Bab 12

Romance Series 30286

Arghhhhh!!!

Jeritan Naziha memeranjatkan kami yang sedang mencari jawapan soalan matematik itu.Eishh susah betul math ni.Math selalu menyusahkan orang.Berdosa tau menyusahkan orang je kerjanya.Ahaha.

"Kau dah kenapa Ziha?".Soal Afra yang sedang memegang pensel Faber Castel itu.

"Lipas!!!!!".Jerit Ziha.

Spontan kami semua menjerit lantas berdiri di atas kerusi.Semua budak perempuan kelas aku tak suka lipas termasuklah aku.Siapa je yang suka lipas?Cer citer sikit.

"Wei korang tolonglah kitaorang ni".Ujarku kepada kawan-kawan lelaki sekelas aku.

Mereka serentak menggelakkan kami yang bertindak sedemikian.Semuanya melakukan aksi yang sama dan serentak.Mana tidaknya kami digelakkan oleh mereka.

"Pandai pandai la korang settle sendiri".Tutur Aqiel yang sedang memandang rakan sekelasnya itu.

"Tak naklah aku.Aku sendiri geli dengan lipas".Kata Izhan yang mula memeluk tubuhnya sendiri.

Yussry mengambil beberapa helai kertas lalu menggulungnya.Dia mendekati lipas yang dikatakan oleh Ziha.Perlahan-lahan dia menapakkan kakinya itu.Dan..

"POP!!!!".

Yussry memukul lipas itu dengan gulungan kertas yang dibuatnya tadi.

"Inaa Lillahi Wa Inna Ilaihi raji'un".Ujarku sambil menunjukkan ibu jariku kepada Yussry.

"Yussry the best!!!!".Laung Piqah.

"Yussry yussry yussry yussry yussry yussry".Serentak kami bersorak nama Yussry.Macam bersorak masa main bola sepak je.Ahaha.

"Well I am the best".Selamba Yussry berkata sebegitu sambil menjungkitkan kedua belah keningnya pada kawan sekelasku yang lelaki.

"Eleh poyo gila kau Yus".Kata Daniel yang mula menyampah dengan lagak Yus.

"See..gentleman ke idok Yus ni?Tak macam korang kecut".Sakat Khai.

"Lah kitaorang saje je.Malas nak tunjuk gentleman kitaorang".Jawab Kiran.

"Eleh mengaku je lah yang korang ni takut dengan lipas".Tuturku sambil tertawa kecil melihat Izhan yang sedang disakat oleh Yus.

Yus meletakkan lipas yang sudah mati itu di atas bahu Izhan.Spontan Izhan berdiri tegak,langsung tidak menggerakkan badannya walau seinci pun.

"Wei Yuss kesiankan lah Izhan tu.Nanti nangis aku tak nak pujuk".Luthfia mula kasihan melihat kekasih hatinya di sakat seperti itu.

"Da la Yus.Makwe dia marah tu.Mahu kau kena bantai dengan dia nanti".Sampuk Nick seraya menepuk bahu kiri Yus.

Lalu Yus mengambil lipas itu semula dan membuangnya di dalam tong sampah.Tandas juga tempat ditujui Yus untuk membasuh tangannya.

Luthfia sedang duduk di sebelah Izhan yang mula mahu menangis.Izhan orangnya berperwatakan agak lembut sedikit.Tetapi perwatakan itulah yang mampu mengambil hati Luthfia.

Beberapa minit kemudian,Puan Yana masuk ke dalam bilik kuliah dan pembelajaran pada waktu itu dimulakan dengan bacaan doa.Gelak tawa kami berselang-seli dengan serius ketika belajar.Itulah cara Puan Yana mengajar anak muridnya.Tidak terlalu serius ketika mengajar.Cara ini bagi aku,akan mendapat reaksi yang positif daripada pelajar.Hal ini juga akan membuat pelajar berasa seronok ketika sesi pembelajaran dijalankan.

Usai sahaja pembelajaran pada pukul 10.Aku dan kawan-kawanku sempat pergi ke mart untuk membeli jajan.Sahaja mahu mengisi perut dengan makanan ringan kerana terlalu awal untuk makan makanan berat.

Pada pukul 10:30 kami akan masuk ke bilik kuliah semula untuk menuruskan pembelajaran.

Ini adalah masa untuk Tuan Rizman mengajar.Salah seorang pensyarah yang agak tegas orangnya tetapi pabila berada di luar bilik kuliah,dia seorang yang sangat baik.Tidak tegas dan garang langsung.Dia mengajar kami subjek Sains Sosial.Antara subjek yang amat aku gemari.Kenapa?Sebab aku suka sangat dengan eksperimen,alam sekitar,gas nitrogen bagai tu,galaksi dengan mikroorganisma.Sejak kecil lagi,sains adalah subjek yang akan aku dapat A pabila menghadapi peperiksaan.

Tetapi pelik kan?Aku pandai sains tapi ambil course masak.Hah..sebab mengapa aku amik course masak sebenarnya ialah memudahkan aku untuk masak di rumah,senang nak cari kerja,mudah untuk membuka perniagaan sendiri dan macam-macam la dan tidak semestinya aku tidak boleh kaitkan sains dalam masakan.Contohnya bahan yang digunakan untuk membuat roti seperti yis.

Seperti apa yang kita pelajari,yis adalah salah satu mikroorganisma iaitu kulat.Yis merupakan bahan utama untuk membuat roti kerana tanpa yis,roti tidak boleh mengembang juga proses penapaian dan pengembangan tidak dapat dilakukan.

Itu je lah satu contoh yang aku boleh bagi.Nanti kalau bagi banyak-banyak,korang pening dan aku pon pening.Ahaha.

"Rin!!"

Lamunanku tidak dapat disambungkan kerna aku terkejut pabila namaku dipanggil oleh Tuan Rizman.Badanku spontan berdiri dengan tegak.

"Awak mengelamun apa je tu?Awak tahu kan masa saya mengajar semua pelajar kena ambil perhatian sepenuhnya.Kalau pelajaran awak tertinggal macam mana?".Marah Tuan Rizman yang sedang mengetuk meja dengan menggunakan marker pen di tangannya.

"Saya minta maaf Tuan.Saya janji tidak akan mengulangi perkara yang sama lagi.Maaf Tuan".Pohonku seraya memandang tepat wajah pensyarah yang memakai blazer biru gelap itu.

"Baiklah.Kali ini saya maafkan awak.Kalau awak ulang perkara yang sama lagi,saya tidak teragak-agak untuk halau awak dari kelas saya.Faham!".Jelas Tuan Rizman yang bernada tinggi itu.

"Saya faham Tuan.Saya minta maaf".Balasku yang mula menggigil ketakutan.

"Ermm..Duduk.Okay kita akan sambung pembelajaran kita.Kamu semua diminta membuka muka surat 94".Sambung Tuan Rizman.

Aku melabuhkan pinggangku semula di atas kerusi.Menyelak muka surat yang telah Tuan Rizman beritahu.Tumpuanku kembali pada pembelajaran.

~~~~~~~

"Rin.Hari ni aku study Math dengan Amir tau.Kau nak join kami berdua tak?".Soal Khai kepada rakannya yang sedang leka bermain dengan telefon pintarnya.

"Oh ye ke?Tak nak la babe.Aku nak gi library.Nak baca buku pasal bintang".Terangku.Lagipun kalau aku join diaorang,mestilah Amir tidak selesa bukan?Bagilah diaorang masa untuk berbual.Sekurang-kurangnya tidaklah awkward si Amir tu.Ok Amir tu sebenarnya teman lelaki Khai.Diaorang sudah menjadi pasangan kekasih selama 4 tahun.Lama kan?Mak dan ayah mereka berdua pun merestui hubungan mereka.Mungkin dalam 2 atau 3 tahun lagi,mereka akan mendirikan rumah tangga.Walaupun course mereka berlainan,mereka akan mencuri masa untuk spend time bersama.

Selepas itu,aku pun pergi ke perpustakaan tetapi malangnya nasib aku kerana perpustakaan tutup.Sedang diselenggara katanya.Tidak tahulah aku mereka sedang menyelenggara apa.Aduh disebabkan itu,aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke kondo.

Kedua belah kaki aku melangkah keluar pintu utama universiti aku.Langkah demi langkah aku berjalan.Tiba- tiba..

"Pommmm".

Bunyi petir memeranjatkan aku yang sedang berjalan berseorangan itu.Hujan mula turun dengan lebatnya tanpa aku jangka.Tempat menunggu bas menjadi tempat berteduh aku daripada hujan.Tudung dan bajuku basah lencun.Badan aku menggigil kesejukan lalu aku memeluk tubuhku seraya memandang jalan yang dibasahi hujan itu.

"Ya ALLAH macam mana aku nak balik ni?Aku dah la tak boleh kena hujan".Desisku di dalam hati.

Aku ni kalau kena hujan mesti aku akan terkena selsema atau demam.

Satu per satu kenderaan melintasi pandanganku.

Semasa aku sedang memandang jalan,sebuah moto di parkingkan dihadapanku.Penunggangnya turun daripada motor itu dan terus berlari lalu mengambil tempat di sebelahku tapi masih ada jaraknya di antara kami.Mukanya langsung tidak ku pandang juga langsung tidak aku tolehkan wajahku ke arah dia.Perasaan malu mula bertempat di hati.

Sedang aku leka memandang pokok yang di tiup angin itu,terasa badanku di sarungkan sesuatu.Aku memandang wajah orang yang berdiri di sebelahku.

"Awak sejuk kan?".Soal Nadz yang masih terserlah ketampanannya walaupun rambut dia basah.

"Ta tapi..Awak tak sejuk ke?".Tanyaku yang terasa serba salah dengan pemberian dia.

"Keupayaan lelaki dan perempuan lain.Perempuan kan lemah,lelaki yang kuat.Sebab itulah ALLAH ciptakan kaum Adam untuk melindungi kaum Hawa".Jawab dia dengan mengenyitkan matanya padaku.

Waduhhh sempat pula dia kenyit-kenyit mata.Daripada aku tengah cair ni boleh terus beku pabila melihat dia.

Degupan jantung yang aku rasai tempoh hari,kini datang kembali.

"Why?Apa jadi dengan aku ni?".Soalku di dalam hati.

"Terima kasih.Kesian awak.Disebabkan saya,awak pula dalam kesejukkan".Balasku dengan rasa simpati.

"No problem.As long as you are in good condition".Jawabnya seraya merenung dalam mataku.

Degupan jantungku semakin lama semakin laju.

"Kenapa awak baik dengan saya ye?".Tanyaku padanya.

Nadz memusingkan badannya,menghadap gadis yang telah memberi keceriaan kepada hatinya.Dibetulkan jaket berwarna merah yang tersarung kemas pada tubuh Rin.Kepala Rin yang tersarung dengan tudung di usapnya lembut.

Rin tidak tahu mengapa?Dia membiarkan sahaja lelaki itu berbuat sedemikian.Selama ini kepala itulah yang selalu di ketuk oleh Izz tetapi kali ini,di usap oleh seorang lelaki yang bersikap sungguh gentleman di matanya.

Nadz menguatkan dirinya untuk memberitahu isi hatinya yang selama ini dia pendam.

"Sebenarnya saya...".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience