Bab 16

Romance Series 30286

"Tut tut...tut tut".

Aku tersedar dari tidur yang lena pabila aku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon.Aku meraba-raba mencari telefonku kerana mataku masih lagi tidak jelas disebabkan kesan daripada bangun tidur.Ye lah baru bangun tidur kan.Mata taklah jelas macam biasa.

Tertera nama Abg Ekh di paparan skrin,terus aku menjawab panggilannya.

"Hello Assalamualaikum".Salam diberi oleh pemanggil.

"Hurm..waalaikumusalam".Balasku dengan suara yang serak-serak basah.

"Adik tidur ke?".Soal Abang Ekh.

Abang Ekh ialah abang sulungku yang sedang berkerja dengan ayahku.Dia seorang yang sangat baik even though dia selalu cari gaduh dengan aku.Annoying den dengan dia tu.Dia masih lagi berstatus bujang.Sudah ramai wanita yang dipilih oleh ibuku untuk menjadi pasangan hidup abang Ekh.Namun ditolaknya segala pilihan itu dan setiap kali dia pergi dating bersama perempuan pilihan ibuku itu,dia pasti akan membawaku sekali.

Tujuannya membawa aku adalah untuk menyakitkan hati perempuan itu atau untuk perempuan itu memberi komen tentang abang Ekh yang negatif kepada mama supaya tidak menerima dia.Sememangnya mama akan mula berleter dengan tindakan abang Ekh yang seperti budak-budak itu.Aku yang tiada kena mengena dengan status abang Ekh ini juga menjadi mangsa leteran mama.Sampai sekarang,aku tidak tahu siapa yang bertakhta di hatinya.Walaupun ada la beberapa kali yang aku perasan abang Ekh tersenyum-senyum melihat paparan skrin telefonnya.Bila ditanya kenapa tersenyum-senyum seperti itu,pasti pipi aku menjadi mangsa cubitan.Abang Ekh kalau bab mencubit memang sakit sampai terasa sakit juga di hati ini

"Aah bang.Kenapa eh call adik pagi-pagi ni?".Soalku seraya memandang jam yang menunjukkan pukul 3 pagi itu.

"Tak ade ape.Saje je nak call adik.Terasa rindu la pulak".Balas abang Ekh.

"Laa bang.Jangan nak menipu,ni mesti abang nak cakap something tapi abang malu kan?Laa cerita je la.Kitakan selalu share story".Kataku yang sudah masak sangat dengan perangai abang Ekh yang amat suka berahsia dan berdolak-dalih itu.

"Ahh macam ni.Ada sorang perempuan ni dia PA abang dekat tempat kerja,dia cantik,lawa,baik,ayu memang bagus la dia tu".Terang abang Ekh.

"Oh okay dia cantik,lawa dan sebagainya but apa sebenarnya yang abang cuba sampaikan ni?".Tanyaku seraya menguap.

"Aaaa..Abang tak tahu kenapa.Masa dia tak datang office,abang tercari-cari dia macam orang hilang arah.Lepas tu,masa dia berborak atau berjalan dengan lelaki lain,abang tiba-tiba rasa marah sangat.Abang pelik juga kenapa abang rasa macam tu sebab sebelum ini,mana lah abang pernah rasa jantung berdegup laju sampai macam tu sekali.Risau juga abang".Jelas abang Ekh.

"Oh macam itu ceritanya Ok la abang kita pendekkan cerita ye.Abang ni sebenarnya sudah jatuh cinta".Jawabku selamba seraya menguap untuk kali ke berapa entah.

"Cinta?No.It's really impossible.Tak akan la abang jatuh cinta dengan PA sendiri kot".Bantah abang Ekh.

"Abang.Sudah terang lagi bersuluh.Apa yang abang cakap tadi,sangat meyakinkan Rin untuk menyatakan abang sudah dilamun cinta.Cuma abang saje yang masih belum sedar akan kedatangan cinta itu".Ujarku yang ingin menegakkan kata-kataku sendiri.

"Tapi Rin..".Ayat abang Ekh tergantung dek kerana aku..

"Ya udah.Pokoknya abang memang sudah jatuh cinta.Kalo loh enggak percaya.Ya udah terserah aja pada loh.Hati loh bukannya hati gue.Okay gue mahu tidur,esok gue harus pergi ke kolej kerna esok gue ada majlis yang perlu diurusin.Lebih baik abang pergi solat istikarah.Itukan lebih baik.Bye-bye bang.Selamat malam.Assalamualaikum".Tuturku dengan berkata seperti orang Indonesia iaitu negara jiran kita.

Aku memutuskan panggilan dengan sepantas kilat seusai sahaja aku memberi salam kepada abang Ekh.Selepas itu,aku kembali membuai mimpi yang lena.

~~~~~

Suasana di bengkel amat riuh di pagi hari kerna hari ini adalah hari yang penting untuk kolej aku.Sambutan untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan bergraduasi pada hari ini akan diadakan beberapa jam lagi.

Aku dan beberapa rakanku yang lain sedang sibuk menyediakan makanan .Ada di antara kami sedang menyediakan makanan untuk tetamu dan ada juga yang sedang menyediakan makanan untuk dijual di gerai jualan kami.Kami akan menghidangkan pelbagai jenis dessert untuk para tetamu VIP.

Kini,keadaan bengkel tidak lagi seperti dahulu yang penuh dengan gelak tawa kerana kami lebih serius dan teliti pabila mula memasak untuk majlis-majlis yang penting.Kami berusaha sebaik yang mungkin untuk bertindak profesional ketika memasak.Memasak bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan terutamanya pabila memasak untuk orang sekeliling.

Mengapa aku berkata begitu?Sebab jika makanan itu tidak disediakan dengan cara atau menggunakan bahan yang betul,berkemungkinan orang yang akan menikmatinya bakal ditimpa kesan yang negatif dan semestinya perkara ini akan memberi impak yang negatif juga kepada kita yang menyediakannya.

"Rin cream puff untuk jual dah siap ke?".Soal Tira kepadaku.

"Belum.Puff tengah bakar ada lagi 3 minit je.Filling custard kitaorang dah buat tinggal nak piping je ni".Jawabku.

"Okay cun.Nanti panggil aku kalau dah siap".Ujar Tira.

Aku menunjukkan signal "ok" pada Tira menggunakan jariku.

Tira,Piqah dan Yus ditugaskan untuk menjadi runner.Jadi mereka mestilah menghantar makanan yang telah di masak ke gerai sebelum pelanggan mula mengerumuni gerai kami.

"Ting"

Oven berbunyi menandakan puff telah siap dibakar.Dengan pantas aku menyarungkan tanganku dengan glove dan mengambil dulang yang penuh dengan puff itu.Aku dan Afifah menyusun ke semua puff itu di atas redai untuk menyejukkannya.

Pabila puff sudah sejuk,kami memasukkan filling custard ke dalamnya dan memberikannya kepada Tira untuk dipek.

Beberapa minit kemudian,siap juga tugas kami menyediakan cream puff.Tira terus menghantar ke semua cream puff itu sebaik sahaja dipek olehnya.

Aku dan Afifah beralih ke meja lain yang masih belum menyiapkan makanan mereka.Kami membantu Aqiel dan Syifa yang sedang menyediakan Panna Cotta.

Masa semakin mencemburui kami,jadi kami harus mempercepatkan pergerakan kami supaya dapat menyiapkan semua hidangan mengikut masa yang telah di tetapkan.

Sejam telah berlalu,kami menghela nafas lega kerna berjaya menyiapkan kesemua hidangan yang telah ditetapkan.Puan Diana menepuk tangannya tanda berpuas hati dan berasa bangga dengan kesungguhan dan kegigihan kami yang mula terasa letih.Tetapi bagi kami,ianya letih yang penuh bermakna.

Kini tugas Tira,Piqah dan Yus untuk menghantar ke semua hidangan itu pula.Puan Diana memberi kami masa untuk berehat sementara menunggu arahan yang lain pula.

Aku pergi ke tandas untuk mencuci mukaku agar mukaku kembali cergas dan semangat.Selepas aku mencuci muka,aku melangkah semula ke bengkel.Semasa aku mahu berjalan ke arah kanan,lenganku ditarik dan aku dibawa oleh seseorang yang aku sendiri tidak tahu siapa kerna mukanya ditutup dengan topeng berwarna putih.Dah macam encik mimpi pula aku tengok.

Aku berasa takut dan gusar.Entah siapakah manusia yang menarikku ini.Sememangnya dia ialah lelaki kerna dia tidak memakai tudung dan badannya agak tegap.Setelah mengumpul kekuatan,aku menarik lenganku kasar dan mahu menjerit meminta pertolongan.Di bawah pokok,aku dan dia berhenti di situ.

"Siapa kau?Kau nak ape daripada aku?".Nada aku tinggikan.Air mataku mula bergenang.

Namun,tiada sebarang respon oleh lelaki itu.

"Asal kau bawak aku ke sini?Kau ni siapa?".Soal aku lagi.

"Serahkan segala duit atau barang berharga yang kau ada sekarang!".Kata dia.

Dengan perasaan yang takut,aku menyeluk poketku dan mengeluarkan telefon Samsung milikku yang ada di poketku dan dompet aku pula berada di dalam tas tangan aku.Justeru,aku berikan telefonku kepadanya.Pantas sahaja dia mengambil telefon itu daripada tanganku.Dia menyentuh paparan skrin telefon dan mendekatkan dirinya dengan aku.Sementara aku pula semakin menjauhkan diriku daripada dia.

"Wei!!Berhenti.Kau jangan bergerak langsung".Ujar dia dengan nada yang tinggi.

Serta-merta aku menghentikan langkahku.Aku tidak tahu apa yang dia cuba lakukan kepada diriku.

"Click".

Aku terdengar bunyi camera diklik.Menandakan ada orang sedang mengambil gambar.Lelaki itu aku pandang,aku mengerutkan dahiku kerana hairan dengan perbuatan dia yang asyik mengambil gambar aku.

"Dia ni dah kenapa?Ambil gambar banyak-banyak sebab nak santau aku ke?".Tanya aku sendiri.

Tiba-tiba tubuh dia mendekati aku,badannya mula merapati tubuhku.Bahuku dan bahunya bersentuhan.

"Selfie".Ujar dia.

Aku menuruti sahaja katanya lalu memandang paparan skrin telefonku.Topeng di mukanya dibuka ketika kamera berdetik untuk mengambil gambar kami berdua.Wajahku dipandang dia manakala aku hanya memandang sahaja paparan skrin telefonku.

5,4,3,2,1 "Click".

Gambar kami telah di ambil,aku terkejut pabila melihat wajah sebenar di sebalik topeng itu.Dia memandang aku sambil tersengih dan mata dia juga dikenyitkan kepadaku.

"Blah la.Tak ada kerja eh?".Marahku padanya.

"Tak.Memang tak ada kerja pun".Kali ini senyuman pula terukir di wajahnya.

"Tak nak kawan".Ucapku yang berasa bengang itu.

"Kalau awak tak nak kawan dengan saya,tak ape tapi saya nak jadi peneman hidup awak".Tutur Nadz romantis.

Yup Nadz la orang yang memakai topeng tadi.Rin ada terfikir kalaulah orang itu bukan Nadz,memang dia sepak je orang itu tanpa belas kasihan tetapi orang itu ialah Nadz jadi dia tidak mampu berbuat apa-apa pada lelaki itu kerna dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak membelasah lelaki itu.

"Dah la menyampah dengan awak.Saya takut tahu tak?".Kataku.

"Alololo marah pula dia ni.Jangan la marah".Pujuk Nadz.

"Tak merajuk.Geram tahu tak.Lain kali jangan buat macam tu lagi.Seriously saya tak suka".Marah aku.

"Baiklah..saya Nadzmirul Adam Bakri berjanji akan tidak menyakat Rin seperti itu lagi.Saya juga berjanji akan sentiasa menghiburkan hati Rin pada setiap masa kita bertemu".Janji Nadz seraya mengangkat tangannya seperti berikrar.

"Hurm suka hati awak la.Ah kenapa awak pakai topeng ni?".Tanya aku yang mencurigai cara pemakaian Nadz yang tidak pernah ku lihat sebelum ini.

"Erm saje.Nak try benda baru".Ujar Nadz.

Ketika itu,Nadz teringat akan sesuatu kejadian.Semalam dia bertemu dengan Izz sewaktu perjalanan pulang ke rumahnya.

~~~

Izz memberhentikan keretenya di hadapan Nadz yang sedang menunggang motorbike itu.Nyaris-nyaris Nadz melanggar tiang lampu jalan raya akibat tindakan daripada Izz yang secara tiba-tiba itu.Dia bernasib baik kerna dia mampu mengawal keseimbangan motorbikenya dengan baik.Izz keluar dari perut kereta,terus menuju ke arah Nadz yang masih dalam keadaan terkejut itu.

"Hurm.Ape masalah kau?".Tanya Izz sambil mengerutkan dahinya.

"Apa masalah apa?".Soal Nadz seraya membuka topi keledar.

"Aku dah cakap kan.Jangan dekatkan diri kau dengan Rin.Kau tak faham bahasa ke?".Tengking Izz.

"Tak sekarang ni.Ape hak kau nak tentukan aku tak boleh dekati Rin.Itu hak aku nak rapat dengan siapa.You just mind your own business".Balas Nadz yang sudah hilang sabar dengan perangai Izz itu.

"Arghh apa nak jadi,jadilah.Yang penting,aku tak suka kau rapat dengan Rin".Jawab Izz yang hatinya mula terasa panas.

"Okay sebelum tu,kau kenapa Izz?Kenapa kau jadi macam ni?Sebelum ni kau okey je dengan aku.Apa yang aku buat dekat kau sampai kau bersikap seperti ini dengan aku?".Tanya Nadz.Hatinya berasa pedih dan perit sekali dengan rakannya yang bersikap dingin dengan dirinya itu.

"Hurm.Kau sepatutnya sedar dari dulu lagi akan kesilapan yang telah kau buat pada aku.Bukannya sekarang baru kau nak tanya".Tutur Izz.

"Macam mana aku nak tahu apa yang aku buat salah pada kau kalau kau sendiri tak bagitahu pada aku tentang apa yang aku dah buat pada kau.Benda aku rasa kita boleh bincang bro.".Bicara Nadz yang masih cuba memancing Izz untuk memberitahu segalanya.

"Lantak la.Yang penting..Jangan dekatkan diri kau dengan Rin lagi.Aku tak suka".Kata Izz seraya memusingkan badannya lalu melangkahkan kakinya ke keretanya.

"Nanti dulu Izz!!".Laung Nadz.

Izz memberhentikan langkahnya tatkala mendengar laungan Nadz itu.

"Sorry la Izz.Permintaan kau tu tak dapat aku tunaikan.Aku terlalu sayangkan dia jadi aku tak akan lepaskan dia macam tu je.Kau pon kenal aku luar dan dalam kan?yang aku tak akan lepaskan segala yang ada dalam genggaman aku macam tu je".Tutur Nadz dengan nada yang meleret.

Izz yang mendengar kata-kata Nadz itu terus menggelegak api kemarahannya.Seperti mahu saja dia menumbuk muka Nadz di situ tetapi dia juga berasa hairan.Dia tidak sampai hati untuk mencederakan Nadz walaupun dia berasa marah sangat dengan lelaki itu.

Dia menyambung langkahnya ke perut keretanya.Enjin kereta dihidupkan semula dan keretanya memasuki jalan raya.

"Why?Apa yang aku dah buat Izz?Izz kenapa dengan kau?".Soal Nadz perlahan.

~~~~
Kejadian itu juga menjadi salah satu sebab dia melakukan perkara yang memeranjatkan Rin itu.Walaupun plan yang sebenarnya,dia mahu mengambil gambar bersama Rin secara senyap-senyap tanpa sesiapa ketahui.

"Awak.Awak".

Tetapi apakan daya,dia masih musykil dengan sikap Izz yang berubah sangat drastik itu.Bermacam-macam perkara yang dia pikirkan tentang dia dan Izz tetapi dia masih tidak tahu sebab Izz bersikap sebegitu.Begitu rasa sedih dirinya.

"Awak".Panggil Rin sambil memetik jarinya di hadapan mata Nadz.

Nadz tersedar dari lamunannya,Rin yang berada di hadapan dia di tatapi dekat.

"Adakah Rin mampu membantu maslahat yang berlaku antara aku dengan Izz?".Soal Nadz di dalam hati.

"Awak kenapa?Kenapa awak diam?Awak merajuk ke?Bukan sepatutnya saya yang merajuk ke?".Ujar Rin yang penuh rasa hairan dengan Nadz.

"Ahaha.Tak ade lah.Mana ada saya merajuk.Saya terpikir sesuatu je".Cakap Nadz.

"Awak pikir ape?"Soal Rin lagi.

"Pikir pasal orang yang berada di hadapan saya ni".Seraya mengenyitkan matanya.

Serta-merta hati Rin mulai mencair dengan hanya mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Nadz itu.

"Merepek la awak ni.Btw awak tengah buat ape sebenarnya?".Tanya Rin seraya memandang tasik yang berada di sebelahnya.

"Amik gambar?Saya kan photographer.Awak tak tahu eh?".Balas Nadz.

"Oh ye ke?Maaflah saya tak tahu".Jawab Rin.

Mereka berdua berjalan seiringan ditemani kicauan burung yang sangat menenangkan hati.Burung-burung itu seperti memahami perasaan mereka berdua ketika itu.Di sudut nun jauh di sana,kelihatan seekor burung helang sedang terbang tinggi di angkasa.Rin sungguh meminati burung helang sejak dia kecil lagi.

Papanya juga berasa hairan dengan permintaan Rin sewaktu kecil iaitu mahu memelihara burung helang di rumahnya.Namun,permintaan itu tidak dapat ditunaikan akibat papa dan mamanya yang terlalu sibuk mengejar hal duniawi.Nasib baik abangnya ada,abangnya sering juga memberikan patung berupa burung helang setiap kali Rin tidak sihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience