Bab 66

Romance Series 30286

"Tuan muda".Mereka berlima berdiri menghadap Hairi.

"Korang berpecah..Cari dia!".Arah Hairi dengan tegas.

Mereka berlima mengikut arahan Hairi dan pergi mencari orang yang dimaksudkan oleh majikan mereka dengan sepantas yang mungkin.Hairi menapakkan kakinya ke dalam bangunan Universiti Teknologi dan Kemahiran Malaysia.Gadis yang memenuhi ruang media sosialnya dicari selepas membaca artikel-artikel tentang hubungan dia bersama gadis itu.

Hairi langsung tidak marah akan penulis-penulis yang menulis tentang pertunangan di antara dia dengan Rin kerana dia sendiri yang memberitahu tentang statusnya kepada salah seorang wartawan yang terkenal iaitu Ezara Eliya.Beliau juga merupakan teman baik kepada Hairi yang sering mengikuti perkembangan semasanya.

"Cepat betul Ezara ni buat kerja..Aku suruh dia post lagi seminggu,dia post hari ni pulak tapi tak ape la".Monolog Hairi di dalam hati.Di China tempoh hari,Ezara mendapat mesej daripada Hairi mengenai statusnya baru-baru ini di instagram.

"Tuan muda..Saya rasa yang tu kawan-kawan Rin".Afzal menunjukkan jari telunjuknya ke arah sekumpulan gadis yang sedang berjalan melepasi mereka bertiga.

"Berhentikan diaorang".Hairi terpandang salah seorang daripada sekumpulan gadis itu.Wajah Khai amat diingatinya kerana ada beberapa keping gambar Khai bersama Rin di instagram tunangnya itu.

"Ada apa ye??".Soal Linda dengan pandangan yang tajam.

"Boleh saya tahu mana Hedrina??".Tanya Joyie.

"Ermm..Kami pun tak tahu kat mana dia..Maaf kalau tak ada apa-apa kitaorang nak jalan ni".Tutur Khai dengan rasa geram apabila melihat Hairi yang diceritakan oleh Rin berada di hadapan matanya.

"Awak sebenarnya tahu kan Rin kat mana??So bagitahu je lah saya".Hairi mencelah perbualan mereka.

"Maaf tapi kami memang tak tahu dan sebenarnya kami ni tengah cari dia..Kalau rasa encik free,boleh la tolong kitaorang sekali cari Rin".Afra terasa ingin menumbuk muka Hairi setelah mengetahui perkara yang sebenar.

Khai hanya memberitahu kepada rakan-rakannya tentang Rin yang bertunang secara terpaksa.Cerita yang selebihnya,dia akan serahkan kepada Rin untuk menceritakan segala perkara yang telah berlaku di antara dirinya dengan Hairi dari awal sehingga akhir.

"Rin dengan si Tengku tu kan??Betul tak apa yang saya cakap ni??".Tanya Hairi yang mahu berjumpa dengan Rin.

"Alamak macam mana dia boleh tahu ni?".Telah Khai di dalam hati.Dia cuba menyorokkan wajahnya yang terkejut apabila mendengar Hairi berkata sedemikan.

"Maaf encik tapi kami memang tak tahu Rin kat mana..Saya rasa encik boleh kot tanya pak guard..Kot-kot la pak guard tu tahu mana Rin sekarang ni".Ujar Aleen yang terpaksa masuk campur perbualan mereka yang semakin tegang itu.

"Saya tahu yang tengku tu mesti ada bagitahu kat awak yang Rin ada dengan dia..Baik awak berterus-terang dengan saya supaya saya dapat jumpa Rin".Hairi masih tidak mengalah sehingga dia ketahui kedudukan Rin.

"Rin tak ade dekat sini..Dia dah balik".Tambah Rina yang memerhatikan pelajar-pelajar yang berada di sekeliling mereka.

"Betul ke Rin dah balik??Kenapa handbag tunang saya ada kat dia ni??".Hairi memandang beg tangan berjenama Prada yang sedang dipegang oleh Khai.

"Macam mana dia boleh tahu handbag ni Rin punya??".Aleen agak terperanjat mendengar kata-kata Hairi.

"Handbag ni saya punya!!".Khai memalingkan mukanya ke tempat lain sambil melangkahkan kakinya untuk pergi dari situ.

"Tak kan saya tak cam handbag tunang saya sendiri sebab keychain tu..Keychain tu saya yang bagi dia..Saya tempah khas keychain yang ada batu musgravite untuk Rin..Saya tak ingat pulak yang saya ada bagi kat awak jugak keychain tu".Batu musgravite ditenung Hairi.

"Keychain ni....Dia yang bagi???".Mata Khai membulat apabila mengetahui pemberi sebenar keychain itu.

"Tell me now!!Where is she??".Hairi masih tidak putus menanyakan soalan kepada rakan-rakan Rin.

"Eeeeeeiishhh..Kan saya dah cakap yang saya tak tahu..Dah la buang masa je cakap dengan encik ni".Khai menapakkan kakinya tanpa memandang lelaki yang memberhentikan langkahnya tadi.

"Saya tahu yang Rin pasti dengan tengku tu..Dan awak..Awak mesti tahu yang diaorang kat mana".Hairi meninggikan suaranya kepada Khai yang semakin menjauhinya.

"Habis..Macam mana ni tuan muda??".Soal Afzal yang takut memandang riak wajah majikannya yang sedang ketat itu.

"Cari dia sampai dapat..Pergi mana-mana pejabat or tengok CCTV".Arah Hairi yang baru terfikir akan CCTV.

Hairi mengeluarkan telefon pintar daripada poket seluarnya, dia menekan "icon" instagram dan membukanya untuk melihat instagram Izz.Tujuan dia membuka instagram Izz ialah untuk mengetahui kedudukan Rin jika Izz ada berkongsi "location" mereka dan untuk melihat muka kawan-kawan Izz di gambar-gambar yang telah di "post" oleh Izz.

Sedang Hairi leka melihat paparan skrin telefon pintarnya,dia mendapat panggilan daripada salah seorang lelaki yang diarahkannya untuk berpecah.Dia menjawab panggilan itu tanpa teragak-agak.

"Hurm any information??".Soal Hairi yang memandang belakangnya kerana dia baru sedar akan ada beberapa pelajar perempuan yang menuntut di situ mengekorinya.

"Saya ada jumpa salah sorang kawan Tengku Khalil Izuddin Arasy tu..Tuan muda nak saya bawa dia ke Tuan muda atau Tuan muda datang sini??".Soal pengawal peribadi yang bernama Kris.

"Tak ape..Aku sendiri pergi jumpa dia..Kau jangan bagi dia pergi mana-mana".Hairi memanjangkan langkahnya dengan pantas untuk mencari kawan Izz yang dijumpai oleh Kris.

3 minit kemudian...

"Mana kawan kau??".Hairi terus menanyakan soalan kepada Luqman Khidir setelah menemuinya.

"Kawan aku yang mana??Ramai kawan aku kat u ni..Tu kawan aku,tu kawan aku..Haa tu pon ye jugak".Luqman Khidir menunjukkan jari telunjuknya kepada beberapa pelajar yang dikenalinya.

"Jangan buat lawak bod** dengan aku..Aku maksudkan Tengku Khalil Izuddin Arasy!!".

"Oh Izz ke???Ahhhh entah...Aku pun tak tahu dia kat mana..Batang hidung dia pon aku tak nampak,apatah lagi muka dia".Balas Luqman Khidir dengan selamba.

"Kau call dia sekarang tanya dia kat mana".Semakin membara api kemarahan Hairi.

"Sia-sia je call dia sebab dia tak angkat pon..Banyak kali dah aku call dia..Kalau tak caya..".Luqman Khidir mendail nombor telefon Izz tetapi kapten bola keranjang itu tidak menjawab panggilannya seperti yang telah dikatakan oleh Luqman Khidir.

"See!!Tak caya aku cakap".Paparan skrin telefonnya ditunjukkan kepada Hairi.

"Dengar ni..Aku akan bagi kau RM10,000 kalau kau bagitahu aku Tengku Khalil Izuddin Arasy dekat mana".Hairi menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk memperdayakan Luqman Khidir.

"Wah..Macam menarik je tawaran tu tapi.....Ermm..Sorry ah,aku memang tak tahu Izz kat mana..Kalau aku tahu pun,aku tak akan bagitahu orang lain..Terutamanya kau!!".Luqman Khidir dengan beraninya meninggikan suaranya untuk mempertahankan sahabat baiknya.

"Kalau kau tak kisah,boleh aku blah tak dari sini??Aku banyak kerja nak buat ni..Bye bye".Luqman Khidir dengan rasa tidak gentar pergi dari situ buat Hairi tercengang seketika.

"Berani betul dia eh..Tak pe tak pe..Aku lepaskan dia kali ni".Telah Hairi di dalam hati dengan rasa marah.

Luqman Khidir berjalan laju menuju ke bilik kelab bola keranjang yang terletak agak jauh daripada tempat dia berjumpa dengan Hairi.Pintu bilik kelab bola keranjang berada di hadapannya.Dia memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada orang bawahan Hairi mengikutinya.

"Yow Luqman..Amacam??Cuak tak??".Soal Rayyan Muhammad kepada Luqman Khidir yang sudah berada di dalam bilik itu.

"Langsung tak goyang bro..Hahaha..Amacam plan kita??Wafie dengan Ikmal dah gerak ke belom??".Luqman Khidir melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Udah bro..Diaorang dah gerak lama dah..So,apa plan kita seterusnya??".Tanya Meezan yang terasa seperti seorang ejen perisik itu.

"Kita pancitkan tayar kereta dia".Cadang Syahmi dengan idea yang nakal.

"Eish apa ni..Tak baik ahh tak kan sampai macam tu kot...Hurmm..Apa kata kita bom kereta dia".Idea yang lagi nakal dicadangkan oleh Ridhuan.

"Itu lagi teruk!!!".Serentak Arian dan Meezan bersuara.

"Ahaha bengong lah kau..Tak ape kita ikut je dulu apa yang kita dah plan dengan Izz tadi..Yang penting kita kene buat dia keluar dari sini tanpa dapat apa-apa maklumat tentang Izz dan Rin..At the same time,Wafie dengan Ikmal kena buat kerja diaorang dengan betul sebab diaorang ada dekat tempat yang penting".Ujar Luqman Khidir yang mengharapkan Wafie dan Ikmal berjaya melaksanakan tugasan mereka berdua yang telah dibahagikan sebelum Hairi dan orang bawahan tiba di universiti mereka.

Pagi itu,Izz menghantar kiriman "whatsapp" di dalam "group" kawan-kawannya.Dia meminta pertolongan daripada teman rapatnya untuk memerhatikan pergerakan Hairi kerana dia sudah dapat mengagak yang Hairi akan datang ke universiti mereka untuk mencari Rin.

Sebelum apa-apa terjadi pada Rin,dia membawa gadis itu keluar dari universiti itu terlebih dahulu agar Rin tidak menjumpainya setelah dia mendapat tahu yang Rin tidak suka akan artikel-artikel yang sudah tersebar di seluruh Malaysia.Dia menganggap yang Rin belum bersedia untuk menghebohkan hal pertunangannya kepada orang lain dan tidak ingin berjumpa dengan Hairi walhal Rin sangat benci akan pertunangan yang dirancang oleh keluarganya tanpa diketahui dia.Izz adalah salah sorang yang tidak mengetahui situasi sebenar yang telah menimpa Rin.

Panggilan telefon di antara Luqman Khidir dan Izz adalah palsu.Nombor yang didail oleh Luqman Khidir adalah nombor telefon Meezan yang ditukar namanya kepada nama Izz.Mereka mengikut segala arahan yang diarah oleh Izz tanpa sebarang masalah timbul.

"Wow!!Sejak bila dah ada misai ni??Hahaha..Nampak lain la kau".Tanya Ikmal Haqiem kepada kawannya Wafie Asyraf.

"Sejak aku berkecimpung dalam dunia lakonan..Hahaha..Lain eh??Bagus la aku nampak lain..Barulah real and bersemangat nak berlakon..".Jawab Wafie Asyraf seraya mengemaskan misai palsunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience