Bab 38

Romance Series 30286

"ARGHHHHHHHHHHH!!".Izz menjerit secara tiba-tiba.

"Kau ape hal??".Tanya Rin yang terkejut mendengar jeritan Izz.

"Kau buat ape dekat aku??".Soal Izz sambil menarik selimut dan menutupi badannya yang tidak memakai baju.

"Buat ape??Kau ingat aku ape hah??".Tanya Rin pula yang telah berdiri itu.

"Kau ada touch aku ke??Macam mana kau boleh ada kat atas katil aku??".Izz mula tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku.

"Aku kejutkan kau banyak kali tapi kau tak bangun..Kau yang tarik aku,mana lah aku tahu...Lepas tu aku ada kat sebelah kau and tup tup kau bukak mata then senyum.Kau lagi menakutkan tahu tak!!".Jawab Rin.

"Aku tarik kau??Ke kau yang memang sengaja nak baring sebelah aku".Ujar Izz yang sengaja mahu mengenakan Rin.

"Ya ALLAH..Mana ade dah kau yang suruh aku kejutkan kau.So aku masuk la then kau tarik aku.Tak ade maknenya aku nak berasmara dengan kau".Jelas Rin seraya tersenyum sinis.

"Tak nak ngaku dah la..aku nak pakai baju,tolong ambilkan baju aku kat atas meja".Minta Izz sambil menunjukkan t-shirt miliknya.

Rin pun mengambil t-shirt itu lalu memberikannya kepada Izz.Izz bangun daripada katil dan memakai baju itu.

"Jangan tergoda eh".Kata Izz seraya mengenyitkan matanya.

"Eeee..Memang idok le teman..Dah la..jom lunch".Ajak Rin yang sudah mula menapak kaki keluar daripada bilik Izz.

Izz memandang wanita yang memakai shawl itu,tersengih dibuatnya.Terfikir juga dia bagaimana dia boleh tertarik Rin tadi.Mungkin dia ingatkan Rin bantal peluknya.Sememangnya kejadian itu memang tidak sengaja.Apatah lagi ketika itu dia memang tido "mati".Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih membuatkan badan dan matanya agak lesu dan penat tetapi badan dan matanya terus berasa segar pabila wajah Rin yang menjadi orang pertama yang dia lihat.Dia hampir terfikir yang dia telah berkahwin dan sedang tidur dengan Rin.Kerna itulah dia agak terkejut tadi ketika melihat Rin di sebelahnya walaupun segaris senyuman terukir di saat melihat Rin yang disayanginya itu.Itu akan menambahkan koleksi kenangan yang sweet antara dia dengan Rin.

"Woiiii cepat la.Kau termenung ape??".Sergah Rin yang memerhatikan sahaja Izz yang termenung itu.

"Sabar la".Balas Izz ringkas lalu menuruni anak tangga satu per satu bersama dengan Rin.

Lauk-pauk yang di masak oleh Mak Milah telah disajikan di atas meja makan.Semua makanan itu sungguh sedap membuatkan aku terasa rindu akan makanan di rumah.Wajah mama dan papa menyinggah di fikiranku.Rasa marah itu pasti tetapi benci itu tidak.Tidak mungkin aku akan membenci kedua-dua orang tuaku yang melahirkan aku ke dunia ini.Mungkin ini semua adalah perancangan ALLAH yang aku tidak tahu apa ertinya di sebalik semua ini?Mungkin juga perkara ini akan menunjukkan aku sesuatu yang aku tidak nampak atau ketahui.Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu kebenarannya.

"Rin..Jangan malu-malu tambah la nasi tu".Tegur Mak Milah yang melihat gadis di hadapannya itu mula termenung.Entah apa yang difikirkan oleh gadis itu pun dia tidak tahu.

"Saya tak ade selera sangat Mak Milah.".Jawab Rin yang mencuit-cuit nasi di dalam pinggan itu.

"Makan je la.Lagi tadi kau tak makan.Nanti kalau kau sakit lagi macam mana?Aku jugak yang susah nanti".Nasihat Izz yang mahu Rin tidak jatuh sakit lagi.

"Aku tak nak susahkan kau pun.Kau yang offer diri tolong aku".Balas Rin seraya menjelingkan matanya pabila mata Izz tertembung dengan matanya.

"Kalau aku tak offer diri,siapa yang akan tolong kau nanti??Mamat Math tu ke??Tak payah la wei.Aku ni je dah cukup,boleh je aku jaga kau".Tutur Izz yang bernada lembut sambil memandang gadis yang tersenyum herot itu.

"Terima kasih la sebab offer diri walaupun bukan aku yang suruh.Nak jaga aku??Boleh ke kau jaga aku??Diri sendiri pun tak terjaga".Balas Rin dengan senyuman sinis.

"Hahaha.Ini Tengku Khalil la...Semua perempuan kalau boleh nak aku jaga diaorang tapi aku je yang tak nak".Mulalah hidung si Izz ni tinggi.

"Dah tu kenapa nak jaga aku?".Soalku pula yang rasa nak cepuk je Izz ni.

"Sebab kau lah satu-satunya perempuan yang tak nak aku Tengku Khalil Izuddin Arasy yang digilai ramai gadis-gadis ini, protect kau..Sebab kau lainlah aku rasa aku kena lindungi dan jaga kau".Ujar Izz sambil meneguk jus tembikai.

"Dah la malas nak layan kau".Kataku yang penat berdebat dengan mamat poyo tu.

"Janganlah malas-malas,rajin-rajinkanlah".Tutur Izz sambil mengenyitkan matanya untukku.

"Mata kau sakit ke??".Soal Rin.

"Aah.....Sakit pandang kau".Jawab Izz yang menongkatkan dagunya pula.

"Kenapa sakit mata pandang aku??Asal??Ada ape-ape yang tak kena dengan aku ke??".Tanya Rin yang mula gusar dengan dirinya.

"Entahlah....Walaupun mata aku sakit,aku tetap akan pandang kau sebab kaulah pembawa penyakit tu dan kaulah penyembuhnya".Balas Izz dengan tersenyum herot.

"Hurm..Okay la bye aku nak basuh pinggan".Sambung Rin yang mahu menyudahkan perbualannya dengan Izz.

"Eh??Dah habis makan ke??Tunggulah aku".Ucap Izz yang dengan pantas menghabiskan makanan di dalam pinggannya lalu pergi ke dapur.

Izz melihat Rin yang sedang membantu Mak Milah mencuci pinggan,mangkuk dan segala peralatan yang digunakan olehya untuk memasak.Biarpun dilarang oleh Mak Milah,Rin tetap membasuhnya tanpa bertanya ape-ape.

"Rin tak pe.Mak Milah boleh buat.Rin pergi la duduk kat depan tu".Mak Milah bersuara.

"Eh tak pe.Tak ade hal la Mak Milah.Lagipun saya dah biasa buat kerja-kerja ni.Mak Milah pergi la buat kerja lain.Nanti kalau Tengku marah,saya tak tahu".Balas Rin yang sentiasa tersenyum orangnya walaupun di hatinya penuh dengan kedukaan.

"Psssst".

Mak Milah menoleh ke kanan ketika mendengar bunyi yang seperti memanggilnya.Wanita itu melihat Izz yang sedang memberikan isyarat kepadanya tetapi dia tidak faham apa erti isyarat yang diberikan oleh Izz.

"Eh Mak Milah ni!Ada kene ni kang".Bisik Izz di dalam hati.

Izz seperti mengipas-ngipaskan tangannya tanda menyuruh Mak Milah membiarkan Rin seorang di situ manakala Mak Milah pula menganggap Izz berasa panas di situ.Puas Izz menepuk dahinya yang benjol itu beberapa kali kerana geram dengan Mak Milah.Akhirnya Izz memberi isyarat yang lain daripada sebelum ini.Dia menunjukkan dirinya dan membuat bentuk hati menggunakan kedua-dua tangannya lalu ditunjukkan jari telunjuknya ke arah Rin dan barulah Mak Milah faham tetapi dia sengaja buat-buat tak faham.

Mak Milah menunjukkan jari telunjuknya kepada Izz dan juga membentuk hati dengan tangannya lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah dirinya.Izz mula bengang ,mahu sahaja dia bantai Mak Milah di situ.Nasiblah dia seorang yang hormat akan orang tua jika tidak memang dia golkan aje Mak Milah tu.Hahahaha.Mak Milah tergelak dan menunjukan ibu jarinya tanda memahami arahan daripada Izz.Tubuhnya di bawa ke luar daripada dapur itu untuk membiarkan majikannya bermesra dengan gadis pujaannya.Pabila line sudah clear,Izz mendekatkan dirinya dengan Rin dan memberikan pinggannya kepada gadis itu.

"Tolong basuhkan".Minta Izz yang mula mahu bermanja dengan Rin.

"Arghh basuhlah sendiri.Ada tangan kan??".Balas Rin seraya menjelirkan lidahnya.

"Laa tolonglah.Aku malas la nak basuh.Pleaseee".Rayu Izz seraya mengelip-ngelipkan matanya.

"Tak de tak de.Basuh sendiri okay?".Rin masih menegaskan jawapannya pada permintaan Izz.

"Okay fine kalau itu yang kau nak".Kata Izz pula.

Izz pergi ke belakang tubuh Rin.Dia seperti back hug Rin tetapi tidak.Dia merampas span daripada tangan Rin dan membasuh pinggannya.Rin yang terasa Izz sangat dekat dengan dirinya,terkaku buat seketika dengan aksi spontan daripada jejaka itu yang langsung tidak dipikirkan oleh dirinya.Nafas Izz dapat didengari Rin dan ia menambahkan rasa terkejut Rin ketika itu.Izz pula beberapa kali menelan air liurnya kerana wangian yang dipakai oleh Rin mengganggu pemikiran dan hatinya.Namun,dia tetap memberikan perhatian dengan membasuh pinggannya dengan lambat sekali.Satu pinggan je,tetapi dia punya lama basuh pinggan,macam basuh periuk kenduri.

Rin memusingkan badannya menghadap Izz apabila tersedar dari kakuannya.Terbeliak mata Izz ketika matanya bertentangan dengan Rin dan dengan pantas dia membilas pinggannya waktu itu.Kedua-duanya saling bertukar pandangan.Izz pula masih tidak dapat mengendurkan senyumannya yang terukir manis itu.

"Apa yang kau cuba lakukan ni".Tanya Rin dengan memandang tajam lelaki yang berada di hadapannya.

"Kau yang suruh aku basuh pinggan sendiri kan??Aku basuhlah.Salah ke?".Soal Izz pula.

"Basuh tu memang tak salah..Tetapi kedudukan kau yang salah".Marah Rin seraya mencebikkan bibirnya.

"Ah ah.Aku dah cakap kan.Jangan cebikkan bibir tu.Kan melekat dengan bibir aku nanti.Baru kau tahu".Ugut Izz yang sengaja mahu menukar topik yang di marah Rin itu.

Rin terus tidak mencebikkan bibirnya sewaktu mendengar ugutan daripada Izz.Dia mengelap tangannya dengan tisu dan mahu beredar dari situ tetapi lengannya sempat di tangkap oleh Izz.

"Nak gi mana??".Tanya Izz yang sudah dapat agak yang Rin pasti akan pergi dari situ dengan segera.

"Nak keluar.Amik angin".Jawab Rin.

"Nak ikut~~~~~~".Kata Izz yang mula menggedik itu.

Rin melepaskan pegangan Izz lalu berlari sepantas yang mungkin kerna pipinya mula membahang malu.

"Oh ajak main kejar-kejar eh??Okay".Ujar Izz perlahan sambil mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Rin.

Rin memakai kasutnya dan berlari pergi ke belakang Villa milik Izz.Pinggiran pantai dituju oleh Rin dan sempat juga dia menikmati ciptaan ALLAH itu.Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin dan dihembuskannya perlahan.Hilang rasa pedih di hatinya ketika itu.

"Warghhhhhhh".Izz mengejutkan Rin daripada belakang.

Terlatah Rin dibuatnya dan jelingan tajam dihadiahkan kepada Izz.

"Janganlah jeling macam tu.Seram pulak aku.Aku gurau je.Jangan la marah".Pujuk Izz yang menepuk-nepuk lembut bahu kanan Rin.

"Tak nak kawan la dengan kau".Marah Rin lalu menjauhkan dirinya dengan Izz tetapi tetap diikut rapat oleh Izz.

"Janganlah marah.Den bergurau ajo.Senyumlah.Hilang cantik kau tu bila muka masam".Izz masih memujuk gadis itu.

"Blah la.Go away".Marah Rin.

"Okay let's go".Kata Izz yang menarik lengan Rin lalu mencempungnya.

"Wei turunkan aku!!".Arah Rin sambil memandang sekelilingnya.Mujur tiada sesiapa berdekatan dengan mereka.

"Nope.Aku akan buatkan kau tersenyum".Ujar Izz yang mendekatkan jaraknya dengan air pantai itu.

"Wei Izz jangan Izz.Aku sayang kau please wei please".Minta Rin yang sudah tahu apa akan dilakukan oleh Izz kepadanya.

"Ohh baru sekarang nak sayang aku.Nah amik ni".Cakap Izz lalu mencampak Rin ke dalam air.Izz juga turut serta masuk ke dalam air dan mendekati Rin.

"Eeee Izzz!!!!Aku tak bawak baju lebih tau!!!!!".Marah Rin sambil membuat percikan air ke arah Izz.

"Wei wei wei wei wei stop weii stopp!!!!".Arah Izz yang sedang menutup mukanya .

"Padan muka kau.Suka sangat kenakan aku".Kata Rin yang masih menepuk-nepuk permukaan air itu.

Izz cuba mengelak percikan air Rin dan dia juga membalas perbuatan yang sama kepada Rin.Kedua-dua mereka tertawa riang dan Rin tersenyum melihat wajah Izz yang penuh dengan kegembiraan dan.....

"Izz....Izz..Aku teringat sesuatu".Rin bersuara dengan matanya yang membutang itu.

"Ape??Kau teringat ape??".Soal Izz yang masih tersenyum.

"Aku tak reti berenang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!".Rin berkata sedemikian lalu tenggelam ke dalam air.

Izz yang mendengar kata-kata Rin terkejut dan baru teringat yang gadis itu tidak pandai berenang.Izz berenang mendapatkan Rin yang dia juga baru perasan yang mereka semakin menjauhi pinggiran pantai.

Kini,Rin berada di dalam dakapan Izz.Di bawa gadis itu ke villanya dengan segera.Dia baru mahu bersweet dengan gadis itu.Namun dia terlupa akan gadis yang tidak pandai berenang itu.Mak Milah dan Wak Man yang berada di belakang villa terkejut melihat Izz yang mencempung Rin itu.Tuala-tuala yang tersidai di ampaian di ambil oleh Mak Milah dan menutup badan Izz juga Rin yang basah itu.

"Ya ALLAH.Tengku ape dah terjadi ni???".Tanya Wak Man yang melihat Izz yang sedang membaringkan Rin di atas katil.

"Tengku kenapa dengan Rin ni Tengku??".Soal Mak Milah yang sedang mengelap muka Rin.

Izz pun meceritakan perkara yang terjadi sewaktu di pantai tadi kepada Mak Milah dan Wak Man yang penuh dengan tanda tanya itu.

"Aduhh Tengku ni.Macam mane lah Tengku boleh lupa".Kata Mak Milah yang menggelengkan kepalanya.

"Saya betul-betul terlupa tadi..ALLAHUAKBAR macam mane ni???".Tutur Izz yang mula tidak keruan itu.

"Macam ni,kalau Rin tak sedar lagi 10-20 minit,kita bawak dia pergi hospital.Itu pun kalau dia masih tidak sedar".Cadang Wak Man yang turut risau akan keadaan Rin.

"Ahhh..Ehhhhhh??Owhhh...Tak pe tak pe.Tak payahlah bawa Rin pergi ke hospital.Mak Milah tengok-tengokkan Rin kat sini.Tengku boleh tak pinjamkan pakaian untuk Rin.Abangnya pula tolong ambilkan tudung saya kat dalam bilik".Ucap Mak Milah.

"Okay saya pergi amik sekarang".Balas Izz yang serentak keluar daripada bilik itu bersama-sama Wak Man.

"Owwww".Mak Milah mencubit lengan Rin.

"Aduh aduh.Sakitlah Mak Milah".Rin mengadu kesakitan ketika lengannya dicubit oleh Mak Milah.

"Kamu ni,orang risaukan kamu tau".Ujar Mak Milah yang sudah tahu Rin telah menyedarkan dirinya.Kerna itulah dia menolak cadangan Wak Man tadi.

"Ehehehe sorrylah Mak Milah saya saje je nak ajar Tengku tu.Biar padan muka dia".Jawab Rin yang tertawa kecil itu.

"Kamu ni kan.....Eh eh.Tengku dan Wak Man dah sampai tutup mata".Suruh Mak Milah dan Rin segera menutup rapat matanya.

"Nah Mak Milah.Ini baju dengan seluar saya".Izz menghulurkan pakaiannya kepada Mak Milah.

"Terima kasih.Ahhh Tengku??Kotak ape yang Tengku pegang tu??".Soal Mak Milah.

"Ermmm..Ini pakaian dalam Rin.Ahhh nah nah nah".Izz memberikan kotak itu dengan pipi yang mula berona merah.

"Nah Milah.Ini tudungnya".Wak Man juga turut memberikan tudung seperti yang diminta oleh Mak Milah.

"Okay".Jawab Mak Milah ringkas.

"Ahhh boleh tak kalau abang dan Tengku keluar dulu.Saya nak tolong tukarkan pakaian Rin ni??".Kata Mak Milah.

"Baiklah".Jawab Wak Man yang segera keluar daripada bilik itu.

"Saya tak boleh duduk sini ke??".Soal Izz yang semakin risau akan Rin.

"Aih Tengku.Tengku perempuan ke??".Tanya Mak Milah kepada majikannya yang dia tahu,pasti majikannya itu sungguh berasa risau.

"Okay okay.Saya keluar".Izz terus keluar daripada bilik itu dengan rasa serba salah.

Pintu bilik tersebut dikunci oleh Mak Milah.Rin membuka matanya dan menunjukkan ibu jarinya kepada Mak Milah.Mak Milah hanya menggelengkan kepalanya dengan karenah dua anak muda itu.Sementara Izz pula asyik bermundar-mandir di luar pintu bilik Rin.Hatinya tidak tenang memikirkan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Rin.Dia menyalahkan dirinya yang berniat ingin menggembirakan hati gadis itu tetapi dia tidak jangka pula yang ianya akan berakhir dengan kedukaan.

Mak Milah menggantikan cadar yang basah itu dengan cadar yang baru supaya Rin selesa pabila baring di atasnya.Mak Milah memandang meja di sisi katil tatkala bunyi getaran.Telefon milik Rin yang bergetar dan menunjukkan bahawa ada seseorang yang menghantar mesej kepadanya.Mak Milah mencapai telefon itu dan pesanan ringkas daripada "Hairi" membuatkan dia tertanya-tanya.Siapakah gerangan lelaki yang menghantar mesej itu.

Pintu bilik air terbuka,cepat-cepat Mak Milah meletakkan telefon Rin semula di atas meja.

"Mak Milah boleh tak kejap lagi tolong panggilkan Izz bila Rin dah siap pakai baju semua".Kata Rin bernada perlahan.

Mak Milah pula tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

~~~~~~~~

"Clack".

Izz memusingkan tubunya pabila mendengar bunyi pintu dibuka.Wajah Mak Milah mula menyapa dirinya.

"Tengku.Rin dah sedar.Tengku masuklah".Ujar Mak Milah dengan senyuman.

"ALHAMDULILLAH".Izz bersyukur kepada Ilahi dan masuk ke dalam bilik itu tanpa bertanya tentang Rin kepada Mak Milah.

Wajah cantik itu tersenyum melihat Izz yang berada di dalam bilik itu.Izz berasa sangat lega memandang gadis yang sedang duduk itu.Semakin dia mendekatkan dirinya dengan Rin.

"Hai.................Izz????".Sapa Rin yang terkejut...

Terkejut kerana dirinya dipeluk kemas oleh Izz.

"Please.Jangan tinggalkan aku lagi Aku takut..Aku takut kehilangan kau.Please".Luah Izz yang membuatkan Rin tersenyum manakala air mata Izz pula mula berkaca kerana amat bersyukur bahawa gadis itu telah sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience