Bab 23

Romance Series 30286

"Babe,aku nak tanya kau satu soalan boleh?".Tanya Khai pada Rin yang sedang menyusun peralatan memasaknya.

"Erm?Tanyalah".Balas Rin.

"Sejak bila kau berkawan dengan Nadz?".Soal Khai sehingga menyebabkan tangan Rin terlepas memegang papan pemotong.Nasib tidak terkena kakinya.

"Mana kau tahu ni?".Tanya aku seraya mengangkat papan pemotong itu dan meletakkannya di tempatnya semula.

"Amir yang bagitahu aku..".Jawab Khai yang baru sahaja tahu akan kawannya itu berteman dengan Nadz kerna dia beranggapan yang Rin hanyalah sering tertembung tanpa sengaja dengan lelaki itu.Tidak dia sangkakan yang Rin rupanya berkawan dengan jejaka itu.

Rin mengambil keputusan untuk mendiamkan diri,pusing kepalanya memikirkan jawapan untuk menjawab soalan Khai itu.

"Kenapa kau tak pernah cerita pasal Nadz dengan aku?".Tanya Khai lagi.

"Bukan aku tak nak cerita,aku terlupa nak bagitahu kau.Itu je".Balas Rin dengan menipu Khai.

"Iye la tu.So,kau dengan dia macam mana?Okay?".Soal Khai yang ingin tahu hubungan Rin dengan Nadz.

"Okay dia baik dan untuk pengetahuan kau,dialah yang langgar aku hari tu sampai pecah telur busuk".Jelas Rin seraya teringat akan peristiwa "busuk" itu.

"Laaa ye ke?Maknanya dialah orang yang bagi kau shawl macam-macam colour tu kan?".Semakin Khai mengetahui kisah pertemuan antara Rin dan Nadz.

"Yup.Dialah orangnya"Jawab Rin seraya tersenyum.

"Eh kejap!!Rin aku teringat benda yang penting".Ujar Khai yang teringat akan sesuatu .

"Apa dia??Penting??".Soalku yang tidak faham akan apa yang cuba diingati Khai.

"Kau tak ingat siapa dia ke?".Tanya Khai pula.

"Ingat?Ingat apa??Siapa?Nadz ke??".Soalku bertalu-talu pada Khai.

"Pasal Nadz la.Dia yang..dia yang..".Tutur Khai yang nak dikatakan dia ni gagap tidak tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Aku menunggu Khai bersuara tentang apa yang dia mahu katakan.

"Nadz tu kan.......Dialah...Orang yang hampir langgar kau hari tu dan dia juga yang mencempung kau ke klinik".Kata Khai yang membuatkan Rin terkedu ketika mendengarnya.

"Dia??Nadz??Kenapa aku tak perasan?".Tanya Rin pada dirinya sendiri.

"Rin kau tak ingat apa-apa langsung?".Soal Khai.

Rin menggelengkan kepala,dia memang tidak ingat langsung akan pemuda yang menyebabkan dia pengsan pada hari itu.

"Aku tak ingat ape-ape pun".Bicara Rin yang kesal kerna tidak dapat mengingati apa-apa.

"You should meet him and talk about this".Cadang Khai supaya Rin tahu perkara yang sebenar.

Rin keluar dari stor peralatan itu dan terus mencapai begnya lalu membawa diri untuk mencari lelaki yang dicari-carinya dahulu.Sungguh dia keliru dengan kejadian yang menimpa dirinya pada hari tersebut.Wajah lelaki yang membantunya,langsung dia tidak ingat.Hanya wajah Izz dan kawan perempuannya sahaja yang berada di dalam ingatannya pada waktu itu.

Tempat pertama yang dia pergi ialah perpustakaan tetapi tidak dia jumpa lelaki itu.Ada juga dia cari di cafe dan tempat parking,namun tidak juga dia temui lelaki itu.Pabila dia sudah mulai lelah,bangku yang berada di persekitaran tasik menjadi tempat yang boleh dia melabuhkan pinggang.

"Apa kata aku call je dia".Telah Rin.

Nombor Nadz di dail dan dia menunggu panggilannya di jawab tetapi tidak kedengaran suara yang menjawab panggilan itu.Beberapa kali dia cuba menghubungi Nadz tetapi malang sungguh nasib Rin,Nadz tidak menjawab panggilannya.

"Waduh,mane aku nak cari dia ni?Penat aku round satu U ni".Keluh Rin.

"Click".

Rin memandang sesuatu bunyi yang menyinggah di telinganya.Dia tersenyum pabila melihat kamera dan gembira melihat si pemilik kamera tersebut.

"Finally!!".Riang Rin di dalam hati.

"Awak buat ape sorang-sorang dekat sini?".Tanya Nadz yang sudah lama memerhatikan Rin yang duduk berseorangan itu dari jauh.

"Sebenarnya saya cari awak".Jawab Rin jujur.

"Cari saya?Untuk ape??".Soal Nadz yang hairan.Tidak pernah pula Rin mencari dia sebelum ini tetapi adalah ketika dia merajuk dengan Rin.

"Dia rindu aku ke?Ehehehe.Tak mungkin la".Fikir Nadz nakal.

"Ada sesuatu yang saya nak tanya awak ni".Ujar Rin yang mula timbul banyak persoalan di fikirannya.

Nadz menganggukkan kepalanya tanda menyuruh Rin meneruskan pertanyaan yang mahu dia tanyakan kepada dirinya itu.

"Awak..awak ke yang..yang..yang hampir langgar saya hari tu?".Tanya Rin dengan dahinya yang dikerutkan.

Wajah comel di hadapan Nadz di pandang dengan kedua-dua belah matanya.Dia tidak tahu sama ada mahu menjawab atau tidak soalan itu kerna rasa bersalahnya masih terpahat di hati.Meskipun begitu,dia harus mengatakan sesuatu untuk mengetahui respon daripada Rin mengenai peristiwa itu.

"Yaa.Sa....Sa...Saya orangnya.Kenapa awak tanya?Awak nak marah saya ke??".Jawab Nadz gagap.

"Hurm...hurm..Nope.I will not.Saya cuma nak tahu betul ke orangnya awak.Sebab...".Rin mematikan ayatnya.

"Sebab?".Nadz tertanya-tanya akan apa ayat yang akan disambung oleh Rin.

"Sebab saya nak ucap terima kasih pada awak kerana bawa saya pergi klinik waktu itu.Kalau awak tak ade,tak ade sesiapa yang akan angkat saya pergi ke sana".Cakap Rin dengan rasa rendah diri.

"No.Benda kecik je.Lagipun memang salah saya kan?Jadi sayalah yang patut bertanggungjawab".Kata Nadz yang bersyukur bahawa Rin tidak memarahi dia di atas kesilapan yang telah dia lakukan tempoh hari.

"Awak...Saya ada nak tanya satu lagi soalan".Rin mahu menanyakan soalan kepada Nadz lagi.

"Tanya apa?".Nadz membenarkan Rin menanyakan soalan.

"Ermm..Saya ni..Hari tu..Ahhh..Malu lahh".Rin terlalu malu hendak tanya soalan itu.

"Aik?Kenapa malu ni?Tanya aje lah".Nadz pelik dengan Rin yang mula tersipu-sipu malu itu.

"Kalau nak diikutkan hati,dah lama aku cubit pipi dia ni.Comel sangat!!".Telah Nadz di dalam hati.

"Ok.Hari tu awak kan ada angkat saya..So soalannya..Saya berat tak?".Akhirnya soalan itu keluar dari mulut Rin.

Nadz tertawa pabila Rin menanyakan soalan itu.Dia ingatkan yang Rin ingin tanya soalan yang serius,rupanya soalan pasal berat badan dia.

"Laa awak ni.Ingatkan nak tanya ape tadi.Buat suspen je".Nadz tertawa dengan kecomelan Rin yang risau akan berat badan dia itu.

"Eish awak ni.Saya serius tau.Awak ni jangan main-main".Rin bernada serius.Biasalah,kebanyakkan perempuan amat sensitif tentang berat badan.Betul tak girls??

"Ahaha okay-okay,awak tak de lah berat mana.Ringan je sampai saya rasa tak nak lepaskan awak je masa tu".Ujar Nadz seraya mencuit hidung Rin.

"Betul ni??Tak baik tau menipu".Tanya Rin.

"Iyaaa Rin.Awak ringan.Seringan belon yang ditiup dengan penuh kasih sayang".Tutur Nadz yang mula mengeluarkan ayat manisnya seraya mengenyitkan mata kirinya.

"Eeeeee nakal nye dia ni".Kataku seraya tertawa kecil.

"Laaa.Nakal dengan awak je.Tak akan tak boleh kot".Balas Nadz seraya mengambil gambar Rin banyak-banyak.

"Click..Click..Click..Click..Click..Click.".

"Eh awak ni.Kenapa ambil gambar saya banyak-banyak".Soal Rin yang tersenyum-senyum memandang lelaki yang asyik mengambil gambarnya lagi tadi.

"Sebab..Mana tahu suatu hari nanti..Saya tak akan jumpa awak lagi".Kata Nadz.

Rin berdiri lalu berkata..

"Awak ni dah kenapa cakap macam tu dan ahh".

Ketika Rin mahu mendekati Nadz,kakinya terpijak lumpur dan dia tergelincir.Nadz yang melihatnya sempat menyambut Rin dan menariknya sehingga dia juga tergelincir.Nadz terjatuh di atas lumpur itu manakala Rin pula terlekat di atas badan sasa Nadz.

Upsssss....

Nadz memandang gadis yang berada di atas badannya.Rin hanya menyembamkan mukanya di dada Nadz kerna malu.Kedua-dua jantung mereka berdegup sangat kencang tanpa mereka sedari.Kedua-dua mereka merasakan sesuatu yang ganjil juga ada sesuatu yang terlahir dari hati mereka masing-masing.

"Ahh..Sorry awak.Saya tak sengaja".Ucap Rin lalu terus berdiri kerna perasaan malu mula berkembang di dalam jiwanya.

"It's okay la.Lagipun awak tak sengaja kan?".Balas Nadz dengan pipi yang membahang dek kerana malu dan terlalu gembira.

Mereka berdua berdiri tersipu-sipu malu seraya memandang wajah masing-masing.Mereka juga tidak perasan yang seluar mereka ada terkena lumpur.Rin dan Nadz lebih mementingkan perasaan mereka ketika itu.

"Ahh awak...Saya balik dulu ye.Seluar saya dah kotor ni".Cakap Rin sebaik sahaja baru perasan yang seluarnya terkena lumpur.

"Okay jom saya teman awak".Ujar Nadz lalu mereka berjalan beriringan pergi dari tasik itu.

Sewaktu mereka tiba di tempat parking motor,Rin terperasan sesuatu perkara.

"Awak..".Rin memanggil Nadz.

"Ye saya?".Jawab Nadz yang sedang menghidupkan enjin motorbikenya.

"Mana kereta awak?Bukan hari itu awak hampir langgar saya dengan kereta ke?".Soal Rin.

"Ahh kereta??Saya tak nak bawak lagi da".Balas Nadz ringkas

"Eh kenapa pulak?".Tanya Rin yang terasa pelik itu.

"Sebab saya takut saya akan terlanggar orang lagi".Jawab Nadz yang mengalami sedikit trauma akibat hampir terlanggar Rin.

"Hei..Janganlah rasa macam tu sekali.Saya okay kan.Awak drive je lah kereta".Kata Rin.

"Ermm saya tahu tapi nanti-nanti je la.Lagipun best juga bawak motor".Tutur Nadz yang mulai suka menunggang motor.Sebelum ini,dia lebih gemar memandu berbanding menunggang.

"Promise?Saya tak nak disebabkan saya,awak trauma nak drive kereta".Ucap Rin seraya memeluk tubuhnya.

"Iya saya janji.Okay?".Balas Nadz seraya mengusap lembut kepala Rin.Itulah salah satu cara baginya untuk mengalirkan rasa sayangnya terhadap Rin.

Rin pula memang suka akan kelakuan Nadz yang sering menenangkan dirinya dengan cara itu.Jarang sungguh dia lihat lelaki itu bersikap kasar dengan dirinya.

"Awak saya nak balik ni.Awak nak tumpang sekali tak?".Ajak Nadz yang kasihan melihat Rin pulang dengan berjalan kaki ke kondonya.

"Eh tak pe la awak.Saya dah biasa jalan kaki.Awak balik je la".Ajakkan Nadz ditolak lembut oleh Rin.

Nadz tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.Rin melangkahkan kakinya dari situ selepas melambaikan tangannya kepada Nadz.Jalan yang bertar itu dipandang Rin.Di dalam fikirannya asyik memikirkan lelaki yang menunggang motorbike itu.Sungguh dia gembira pada hari ini.

"Ermm nak cakap ke tak eh?Aku try je la.Ehehe".Fikir Nadz.

Nadz menambahkan kelajuan motorbikenya pabila melihat Rin di bahu jalan.Dia ingin mengatakan sesuatu kepada Rin sewaktu dia tiba di sebelah gadis itu.

"Okay ready Nadz".Tutur Nadz perlahan.

Saatnya telah tiba,Rin berada di sebelahnya yang sedang menunggang itu.Dia lihat Rin hanya memandang tar yang dijalani dia dan itulah peluang yang dia ada.

"Saya cintakan awak Rin!".Ujar Nadz ketika itu dan selamba dia menambahkan lagi kelajuan setelah dia melafazkan kata-kata yang tersimpan di dalam hatinya itu.

Rin yang terlalu leka itu terkejut ketika mendengar kata-kata itu.Dia memandang Nadz yang senakin hilang dari pandangannya.

"Erm?Siapa yang cakap macam tu tadi?Nadz ke?".Kata Rin bernada perlahan seraya tersenyum.

"Aku salah dengar kot.Merepek la aku ni.Tu lah fikir pasal dia sangat".Bicara Rin yang tidak sedar keadaan itu benar-benar terjadi pada dirinya.

»»»»»»»»»

"Assalamualaikum Rin.Apa khabar?".Sapa abang Ekh di hujung talian.

"Waalaikumusalam eh abang!!Khabar baik.Ni kenapa call Rin ni?Nak cakap pasal perempuan yang abang cerita hari tu ke?".Tanya Rin yang sedang duduk di atas sofa.

"Eh tak ade lah.Bukan pasal tu tapi yang itu,abang cerita dekat rumah la eh.Ahaha".Jawab Ekh yang teringat akan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu.

"Kenapa?Mama papa tak sihat ke?".Tanya Rin yang mula risau akan kedua ibubapanya.

"Eh tak adalah.Mama dan papa sihat ALHAMDULILLAH.Okay je".Tutur Ekh yang sedang memandu.

"Oh.Kalau bukan pasal mama dan papa?Pasal ape yang abang nak cakap ni?".Soal Rin seraya menukar-nukar saluran televisyen.

"Abang nak tanya..Rin suka lelaki yang macam mana?".Soal Ekh.

"Eh abang Ekh ni kenapa tiba-tiba tanya soalan tu?".Tanya aku kehairanan.

"Ahhh..Saje je nak tanya pendapat Rin.Rin kan perempuan.Jadi melalui Rin,abang dapatlah tahu ciri-ciri lelaki yang perempuan nak".Ekh berbohong dengan Rin.

"Maafkan abang Rin,abang nak Rin bahagia dan hidup senang je".Telah Ekh di dalam hati.

"Kalau Rin lah,Rin suka lelaki yang of course la dia baik,charming,a little bit childish,arrogant and sweet guy".Terang Rin sambil terbayang lelaki idamannya. itum

"Arrogant?Kenapa Rin suka lelaki arrogant?".Tanya Ekh yang pelik dengan ciri-ciri yang Rin mahukan daripada seorang lelaki.

"Sebab..Lelaki arrogant ni biasanya luaran je dia macam tu tetapi dalaman dia tersangatlah sweet macam cerita korea tu".Jelas Rin yang teringat akan hero drama secret garden.

"Rin...Rin ada-ada saje kamu ni".Tambah Ekh yang tercuit dengan kata-kata adik kesayangannya.

"Tuut..Tuuutt".

Ekh menerima satu panggilan telefon daripada seseorang dalam pada masa yang sama.

"Rin nanti kita berbual balik eh.Ada orang call abang ni.Bye".Ujar Ekh lalu memutuskan talian dan menyambungkan taliannya dengan orang yang menelefonnya.

"Ab..Abang..Eee abang Ekh ni.Putuskan macam tu je".Marahku tetapi taklah marah sangat.

"Hurmm.Aku baru je call Rin tadi.Aku dah tanya dia dah.Dia suka lelaki yang macam mana".Jawab Ekh kepada si pemanggil.

"Dia kata ape?".Balas lelaki itu.

"Rin suka lelaki yang baik,charming,childish,arrogant dan sweet.Itu yang dia cakap.Aku harap kau dapat jaga dia untuk aku".Kata Ekh dengan harapan yang tinggi.

"Okay thanks Ekh.Thanks for your help men".Ucap dia seraya memutuskan talian.

"Abang nak yang terbaik untuk Rin".Fikir Nadz yang hanya mahukan adiknya yang seorang itu bahagia.

~~~~~~

"Shoot Izz!!!".Laung Luqman dari tempat bangku pemain.

Izz menjaringkan gol buat kali yang ke berapa entah semasa latihan berjalan.Tengku itu nampak lebih bersemangat berbanding dengan hari-hari yang sebelum ini.Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

"Uish Izz kau nampak lain la hari ni".Tegur Luqman yang semangatnya juga bertambah pabila melihat kawannya begitu.

"Lain?Same je macam biasa".Jawab Izz seraya mengelap peluhnya.

"Tak lah wei.Kau nampak macam ada something yang jadi la".Luqman cuba mengorek rahsia yang Izz seperti sedang sembunyikan sesuatu daripadanya.

"Erm tak ade lah.Aku teringat kan Rin je.Okay aku da cakap jujur ni".Tutur Izz seraya tertawa.

"Ahaha.Ingat si dia rupanya.Kau ni kata sayang dia tapi tak nak luahkan.Melepas nanti.Menangis kau".Sakat Luqman.

"Kau ni jangan cakap macam tu.Doakan la kitaorang".Minta Izz yang sempat berfikir mengenai Rin.

"Walawei.Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk korang la".Balas Luqman dan mereka berdua tertawa bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience