Bab 63

Romance Series 30286

"Sebenarnya saya cintakan awak".Luah Nadz yang tidak dapat pendam lagi perasaan yang telah dirasainya selama ini.

Terbeliak mata Rin yang mendengar luahan yang tidak dijangkakan olehnya.Nadz merenung wajah Rin dengan penuh harapan.Dia sungguh berharap agar Rin memberikan jawapan yang membuatkan dia tersenyum dan gembira.

"Ahhh ape Nadz???".Rin tidak percaya dengan apa yang telah didengarnya.

"Saya sukakan awak..Saya cintakan awak Rin..Saya dah lama pendam perasaan ni pada awak".Luah Nadz daripada lubuk hatinya.

Rin terdiam untuk beberapa detik kerana dia sungguh tidak menjangkakan yang Nadz akan mengatakan sesuatu yang sangat buat dia terkejut.Selepas itu,bibirnya terbentuk segaris senyuman sambil memandang wajah Nadz yang menunjukkan warna kemerahan pada pipinya.

"So??Rin..Awak rasa??".Tanya Nadz yang masih menunggu jawapan daripada Rin.

"Ermmm..Awak nak saya cakap ape??".Soal Rin yang buat Nadz tertunduk kepala.

"Saya cuma harap yang awak...Awak..Rasa apa yang saya rasa".Balas Nadz seraya menguis-nguis tanah dengan kakinya.

"Macam mana kalau saya cakap...Saya pun sukakan awak???".Tutur Rin.

"Hah??".Nadz terkejut mendengar kata Rin lalu mengangkat kepalanya untuk memandang tepat muka Rin.

"Saya sukakan awak".Ujar Rin sekali lagi dengan mengadiahkan senyuman juga untuk Nadz.

"Seriously??".Tanya Nadz yang sungguh gembira itu.

"Yup".Jawab Rin sambil menganggukkan kepalanya.

~~~~~~

"Assalamualaikum".Rin memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Waalaikumusalam".Jawab Khai yang sedang duduk seraya mempamerkan riak wajah yang masam.

"Uit!!Asal muka masam semacam je tu..Gaduh dengan Amir ke??".Tanya Rin yang baru pulang itu.

"Tak ade pape tapi aku nak cakap dengan kau sikit..Kau pergi mandi and solat dulu. Lepas tu baru kita borak".Balas Khai dengan riak wajah yang masih sama.

Rin menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu yang wajib dilakukan untuk semua manusia yang beragama Islam di muka bumi ini.

25 minit kemudian,Rin melangkahkan kakinya ke ruang dapur untuk mengambil sebiji epal lalu duduk di atas sofa bersebelahan dengan teman serumahnya.

"Nak cakap ape??".Soal Rin yang terasa Khai mahu memberitahu sesuatu yang penting kepadanya.

"Kau buat ape dekat tasik dengan Nadz tadi??".Tanya Khai yang ternampak mereka berdua ketika dia sedang berjalan berdua dengan Amir di sekitar tasik.

"Berborak..Amik gambar..Kenapa??".Bicara Rin yang tertanya-tanya di dalam fikirannya tentang bagaimana Khai boleh tahu mengenai dia dan Nadz.

"Borak ape??".Soal Khai yang mula serius.

"Borak kosong".Jawab Rin bersahaja.

"Sorry lah..Tapi aku terdengar perbualan korang berdua and seriously Rin??Kenapa kau cakap macam tu??".Tanya Khai yang tidak faham dengan apa yang telah dikatakan oleh Rin kepada Nadz.

"Hah??Kata ape??".Soal Rin.

"Yang kau kata kau suka Nadz..Kau betul betul suka Nadz ke?".Tanya Khai yang ingin tahu isi hati Rin.

"Iya aku suka dia..Why??".Rin keliru dengan kata-kata Khai.

"Kau faham tak beza suka dengan cinta??Rin tadi kau cakap yang kau suka..Ada beza tau dua benda ni".Kata Khai yang pasti kawannya tidak tahu perbezaan antara dua perkataan itu.

Rin berdiam diri dengan mata yang dikelipkan beberapa kali semasa memandang Khai.Teman serumahnya itu menggelengkan kepalanya lalu menyekeh kepala Rin.

"Kau ni Rin,kau tahu tak yang kau bagi harapan dekat Nadz tu..Ke kau memang cintakan dia ni?Aku sendiri keliru,apatah lagi kau".Bicara Khai.

"Mungkin aku cintakan dia sebab aku ada satu perasaan yang lain sikit bila dengan dia berbanding perasaan aku bila dengan lelaki lain".Jelas Rin yang cuba memahami perasaannya sendiri.

"Rin,macam ni lah...Aku tak tahu apa yang kau rasa bila dengan dia sebab kau sorang je boleh rasa benda tu..Aku harap kau jangan salah langkah je dan aku juga harap yang kau cakap macam tu bukan untuk sedapkan hati dia je..Ingat Rin,ni bab hati orang tau,jangan main-main..Boleh lain jadinya nanti".Nasihat Khai yang mahukan terbaik untuk sahabatnya.

"Hah satu lagi..Tanya hati kau..Siapa sebenarnya yang ada dalam tu..Aku yakin yang ada sorang je kat dalam tu..Tak ade orang lain".Tutur Khai lalu menepuk bahu Rin dengan lembut.

"Siapa yang aku suka??Bukan Nadz ke??Jantung aku berdegup laju bila dengan dia..Ke aku salah faham dengan diri aku sendiri??Aihh...Diri sendiri confuse".Telah Rin di dalam hati.

"Relax Rin kumbang bukan sekor..Banyak kat sekeliling kau..Cuma kau je kena pandai pilih..Tapi kau kena tahu yang ada sekor kumbang ni paling annoying..Pandai-pandai la kau teka siapa kumbangnya".Tambah Khai lalu tersengih ketika teringat akan kapten bola keranjang di universitinya.

"Kumbang yang annoying??Siapa??".Fikir Rin yang mula blur.

-----------------

"Puan Yati tak ada bagi apa-apa tugasan kan semalam??".Soal Khai kepada Rin.

"Tak ada".Balas Rin dengan yakin.

"Hari ni Tengku tak ada pulak tumpangkan kau..Kenapa??".Tanya Khai yang tidak nampak Izz di sekitar tempat kediamannya.

"Entah..Aku whatsapp,mesej or call semua tak jawab..Maybe dia tak datang kot".Agak Rin yang juga tidak tahu mengapa dengan Izz.

"Ahhh by the way kan Rin,apahal semua orang pandang kita semacam??".Soal Khai yang sedang memandang pelajar-pelajar yang berdekatan dengan mereka berdua.

"Mana ada diaorang pandang..Kau ni..Perasan je lebih".Tutur Rin yang merasakan bukan mereka yang dipandang oleh pelajar-pelajar di situ.

"Huishh..Betullah diaorang pandang kita..Diaorang tunjuk-tunjuk ke arah kita lagi tadi ni".Bisik Khai seraya memegang lengan Rin.

"Hurm??Ada apa-apa tak kena ke dengan kita hari ni??".Bicara Rin dengan melihat pakaian yang sedang dipakai oleh mereka berdua.

"RIN!!!!!!RIN!!!!".Jerit seseorang dari belakang mereka.

"Hah ye??Kenapa ni Aleen??Apahal kau gelabah semacam je ni??".Soal Rin yang melihat dahi Aleen berpeluh itu.

"Kau..Haahhhhh..Kau..Haaaaahhhhh..Jap jap aku penat".Kata Aleen yang kepenatan kerana mengejar Rin dan Khai yang baru tiba universiti.

"Okay take a deep breathe then cerita kat kitaorang pasal apa yang kau nak cakap".Ujar Khai yang menolong Aleen mengelap peluh di dahi kawannya itu.

"Korang tak baca any news ke kat dalam apps U kita ni??".Tanya Aleen.

"News??Pasal apa pulak??".Soal Rin yang tidak membuka apps yang dimaksudkan oleh Aleen sebelum dia datang ke tempat pengajiannya.

"Pasal Rin".Balas Aleen yang sedang membuka apps universitinya untuk menunjukkannya kepada Rin dan Khai.

"Hah pasal aku??".Rin terkejut mendengar kata-kata Aleen.

"Rin!!!!!!Khaiii!!!".Jerit Linda dan Afra yang diikuti dengan Qiesyah dan Syifa di belakang mereka.

"Ye saya..Awat aku popular semacam hari ni??".Soal Rin kepada kawan-kawannya.

"Eh kejap..Rin..Pasal semalam ke??".Khai bersuara dengan bernada perlahan di telinga kanan Rin.

"Uish..Tak kan pasal semalam. MUSTAHIL".Balas Rin di telinga rakannya yang dilitupi dengan tudung bawal itu.

"Rin sejak bila kau dengan dia ni??".Tanya Qiesyah yang sangat terkejut setelah membaca artikel yang ditulis oleh Lin.

"Kenapa kau tak pernah cerita pon pasal dia dengan kitaorang".Soal Afra pula.

"Macam mana kau boleh kenal dia ni??".Linda juga turut menanyakan soalan kepada Rin.

"Okay chill korang..Aku dengan dia kawan rapat je..Kitaorang tak ade anything yang special pon".Rin menidakkan artikel yang tertulis di dalam apps universitinya.

"Serius ah??Habis apasal aku bukak twitter ada gambar kau dengan dia?Bukan satu dua gambar tapi banyak tau".Beritahu Syifa.

"Gambar aku dengan dia??Lan ni terror betul dapat gambar aku dengan dia".Rin terasa mahu sahaja menumbuk muka Lin dan Lan apabila mengetahui perkara itu.

"Ini bukan Lan yang amik gambar..Ini orang lain yang amik..Nah kau tengok and baca sendiri".Ujar Aleen sambil menghulurkan telefon pintarnya kepada Rin.

Rin mengambil telefon pintar yang dimiliki oleh Aleen dengan hati yang panas dan sakit.Satu persatu perkataan dibacanya dan melihat gambar-gambar yang dipaparkan di dalam artikel tersebut.Betapa terkejutnya dia tatkala membaca penulisan itu dan tanpa disedari tangannya juga menggigil.Matanya juga mula berair dan berwarna kemerahan seperti ada pasir masuk ke dalam matanya.Lidahnya kelu kerana dia sangat terperanjat sehingga tidak mampu berkata apa-apa walaupun kawan-kawannya masih mengajukan soalan kepadanya.

Gadis yang menjadi perbualan warga di universiti itu mengambil telefon pintarnya di dalam beg tangannya dan membuka beberapa media sosialnya.Gosip dan cerita tentangnya juga memenuhi ruangan media-media sosial itu.

"Rin?!".Panggil Khai yang sudah membaca gosip tentang Rin dan dia juga tidak sangka perkara itu yang sedang dibualkan oleh pelajar-pelajar di situ.

Kaki Rin tiba-tiba lemah lalu dia terduduk di atas lantai yang berbatu alam itu.Kepalanya digelengkan beberapa kali,lantai yang tidak bersalah itu menjadi tempat dia melepaskan tumbukannya.Khai dan Linda menghentikan kelakuan kawannya yang mereka sendiri tidak pernah lihat Rin seperti itu sebelum ini.

"Rin sabar Rin sabar..".Khai cuba menenangkan Rin.

"Benda ni buat aku bertambah benci pada dia..Apa-apa pon aku nak pergi cari Lin dan Lan dulu".Kata Rin lalu melangkahkan kakinya dengan laju untuk mencari pasangan kembar itu.

"Eh Rin!!Rin".Laung Aleen yang memandang kawannya berlari tanpa membawa beg tangannya.

"Macam mana benda ni boleh tersebar sedangkan tak ramai yang tahu".Soal Khai yang mengetahui tentang perkara yang dirahsiakan Rin selama ini.

"Maknanya kau tahu la Khai pasal ni??Sejak bila diaorang ada hubungan??".Tanya Qiesyah yang sedang gusar memikirkan situasi yang akan dihadapi oleh Rin.

"Baru jugak la..Tak lama sangat pon".Jawab Khai yang masih memikirkan dalang di sebalik perkara yang sedang berlaku ini.

"Kau kena cerita kat kitaorang dari A sampai Z,barulah kitaorang faham".Bicara Afra yang langsung tidak memahami situasi kini.

"Bukan aku tak nak cerita tapi aku rasa...Lagi bagus kalau Rin yang cerita semua ni..".Balas Khai yang tidak mahu berkongsi rahsia di antara dia dengan Rin sebab dia risau jika dia menceritakan perkara yang salah kepada rakan sekelasnya.

"Ini mesti dia yang bukak cerita..Tak masuk akal kalau family Rin yang sebarkan benda ni".Fikir Khai yang sudah dapat mengagak punca berita ini tersebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience