Bab Akhir

Romance Series 30289

"Ah??Kamu tak tahu ke yang Tengku akan berlepas ke Australia pagi ni??Tengku kan sambung belajar kat sana".Beritahu Cik Erma yang mendapat maklumat itu beberapa hari yang lalu.

"Hah??!!Australia??!!Tengku??!!".Mulut Rin terlopong,pergerakannya terkaku ketika Cik Erma memberitahunya tentang Izz.

"Haah..Tengku ada datang awal pagi tadi..Tengku amik semua dokumen-dokumen dia lepastu dia balik".Tambah Cik Erma.

"Okay terima kasih cik..Saya keluar dulu ye".Rin menarik pintu pejabat itu dan tertembung dengan gadis yang tertembung dengannya tadi.

"Hei girl~~Dah tahu kan??".Soal Hannah yang memakai kasut tinggi.

"Dah tahu??Oh maknanya kau sengaja suruh aku hantar fail tu sebab kau nak aku tahu yang Izz pindah??".Tanya Rin.

"Yup aku saja je..Untuk pengetahuan kau,Tengku mintak tolong semua pelajar kat sini tutup mulut diaorang pasal dia pindah..Tengku ada pesan supaya jangan bagitahu kau..Dia tak nak kau tahu".Ujar Hannah yang tidak mengikut permintaan Izz.

"Habis tu kenapa kau bagitahu aku??".Rin gusar akan layanan baik yang diterimanya.

"Sejahat-jahat aku ni,aku still ada rasa kesian kat orang..Nak nak orang macam kau ni..Tengku tu just pandang kau sorang je,aku yang asyik goda dia langsung tak dipandang..So,aku surrender aje la".Hannah menyerah kalah setelah godaannya tidak dilayan Izz.

"Ohhh macam tu..Apa-apa pun,terima kasih sebab bagitahu aku..Kalau tak,aku rasa mesti aku jadi orang yang paling ketinggalan..Thank you Hannah..Aku terhutang budi dengan kau".Ucap Rin seraya menghadiahkan satu senyuman untuk Hannah.

"Dah lah..Baik kau cepat cari dia..Takut takut dia gerak..Ingat peluang hanya datang sekali".Pesan Hannah.

"Alright..Thanks a lot Hannah..May ALLAH bless you".Rin menyambung langkahnya sambil memegang telefonnya.

Jarinya menyentuh nama "mamat senget" untuk dihubunginya.Setelah beberapa kali mendail nombor telefon itu,tiada sebarang jawapan daripada penjawab panggilan itu.Rin menghela nafas panjang,dia mencari pula nombor telefon pembantu peribadi Izz dan perkara yang sama terjadi.Muadz tidak menjawab panggilan yang dibuat oleh Rin.Satu nama muncul di dalam fikirannya lalu Rin pantas mendail nombor telefon orang yang difikirkannya.

"Hello".

"Hello mummy!!Mummy betul ke Izz pergi Australia hari ni??".Soal Rin kepada Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Rin,Puan Sri keluar sebentar..Puan Sri enggak bawa telefonnya".Jawab Bik Siti.

"Ohh baiklah bik,terima kasih".Ucap Rin lalu memutuskan panggilan.

"Rin cakap apa bik??".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Dia bilang terima kasih..Itu aja".Balas bik Siti yang dari Indonesia itu.

"Terima kasih bik,bik boleh sambung buat kerja".Suruh Puan Sri Cheryl Humaira Helene dan bik Siti mengikut arahan majikannya.

"Sorry Rin,Izz tak kasi mummy bersuara..Biarkan je lah dia pergi..Maybe itu dapat melupakan tentang masalahnya di sini".Monolog Puan Sri Cheryl Humaira Helene seorang diri.

Rin mulai buntu,dia tidak tahu siapakah orang yang patut ditanya olehnya mengenai Izz.Gadis itu menapakkan kakinya tanpa arah tuju,fikirannya melayang ke sana dan ke sini apabila memikirkan pemuda yang sering mengambil berat tentangnya.Dia sedia maklum yang Izz memang akan sambung belajar di Australia,tetapi setahunya lelaki itu akan belajar di sana selepas dia menamatkan sesi pembelajarannya di sini.

Semakin lama Rin melangkah,semakin lemah badannya untuk berjalan.Ketika dia sedang berjalan di sekitar perpustakaan,Luqman Khidir berada di hadapannya.Badannya kembali cergas tatkala melihat Luqman Khidir yang tersenyum untuknya.Sungguhpun begitu,Luqman Khidir sebenarnya mahu mengelakkan dirinya daripada terjumpa dengan Rin atas sebab hasrat daripada temannya.

"Luqman...Kau tahu kan pasal Izz??".Soal Rin yang yakin Luqman Khidir tahu akan segalanya.

"Pasal Izz??Pasal apa??".Tanya Luqman Khidir yang terasa mahu berlari dari situ.

"Pasal Izz pindah...Kau tahu kan??Pelase bagitahu aku weii..Please!!".Terkebil-kebil mata Luqman Khidir semasa melihat air mata keluar mengalir di pipi Rin.

"Maaf Rin,aku ada kelas ni..Kejap lagi aku bagitahu kau okay".Jawab Luqman Khidir dan lantas mengorak langkahnya.

Hati Rin mula membara,Luqman Khidir masih tidak jauh daripadanya.Beg tangan yang dibimbitnya,dibaling ke arah tubuh Luqman Khidir.Pemuda yang sedang berjalan itu terus terhenti langkahnya apabila merasakan badannya terasa sakit.Rin dengan tangkas mendapatkan Luqman Khidir yang terduduk di atas tar.

"Cepat bagitahu aku..Pukul berapa flight Izz!!".Rin memukul perlahan tubuh Luqman Khidir dengan menggunakan dompetnya.

"Eh Rin Rin bawak mengucap Rin..Cool down cool down".Minta Luqman Khidir yang sedang menahan pukulan Rin.

"Cool down??Kau rasa aku ada masa ke nak cool down??Cepatlahhh bagitahu aku!!".Rin bertambah geram kerana seluruh pelajar di universiti itu merahsiakan hal ini daripadanya.Sudah tentu kawan-kawannya juga berada di dalam kelompok itu.

"Macam mana aku nak bagitahu kalau kau pukul aku macam ni??".Ujar Luqman Khidir.

"Barulah aku faham kau Izz..Betapa ganasnya Rin ni".Desis Luqman Khidir di dalam hati.

"Rin berhenti Rin!!Kau kenapa ni??".Tanya Khai yang akhirnya menemui Rin setelah lama menunggunya di dalam bilik kuliah.

"Ya ALLAH Rin..Kenapa kau pukul dia ni??Malu tau orang tengok".Celah Afra sambil memegang lengan Rin.

"Korang ke tepi!!".Jerit Rin yang terasa lesu pada badannya.

Gadis itu terduduk di sisi Luqman Khidir.Beberapa titisan air mata,jatuh membasahi bumi.Hatinya,jiwanya dan fikirannya asyik membayangkan nama dan wajah kapten bola keranjang yang amat rapat dengannya.Pelajar-pelajar yang mengelilingi Rin itu terasa serba salah ketika melihat gadis itu bersedih sebegitu.

"Rin...Rin...Janganlah menangis".Pujuk Khai seraya menepuk tubuh kawannya.

"Jangan nangis???Kau rasa aku boleh ke tak menangis dalam keadaan macam ni??Semua orang tak cakap dengan aku pasal Izz..Kau tahu tak aku rasa aku ni bod** sangat sebab tak tahu benda yang penting macam ni".Rin menumbuk tar beberapa kali untuk melepaskan geramnya.

"Rin kitaorang tak bagitahu kau..Lagipun Tengku yang suruh kitaorang rahsiakan benda ni..Dia tak nak kau sedih".Jelas Aleen.

"Habis tu??Dia ingat aku tak akan tahu benda ni sampai bila-bila??".Kata Rin yang cuba menguatkan dirinya.

Luqman Khidir merenung wajah Rin yang mula berona merah kerana menangis.Sifat penyayang yang ada di dalam dirinya mencetuskan rasa simpati sebagai seorang lelaki.Dia buntu sama ada mahu memberitahu Rin atau menepati janjinya dengan Izz.Gadis yang menangis teresak-esak itu amat memilukan jiwa dan raganya.

"Rin,flight Izz pukul 10".Luqman Khidir tidak dapat mengunci mulutnya dan terpaksa memungkiri janjinya.

Air mata Rin terhenti mengalir di saat mendengar Luqman Khidir mengeluarkan suaranya.Dia mengalihkan pandangannya kepada lelaki yang memakai "hoodie" rona merah gelap.Semangatnya mula berkobar setelah badannya terasa penat dengan semua ujian yang ALLAH telah berikan kepadanya.Dia berharap salah satu daripada ujian itu dapat diselesaikannya dengan mudah dan tenang.

Beg tangan Rin yang berada di atas tar itu diambil oleh Linda.Kawan baiknya itu mencangkungkan badannya,menghadapnya seraya memegang beg tangan miliknya.Rin memandang Linda dengan pandangan yang kosong.Wawa dan Aleen pula saling menukar isyarat dengan tangan mereka.

"Sis..Aku rasa,masih belum terlambat lagi untuk kita pergi airport sekarang ni".Ujar Linda sambil memberi beg tangan Rin yang masih tergantung rantai kunci dengan batu musgravite yang dihadiahkan oleh tunangnya encik topeng.

"Cepatan dong..Kita balik kondo amik kereta then aku akan drive selaju kereta formula 1 untuk kau".Tambah Wawa yang suka akan kelajuan.Surat saman juga sering diselitkan pada "wiper".

"Rin ayuh!!Kita still ada masa lagi ni tapi masa tetap mencemburui kita".Khai menghulurkan tangannya kepada Rin.

Rin tersentuh dengan sikap baik kawan-kawannya.Tangan Khai dicapai oleh Rin dengan kemas.Justeru,dia bingkas bangun sambil mengucapkan terima kasih kepada teman rapat Izz.

"Haish Izz...Kau ni,suka sangat buat benda-benda yang macam ni..Bengong betullah..Eh?!?!Aku pun kena gerak ni,alamak kena call diaorang ni".Tutur Luqman Khidir yang turut pergi ke lapangan terbang untuk menghantar kawannya.

Keenam-enam gadis itu berlari sepantas yang mungkin dengan arah tuju yang sama.

Setibanya mereka di kondo,Khai dan Rin masuk ke lif untuk pergi ke bilik mereka manakala Aleen,Linda,Wawa dan Afra menunggu mereka di tempat meletakkan kenderaan.Kunci kereta Alphard diambil oleb Khai yang merupakan pemilik kepada kereta tersebut.Khai menolehkan kepalanya,dia melihat Rin tiada di belakangnya.Nama Rin dipanggil oleh Khai beberapa kali dan disahut oleh Rin.

"Kejap aku nak letak handbag aku ni..Aku malas nak bawak".Jawab Rin seraya mengeluarkan telefon pintarnya lalu memasukkan barang kesayangannya itu ke dalam poket seluarnya.

Rin menggantungkan beg tangannya pada penyangkut yang berada di tepi almari.Tanpa disengajakan,matanya terpandang sebatang kunci yang berada di atas meja belajarnya.Ditenung kunci yang berwarna "silver" itu.Fikirannya memikirkan semula dari mana dia mendapat kunci yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.Gambar yang berada di sebelah kunci itu menarik perhatiannya.Ditenung wajah lelaki yang berada di dalam gambar itu,semakin lama ditenung semakin dia teringat akan peristiwa dia mendapat kunci itu.

Beberapa minit sebelum bergerak ke Kuala Lumpur dari Port Dickson...

"Nah amik kunci ni".Bicara Izz seraya memberi sebatang kunci kepada Rin.

"Kunci apa ni??".Soal Rin yang mengambil kunci itu daripada tangan Izz.

"Ini kunci villa ni,aku bagi kau".Balas Izz yang sedang mengikat tali kasut.

"Buat apa bagi aku kunci ni??Kau nak bagi villa kau ni pada aku ke??".Agak Rin sambil memegang kunci itu.

"Banyak cantik muka kau,aku bagi kunci je..Bukan villa ni..Villa ni still aku punya".Ujar Izz.

"Then what??".Soal Rin dengan berbahasa inggeris.

"Aku saja je bagi kunci ni..Kalau kau rasa kau nak datang sini lagi,datanglah even tak ade aku..Kau masuk je tak perlu mintak izin daripada aku..Anggaplah villa ni macam villa kau sendiri".Izz menjawab pertanyaan Rin.

"Baiknya kau bagi kunci ni kat aku..Jadi??Aku boleh lah datang sini sesuka hati aku??".Tanya Rin yang teruja itu.

"Yes anytime kau boleh datang..Aku tahu kau suka villa ni..So,datanglah bila-bila masa kau nak datang..".Sambung Izz.

"Awat hang bagi aku benda penting macam ni??Kenapa macam kau tak akan jumpa aku lagi??".Soal Rin yang banyak bertanya itu.

"Haah,buat masa ni aku akan jarang jumpa kau sebab aku kena fokus pada projek and training aku..Kan lagi beberapa minggu ada game besar..So,kau susahlah nak jumpa aku nanti".Pintu villa itu dibuka dan Izz menuju ke keretanya.

"Ohhh begitu..Alright thank you tau Izz".Ucap Rin seraya melemparkan senyumannya.

"Aku tahu kau mesti akan rindu aku..Jangan menangis tau bila tak dapat jumpa aku..Aku dah tak boleh pujuk kau nanti".Izz terasa keputusannya itu sudah pasti akan menyedihkan hati Rin.

"Eleh buat apa aku nak menangis..Aku rasa akulah orang paling happy bila kau tak ade".Rin mula senang hati jika tiada lelaki yang selalu mengusiknya berdekatan dengannya.

"Hahahaha aku bet kau mesti menangis".Izz yakin yang Rin kan mengeluarkan air matanya kerana dirinya.

"Takkkkk..Tak akann".Balas Rin yang tidak tahu perkara yang bakal terjadi kepadanya.

Memori itu menyedarkan Rin yang Izz telah memberi klu kepadanya tetapi dia tidak sedar akan petunjuk itu.Dia menyesal dengan kata-katanya sendiri.Tebakan Izz sememangnya tepat yang dia akan menangis disebabkan oleh tindakan Izz.Dirinya dipersalahkan kerana tidak sedar akan petunjuk itu dengan lebih awal.

"Kau tak gunalah Izz..Macam mana kau tahu yang aku confirm akan nangis".Monolog Rin.

"Rin!!Rin!!Jom nanti terlambat pulak".Khai mendekati kawannya yang tidak berganjak daripada meja belajarnya.

"Okay jom".Balas Rin yang terkejut apabila Khai menepuk bahunya.

?????

"Tengku,semuanya dah siap..Kita dah boleh gerak".Muadz telah memasukkan bagasi-bagasi Izz ke dalam kereta.

Izz menganggukkan kepalanya dan meletakkan beg galasnya di atas "seat" kereta.Dia menaiki keretanya bersama Muadz,pembantu peribadinya itu memandu kereta itu buat kali terakhir sebelum majikannya berlepas ke negara yang mempunyai banyak koala dan kangaroo.Puan Sri Cheryl Humaira Helene dan Tan Sri Aziz Azmi Alauddin juga menghantar Izz ke KLIA dengan kereta yang dipandu oleh Pak Leman.

Izz termenung jauh ketika keretanya memasuki jalan raya.Tumbuhan-tumbuhan hijau yang berada di tepi jalan diamatinya.Muadz hanya mendiamkan diri sahaja kerana dia dibelenggu dengan rasa sedih akan keputusan tekad yang diputuskan oleh Izz.Sudah beberapa kali,Tan Sri Aziz Azmi Alauddin dan Puan Sri Cheryl Humaira Helene memujuknya untuk mengubah fikiran,tetapi Izz tetap teguh dengan pilihannya.

Pemindahan Izz berjaya dilakukan dengan hasil pertolongan daripada kawan Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang merupakan pensyarah kepada universiti yang dimohon oleh Izz.Izz bakal menuntut di salah sebuah universiti yang terbaik di Australia iaitu "University Of Adelaide" yang menawarkan pelbagai jenis jurusan musik.Telefon dikeluarkan daripada poket seluarnya,ruang notifikasinya penuh dengan panggilan yang tidak dijawab olehnya.Kesemuanya daripada orang yang sama,orang yang tidak pernah hilang namanya di dalam hatinya."Whatsapp,instagram dan fac" semuanya mesej yang sama dan juga daripada orang yang sama.

"Betul ke apa yang aku buat ni??".Tanya Izz.

"Tengku..Kalau Tengku nak ubah fikiran,masih ada masa lagi..Tapi saya rasa,janganlah Tengku pergi..".Muadz bersuara.

"Hurm..Entahlah aku pun tak tahu..Adakah ini satu keputusan yang tepat atau pun tidak".Balas Izz yang tidak membaca mesej Rin.

"Game" om nom terbuka tanpa disedari,terukir senyuman pada wajah Izz melihat makhluk yang berwarna hijau itu.Setiap kali dia bermain permainan itu,pasti dia akan teringat akan gadis yang menggemari "game" yang berada di dalam "google play".

"Izzzzzzzz!!!Janganlah kacau!!".Marah Rin tatkala Izz mengacaunya yang sedang fokus bermaim "game" "cut the rope".

"Kau ni,aku nak ajak kau berborak bukannya main game..Layanlah aku nii".Lengan Rin dijentik kerana terlalu asyik bermain permainan itu.

"Kejaplah level ni susah..Bagi aku settlekan level ni dulu".Rin tidak berhenti bermain "game" yang disukainya.

Izz pantas merampas telefon Rin daripada tangan gadis itu.Rin mengerutkan dahinya sambil memuncungkan bibirnya dengan tindakan Izz.Telefon pintar Rin selamat masuk ke dalam poket seluar lelaki itu.Izz tersenyum herot ketika menatap wajah gadis yang menggilai Om Nom manakala Rin pula memandang tajam lelaki yang memakai topi itu.

"Alright now,jom kita borak..Nak cerita pasal ape eh??".Izz menongkatkan kepalanya di atas meja makan.Namun,Rin langsung tidak bersuara dan tidak memandang wajah pemuda yang mengambil telefonnya.

"Alolo merajuk eh??Buruk sangatlah muka kau bila monyok macam ni".Izz seronok mengusik Rin tetapi Rin tidak mengendahkannya.

"Tahu tak apa persamaan kau dengan ikan buntal??".

"Apa??".Tanya Rin seraya memeluk tubuhnya.

"Dua-dua gemuk..HAHAHAHAHA".Izz ketawa terbahak-bahak dengan lawaknya.

Rin mengetap bibirnya setelah mendengar jawapan Izz yang menyakitkan hatinya.Gadis itu berdiri dan beredar dari situ selepas menepuk kuat badan Izz.

"Cik adikkk~~Nak pergi mana tu??".Soal Izz sambil melanggar bahu Rin.

"Nak pergi jauh daripada kau".Balas Rin.

"Nak pergi jauh daripada aku??Cit..cit..cit..Maaflah cik,cik tak boleh buat macam tu sebab saya akan tetap kejar cik walaupun cik melarikan diri daripada saya..".Izz menunjukkan jari telunjuknya di hadapan Rin.

"Tak ada kerja eh kejar orang??".Tanya Rin sambil menjelingkan matanya.

"Kerja saya kejar cik la tapi cik kena tahu bila saya dah dapat tangkap cik..Cik tak akan boleh lari".Sambung Izz yang semakin riang hatinya.

"Aku tak lari,aku berjalan".Tutur Rin dengan gayanya.

"Cik..Cik ni kan lebih manis kalau senyum..Senyumlah cik..Tak ikhlas pun tak pe saya terima seadanya".Pujuk Izz yang tidak dapat mengendurkan senyumannya ketika Rin berada di sisinya.

"Aku akan senyum tapi bersyarat..Jangan poyo sangat boleh??".Tanya Rin yang menahan ketawa.

"Tak boleh cik sebab poyo tu sifat semula jadi saya..Itu tak boleh buang..Tapi saya tahu,cik akan tetap berkawan dengan orang poyo macam saya ni".Ujar Izz.

"HAHAHAHAHA...Dah la annoying betullah kau ni".Rin akhirnya tidak dapat menahan tawanya lagi.

"Haaa kan dah gelak..Barulah comel".Tawa dan gelak Rin ialah ubat untuk menceriakan hati Izz.

"Adakah aku akan dapat tengok lagi senyuman dan ketawa dia atau adakah aku akan dapat jumpa dia lagi??".Soal Izz di dalam hatinya.

******

Wawa memandu kereta Khai dengan kelajuan 120 km/h.Pemanduan Wawa yang laju itu menakutkan penumpang-penumpang yang berada di dalam kereta itu.Mereka saling memaut tangan masing-masing kerana Wawa memotong kereta-kereta lain dengan penuh bergaya.

"Woi woiii..Ini bukan cerita evolusi kl-drift..Slow Wa slow".Jerit Aleen yang duduk di sebelah Wawa.

"Wawa!!!Aku tak nak mati lagi!!".Afra juga menjerit.

"Ya ALLAH lindungi kami Ya ALLAH".Pohon Linda yang seram sejuk itu.

"Aku tak tahulah aku boleh ke tak jumpa dengan Izz ni!!!".Rin gerun akan pemanduan Wawa.

"Wawa!!!Aku sayang kau!!Janganlah dera kitaorang macam ni".Khai menutup matanya sambil mengeluarkan suaranya.

"Relax guysss!!!Aku bawak paling slow ni??".Jawab Wawa yang sedang menekan pedal minyak.

"Ini paling slow????!!!!!".Jerit penumpang-penumpang serentak.

Kebiasannya,sejam masa yang diambil dari tempat tinggal Rin ke KLIA tetapi masa dipendekkan kepada 40 minit atas pemanduan Wawa yang sangat BERHEMAH itu.Mereka beruntung kerana tiada kesesakan lalu lintas di sepanjang perjalanan mereka ke KLIA.

"Hahh kita dah sampai..Jom turun".Wawa membuka pintu kereta di sebelahnya.

"Kejap..Aku peninglah..Rasa macam nak muntah".Disebabkan Wawa,Linda terasa mahu pergi ke tandas.

"Aipppp!!!Jangan Linda!!Jangan muntah kat dalam kereta aku".Khai malas ingin menghantar keretanya ke "carwash" jika Linda termuntah di dalam keretanya.

"Guyss..Aku dah terlupa tujuan kita datang sini".Aleen cuba menghilangkan rasa sakit di kepalanya.

"Kita datang sini kan sebab nak jumpakan Rin dengan Tengku..Jomlah!!".Tutur Wawa yang sudah membuka pintu untuk kawannya.

Mereka berlima keluar daripada perut kereta selepas rasa loya yang dirasai mereka hilang.Rin memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sebelum melalui pintu utama KLIA.Tiba-tiba beberapa orang lelaki menghalang laluan mereka.Di antara lelaki-lelaki itu,Muadz berdiri di tengah seraya tersenyum pahit.

"Muadz thank goodness I found you..Mana Izz??Dia dah gerak ke??".Tanya Rin dengan lehernya dipanjangkan untuk mencari Izz.

"Maaf Rin,Tengku tak nak jumpa awak".Ucap Muadz yang mengikut perintah Izz.

"Hah??Izz tak nak jumpa saya??Tipulah tak kan dia tak nak jumpa saya..Tolong tepi sikit Muadz,saya nak lalu".Rin cuba menyelit di antara lelaki-lelaki yang berbadan sasa tetapi cubaannya gagal kerana mereka tidak bergerak langsung daripada kedudukan mereka.

"Rin,sekali lagi saya cakap..Tengku tak nak jumpa awak..Tengku minta awak balik"."Earphone" yang dipakai oleh Muadz menghubungkannya dengan Izz.

"You gotta be kidding me..Izz bergurau kan??Izz saje je kan nak usik saya lagi..Ini semua plan dia untuk kenakan saya kan??Kan??".Tanya Rin yang tidak faham dengan Izz.Muadz menggelengkan kepalanya tanpa memandang Rin.

"Please kata yang semua ni prank..Saya tak sukalah gurauan macam ni".Tutur Rin dengan pandangan yang meraih simpati.

"Cakap dengan dia..Ini semua betul..Izz lagi 10 minit akan berlepas".Izz sedang duduk seraya mendengar suara mereka berdua.Muadz mengikut suruhan Izz tanpa membantah.

"Muadz,tolong sampaikan apa yang nak aku cakap pada dia ni".Minta Izz.

"Baik Tengku".Jawab Muadz dengan nada yang rendah.

"Rin,aku harap kau dapat jaga diri kau sepanjang aku kat sana..Aku tak tahu yang aku akan jumpa kau lagi atau tidak..Segala memori yang telah kita cipta bersama,aku harap kau tak lupakan..Kau jangan lupakan aku even though kau dah berpunya..Haishhh tak ade chance aku...Kau jangan marah tau sebab kau nampak buruk gila yang amat bila kau marah,merajuk dan menangis..Kau kena selalu senyum dan ketawa sebab itu sajalah yang boleh buat kau nampak sangat cantik tetapi taklah cantik sangat..Biasa-biasa je..Tak boleh lawan dengan kekacakkan aku ni..Hahahaha..Furthermore,aku nak mintak maaf kat kau sebab aku pergi diam-diam..Aku buat ni semua sebab aku tak nak kau sedih..Kau pun tahu kan,aku paling tak suka tengok kau menangis..Cukuplah bahu aku ni selalu basah disebabkan kau..Nanti kau carilah mana-mana bahu yang sesuai untuk jatuhkan air mata kau tu..Aku harap lelaki yang jadi tunang kau dapat gantikan tempat aku..Thanks for everything Rin..Last but not least aku minta sangat jangan call aku,jangan mesej,DM or anything..Okay??".Izz menahan dirinya daripada mengalirkan air mata.

"Hahhh..Lepastu kan,tolong tengok-tengokkan villa aku ye..Datanglah sebulan sekali,jenguk Mak Milah dan Wak Man sekali..Kalau boleh jenguk parents aku jugak..Jangan bagi sesiapa masuk villa tu kecuali kau sorang je..".Sambung Izz dengan air matanya sudah mengalir.

"Aku....Aku cintakan kau Rin...Please jaga diri".Kata Izz.

"Tengku kata yang dia ci..."

"Eh Muadz!!Jangan kata yang tu..Just cakap yang aku suruh dia jaga diri".Hampir terbocor rahsia Izz yang dipendamnya.

"Izz..Kau kata dengan aku yang kau akan sentiasa ada dengan aku tapi...Tapi......AKU BENCI KAU IZZZZ!!".Jerit Rin yang tidak puas hati itu.

"Teruskan benci aku Rin...Teruskan..".Telah Izz di dalam hati.

"Okaylah Muadz,aku nak gerak ni..Tolong jagakan daddy and mummy ye..Terima kasih sebab banyak tolong aku..Thanks jugak sebab jadi PA aku yang sangat bagus..Semoga kau sentiasa dimurahkan rezeki..".Ucap Izz dengan ikhlas lalu menyalam tangan Puan Sri Cheryl Humaira Helene dan Tan Sri Aziz Azmi Alauddin.Luqman Khidir,Rayyan Muhammad,Wafie Asyraf,Ikmal Haqiem,Ian Jeun,Ridhuan,Arian dan Meezan saling berbalas pelukan dengan Izz.

"Muadz ke tepi,saya nak pergi jumpa Izz sekarang!!!".Rin menolak Muadz sehingga lelaki itu terjatuh.Gadis itu berjalan dengan laju untuk menemui mamat senget tetapi lengannya ditarik oleh seseorang.

"Ma..Macam mana dia boleh ade dekat sini??".Soal Khai yang terkedu semasa melihat lelaki yang dikenalinya berada di hadapan matanya.

"Hah???Kenapa dia kat sini pulak??".Tanya Aleen.

"Lepaskan tangan I".Rin cuba menarik lengannya.

"Sorry I tak boleh,ini semua Tengku yang suruh I hentikan you".Beritahu Sheik Dazril Hairi Farqah yang muncul secara tiba-tiba itu.

"Please i'm begging you Hairi..Bagi I jumpa dia..Please".Rayu Rin yang tidak mencairkan hati Hairi.

"I'm sorry Rin..I have to do this".Hairi memegang kuat lengan Rin.

"Flight Tengku dah berlepas Rin".Menggeletar tangan Rin mendengar kata-kata Muadz.

"Ini semua salah you!!Kalau you tak stopkan I tadi,maybe I sempat jumpa Izz".Rin memukul lengan Hairi bertubi-tubi.

"I minta maaf Rin..I'm so sorry...Sebenarnya Tengku mintak I buat ni..Dia ada jumpe dengan I semalam".Hairi teringat akan pememuannya dengan Izz.

"Saya nak mintak tolong encik..Tolong jagakan Rin untuk saya..Esok saya pergi Australia dan saya nak encik datang airport and tolong berhentikan Rin bila dia nak jumpa saya..Saya tak nak jumpa dia".Hairi berminat mendengar permintaan Izz.

"Maknanya??Kau akan pergi jauh daripada Rin..Hahaha itu yang aku nak..".Balas Hairi dengan tersenyum herot.

"Tapi saya nak bagi satu amaran, kalau encik sakitkan hati Rin...Saya akan rampas Rin semula".Izz memberikan amaran kepada Hairi.

"Aku tak akan sia-siakan peluang yang dah bagi kat aku..Kau jangan risau..Aku akan jaga Rin lebih baik daripada kau..Aku akan gembirakan dia".Izz lega mendengar jawapan Hairi.

"Dia mintak I jaga you...I janji yang I akan bahagiakan you".Kata Hairi di telinga Rin.

"Jom,I bawak you balik".Ujar Hairi lalu menarik lengan Rin ke keretanya.

"Mungkin ini takdir aku...".Fikir Rin.Sementara itu,Linda,Wawa,Aleen,Khai dan Afra terdiam sejenak.Mereka hanya membiarkan Hairi membawa Rin pergi dari situ.

"Hurm..Sheik Dazril Hairi Farqah bersama Syarifah Nur Hedrina Liyana..Interesting".Bicara seseorang dari jauh.

"Sir..We are ready".Sam telah mengeluarkan bagasinya dan majikannya daripada kereta.

"Ermmm..Sam..I think..This is going to be fun..".Tutur Tengku Fayyad Ariq Zayne dengan matanya kekal memerhatikan Hairi dan Rin.

"What do you mean sir??".Soal Sam yang tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh majikannya.

"Sam..I want you to do something for me..".

"What sir?".Tanya Sam yang bersiap sedia menerima tugasan.

"I want you tu get information about that girl..".Suruh Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Why that girl??I don't think you know her".Sam memandang gadis yang bersama dengan seorang lelaki.

"She will...She will recognize me because she hurt me".Tengku Fayyad Ariq Zayne memakai kot yang diberi oleh pengawal peribadinya.

"I bawak you balik kondo okay??".Tutur Hairi yang sedang duduk di tempat pemandu.

Rin tidak memberikan sebarang respon,dia hanya memandang paparan skrin telefonnya.Dia membuka laman "instagram" miliknya.Kiriman pertama yang muncul di ruang itu ialah kiriman daripada Izz 25 minit yang lalu.Dia menghantar gambarnya bersama-sama bagasinya dengan "caption"...

"Kadang-kala tak semua yang kita nak tu kita akan dapat..Begitu juga dengan impian..Mesti kita perlu lepaskan satu impian untuk mencapai impian yang lain..Mungkin aku akan jumpa impian aku di Australia dan meninggalkan satu impian lagi di Malaysia..Nasihat my mum aku tak dapat nak buat dan kesannya ialah aku tak dapat capai impian aku..Rasa menyesal tidak meluahkannya amat menghantui aku..Macam apa yang mummy cakap..Akan Tergantungnya Cinta jika kita tidak meluahkannya".......

"Semoga kita akan berjumpa lagi mamat senget....".

____________________

P/s:Akhirnya novel tergantungnya cinta sudah sampai ke penghujungnya..Thanks sbb sudi baca novel yang penulisannya mmg out..Maaf ats sgala kekurngn saya dri segi penulisn,tatabahasa,english dan sebgainya..Maaf juga sbb endingnya mungkin tidak memuaskn hti anda..But..Yeah..Macm pelik kan ending camtu..Hahahha...Anyway tyvm..Bye-bye and have a nice day..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience