Bab 39

Romance Series 30286

"Eish..kau ni dah kenapa??Jangan tinggalkan aku bagai??".Ujar Rin sambil menolak pelukan Izz.

"Ah?ah?ah?..Aku tengah rehearsal untuk teater aku nanti la..Hurm..".Balas Izz yang menjarakkan dirinya dengan Rin.

"Eleh ke kau memang berniat nak kata camtu???".Kata Rin seraya membuat mimik muka.

"M..mm mana ada kau ni".Jawab Izz yang menolak muka Rin.

"Woiii sakitlah".Adu Rin sambil membaling bantal ke arah Izz yang sedang melarikan dirinya.

Rin pergi ke muka pintu dan menutup pintu biliknya.Tindakan Izz tadi masih difikirkan,tidak tahu sama ada ayat-ayat yang dinyatakan Izz itu memang dimaksudkan untuk dirinya atau tidak.Tidak pernah sebelum ini Izz seperti itu terhadap dirinya.Izz yang lebih berperwatakan seperti budak-budak dan kadang kala seperti pembuli itu,jarang menitiskan air matanya kerna aku.Dia tadi juga ternampak Izz mengelap air matanya yang jatuh ke pipi namun sempat disekanya pabila aku memandangnya.Dia ingat aku tak nampak??By the way...Teater??Sejak bila Izz berkecimpung dalam dunia teater ni?Kenapa aku tak pernah tahu.Setahu aku dia more kepada muzik je,selain itu bola keranjang.Hah??Tu aje la dua dunia yang dia tengah fokus sekarang.Mungkin dia mahu cuba,try,test benda baru kot??.

"Haishhhh ape aku buat tadi???".Fikir Izz yang sedang duduk di tepi kolam itu.Kakinya di masukkan ke dalam kolam yang serba biru.

"Kenapa aku tak boleh control perasaan aku ni??Aduhh hilang macho aku".Tutur Izz yang juga tersengih itu.

"Haih..Rin ni betul-betul gila lah.Gila betul dia sampai buat hati aku rasa macam ni.Five different feelings at the same time wei memang gile.Sedih,marah,risau,takut dan happy bila aku pandang dia tadi".Bicara Izz yang membayangkan wajah Rin pada permukaan air kolam.

"Ehem Tengku,tengku buat ape sorang-sorang dekat sini ni?".Tegur Mak Milah yang melihat majikannya duduk seorang sahaja di situ.

"Tak ade buat ape-ape.Saje je nak rendam kaki ni".Balas Izz yang sedang memandang Mak Milah.

"Ohh Tengku masuk la dalam ye.Dah nak senja ni.Tak elok duduk kat luar senja-senja".Nasihat Mak Milah.

"Baiklah Mak Milah.Saya masuk dulu ye.Nanti makan malam macam biasa ye".Turut Izz yang mula melangkah kakinya masuk ke dalam.

"Ah tengku!tengku!".Panggil Mak Milah yang membuatkan Izz terhenti langkahnya lalu memusingkan badannya menghadap Mak Milah.

"Ye?".Jawab Izz ringkas seraya mengjungkitkan keningnya.

"Boleh tak kalau Tengku tolong bagitahu Rin yang tadi ada orang mesej dia.Mak Milah terlupa nak bagitahu Rin tadi".Pesan Mak Milah.

"Oh boleh.Urm Mak Milah tahu tak siapa yang hantar mesej tu??".Tanya Izz yang mula terdetik nama Nadz di dalam fikirannya.

"Kalau tak silap Mak Milah,namanya Hairi".Jawab Mak Milah .

"Ohh okay.Nanti saya bagitahu dia ye Mak Milah.Saya masuk dulu".Tutur Izz dan menyambung langkahnya semula ke dalam villa.

Sofa yang berwarna brown diduduki Izz sambil menekan butang power pada alat kawalan jauh Astro.Satu-satu saluran dilihatnya tetapi tiada yang menarik minatnya sehinggalah jarinya terhenti menekan tatkala melihat Upin dan Ipin di paparan skrin tv itu.Hah nampak tak budak tu???Nampak an???

"Ermmm...Who is Hairi??Siapa Hairi eh??Tak pernah pulak aku dengar nama tu kat U.Setahu aku,mana ada Rin ada classmates nama Hairi".Bisik Izz perlahan di dalam hatinya pabila teringat pesanan Mak Milah tadi.

Nama "Hairi" itu mengganggu fikirannya.Tambahan pula,dia tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini daripada Rin.Semakin hairan dan tertanya-tanya la dia tentang gerangan lelaki yang tidak dia kenali itu.

"Boyfriend baru dia ke??".Tiba-tiba persoalan itu muncul di dalam fikirannya.

"Eish mana mungkin Rin ada boyfriend.Dia mana da boyfriend sebelum ni.Dan kalau ade pon,boyfriend dia adalah aku".Tambah Izz yang sakit hati pula dia rasa kerna asyik tertanya-tanya tentang Hairi itu.

"Uit bang jauh termenung".Tegur Rin yang berada di belakang sofa yang diduduki Izz.

Izz memusingkan kepalanya ketika mendengar suara gadis yang merisaukan dia tadi.

"Mana ade jauh termenung.Aku tengah tengok Upin Ipin ni".Jawab Izz yang cuba menyorokkan perkara yang sebenar.

"Huh??Ye ye la tu..Ahhhh Izz nak mintak tolong boleh tak??".Pinta Rin yang matanya sudah mula bersinar-sinar.

"Ape??".Balas Izz pendek dengan matanya yang baru leka menonton cerita Upin Ipin itu.

"Ahhhhhh...Boleh tak kalau tolong temankan aku beli baju??".Rayu Rin seraya menucuk-cucuk bahu Izz.

"Eish dia main cucuk-cucuk aku pulak...Aduh..Aduhh cucukkan dia terkena hati aku pulakkkkkkk".Monolog Izz di dalam hati.

"Izz boleh tak???".Tanya Rin lagi yang sememangnya dia tidak membawa baju lebih ke sini.Baju yang dia pakai tu pun baju Izz.

"Kena pergi ke??".Balas Izz yang sengaja mahu Rin merayu kepadanya.

"Eeee...Kenalah..Please aku da tak de baju ni Izz...Pleaseeeee".Rayu Rin yang semakin membuat hati Izz tercuit.

"Maleh ah..Aku nak lepak je ni".Kata Izz sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

"Oklah..Tak pe lah..Aku pergi sendiri je la..Aku pinjam kereta kau tau..Aku naik atas amik handbag aku".Rin mengibarkan bendera putih.Dia mula give up mengajak Izz menemani dia membeli pakaian.Tak ape lah.......

"Eh Rin...Kunci kereta kat dalam kereta tau.Aku lupa nak bawak masuk tadi".Bagitahu Izz tetapi tiada sebarang respon daripada Rin.

Izz memandang sahaja gadis yang sedang menaiki anak tangga tu,comel sungguh gadis itu merajuk.Semakin bertambah suka la dia mengusik dan menyakat si Rin tu.

"Haish..Hahaha..Nasiblah aku sayang, kalau tak hurmmmmmm...Apo-apo je la".Ujar Izz seorang diri.

Rin mengambil handbagnya yang terletak di atas meja.Tudungnya dibetulkan terlebih dahulu sebelum keluar dari biliknya.Mendengar jawapan daripada Izz tadi membuatkan dirinya agak down dan sedikit merajuk dengan jejaka kapten bola keranjang itu tetapi nak buat macam mana.Kalau dia dah kata macam itu kan,kita nak buat macam mana.Tak kan kita nak paksa dia pulak.Lelaki kan biasa lah macam tu.Biarkan je la dia berehat nanti balik dia nak drive lagi.

"Eh Rin?Kamu nak pergi mana?".Soal Wak Man yang sedang menekan suis lampu.

"Rin nak keluar kejap beli baju".Jawab Rin.

"Ohhhh.Semoga bergembira".Sambung Wak Man seraya tersenyum manis.

"Ok Wak Man..Bye".Tangan kanan Rin melambai Wak Man manakala tangan kiri Rin membuka pintu kereta di tempat duduk pemandu.

Setelah membuka pintu kereta dengan muka Rin yang masih memandang Wak Man,dia memegang stereng kereta dengan tangan kirinya.Ketika itu juga,dia terasa yang dia terpegang sesuatu yang agak licin tetapi lembut.Terkejut dia dan wajahnya terus berpaling memandang stereng kereta dan...

"Hengko ni suka kan sweet-sweet dengan aku kat dalam kereta".Sakat Izz yang tangannya terasa haba pabila Rin terpegang tangannya tadi.

"Eishh kau ni Izz!!!!!!Terkejut aku tau".Marah Rin yang terkejut itu sambil mencubit lengan Izz tanpa belas kasihan.

"Ow ow ow ow..Dah-dah sakit,sakit,sakit sakit.Sakit Rin..Sorry,sorry".Izz cuba meminta maaf dengan Rin supaya Rin melepaskan cubitannya yang semut gigit pun tak sakit macam tu.

"Hah tu la kau.Suka sangatttttttttt cari pasal dengan aku".Tambah Rin lagi dengan mencebik bibirnya.

"Hahaha sorry la.Tadi nak sangat kan ajak aku teman kau gi beli baju.So,aku pun ikut la.Aku saje je nak kenakan kau tadi.Surprise!!!Terkejut tak aku kat dalam kereta ni??".Pujuk Izz yang keluar daripada kereta untuk mendekati Rin.

"Dah la.Tak ade mood nak keluar.Selalu sangat kenakan aku".Rin merajuk dan kakinya mula mahu melangkah masuk ke dalam villa.

Sebelum Rin masuk ke dalam villa,Izz sempat memberhentikan langkah Rin dengan memegang handbagnya.

"Okay okay.Aku minta maaf daripada hujung rambut sampai la hujung kasut aku ni.Okay?Janganlah marah.Hilang lawa tu.Jom,jom".Pujuk Izz sambil menarik Rin masuk ke dalam kereta.Rin yang sedang ditarik oleh Izz itu,tersenyum di belakang lelaki itu.

"Alright lady.Let's go".Kata Izz yang sedang mengundurkan keretanya.

"Go!!Go!!Go!!".Sahut Rin dengan hati yang riang di sebelah Izz.

Mujurlah ada mall yang berdekatan dengan Villa Izz itu.Tidaklah jauh mana,kira-kira 10 Km juga dari rumah Izz.

Setelah Rin memilih dan membeli pakaian yang dia mahukan,mereka terus pulang ke villa tanpa membuat tawaf di sekitar mall itu.Semasa Rin mahu membayar pakaiannya tadi,Izz banyak kali berkata pada Rin yang dia akan membayar segala pakaian Rin itu tetapi Rin tidak mahu dan dia menggunakan wangnya sendiri untuk membayar pakaian yang dipilihnya sendiri.Bagi dia,Izz telah banyak tolong dia pada hari itu,dengan membawanya ke sini,memandu,membayar duit minyak.Jadi,takkan la pakaian dia juga Izz yang tolong bayarkan.Dia bukannya seorang perempuan yang kaki kikis.

"Izz terima kasih".Ucap Rin sambil mengukir senyuman yang manis buat Izz.

"Terima kasih??Asal cakap terima kasih kat aku??".Izz berasa hairan seketika.

"Terima kasih sebab teman aku.Kalau kau tak ikut tadi,sorang-sorang je aku".Jawab Rin yang masih tidak mengendurkan senyumannya.

"Hahaha.No problem la.Tak kan aku nak biar kau keluar sorang-sorang.Tak gentleman la aku".Tutur Izz dengan hidung yang tinggi.Hahaha.

"Ke tepi,ke tepi,ke tepi.Bagi laluan".Seseorang menjerit daripada belakang,Izz sempat menoleh ke belakang.

Kelihatan seorang lelaki sedang mengejar seorang lagi lelaki yang sedang memegang beg.Izz dengan pantas memeluk bahu Rin kerna lelaki yang sedang dikejar itu hampir melanggar Rin yang tidak perasaan akan kehadiran dua orang lelaki itu.

"Nak main kejar-kejar pun,pergi la main kat luar.Seboleh-boleh nak main kejar-kejar kat sini".Ujar Izz yang memandang mereka berdua dengan menggelengkan kepalanya.

Manakala Rin pula terasa yang pipinya sedang membahang kerna perbuatan Izz itu mendekatkan jarak di antara dirinya dengan Izz.Rin cuba menyorok wajahnya yang dia sudah dapat teka,pasti wajahnya itu sedang berona merah.

"Bengong betullah diaorng ni.Rin kau okay??".Soal Izz sambil memandang Rin yang sedang menundukkan kepalanya.

"Kau kenapa ni Rin??".Tanya Izz dan beberapa detik selepas itu barulah pipinya pula berona merah pabila baru tersedar akan situasi sebenar yang sedang berlaku di antara mereka berdua.

"Why you are so cute??".Soal Izz di dalam hati.

»»»»»»»»»

"Terima kasih sekali lagi tau Izz".Ucap Rin yang berasa sangat bersyukur kerna Izz menemani dia tadi.

"Welcome.Jom kita dinner sama-sama.Mak Milah dah hidang makanan tu".Ajak Izz yang perutnya sudah berapa kali berbunyi.

"Okay.Aku pergi letak beg-beg ni dulu ye".Ujar Rin lalu menaiki anak tangga untuk menuju ke biliknya di atas.

"Aku tunggu kau kat meja tau".Jerit Izz dari bawah yang melihat Rin sedang membuka pintu bilik gadis itu.

"Okay!!".Jerit Rin.

Rin meletakkan beg-beg kertas yang berisi pakaiannya di dalam almari.Baju yang dibeli tadi digantikan dengan baju yang dia pakai waktu itu.Dalam pada masa yang sama,ada sesuatu yang dia agak musykil tentang dua orang lelaki yang main kejar-kejar di shopping mall tadi.Wajah mereka berdua seperti pernah dia nampak sebelum ini,tetapi dia tidak ingat dan tidak pasti siapakah mereka berdua sebenarnya.

Selepas makan malam dan solat maghrib berjemaah bersama-sama Wak Man,Izz dan Mak Milah,Rin mengambil udara pantai di luar sambil melihat bintang-bintang yang berkelip di langit yang tinggi.Kejadian hari ini betul-betul melupakan dirinya tentang kejadian yang menimpa dia baru-baru ini.

"So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames"

Diseluk poket seluarnya tatkala medengar telefon pintar miliknya mendendangkan lagu daripada Taylor Swift itu.Dia terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.

"Assalamualaikum hello lilttle sister".Sapa si pemanggil.

"Waalaikumussalam hello big brother".Jawab Rin yang sudah tahu siapakah pemanggil itu tanpa melihat namanya terlebih dahulu.

"Rin macam mana?Sihat?".Tanya Ekh di hujung talian.

"ALHAMDULILLAH sihat.So far okay je.Abang Ekh pulak macam mane?Kerja okay?".Kali ini Rin pula yang bertanya soalan.

"ALHAMDULILLAH okay jugak.Kerja pun okay.Semuanya okay tip top just I have a problem with our parents".Jawab Ekh sambil menyikat rambutnya.

"Our parents??Abang Ekh gaduh lagi ke dengan papa dan mama.Ini semua sebab Rin kan?".Balas Rin dengan nada yang sedih.

"Haip!Jangan kata macam tu.Ini semua abang sendiri yang nak buat.Bukannya disebabkan Rin,sebenarnya Rin mangsa keadaan yang tak tahu ape-ape".Ujar Ekh yang mengenangkan nasib yang ditimpa oleh adik kesayangannya itu.

"Nak buat macam mana abang.Ini semua ketentuan ALLAH.Setiap perancanganNYA pasti ada hikmah di sebaliknya.Rin tak marah sape-sape cuma Rin tak faham apa yang mama dan papa cuba lakukan sebenarnya".Luah Rin yang matanya mula berkaca.

"Abang risau betul dengan Rin semenjak dua menjak ni.Entah la abang terasa macam akan ada sesuatu perkara yang buruk berlaku pada Rin".Tutur Ekh yang sangat risau akan keselamatan adiknya memandangkan dia jauh dengan Rin.

"Eish abang ni,janganlah risau sangat dengan Rin.Rin okay je la.Happy as always and cute as always.Hahaha".Bicara Rin yang cuba mencuit hati abangnya.

"Baiklah.Rin please jaga diri.Abang tak nak apa-apa perkara yang buruk lagi berlaku kepada Rin".Tersenyum juga Ekh mendengar tawa adiknya.

"Okay abang.Jangan risau sangat tau.Abang pun take care.Haa..Kirim salam bakal kakak ipar Rin".Usik Rin yang tahu sangat yang abangnya tercuit dengan kata-katanya.

"Alright.Bye..Abang nak buat kertas kerja sikit ni.Nanti ape-ape bagitahu abang ye.Assalamualaikum".Ucap Ekh seraya memutuskan talian manakala Rin menjawab salam daripada abangnya dan air matanya jatuh tanpa di sedari dan cepat-cepat dia mengelap air mata itu.Dia tidak mahu hatinya terasa pedih memikirkan perkara itu lagi.

"Yopppp.Buat ape kat luar ni ah?".Tanya Izz yang ternampak Rin seorang diri di tepi kolam.

"Ha?Aku saje je amik angin".Jawab Rin.

Izz melihat mata Rin yang agak berwarna merah itu,dia sudah dapat jangka yang gadis itu pasti sedang menangis.Entah ape yang menyebabkan gadis itu mengalirkan air matanya dia pun tidak tahu.Namun,dengan hanya memandang mata gadis itu,hatinya terasa sakit dan rasa ingin tahu Izz semakin meninggi.Walau apa pun,dia mesti cari jalan untuk mengembalikan senyuman gadis itu.

"Kau ingat tak masa lepas game aku lawan Universiti dari Kelantan tu??".Tanya Izz seraya memandang wajah Rin.

"Mestilah aku ingat.Salah satu game yang buat aku menangis disebabkan kau".Balas Rin dengan tawa kecil.

"Hahaha.Bila teringat balik,risau jugak kau pada aku".Sambung Izz yang sengaja mengimbau masa lalu.

"Mana taknya aku risau,dah kau tiba-tiba terbaring kat court tu lepas Luqman tolak kau.Kau tahu tak daripada seat penonton tu,aku berlari tahu tak masuk court tu semata-mata nak tengok keadaan kau.Rupa-rupanya....Hermm...Aku kena tipu".Cakap Rin dengan menggelengkan kepalanya dan mahu sahaja dia smackdown Izz kat situ.

"Ye lah.Masa tu kan aku nak test yang kau sayang ke tak dekat aku.Plus masa tu kan kau baru balik dari Brunei.So,untuk celebrate kepulangan kau.Aku plan la dengan member-member aku untuk kenakan kau and tak sangka pulak kau menangis".Terang Izz sambil tertawa besar.

"Ye la.Kau tak bukak mata kot.Budak-budak lain kejutkan kau,langsung kau tak bangun.Bila aku dekat sebelah kau,baru kau bukak mata lepas tu tersengih-sengih.Member ko yang lain gelakkan aku pastu main popper birthday tu.Korang ingat tu birthday party??".Soal Rin dengan rasa agak marah.

"Ahahaha..Aku nak tunjukkan yang aku rindu kau".Kata Izz dengan memalingkan mukanya ke arah lain.

"Rindu aku???".Tanya Rin.

"Eh mane ade.Bukan aku rindu kau.Member-member kau yang ajak aku buat tu semua.Aku pun ajak je la member-member aku sekali".Tipu Izz yang tidak mahu dirinya kantoi itu.

"Hahaha ada-ada je la kau ni".Tambah Rin dengan sambung tawanya.

Izz tersenyum dan gembira melihat gadis di sebelahnya.Rancangannya untuk menggembirakan gadis itu berjaya juga dan hatinya terus riang dengan hanya melihat seukir senyuman dan mendengar gelak tawa gadis itu.Itu sahaja cukup menceriakan diri dan harinya.

"Dah dah.Jom la masuk dalam.Makin sejuk pulak kat luar ni.Kita masuk dalam lepas tu kita solat isyak berjemaah macam tadi okay.Then,tido awal sebab esok kita nak gerak pagi tau".Pesan Izz kepada Rin.

"Aip aip boss tapi serius ahh esok kita balik??".Soal Rin yang sebenarnya dia tidak mahu meninggalkan tempat itu.

"Eh mestilah.Kita kan ada kelas esok,lagipun kita ni kan lari kelas hari ni..Dah lupa eh?".Jawab Izz.

"Hurmmmmmmmm...Okayyyyy".Balas Rin dengan nada yang sedih.

"Laa kenapa ni???Asal macam sedih je??Kau tak nak balik ke??Okay-okay macam ni.Nanti kalau kita cuti sem ke,cuti pendek ke,cuti panjang ke ape ke kita datang sini lagi okay?".Cadang Izz yang menggembirakan Rin yang mendengarnya.

"Yeay!!!!Janji tau?".Ujar Rin dengan sekuntum senyuman.

"Ye aku janji.Ini Tengku Khalil Izuddin Arasy la.Mestilah aku akan kotakan segala janji aku".Janji Izz dengan lagaknya.

Mereka berdua tersenyum dan sempat memandang pantai yang berombak dengan angin yang meniup pokok-pokok di sekitar mereka.

/--------/-----------/-----------/------------/

"Tuan muda.Saya dan Joyie dah jalankan tugas kitaorang".Beritahu Afzal kepada tuan muda mereka yang sedang baring di atas katil.

"Jadi ape maklumat yang korang dapat??".Tanya Hairi yang sedang memandang dua orang bodyguardnya.

"Kami ikut mereka pergi ke Port Dickson tadi".Ujar Afzal yang segak berbaju kemeja putih itu.

"PD??Ikut mereka??Mereka??Apa maksud korang dengan mereka??".Tanya Hairi yang hairan mendengar khabaran daripada Afzal.

"Sebenarnya tuan muda,Rin pergi PD dengan seorang lelaki.Setelah kami berdua menyiasat indentiti sebenar lelaki itu,barulah kami dapat tahu yang dia anak kepada Tan Sri Aziz azmi Alauddin.CEO kepada Syarikat HartaBronze Holding Sdn.Bhd".Jelas Joyie yang sempat melihat gambar keluarga Izz.

"Ohh syarikat tu.Aku pernah dengar pasal syarikat tu.Ermm siapa nama lelaki tu?".Soal Hairi yang semakin ingin tahu itu.

"Namanya Tengku Khalil Izuddin Arasy.Belajar di satu universiti dengan Rin".Tambah Joyie lagi.

"Hurm..Habis tu diaorang berdua buat ape kat situ??".Tanya Hairi yang darahnya semakin mendidih.

"Maaflah tuan muda,kami pun tak tahu kenapa".Jawab Afzal.

"Habis.Korang kejutkan aku pukul 3 pagi ni lepastu bagitahu information korang yang tak lengkap??korang ni buang masa aku la".Marah Hairi yang tidak melantangkan suaranya.Cuma nadanya sahaja yang dapat memberitahu Afzal dan Joyie tentang emosinya itu.

"Kami tadi pun sengaja tertembung dengan mereka di mall".Sambung Joyie.

"Aduh bongoknya korang ni.Kenapa korang tunjukkan muka korang.Macam la Rin tu tak pernah nampak muka korang.Aduhh!!Dah la keluar daripada bilik aku.Aku nak sambung tido aku.Korang pulak pergi sambung kerja korang!!".Arah Hairi seraya menarik selimutnya lalu melelapkan matanya.

Afzal dan Joyie keluar daripada bilik itu dengan muka yang masam dan penuh dengan keredhaan mendengar segala kata-kata Hairi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience