Bab 55

Romance Series 30289

"Hah nak borak ape??".Tanya Izz yang sudah melabuhkan punggung di tepi tasik.

"Terima kasih sebab tolong aku.Aku ingatkan yang kau suruh Muadz angkat aku,rupanya kau" .Ucap Rin yang dia ingatkan Muadz yang membawa dia ke biliknya setelah dijumpai oleh Izz sewaktu dia pengsan.

"Sama-sama........Kau ingatkan aku kasi ke orang lain angkat kau??".Soal Izz seraya memandang gadis yang berada di sebelahnya.

"Bagi je la Muadz angkat aku.Sekurang-kurangnya dia tu macam ada gaya seorang Romeo.Tak macam kau yang tak ade gaya macam Romeo langsung".Tutur Rin lalu mengalihkan pandangannya ke langit yang berwarna biru itu.

"Yang bukan macam Romeo ni la yang angkat kau sampai ke bilik kau.Kau kena admit yang aku sebenarnya kuat dan gagah perkasa".Hidung Izz mulai tinggi.

"Kuat ke??".Tanya Rin sambil menepuk kuat lengan kanan Izz.

Izz yang terasa sakit akibat lengannya ditepuk kuat oleh Rin memusingkan kepalanya ke arah lain agar gadis itu tidak nampak yang dirinya sedang menahan kesakitan.Lengan kanannya dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali masih lebam dan terasa sakit.Dia juga terpaksa menahan kesakitan itu sewaktu mencempung Rin ke biliknya tanpa berhenti berjalan.Kesakitan itu hilang dengan hanya melihat Rin di dalam cempungannya.

"Izz kau okay tak ni??".Soal Rin yang mula musykil terhadap Izz.

"Okay.Fine.Good as always.Kenapa?".Tanya Izz pula seraya memegang lengannya.

Rin menepis tangan kiri Izz yang sedang memegang lengan kanannya .Rin juga melipat lengan kanan baju pemuda itu ke atas.Mata Rin membulat tatkala melihat ada beberapa kesan lebam di lengan pemuda yang sedang memakai t-shirt itu.

"Ya ALLAH kenapa ni Izz??Asal tangan kau ada lebam ni??".Soal Rin yang melihat ada tanda berwarna biru kehitaman pada lengan lelaki itu.

"Jatuh masa practice hari tu".Tipu Izz dan Rin pula mempercayai Izz.

"Ohh..Ok next question..Kenapa kau ade kat sini??".Tanya Rin kepada lelaki yang berada di sisinya.

"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh saje".Balas Izz dengan penuh selamba gile.

"Punya panjang ahhh kau tu..Tpi ciput je jawapannya....Betul betul lahhhhhh".Ujar Rin yang rasa mahu tumbuk sahaja lengan Izz yang lebam itu.

"Yee aku saje je datang kat sini.Mummy kata kat sini tempat dia boleh release tension..Tapi tak sangka pulak yang kau ade kat sini..Bertambah tension aku".Jawab Izz dengan memberi pandangan yang tajam kepada Rin.

"Elehhh macamlah aku tak tension bila nampak kau ade kat sini..Mana mana aku pergi ade je kau".Balas Rin dengan menjelingkan matanya pula.

"Jodoh mungkin...".Kata Izz bernada perlahan.

"Hah ape Izz??".Soal Rin yang tidak mendengari suara Izz.

"Tu tu......tu kodok mungkin??".Kata Izz seraya menunjukkan daun yang agak jauh daripadanya untuk memperdaya Rin.

"Hah!!!Mana mana??".Ujar Rin yang telah berdiri tatkala matanya mengekori arah yang ditunjuk oleh Izz.

"Tu...tu...Kau tak nampak ke??".Tutur Izz yang tangannya bergerak ke kanan dan kiri untuk cuba menipu Rin lagi.

"Eeeee mana aku tak nampak pon..Janganlah tipu aku".Rin mula geram dengan Izz.

"Hahhhh jumpe dah...Ni".Bicara Izz sambil mencucuk pipi Rin dengan lembut.Pemuda itu juga sempat mengukirkan senyuman untuk gadis yang disakatnya itu.

"Kau kata aku kodok?? -_- ".Tanya Rin yang jarinya sedang mencubit lengan Izz tanpa rasa belas kasihan.

"Au au wei sakitlah..Aku gurau je..Dah dah..Sakit!!!".Adu Izz sambil menjentik jari yang mencubit lengannya.

"Eish sakitlah..Dah la..Aku nak blah..Babai".Kata Rin lalu pergi meninggalkan Izz di situs seorang diri.

"Waduh merajuk la pulak..Ini kena kejar ni".Desis Izz yang kakinya mengikut langkah Rin dari belakang gadis itu.

"Yuhuuu!!Yang tengah berjalan tu..Janganlah merajuk".Panggil Izz yang mengikuti langkah Rin dari belakang.

"Mana ada merajuk..Cuma malas je nak layan kau".Jawab Rin yang mendengar Izz memanggilnya.

"Nak aku angkat kau lagi ke untuk buat kau tak merajuk dengan aku??".Tanya Izz yang menghentikan langkah Rin ketika dia berada di hadapan gadis itu.

"Tak nak..Tepi laaaa".Balas Rin seraya menolak Izz lalu menyambung langkahnya.

"Aduhhh ni yang payah ni....".Telah Izz di dalam hati.

Dia memerhatikan gadis yang sedang berjalan itu.

"Merajuk pun comelllll".Monolog Izz sendiri seraya menggelengkan kepalanya.

"Aku ni betul-betul dah mabuk cinta..Haih Rin..Kenapa buat aku macam ni??".Izz bersuara lagi dengan masih matanya memandang gadis yang menarik dan mencuri hatinya.

?????

"Weiiii call la Tuan Muda".Ujar Afzal yang sudah takut tatkala memikirkan tentang majikannya.

"Kau lah..Aku takut la..Nanti dia membebel,koyak telinga aku dibuatnya nanti".Jawab Joyie.

"Habis kau ingat telinga kau je koyak,telinga aku pun tau..Silap-silap telinga aku sebelah tak de".Balas Afzal yang sudah terbayang akan wajah marah majikannya.

"Okay sekarang ni.Apa kata kita call sama-sama guna phone kau".Cadang Joyie.

"Aik!!Apahal phone aku pulak??".Tanya Afzal yang sedang memegang telefon pintarnya.

"Handphone aku tak ade kredit..Kalau tak caya kau tengok ni".Balas Joyie seraya menunjukkan paparan skrin telefonnya yang tertera baki kreditnya RM 0.

"Haaaa..Ye lah ye lah..Guna telefon aku".Kata Afzal lalu mendail nombor telefon majikannya.

Deringan telefon yang dilantangkan pembesar suara,menakutkan Afzal dan Joyie yang menunggu majikannya menjawab panggilan dariapda mereka berdua.

"Hiiiiii~~~Korang nak ape???".Tutur penjawab panggilan telefon itu dengan nada yang lembut.

Afzal dan Joyie memandang wajah masing-masing sambil tangan mereka menggaru kepala mereka sendiri.

"Weii ni Tuan Muda ke??Apahal lembut semacam suara".Bisik Afzal di telinga Joyie.

"Entah..Pelik jugak aku..Entah-entah orang Cina dah mandrem dia kot".Sambung Joyie yang pelik mendengar suara majikannya.

"Afzal,Joyie..Kenapa call aku ni??".Tanya Tuan Muda itu dengan kali ini nada suaranya agak tinggi sedikit daripada yang tadi.

"Ahh..Sebenarnya kami nak bagitahu tentang Puan Muda".Jawab Afzal yang menambahkan lagi kegembiraan yang sedang dirasai oleh Hairi.

"Hahhhh???Bagitahu pasal ape??".Tanya Hairi yang sedang terbaring di atas katil kerana badannya letih akibat terlalu lama terbang di awang-awangan.

"Rin di Tadom Hill bersama kawan-kawannya.Mereka menginap di situ".Beritahu Joyie yang mengukirkan senyumn sinis setelah mendengar berita daripada salah seorang daripada bodyguardnya.

"Biar je lah dia..Asalkan dia happy".Tutur Hairi yang tiba-tiba terasa hilang letihnya apabila mendengar nama Rin.Katil yang empuk itu ditepuk beberapa kali ketika dia memikirkan wajah tunangnya yang menghadiahkan segaris senyuman untuknya di lapangan terbang.Betapa riang hatinya dengan hanya melihat senyuman yang diukir oleh Rin buatnya.

"Tetapi kan Tuan Muda..Ada benda lain yang kami nak bagitahu ni".Tambah Afzal dengan mulutnya terkumat-kamit mahu memberitahu tentang siapakah yang bersama dengan Rin di Tadom Hill selain daripada rakan sekelasnya.

"Hah....Ape dia???".Soal Hairi dengan matanya tertatap pada bunga daisy yang terletak di atas begnya.

"Rin bersama dengan anak kepada Tan Sri Aziz azmi Alauddin".Balas Joyie dan mereka menjauhkan sedikit telefon pintar Afzal daripada telinga mereka.

"Tengku Khalil Izuddin Arasy tu ke??".Tanya Hairi lagi tatkala mendengar nama musuh terbarunya dalam mendekatkan dirinya dengan Rin.

"Ye Tuan Muda".Jawab Afzal dan Joyie serentak.

"Okay lepas tu??Takkan ni jer info yang korang bagi kat aku".Kata Hairi yang sudah terbayang wajah Izz di dalam mindanya.

"Dan semalam Rin pengsan".Beritahu Joyie yang memeranjatkan Hairi.

"Hah!!Pengsan??Macam mana boleh pengsan??".Tanya Hairi.

"Sebab Joyie jadi Cik Ponti dan dia terperanjatkan Rin".Ujar Afzal yang sedang melihat Joyie sedang menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Oh god...Why aku ada bodyguard yang bongok sangat macam korang..Yang korang pergi kacau dia kenapa..Aduhai..Please la jangan ruin plan aku..Macam mana kalau dia tahu yang benda tu sebenarnya korang..Kenapalah korang ni tak berfikir panjang dulu sebelum buat ape-ape..Aduhai".Marah Hairi kepada dua orang bodyguardnya.

"Kami minta maaf Tuan Muda".Pinta Joyie yang tangannya mula menggigil dengan hanya mendengar suara majikannya itu.

"Ahh forget about it...Aku ada plan lain".Bicara Hairi yang mula tersenyum herot.

"Plan??Plan apa Tuan Muda??Plan untuk Puan Muda ke??".Soal Afzal yang berminat untuk mendengar pelan yang dirancang oleh Tuan Mudanya.

"Tadi kau kata Rin dengan siapa selain daripada kawan-kawan dia??".Tanya Hairi yang menginginkan kepastian.

"Dia bersama dengan Tengku Khalil yang Rin panggil dia Izz".Jelas Joyie.

"So,itulah plan aku..Okay kalau tak ade ape-ape lagi..Aku nak tidur..Kalau ade news baru pasal Rin..Bagitahu aku ASAP..Bye".Hairi lantas memutuskan panggilan apabila berkata sedemikian.

"You want to play??So,let's play Tengku Khalil Izuddin Arasy..You turn out to be my rival".Tutur Hairi dengan bibirnya tersenyum sinis.

Jarinya menyentuh icon apps instagram dengan memikirkan sesuatu di dalam fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience