Bab 7

Romance Series 30286

Baru berapa langkah aku pergi dari situ,terasa lenganku ditarik.Aku memusingkan badanku ke belakang.

"Aku hantar kau balik.Nanti kena langgar lagi.Tak pasal-pasal aku kena bawa kau pergi ke hospital".Kata Izz sambil memandang ke arah lain.

Tersenyum herot aku dengan kata-kata yang keluar dari mulut Izz.Dia menarik lenganku dan membuka pintu kereta ferrarinya untukku.Tubuhku masuk ke dalam kereta mewahnya dan dia berada di sebelahku.Enjin dihidupkan dan dia mula memandu menuju ke kondoku yang tidak lah jauh mana dari situ.

Semasa dia memandu,dia kembali tidak bersuara dan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.Sunyi pulak aku rasa.Jadi aku mula bersuara.

"Izz kau da maafkan aku".Soalku pada pemandu di sebelahku itu.

"Siapa kata?Cik Timah eh cakap".Jawab Izz yang masih memandang jalan di hadapannya.

"Eh kau ni.Serius la aku tanya kau ni".Kataku dengan serius.

"Ye ye aku maafkan kau".Balas Izz.

"Yes".Ujarku sambil tersenyum.

"Apa yes yes? sebagai dendanya kau kena teman aku pergi shopping besok malam".Tutur Izz kepadaku.

Waduh ini orang kan,kalau pergi itu shopping memang mengalahkan perempuan.Pernah aku pergi shopping dengan dia.Ingat dia nak belanja aku beli barang rupanya jadi mangsa pegang beg kertas.

"Okay la.PA kau tak ikut ke?Mahu aku sorang je yang bawa semua barang kau".Soal aku kepada Izz yang biasanya PA dia mesti ikut dia ke mana-mana kecuali ke Universiti.

"Tak".Jawab Izz ringkas.

Setibanya kami di hadapan kondo,Izz menghentikan keretanya lalu aku mengeluarkan tubuhku dari perut kereta.Ucapan terima kasih aku tuturkan pada Izz dan aku masuk ke perkarangan kondominium itu.

Pintu aku buka dan menuju ke ruang tamu.Beg aku letakkan di atas sofa.Tubuhku ku dudukkan di atas sofa.Wajah Izz bermain di fikiran aku.

The truth is,yes I love Tengku Khalil Izuddin Arasy but that's happened two years ago not now.Perasaan aku kepadanya mati pabila aku ketahui yang dia mempunyai kekasih hati waktu itu.Seorang gadis yang digilai ramai.Cantik dan tinggi orangnya.Tidak mampu aku menyaingi gadis itu.Aku tidak tahu bagaimana mereka boleh mempunyai hubungan.Sebaliknya,hati aku cukup pedih setiap kali dia bertemu dengan perempuan itu.Kesedihanku akan ku tutupi apabila berhadapan dengan lelaki yang pernah aku cintai itu.Perasaan itu semakin lama semakin pergi jauh dari sudut hati aku.Jadi,tidak mungkin aku akan memetik cinta yang dah lama pergi itu semula.Hanya cinta sebagai seorang kawan sahaja yang masih bertempat di jiwa ini.

Keesokkan harinya,aku mulakan pagiku seperti biasa.Jam 8:30 pagi aku telah membawa diriku ke Universiti tempat pengajian aku.Aku tidak tahu mahu pergi ke mana kerna aku baru dapat tahu yang kelas pada hari ini dibatalkan.Pada mulanya,aku mahu ke kafe tapi kalau lama sangat duduk di sana makin gemuk la aku nanti.Ahaha.Jadi aku decide pergi ke perpustakaan.Dapat la aku release tension sikit bila baca buku.Itulah salah satu cara aku untuk tenangkan fikiran.

KRING!

Telefonku berbunyi lantas aku menjawab panggilan dari Izz.

"Assalamualaikum..kau tak ada kelas kan ari ni?".Tanya Izz.Dia ni tahu sahaja yang aku tiada kelas.Ni mesti Khai yang bagitahu dia

"Waalaikumusalam..Aah tak de.Kenapa?".Soalku pula buat Izz.

"Hari ni aku pukul 10 aku ada friendly,kalau kau free datanglah tengok.Tu pon kalau kau nak".Ajak Izz.Setiap kali perlawanan bola keranjang mesti akan aku tonton sebabnya ada Izz dan memang aku suka bola keranjang.Full stop.

"Yah okay.I will be there in 10 minutes".Kataku sambil memandang jam rona silver milik aku.

"Oh okay.On the way,kau datang sini belikan aku buah potong.Tak kisah buah apa.Janji buah.Okay bye".Balas Izz dan memutuskan talian.

Izz seorang yang bab makanan dia amat menitikberatkan.That's why badan dia agak tegap.Six pack?Aku tak tahu dia ada ke tak.

Aku pergi ke gerai menjual buah dan belikan buah yang Izz mahukan.Aku belikan Izz buah tembikai dan buah betik untuk aku.

Setibanya aku di court basketball,kelihatan mereka sedang membuat latihan.

"Mana pula Izz,tadi beriya sangat nak buah.Batang hidung dia pun aku tak nampak".Desisku di dalam hati.

Aku melabuhkan punggungku di tempat duduk penonton.Hanya ada beberapa orang sahaja yang hadir untuk menonton perlawanan persahabatan ini.Ramai agaknya yang tidak tahu hari ini ada friendly.Tidak mengapa.Kita tunggu lagi 20 minit.Mesti penuh tempat duduk yang bakal dipenuhi oleh perempuan.

Bah!!!

"Omak kau".Melatah aku dek terkejut.

Izz dengan muka yang tebal mengambil tempat di sebelah aku.Plastik yang berisi buah dirampas oleh Izz dari tanganku.Dia melihat isi plastik itu dan mengambil tembikai potong lalu di masukkan ke dalam mulut satu per satu.

"Okay tak tembikai tu?".Soalku sambil melihat orang semakin memenuhi tempat duduk.

"Okay.Sedap.Manis.Pandai kau pilih".Jawab Izz yang mulutnya masih mengunyah.

"Well this is Rin".Balasku dengan hidung tinggi.

"Yelah.Nah buka mulut".Izz menyuakan sepotong tembikai kepadaku.Teragak-agak aku untuk menerimanya.Dia menjungkitkan keningnya sambil tersenyum manis.Aku memandang sekeliling terlebih dahulu sebelum memakannya.Ternyata tembikai tu memang manis.Rasa nak beli lagi je.

"Aah manis lah".Kataku sambil menunjukkan ibu jariku kepada Izz.

"Kan?Tapi kau lagi manis".Tutur Izz seraya memerhatikan kawan sepasukannya yang sedang berlatih.Aku berasa malu seketika dan pantas mengubah topik.

"Kau lawan Universiti mana kejap lagi?"Soalku.

"Universiti dari Perak.Entah aku dah lupa nama universiti tu".Jawab Izz.

Aku sekadar menganggukkan kepala.Beberapa minit kami diam membisu.Sehinggalah waktu perlawanan bakal dimulakan.

"Ok la.Aku da kene pergi ni.Support aku tau.Jangan pergi mana-mana".Ujar Izz yang sedang berdiri dan hendak masuk ke dalam gelanggang.

"Aku tak akan tinggalkan kau.Fighting!Goalkan banyak-banyak tau.Good luck!".Ucapku.

Izz berkata okay dan terus melompat masuk ke dalam gelanggang.Suka hati dia je lompat.Ada tangga tidak pula digunakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience