAMDULILLAH kami sihat..Tengku pulak??Sihat tak??".Wan Man pula menanyakan soalan yang sama kepada Izz.

"ALHAMDULILLAH sihat and makin handsome".Jawab Izz seraya menjungkitkan keningnya.

"Tengku memang handsome..Tengku..Ni Mak Milah nak tanya..Siapa dalam kereta tu??".Mak Milah terpandang orang yang sedang tidur di dalam kereta Izz.

"Ahhh yang tu???Dia tu....Sloth".Ujar Izz lalu tertawa kecil.

"Sloth??Apa benda tu??".Soal Mak Milah yang tidak pernah dengar perkataan yang dikatakan Izz.

"Haaa..Cuba Mak Milah search kat google..Confirm jumpa..Sebelum Mak Milah search,boleh tak Mak Milah buatkan air untuk saya dan untuk sloth saya tu jugak..Sloth saya tu,kalau dia dah bangun dia haus".Kata Izz yang menambah kekeliruan yang dirasai Mak Milah.

Mak Milah mengikut permintaan Izz lalu masuk ke dalam untuk menyediakan air bagi majikannya manakala Wak Man memerhatikan sloth yang sedang nyenyak tidur itu dari luar kereta Izz.

"Sloth tu ape eh??Nama manusia ke??".Tanya Wak Man kepada dirinya sendiri.

"Wak Man!!Jangan dekat dengan sloth tu..Dia kalau terkejut,dia cakar orang..Hahaha".Wak Man yang mendegarnya terus menjauhkan dirinya daripada kereta Izz.

"Biar je la sloth tu tidur..Nanti dia bangun la tu".Tambah Izz yang pasti akan dimarahi Rin jika gadis itu mendengar nama gelaran barunya.

"Hiyahhhh!!!Aku kat mana ni???".Akhirnya sloth yang dimaksudkan Izz bangun dari tidurnya.

"Eh dah sampai ke??Kurang asam si Izz ni..Dia tak bagitahu aku pun dah sampai".Sambung Rin yang sudah membuka pintu kereta.

"Kau tinggalkan aku sorang-sorang dalam kereta".Marah Rin yang tidak sangka Izz membiarkan dia tidur di dalam kereta seorang diri.

"Sloth dah bangun".Wak Man ketawa melihat sloth keluar dari kereta majikannya.

"Sloth??".Serta-merta Rin memandang tajam mata Izz.

"Sloth..Jom kita minum..Kau mesti dah haus kan??".Ajak Izz yang tersenyum herot.

"Sloth??Binatang apa eh??Aku dah lupa rupa dia macam mana".Rin berfikir sejenak.

Beberapa minit selepas menghilangkan rasa dahaga yang dirasai mereka..

"Yahhhhh!!!!Sloth???Kau nak tengok macam mana sloth mengamuk tak??".Rin yang tidak puas hati itu menepuk badan Izz sekuat hatinya.

"Ah..Ampun,ampun,ampun".Pohon Izz seraya menghalang tepukan Rin dengan tangannya.

"Tiada maaf bagimu...Amik ni!!".Bantal yang berada di atas sofa digunakan oleh Rin untuk memukul Izz.

"Weii ya ALLAH..Weii ampun weii".Izz memohon maaf lalu ketawa kecil.

"Ahhhh aduhhh!!!!!".Tangan Rin berhenti memukul Izz tatkala mendengar Izz mengadu kesakitan dengan suara yang kuat.

"Eh eh Izz?Kau okay tak??Sorry aku tak sengaja".Rin mula tidak keruan kerana hatinya rasa bersalah.

"Sakit tahu tak".Balas Izz dengan nada yang tinggi seraya memegang kepalanya yang sakit.

"Dah la..Aku tak nak kawan dengan kau".Izz merajuk lalu membawa dirinya ke biliknya yang berada di tingkat atas.

Sebenarnya pukulan dan tepukan Rin tidak sakit pun,Izz sengaja mahu gadis itu memujuknya.Walaupun begitu,memang ada beberapa tepukan yang agak menyakitkan baginya kerana...

"Alamak..Encik annoying da merajuk..Kene pujuk la ni??".Rin menaiki satu per satu anak tangga untuk ke bilik Izz.

"Izz!!Izz!!Sorry ah aku tak sengaja..Meh la kita berkawan balik".Jerit Rin sambil mengetuk pintu bilik Izz tetapi tiada sebarang jawapan dari jejaka itu.

Rin memusingkan tombol pintu apabila dia merasakan yang Izz tidak menguncinya.Langkah Rin terhenti ketika melihat Izz yang tidak memakai baju.

"Ahhhhh".Izz menjerit seperti perempuan kerana terkejut melihat Rin muncul di muka pintu biliknya.

Gadis itu menutup matanya dengan tangannya lalu menutup pintu bilik Izz.Perasaan malu membahangkan pipi Rin yang ternampak tubuh Izz.

"Ehh?!?!Kejap..".Tangan Rin memusingkan tombol pintu bilik Izz semula selepas tersedar akan sesuatu yang aneh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience