TC 2 BAB 14

Romance Series 30286

“Hai bidadari… Jangan tepuk kuat sangat pipi tu.. Nanti kalau sakit macam mana?”. Kata Hairi seraya bersandar pada pintu.
Rin memusingkan badannya untuk memandang kea rah lain. Dia sudah dapat menebak yang wajahnya sudah bertukar ke rona merah semula, semakin laju juga dengupan jantungnya.

“Sayang.. Hei hei.. Pandanglah I.. Pandang dinding buat ape, pandang I kan lagi bagus.. I kan handsome arini… You bukan cair ke tengok air yang bertopi, berseluar pendek dan pakai baju warna sama macam baju you”. Sakat Hairi yang mendengar segala omelan Rin di dapur itu.

“Eeeeeeeee dia dengar apa yang I cakap… Eeeee eishhhhh sanalah”. Rin menolak Hairi yang semakin merapatinya.

“Sorrylah I tak sengaja dengar, you yang cakap kuat-kuat.. I dengar je.. Halah si comel ni janganlah malu macam tu.. Ingat saya tak malu dengar apa yang awak cakap tadi?”. Pipi Hairi membahang malu juga.

“Mana boleh dia dengar, dia tak boleh dengar… Tak aci.. Kenapa you tak bagitahu yang you dekat sini?”. Rin menumbuk perlahan lengan Hairi.

“Hahaha bagus apa kalau I dengar? I boleh tahu isi hati you… Kalau tak… I tak tahu pun apa yang you rasa”. Ujar Hairi yang menepuk lembut juga bahu Rin.

“Tapiiiii………… I maluuuuuu”.

“You… Buat ape nak malu bila kita jujur dengan perasaan sendiri?”. Hairi cuba menenangkan Rin.

“Agaknya macam nilah you rasa bila dengan I sebelum-sebelum ni”. Terkebil-kebil mata Hairi mendengar ayat yang keluar daripada mulut Rin.

“Yup tapi ada bezanya.. Bezanya masa tu bidadari yang dekat depan I ni langsung tak respon dengan apa yang I rasa.. Senyum pun tidak.. Apa yang I selalu nampak adalah marah dan air mata yang mengalir di pipi dia..Kadang-kadang ada jual mahal jugak.. Actually, perit juga hati ni bila tengok you endah tak endah je dengan I.. Sungguh pun macam tu, I tetap berusaha untuk mengejar cinta you.. I tak tahu yang betul atau tidak yang you ditakdirkan untuk menjadi jodoh I tapi I cakap dengan diri sendiri.. Betul atau tidak aku kena tunjukkan dekat dia yang aku tak main-main.. Yang aku serius dalam hubungan ni.. Aku serius untuk jadikan dia sebagai bidadari aku sampai akhir hayat aku.. Ermmm walaupun permulaan cara I untuk dapatkan you agak jahat dan melampau tapi tulah.. Manusia bila da dibutakan dengan rasa sayang, dia akan buat apa sahaja untuk dapatkannya..”. Luah Hairi lalu tersenyum manis melihat Rin yang memandang kedua-dua belah matanya.

“Alololo ciannya dia sebab cinta tak dibalas.. Okay I akan balas cinta you okay.. I akan pastikan yang you happy sayangkan perempuan comel ni”. Rin mencuit lengan Hairi.

“Macam mana kalau satu hari nanti, rasa sayang you pada I tiba-tiba hilang?”. Tanya Hairi yang mengambil tempat berdiri di sebelah Rin.

“Kenapa you tanya macam tu? You tak yakin dengan perasaan I dekat you ke?”. Rin menukarkan posisi tubuhnya ke hadapan pemuda yang berbaju biru itu.

“I cuma terfikir, mana tahu kalau dia muncul..You pergi dekat dia semula”. Entah bagaimana rasa risau muncul di dalam hatinya.

“Siapa? Siapa dia tu?”. Rin sudah mengerutkan dahinya.

“Izz”. Balas Hairi ringkas.

“Hah? Izz? Apa yang you cuba cakap sekarang ni?”.

“You sukakan Izz kan?……”.

“I used to love him but not anymore! How can you fikir sampai macam tu.. How could you”. Rin terasa bengang apabila nama Izz disebut oleh Hairi.

“Tak I cuma cakap je.. I tak bermaksud untuk buat you marah”. Hairi berasa serba salah dengan kata-katanya.

“You nak cakap yang I tipu la yang I sayangkan you ni? And I punya sayang ni fake?”.

“Bukan sayang.. Bukan tu yang I maksudkan.. Okay okay sorry.. I minta maaf I tak sengaja cakap macam tu.. I cuma takut hilang you je.. Please, I mintak maaf”. Hairi mengusap lembut kepala Rin.

“Dah… You tak percayakan I!! Huhhhh!! Leave me alone!” Rin menepis lengan Hairi yang mengusap kepalanya. Lantas dia berlari laju keluar dari rumah itu tanpa menoleh ke belakang.

Hairi terkaku seketika, dia merenung lantai rumah dengan fikiran yang kosong. Rasa serba salah semakin menusuk ke dalam hatinya.

“Apa aku cakap ni.. HAISHHH!”. Hairi berlari selaju yang dia mampu untuk mengejar Rin.

Tiba Hairi di luar rumah, dia tidak melihat sosok tubuh bidadarinya. Dia hanya melihat pengawal peribadinya yang sedang berjalan ke arahnya.

“Tuan muda, kenapa ni?”. Afzal sudah dapat menduga ada sesuatu yang tidak kena pada waktu itu.

“Nampak Rin tak?”. Hairi bernafas dengan laju.

“Tak”. Jawab Afzal dan Joyie serentak.

“Bukan puan muda dengan tuan muda ke tadi dekat dapur?”. Sewaktu Joyie ingin mengambil air mineral di dapur, dia ternampak mereka berdua. Untuk tidak menganggu pasangan yang sedang hangat membalas kasih sayang antara mereka, dia terpaksa menunda terlebih dahulu keinginannya untuk masuk ke ruang dapur.

“Ya dia memang dengan saya tadi tapi…… Dia da lari keluar”. Mata Hairi tidak berhenti melilau.

“Hah lari? Lari ke mana pulak?’” Afzal menggosok kepalanya yang tidak gatal.

“Kenapa pulak puan muda lari ni?”. Joyie juga tertanya-tanya.

“Adalah something terjadi tadi…. Ermm.. Ada sedikit salah faham tadi.. Puan muda marah lepas tu dia lari”. Hairi menjawab pertanyaan pengawal peribadinya dengan rasa gusar.

“Okay siapa yang menjadi punca kepada salah faham itu?”. Joyie cuba mengumpan Hairi untuk menjelaskan situasi sebenar.

“Saya………”.

“ADUHHHH TUAN MUDA NIIIIII”. Afzal dan Joyie mengeluh serentak.

“Okaylah macam ni, kita berpecah.. Joyie cari dekat belakang rumah, saya cari dekat dalam dua-dua rumah dan tuan muda pulak cari dekat depan rumah.. Kalau jumpa puan muda, terus call okay”. Cadang Afzal seraya menunjukkan jari telunjuknya ke arah tempat yang dia maksudkan.

Mereka bertiga berpecah dan menuju ke tempat yang telah diarahkan. Beberapa kali Hairi menepuk dahinya kerana dia sedar dia tidak patut menyebut nama lelaki yang pernah mengetuk pintu hati tunangnya. Jika dia tidak berkata sedemikian, pasti perkara ini tidak akan berlaku.

Joyie pergi ke pantai dan mendekati rakan-rakan puan mudanya.

“Korang!!! Korang semua nampak tak puan muda?”. Jerit Joyie.

“Rin? Bukan Rin dengan Hairi ke?”. Aleen berasa hairan dengan pertanyaan daripada Joyie.

“Tuan muda kata ada something jadi antara diaorang tadi dan puan muda merajuk.. Terus lari tinggalkan tuan muda”. Balas Joyie yang terasa mahu ketuk sahaja kepala tuan mudanya.

“Gaduh lagi ke diaorang ni.. Halahhhh baru je sweet-sweet..”. Nick menggelengkan kepalanya.

“Tak ada pulak nampak Rin.. Kalau dia pergi ke sini balik, mesti dia ada dekat sini… Tapi tak ada pulak.. Mungkin Rin dekat dalam kot”. Tebak Luthfia yang mengibas-ngibaskan seluarnya yang terlekat dengan pasir pantai.

“Hurmmmm… Kannn.. Aku pon tak perasan.. Tak pe lah, apa kata kita cari Rin”. Mazlin bersuara setelah mendengar perbualan mereka.

“Okay aku ikut”. Afifah ingin turut serta mencari Rin

“Eh tak yah.. Yang girls stay sini.. Kot-kot Rin pergi sini ke kejap lagi”. Kiran menghentikan niat baik Afifah lalu kawan-kawan perempuannya bersetuju dengan arahannya. Joyie dan kawan-kawan lelaki Rin yang lain berjalan mencari Rin di sekitar pantai.

Afzal menapakkan kakinya ke satu demi satu bilik di dalam rumah yang dikhaskan untuk wanita itu. Dia masih tidak menjumpai orang yang berlegar di dalam fikiran tuan mudanya. Sesampainya dia di hadapan pintu bilik Rin dan Khai, dia mengetuk pintu bilik itu terlebih dahulu dan memanggil puan mudanya beberapa kali. Namun dia tidak mendengar sebarang sahutan di sebalik pintu yang diketuknya. Tombol pintu cuba dipusingkannya dan pintu bilik itu terbuka. Langkah kakinya diperlahankan untuk melihat isi di dalam bilik itu, kakinya juga dipanjangkan ke pintu bilik air. Akan tetapi, dia masih tidak menjumpai Rin. Afzal mengalihkan matanya ke arah katil Rin, sekeping kertas berwarna putih terletak kemas di atasnya. Tangan Afzal mengambil kertas itu dan membuka lipatannya. Dibaca tulisan yang ada di surat itu.

“Aku amik Rin balik!!”.

“Oh my god… Tuan muda !!!!!’. Afzal menjerit kuat memanggil majikannya.

“Erm?? Asal aku dengar orang panggil aku eh?”. Hairi memusingkan badannya.

“Bukan kot.. Aku mungkin salah dengar”.

“Haish kenapalah aku cakap macam tu.. Kau ni Hairi bongoklah.. Hubungan kau dengan Rin baru je okay.. Kau spoil everything ah”. Marah Hairi pada dirinya.

“Kalau aku tak cakap macam tu tadi.. Mesti sekarang aku tengah bermesra dengan Rin.. Pastu mungkin kitaor….”. Hairi terasa yang dia terpijak sesuatu. Dia mengangkat sedikit kakinya lalu mengambil benda yang ada di atas tar itu.

“Ini bukan phone Rin ke? Kenapa phone Rin dekat sini?”. Hairi berpusing-pusing melihat sekelilingnya dengan berharap Rin berada di sekitar situ.

Tiba-tiba telefon Rin berbunyi, nombor yang tidak disimpan oleh Rin tertera di skrin. Tanpa berfikir lama, Hairi menjawab sahaja panggilan itu.

“Hello?”.

“Looking for your fiancée?”. Suara garau didengari di hujung talian.

“WOIIII!!! KAU SAPE!!”. Menggeletar tangan Hairi saat mendengar suara garau itu.

“Wanna see your fiancée? Take a look at the video that I just sent”.

Terpapar satu notifikasi daripada nombor misteri itu, Hairi membuka whatsapp Rin. Perasaan marah Hairi mula meletus tatkala melihat rakaman video Rin yang tangannya diikat dan matanya tertutup dengan kain berwarna hitam. Kelihatan Rin juga seperti tidak menyedarkan diri kerana tiada sebarang pergerakan yang ditunjukkan oleh gadis itu.

“Hey! Tell me where is she?!!”.

“I will tell you, but not now.. I will sent her back to you later”. Selamba sahaja jawapan daripada pemanggil itu.

“I want her now, not later… If you don’t want to give me back my fiancee I will call police and they will track you.. They will find you soon”. Balas Hairi dengan tegas.

“You can call the police if you want.. And within 10 seconds this number will not exist… Hahahaha.. Try to look for your fiancée.. The only thing I can say is.. Gooooood luckkkkkkkk”.

“Tut………….Tut……. Tut………”. Panggilan terputus dan Hairi terduduk di atas tar.

Runsing fikirannya memikirkan keselamatan tunangnya dan dia cuba menghubungi nombor yang tadi tetapi seperti yang dikatakan oleh lelaki tadi, tiada sebarang tanda-tanda yang nombor itu boleh dihubungi lagi.

“Ya ALLAH.. Bantulah aku mencari Rin ya ALLAH…. Lindungilah dia ya ALLAH.. Jauhkanlah dia daripada bahaya ya ALLAH.. Tolonglah aku ya ALLAH.. Tolong ya ALLAH”. Kalimah ALLAH tidak berhenti-henti disebut Hairi. Jejaka itu melepaskan geramnya dengan menumbuk tar beberapa kali sehingga tangannya terluka.

“Tuan muda! Kenapa tuan muda!?”. Afzal mengorak langkah mendekati majikannya.

“Kenapa ni?”. Joyie juga menghampiri tuan mudanya.

“Diaorang dah culik Rin”. Jawab Hairi mendatar.

“Hah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”. Semuanya tersentak mendengar jawapan daripada Hairi.

“Tuan muda saya jumpa ni atas katil Rin tadi”. Afzal memberi kertas yang dijumpainya lalu Hairi membaca isi surat itu.

“Macam mana ni? Ya ALLAH kita kena cari Rin sebelum benda buruk jadi dekat dia”. Qiesyah bermundar-mandir memikirkan keselamatan rakannya.

“Masalahnya kita tak tahu dia ada dekat mana.. Kita tak ada sebarang petunjuk pun”. Aqiel memegang rambutnya dan cuba mencari idea.

“Tadi…. Laki tu hantar video tadi”. Hairi memberi telefon Rin kepada Aqiel.

Aqiel dan yang lain meneliti video itu, melihat kawan mereka yang terikat sebegitu menguatkan rasa sayu di hati mereka.

“Huh?”. Aqiel bersuara.

“Aqiel, cuba rewind sikit balik”. Minta Syukri yang perasaan akan sesuatu.

“Ok stop!”. Beritahu Syukri.

“Aku rasa macam ada nampak rumah ni… Bukan kita ada lalu sini ke semalam Hafriz?”. Soal Aqiel kepada Hafriz yang juga memandu untuk tiba ke destinasi yang mereka berada sekarang.

“Aku macam ada nampak jugak tapi aku tak pasti dekat mana.. Aku ingat-ingat lupa”. Hafriz melihat paparan video yang dirakam oleh lelaki misteri itu. Video itu menunjukkan keadaan Rin dan mungkin secara tidak sengaja lelaki misteri itu juga terakam keadaan di luar kereta itu apabila pintu kereta itu dibuka oleh seseorang.

“Rumah warna grey dan putih… Bumbung style dormer and maybe material bumbung tu asphalt”. Yussry melihat setiap butiran rumah itu secara terperinci.

“Wow… Macam mana kau tahu pasal bumbung ni?”. Piqah kagum dengan Yussry yang mengetahui tentang rumah.

“Aku tahu pun sebab aku suka tengok HGTV”. Saluran HGTV merupakan saluran kegemaran Yussry.

“Kalau perasaan kereta ni macam kereta audi je…Interior dia macam kereta bapak aku je”. Agak Mazlin yang familiar dengan rupa dalam kereta itu.

“Aah ek macam kereta ayah kau la… Yang kau bawak haritu kan?”. Soal Nadzri yang teringat semula akan kereta ayah Mazlin.
“Kan.. Macam ye la, aku pun tak berapa pasti”. Mazlin tidak yakin akan kata-katanya.

“Guys”. Afra cuba mengalihkan perhatian kawan-kawannya.

“Apo dio Afra?”. Tanya Khai.

Afra menunjukkan CCTV yang terletak di rumah untuk wanita dan satu lagi CCTV di pintu pagar.

“Wei kenapa aku tak perasan ada CCTV dekat situ”. Ujar Naziha yang baru perasaan akan keberadaan dua CCTV di perkarangan rumah itu.

“Kita cuba mintak rakaman CCTV daripada tuan rumah ni.. Mesti kita akan dapat petunjuk”. Tutur Joyie seraya memandang Hairi.

“Baiklah, saya akan cuba menghubungi tuan rumah ni”. Hairi mula mendapatkan rasa semangatnya semula apabila satu per satu petunjuk ALLAH sudah permudahkan.

“Eeeee aku geramlah.. Kenapa eh diaorang kacau Rin… Aku tak fahamlah.. Apa yang Rin buat dekat diaorang.. Khai, kau tak tahu ke sape-sape yang benci Rin?? Kau kan rapat dengan Rin..”. Syifa ingin tahu motif orang yang berbuat jahat kepada Rin.

“Aku tak tahu.. Yang aku tahu kalau ada yang benci Rin pon.. Hannah je la.. Itu pon dah okay.. Dia dah berbaik dengan Rin”. Khai teringatkan akan wanita yang menggilai Tengku Khalil Izuddin Arasy sewaktu mereka di universiti dahulu.

“Ada lagi sorang.. Tengku Fayyad Ariq Zayne.. Aku tahu, ini semua mesti kerja dia.. Lepas attack abang Ekh, dia attack balik Rin… Apa si Fayyad ni nak lagi?”. Bisik Aleen di dalam hati.

“Tapi aku tak boleh bagitahu diaorang tentang Fayyad.. Aku tak tahu apa akan jadi pada Rin sekeluarga selepas tu”. Aleen teringat akan ugutan Fayyad.

“Okay korang, tuan rumah dalam perjalanan ke sini. Rumah dia dekat sebelah ni je. Dia akan sampai sekejap lagi. Kita berkumpul dekat ruang tengah jom”. Ajak Hairi yang cuba menenangkan keadaan dan yang pastinya cuba menenangkan dirinya yang terlalu risau akan bidadarinya.

Mereka dengan langkah yang berat menuju ke ruang tengah yang menghubungkan rumah untuk wanita dan rumah untuk lelaki. Linda dan Wawa pergi ke dapur untuk mengambil air sementara yang lain berbincang semula tentang video yang mereka tonton tadi. Mereka memutarkan beberapa kali rakaman video itu untuk menambahkan lagi petunjuk yang mereka ada supaya mudah untuk mereka mencari rumah itu nanti.

“Assalamualaikum”. Kedengaran seseorang memberi salam.

“Waalaikumusalam”. Sahutan daripada mereka.

“Saya Firdaus, saya tuan rumah. Mana satu ye encik Hairi?”. Tanya Firdaus yang ingin bertemu dengan pemanggilnya.

“Saya Hairi, saya yang call encik tadi untuk tengok rakaman CCTV rumah ni. Boleh kami tengok tak encik??”. Minta Hairi yang risau permintaannya ditolak.

“Kalau ikutkan saya tak bagi tetapi memandangkan saya pelik jugak bila tengok ada kereta yang sama lalu-lalang depan rumah ni daripada semalam”. Firdaus juga perasaan ada sesuatu yang tidak kena sejak mereka hadir ke rumah penginapannya.

“Kereta yang sama? Encik ada nampak?”. Nadzri ingin mengetahui jawapan oleh sang tuan rumah.

“Ada dua kereta satu kereta audi hitam dan satu lagi saga berwarna kelabu.. Daripada semalam saya perhatikan dua kereta ni selalu lalu di depan rumah ni.. Saya ingatkan kebetulan je mereka lalu semalam tetapi harini pun ada juga.. Sebelum-sebelum ni, saya tak pernah nampak kedua-dua kereta itu”. Sambung Firdaus.

“Kereta saga? Tuan muda bukan ke kereta saga tu kereta yang kita nampak semalam.. Kereta budak yang katanya tunggu kawan dia tu”. Afzal teringat akan kejadian tengah malam tadi.

“Betullah.. Kalau harini.. Bila kali terakhir encik nampak?”. Giliran Hairi pula yang menanyakan soalan kepada Firdaus.

“Kalau saga pukul 7 pagi tadi, kalau audi tu dalam pukul 8 lebih macam tu.. Lepas tu saya keluar, ni baru saya sampai”. Firdaus pergi ke pusat membeli belah untuk membeli barang keperluan untuk rumah penginapannya.

“Ohhh okay.. Boleh encik tunjukkan rakaman CCTV?”. Pinta Hairi lagi.

“Boleh, ini dia encik.. Saya bawa laptop sekali untuk nampak gambaran yang lebih jelas”. Firdaus membuka komputer ribanya dan mencari rakaman CCTV yang dirakamkan sekitar pagi itu.

Seperti apa yang dikatakan oleh Firdaus sememangnya ada kereta saga di hadapan pintu pagar pada jam 7 pagi dan kereta audi berwarna hitam jauh sedikit daripada pintu pagar utama sekitar jam 8. 15 pagi. Firdaus mempercepatkan rakaman CCTV itu selepas melihat tiada sebarang petunjuk yang dimahukan. Firdaus menekan butang pause apabila melihat tiga orang lelaki berbaju hitam memasuki kawasan dalam rumah.

“Diaorang siap pakai topeng”. Firdaus bersuara dengan jarinya yang masih klik pada tetikus.

Kelihatan mereka bertiga dengan pantas mendekati Rin yang berada di gazebo, salah seorang daripada mereka mencempung Rin yang kelihatan tidak menyedarkan diri manakala dua orang lagi memerhatikan keadaan sekeliling.

“Diaorang yang culik Rin?!”. Ina terkejut melihat rakaman yang ditontonnya itu.

“Kejap!! Korang tengok dekat pagar”. Kata-kata Daniel mengalihkan mata-mata yang ada di situ ke arah CCTV yang merakamkan sekitar pintu pagar.

“Audi hitam tu.. Ada orang keluar dari kereta tu”. Afifah menunjukkan dua orang lelaki berbadan tegap keluar daripada perut kereta audi hitam tersebut.

“EHHHHHHHHH?!?!?!?!?!?!?!?!?!”. Mereka semua terkejut dengan apa yang mereka lihat.

“Diaorang……… Bergaduh?”. Kiran berasa hairan.

Rakaman itu menunjukkan dua orang lelaki berbadan tegap itu berbalas tumbukan dengan dua orang lelaki yang memakai topeng. Seorang lagi lelaki yang mencempung Rin didekati dengan seorang lelaki yang memakai topi dan berkaca mata. Lelaki berkaca mata itu tanpa teragak-agak menusuk lengan lelaki bertopeng itu sehingga menyebabkan Rin terlepas dari cempungannya. Lelaki bertopeng itu memegang lengannya yang dalam kesakitan. Walaupun dalam keadaan begitu dia cuba menyerang semula lelaki yang menusuknya tetapi belum sempat dia membalas, kepalanya dipukul dari belakang sehingga menyebabkan dia jatuh tersembam ke atas tar. Mereka yang menaiki kereta audi berwarna hitam itu dengan pantas keluar daripada rumah itu manakala dua orang lagi lelaki bertopeng itu cuba memapah kawannya yang tidak menyedarkan diri. Mereka yang bertopeng itu juga mengekori rapat kereta audi daripada belakang. Selang beberapa minit selepas itu, Hairi muncul di sekitar kawasan itu.

“Aku tak faham apa yang jadi sekarang ni”. Menggigil tangan Aqiel melihat rakaman itu.

“Maknanya ada dua kemungkinan… Satu, ada sedikit salah faham antara orang yang menculik Rin… Mungkin mereka dibahagikan kepada dua kumpulan tetapi tujuan mereka ialah sama iaitu menculik Rin. Mungkin hanya salah satu sahaja daripada kumpulan tu yang sepatutnya menculik Rin. Tapi maybe ada miscommunication yang menyebabkan kedua-dua kumpulan itu berebut untuk menculik Rin dan kemungkinan yang satu lagi………………….”. Rina takut sama ada kemungkinan yang kedua adalah kemungkinan yang tepat.

“Satu lagi tu……”. Wawa mempunyai tanggapan yang sama dengan Rina.

“Apa dia?”. Soal Hairi yang tidak dapat menyembunyikan rasa gusarnya.

“Penculik Rin ada dua kumpulan yang berbeza…….”. Jawab Rina dan Wawa serentak.

“Maknanya motif diaorang sama cuma orang yang berbeza.. Bukan satu group yang sama?”. Tutur Izhan yang tidak percaya akan apa yang dilihatnya.

“Betul.. Ini yang patut kita risaukan”. Balas Wawa seraya menundukkan kepalanya.

“Ya ALLAH…Ya ALLAH”. Hairi mengalirkan air matanya setelah lama dia cuba menahan. Akhirnya jatuh jua ia membasahi kedua-dua belah pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience