Bab 14

Romance Series 30286

Nadz berada di tempat letak kenderaan Universiti.Lehernya di panjangkan seperti zirafah.Ahaha.Dia menunggu kedatangan gadis yang berteduh daripada hujan bersama dengan dia petang semalam.Hatinya sungguh riang pabila mendapat mesej daripada Rin malam kelmarin.Rin meminta Nadz menunggu dirinya di tempat parking untuk menyerahkan semula jacket yang telah dipinjam oleh Nadz kepada Rin.

Dia mula bermonolog dengan dirinya sendiri.

"Apa yang aku nak cakap dengan dia nanti eh?..Erm..Awak dah makan?Jom breakfast sama-sama atau aku cakap terima kasih pastu blah?.Apa eh".

"Awak".

Nadz memalingkan wajahnya pabila terasa bahu dia dicuit.Senyuman terukir ketika melihat wajah cantik di hadapannya itu.Kemas sahaja gadis itu mengenakan dirinya dengan baju rona ungu plum itu.Tangan gadis itu sedang memegang beg kertas,pasti isinya ialah jacket miliknya.

Rin memberikan Nadz beg kertas itu seraya mengucapkan terima kasih padanya manakala Nadz mengucapkan sama-sama.Di dalam fikirannya masih terfikir yang dia mahu mengajak Rin bersarapan dengannya atau tidak.Kerna inilah salah satu peluang yang tidak boleh dia lepaskan.

"Patut ke aku ajak dia breakfast dengan aku sebagai tanda terima kasih.Tapi aku malu lah".Rin berbisik di hatinya.

Kedua-dua mereka memikirkan soalan yang sama tanpa mereka ketahui.

Tetapi akhirnya Nadz yang mengajak Rin bersarapan bersama.Tanpa ragu-ragu,Rin bersetuju sahaja dengan ajakan Nadz malah dia juga gembira dengan permintaan itu.Nadz tampak bahagia ketika itu kerna dengan cara itu dia dapat mengenal gadis itu dengan lebih mendalam.

Mereka jalan beriringan ke kafe.Kedua-dua mereka langsung tidak bersuara hanya memandang wajah masing-masing seraya tersipu malu.

Sesampainya mereka di kafe,mereka mencari tempat untuk duduk.Rin memilih meja yang berdekatan dengan air terjun kecil itu.Nadz bertanya pada Rin yang dia mahu makan apa.Rin hanya berkata yang dia mengikuti sahaja apa yang dipesan oleh Nadz.Nadz hanya menuruti sahaja kata-kata gadis itu.

Dia memesan dua pinggan nasi ayam dan dua gelas teh o suam.Pesanan yang telah diminta oleh Nadz tadi telah disiapkan dengan hanya 5 minit sahaja masa yang diambil.

Mereka berdua menjamu selera setelah bacaan doa makan di baca oleh Nadz.Ketika makan, sempat juga Nadz curi-curi memandang Rin yang sedang makan itu lalu bertanya soalan pada Rin.

"Awak tak kisah ke saya order nasi ayam?".Soal Nadz yang risau akan pilihannya untuk gadis itu.

"Erm?Saya tak kisah.Lagipon ini makanan favourite saya dan air ni pun favourite saya tau.Pandai awak pilih".Puji Rin seraya mengukir senyuman.

Terasa bangga Nadz dengan pilihannya itu dan gembira pujian daripada Rin

Nadz lebih banyak bertanya soalan kepada Rin.Rin hanya menjawab sahaja soalan yang ditanyakan oleh Nadz.Gelak tawa mereka mula didengari tatkala Nadz membuat lawak.Rin juga hampir tercekik ketika makan dek kerana tergelak dengan lawak Nadz.

Senyuman langsung tidak lekang pada wajah mereka berdua yang sedang asyik berbual itu sehingga tidak perasan orang di sekeliling memerhatikan mereka berdua di situ.

"Awak..Saya dengar,beberapa hari lepas awak hampir dilanggar betul ke??".Soal Nadz yang sengaja menanyakan soalan itu.

Rin menganggukkan kepalanya seraya meminum air teh'o'.

"So,are you okay right now?".Tanya Nadz lagi.

"ALHAMDULILLAH..Saya okay cuma....".Rin berhenti menyambung ayatnya pabila terkenangkan sesuatu di fikirannya.

"Cuma ape?".Soal Nadz sambil menjungkitkan keningnya.

"Cuma ada perkara yang membuatkan saya berasa musykil sedikit".Jawab Rin sambil memegang dagunya.

"Apa dia..Kalau awak tak keberatan.Awak share la dengan saya".Ujar Nadz yang cuba mencungkil perkara yang difikirkan oleh Rin itu.

"Ermm..Ada seorang lelaki yang tolong bawa saya ke klinik tetapi sampai sekarang saya tak tahu siapa lelaki tu".Jelas Rin yang tertanya-tanya gerangan siapakah lelaki pada tempoh hari.

Nadz menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.Dia runsing kerna ingin memberitahu atau tidak siapakah orang yang membawa Rin ke klinik pada masa itu.

"Awak langsung tak ada clue ke siapa lelaki itu?".Kata Nadz seraya memandang gadis-gadis yang melambaikan tangan padanya.Namun tidak dia membalas lambaian itu kerna tumpuannya sekarang hanyalah kepada gadis di hadapannya itu.

"Tak.Geram juga saya sebenarnya.Lelaki tu pun satu,bukannya nak jumpa dengan saya dan cakap dia lah yang membantu saya hari itu.Pengecut kot dia tu".Terasa geram Rin memikirkan mengenai lelaki itu.

Selepas mendengar kata-kata Rin,Nadz tidak bersuara malah hanya diam membisu sahaja.

"Kenapa lelaki tu buat macam tu?Bukan saya nak smackdown dia pun bila saya jumpa dia.Erm malas saya nak pikir.Saya nak pergi tandas sekejap ye".Pinta Rin kepada Nadz lalu pergi ke tandas.

"Aduhh aku nak bagitahu dia ke tidak eh.Peningnya Ya ALLAH".Bisik Nadz perlahan.

Pemutar paip di pusingkan oleh Rin.Dia membasuh tangannya selepas membuang hadas kecil lalu dilapnya tangan itu dengan menggunakan tisu yang digantung kemas di tempat tisu.

"You belong with me~~~".

Ringtone lagu you belong with me daripada Taylor Swift mula berbunyi.Tertera nama Izz Senget di paparan skrin lalu Rin menjawab panggilan itu.

"Hello..Assalamualaikum kau dekat mane?".Soal si pemanggil.

Rin memandang sekeliling..

"Tandas".Jawab Rin ringkas.

"Kau buat ape dekat situ?".Tanya Izz yang sedang bermandi peluh kerna baru lepas berjongging di padang.

"Soalan kau kan menyakitkan hati tahu tak?".Suaraku ditinggikan sedikit kerna mula menyirap dengan kata-kata Izz.

"Laa..aku gurau je la,jangan marah.Aku nak jumpa dengan kau boleh.Lagipun kelas kau mula tengah hari kan?".Soal Izz.

"Eish tahu aje kan dia ni".Bisikku di dalam hati.

"Aku bagi kau 2 minit je.Kalau kau lambat aku report pasal kau kena langgar ari tu dekat mama papa".Ugut Izz.

"Ahhhhhh...Okay I will be there..Just stay there okay".Balasku seraya memutuskan talian.

Mamat ni memang apa yang dia cakap dia akan buat.Disebabkan itulah,aku akan ikut sahaja kata-kata dia.Kalau tidak,habislah aku kena dengan mama dan papa nanti.

Dengan kadar yang segera,aku mencapai beg tanganku lalu berjalan pantas ke padang.Kebiasaanya pada hari selasa dan khamis,Izz akan berada di padang untuk melakukan aktiviti senaman bersama atlit yang lain.Hari yang lain pula sama ada dia akan berada di gym atau gelanggang bola keranjang untuk menambahkan staminya.

Setibanya aku di padang berumput warna hijau itu,aku terus berlari ke tempat duduk penonton.Lelaki yang memakai jersey berwarna kuning mendapat perhatianku.Aku mendekati lelaki itu dengan terfikir sesuatu perkara.

"Asal macam ada something yang aku lupa eh..Ahh ape eh??Ahh tak ape lah tak penting kot".Fikirku sejenak.

Pabila aku berada tepat di hadapan Izz,lelaki itu mengarahkan aku supaya duduk di sebelahnya.Sebotol jus oren diberikannya buatku.

"Kesian dia.Mencungap dia berlari jumpa aku.Ahaha.Sekali-sekala buli.Tak ape kot".Telah Izz di dalam hati seraya melihat Rin meneguk jus oren itu beberapa kali.Nampak sangat kepenatan itu.

Sapu tangan berwarna putih dicapai oleh Izz di tempat duduk di sebelahnya lalu dia mengelap dahi Rin yang mula mengeluarkan peluhnya.Spontan Rin terdiam dan hanya membiarkan sahaja perlakuan Izz terhadapnya.Mata mereka bertaut ketika itu seraya Izz masih lagi membantu Rin mengelap peluh di wajah yang manis itu.

Usai sahaja Izz mengelap peluh Rin,Izz memberikan sapu tangan itu kepada Rin.Di mengambil sahaja sapu tangan itu daripada tangan kanan Izz.Lelaki di sebelah Rin itu mendekatkan wajahnya dengan wajah Rin.

"Aku dah lap peluh kau,sekarang kau lap peluh aku pula".Ujar Izz seraya mengherotkan senyuman dia.

Rin menelan air liurnya,tidak jangka langsung yang Izz akan berkata seperti itu.Tetapi apa yang boleh dia buat,dia turuti sahaja arahan daripada Izz itu.

Rin mengelap wajah Izz yang berpeluh lebih banyak daripada dia.Mata Izz langsung tidak beralih ke arah lain.Hanya memandang buah hati yang berada dihadapannya itu.Tujuan dia menyuruh Rin datang ke situ hanyalah sekadar untuk melihat wajah cantik itu kerna rasa rindu akan gadis itu semakin meningkat walaupun baru sahaja semalam dia bertemu dengan Rin.

"Ehem ehem wahai Tengku Izz,nak sweet-sweet tak boleh di sini ye.Peminat awak tengah tengok awak berdua".Kata Luqman Khidir iaitu kawan baik kepada Izz.

Aku memandang kawasan luar padang dan melihat hampir 20 orang pelajar perempuan sedang memandang kami berdua.Pabila Izz berada di padang,beberapa orang petugas telah diarahkan oleh Izz untuk menjaga dia dan menjauhkan dirinya daripada para peminatnya yang gila itu.Aku teringat akan sesuatu,pada beberapa bulan yang lepas,rambut Izz ditarik oleh seorang perempuan gara-gara Izz tidak melayan dia pabila dia membantu Izz mengambil bola.Itu sahaja sebabnya tetapi pelajar perempuan itu tetap mahu bergaduh dengan Izz.Nasiblah aku tiada berhampiran ketika itu,kalau tidak memang jadi mangsa tumbukan la aku jawabnya.

"Erm..Ah Izz kenapa kau suruh aku datang sini?Asal kau injured ke?".Tutur Rin yang mula risau akan keadaan Izz.

"Tak ade lah.Aku saje je suruh kau datang sini teman aku".Jawab Izz seraya menanggalkan jerseynya.

Automatik Rin mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Terasa malu dengan tindakan yang secara tiba-tiba itu.Pelajar perempuan yang berada di luar padang terus menjerit pabila Izz menanggalkan jerseynya.Gedik kan?

"Kau ni asal tak tanggalkan baju tu kat bilik persalinan?".Kataku.

"Malas la lagipun panas aku tak tahan".Balas Izz seraya memandang Rin yang tidak memandangnya.

"Jangan poyo sangat lah.Malu konon.Pandang je la.Asal aku buat kau tergoda ke?".Ucap Izz ,sengaja mahu mengusik Rin.

"Eish memang idok le teman tergoda dengan mu".Balas Rin yang terasa annoying itu.

"Laah kalau suka cakap,jangan sorok nanti melepas".Bicara Izz.

Dengan serta-merta,aku mengetuk kuat kepala Izz.Mengadu dia dalam kesakitan itu.Padan muka.

"Eish ape ni?Sakit tahu tak?".Adu Izz sambil memegang kepalanya yang menjadi tempat melepaskan ketukan daripada aku itu.

"Padan muka.Tu lah suka sangat sakat aku".Balas Rin yang berpuas hati dengan tindakan dia.Bibir dicebik Rin.

"Ahh bibir tu kalau aku kiss.Sia-sia je nanti".Ugut Izz.Dia tertawa kecil dengan kata-katanya sendiri.

"Kiss?Kiss lah kalau berani".Rin mendekatkan tubuhnya dengan Izz.

Izz tersenyum herot lalu dia bangun dan menghadapkan tubuhny di hadapan Rin sambil membongkokkan sedikit badan dia.Tangan Izz memegang lengan Rin.

Perlahan-lahan Izz mendekatkan wajahnya dengan wajah Rin.Terkebil-kebil mata Rin dibuatnya.Rin menutupkan matanya dan dalam pada masa yang sama kami berdua telah dikepung oleh petugas yang bertugas.Jadi tidak hairanlah Izz berani berbuat sebegitu.

Akhirnya bibir Izz menyentuh kepala Rin yang disarung dengan tudung itu.Selepas itu,Izz mengambil tempat di sebelah Rin semula.Izz berbuat seperti tiada apa yang berlaku manakala Rin pula masih terkejut dengan situasi tadi.Masih terasa kepalanya yang telah disentuh oleh bibir Izz.

"Lain kali kalau bibir aku singgah di bibir kau,jangan pelik.Itu semua akan terjadi bila kau cabar aku".Gertak Izz yang mula pipinya membahang malu tetapi dengan pantas dia sorokan perubahan warna wajahnya itu daripada Rin.

"Aku tak suka kau!".Kata Rin sambil berdiri yang ingin pergi dari situ.Namun lengannya sempat ditarik Izz.

"I'm sorry.Forgive me.It's my mistake".Pohon Izz yang mula rasa bersalah.

"Hurm.Kau ni tak pernah tak poyo kan?".Balasku.

"Yang poyo ni la yang kau sayang".Jawab Izz selamba.

Hendak sahaja Rin mengetuk kepala Izz lagi.Namun,hasratnya diketepikan dahulu.

"Since when aku sayang kau".Kata Rin.

"Sejak kau sentiasa berada di sisi aku".Ujar Izz yang masih tidak melepaskan lengan Rin.

Berbunga-bunga hati Rin pabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Izz itu.Pipi dia mula blushing dan pantas dia menyorokkan wajah itu daripada pandangan Izz.

"Malu eh?Tak payah sorok aku dah nampak".Sakat Izz.

Tanpa memandang muka Izz,Rin menarik lengannya lalu berlalu pergi sepantas yang boleh dari situ.Perasaan malunya akan semakin membukit jika dia masih berada di sisi Izz.

"Izz tu sengaja je nak sakat aku kan.Tengok sekaran,aku dah blushing.Eishh!!Malunya".Desis Rin di dalam hati.

"Alahai comelnya dia.Kau memang suka buat aku sayang sangat pada kau kan Rin".Bisik Izz di dalam hati yang semakin cair itu seraya memandang Rin yang berlari daripada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience