Bab 21

Romance Series 30286

Haa bukan sejak kecil tau.Yang sebenarnya Hairi terjatuh cinta dengan Rin sewaktu dia melihat gamba Rin di ruang tamu kira-kira 1 jam yang lalu.Waktu itu,sebingkai gamba Rin yang memakai gaun berwarna putih dan berselendang rona light sky blue terletak di atas meja yang juga terletak beberapa gambar keluarga Dato Syed Halim Shah Syed Khalid yang kelihatan sangat bahagia.Bingkai gambar itu dicapai Hairi dan dia menatap sahaja wajah cantik itu.

"Siapa ni?Cantiknya".Tutur Hairi perlahan.

Ditenung mata gadis itu sedalam-dalamnya seraya menggariskan satu senyuman herot di bibirnya.

"Aihh..Hairi..Kamu nak tenung gamba tu sampai tertembus ke?".Ujar Dato Syed Halim Shah Syed Khalid kepada pemuda yang lagi tadi asyik memandang gambar anak daranya yang seorang itu.

"Ahh...ahh.Tak ade la uncle.Ahh saya just tengok-tengok je gambar ni?".Ucap Hairi seraya meletakkan bingkai gambar Rin itu semula di atas meja.

Dato Syed Halim Shah Syed Khalid hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih pabila memandang Hairi yang mula kelam-kabut itu.Dato Syed Halim Shah Syed Khalid mendekatkan dirinya dengan lelaki itu sambil menepuk bahu anak muda itu.

"Ahh uncle.Boleh saya tahu siapa tu?".Tanya Hairi yang mula berasa malu sambil menunjukkan jarinya ke arah gambar Rin.

"Ahaha.Itu Rin,satu-satunya anak perempuan uncle".Jawab Dato Syed Halim Shah Syed Khalid.

"Rin?".Tanya Hairi yang mula terasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Ye Hairi,itu Rin.Ayiee dah lupa ke budak yang selalu main dengan Ayiee masa kecik-kecik dulu?".Celah Dato Muhammad Tarmizi Kareem pula.

"Selalu main dengan aku masa kecik?".Tanya Hairi pada dirinya sendiri.

Dia cuba mengigati peristiwa yang disebutkan oleh ayahnya dan senyuman terbit pada wajahnya pabila wajah anak kecil itu muncul di dalam fikirannya.

"Ini Rin uncle?Seriously?".Soal Hairi kepada Dato Syed Halim Shah Syed Khalid.

Dato Syed Halim Shah Syed Khalid menganggukkan kepalanya tanda mengiakan pertanyaan daripada Hairi.

"Fuyoo.Rin ke ni?She's so beautiful.Masa kecik comel,da besar lawa.Aishh ini tak boleh jadi.Aku kena buat sesuatu sebelum orang lain amik dia dulu".Kata Hairi di dalam hati yang mula ingin menempatkan dirinya di dalam hati gadis itu.

>>>>

"Hairi!!".Sergah Rin.

Terkejut Hairi dibuat Rin yang tiba-tiba menyergah dirinya itu.

"You ni kenapa??You mengelamun ape?".Tanya Rin yang masih memeluk Hyuniee.

"Oh nothing just pikir pasal kerja".Jawab Hairi yang terpaksa bercakap bohong.

"Macam mana you boleh arrange mase you untuk belajar dan kerja?".Soal Rin.

"Sebenarnya I banyak lebihkan masa I dengan kerja berbanding belajar.Bila I free je baru I masuk kelas".Balas Hairi yang teragak-agak untuk menjawab soalan Rin.

"Tuan Muda..Ayah Tuan mengajak Tuan pulang ke rumah semula".Kata Afzal,bodyguardnya si Hairi tu.

Hairi menganggukkan kepalanya manakala Rin melepaskan Hyuniee dari pelukannya.Hyunie berada di dalam dakapan Hairi yang sedang berdiri itu.

"So Rin.Boleh kita jumpa lagi tak?".Tanya Hairi yang berasa takut menanyakan soalan itu.

"Erm..Boleh je,why not?".Balas Rin dengan senyuman manis.

"But one condition".Sambung Rin lagi.

"What?".Jawab Hairi seraya menjungkitkan keningnya.

"Bawak Hyuniee sekali boleh tak?".Soal Rin sambil memandang kucing yang sangat comel itu.

"Yes.Sure.I will bring her too".Tutur Hairi yang mampu membuatkan Rin tersenyum riang.

Beberapa minit kemudian,sebuah kereta Volkswagen dan sebuah kereta Bugatti hilang dari perkarangan rumahku.Kata Hairi dia kena masuk pejabat kerna ada meeting tergempar.Entahlah aku tak tahu ape-ape.

"Rin.Macam mana dengan Hairi?".Tanya Datin Syarifah Mariah Mikayla.

"Macam mana ape ma?".Soalku kembali.

"Ye lah.Hairi tu okay tak orangnya untuk menjadi menantu mama dan papa".Ujar Mamanya Rin lagi.

"Eish ape mama ni,baru je jumpe.Dah tanya soalan tu".Jawab Rin seraya mencebik bibirnya.Hairan dia pabila mamanya tiba-tiba bertanyakan soalan itu.

"Lahh.Mama saje je tanye.Dah jom masuk".Ajak mama seraya tertawa kecil.

Aku dan mama masuk ke dalam rumah.Badanku aku baringkan di atas sofa sambil jari-jemariku menekan-nekan telefon pintarku.Google dibuka olehku,nama Sheik Dazril Hairi Farqah ditaip lalu aku menekan butang "search".Terpapar gambar-gambar Hairi di web carianku,juga beberapa buah blog yang menceritakan tentang kisah dirinya.Gossip,kerjaya,biodata bermacam-macam perkara yang menjadi bualan mereka.Dunia ni,tak habis-habis dengan gossip,menyampah aku.Ada juga gossip yang mengatakan yang Hairi bercinta dengan seorang janda yang kaya.

Mulutku ternganga ketika membacanya.Ape ke bangang orang yang tulis blog tu.Sah memang tak ade kerja sehinggakan kucing kesayangan Hairi itu pun ditulis juga oleh mereka dan ada beberapa buah blog yang menarik perhatianku iaitu blog yang menceritakan tentang kisah hitam yang menimpa Hairi hingga menyebabkan dia terpaksa memakai topeng di mukanya.

Setelah membaca ke semua blog yang telah dipilih olehku,aku mula bingung.Aku tidak tahu mana satu blog yang boleh aku percayai kerna mereka berkata sebab Hairi memakai topeng ialah kebakaran,ada orang simbah asid,mukanya terkena kaca dan macam-macam lagi.Yang buat aku tergelak besar ialah ada informasi yang menyatakan semua itu terjadi disebabkan Hyuniee mencakar teruk muka Hairi sehingga meninggalkan kesan yang agak dalam.

Aku menepuk dahi seraya tertawa ketika membacanya.Hyuniee yang tidak tahu-menahu apa-apa menjadi mangsa keadaan.Pelik sungguh aku dengan manusia yang tiada kerja ni.Sekeping gambar Hairi memakai tuxedo berwarna biru dan berbow tie rona hitam memberikan satu senyuman kepadaku.Kelihatan segak dia mengenakan tuxedo itu pada tubuhnya walaupun dia memakai topeng.Pandai dia mempergayakan tuxedo itu.

"Tit tit".

Bunyi telefonku berdering menandakan ada satu notifikasi yang baru aku dapat.Terkejut aku semasa melihat yang bukannya satu notifikasi sahaja malah lebih daripada satu,semuanya daripada HAIRI.Instagram,twitter,fac semuanya dia request untuk follow dan menjadi rakanku.Aku menerima request daripada dia satu per satu dan aku juga menghantar request yang sama kepadanya.Selepas itu,laman sosialnya pula menjadi tempat aku stalk dirinya.Uish aku dah jadi stalker yang berjaya ni.Ahaha.

~~~~~~~

"Haa itu la kisahnya..Panjang tak?".Soalku sebaik habis sahaja aku menceritakan tentang lelaki bertopeng itu kepada Khai.

"Uishh boleh tahan panjang juga cerita kau.Boleh buat novel.Hahaha".Balas Khai yang melayan sahaja karenah aku itu.

"Ahh kau.Kau nak aku buat novel pasal ape?Cinta Mamat Bertopeng?".Ujarku seraya tertawa dengan kata-kataku sendiri.

"Ahahaha.Boleh juga tu,nanti aku baca".Tutur Khai.

"Dah lah tapi kau faham kan?Apa aku cerita kat kau tadi?".Tanya aku.

"Yaahh aku faham but asal kau tak tanya dia kenapa dia pakai topeng?".Soal Khai yang juga ingin mengetahui sebab lelaki itu memakai topeng.

"Aku lupa nak tanya dia sebab aku terpukau dengan kecomelan Hyuniee".Ucap Rin sambil terbayang kucing milik Hairi itu.

"Sengal la kau ni".Kata Khai selamba.

-----------------------

"Hai Nadz".Tegur aku pada lelaki yang sedang duduk di atas motorbike miliknya.

Namun,lelaki itu tidak membalas teguranku malah dipalingkan mukanya ke tempat lain.

"Awak ni kenapa.Daripada semalam saya tegur awak,awak tak nyaut pon".Marah Rin yang tidak tahu mengapa Nadz bersikap sedemikian.

"Eish apesal aku ni.Kata rindu tapi bila dia panggil aku buat tak tahu pulak".Tanya Nadz di dalam hati.

"Dah la kalau awak tak nak cakap,baik saya pergi!".Marah Rin lagi yang sudah mula mengangkat bendera putih terlebih dahulu.

Nadz memerhatikan Rin yang sedang berjalan pergi dari dirinya.

"Aduhh..Nak pergi ke tak??Ke biarkan jee..Arghhh biarkan je la".Cakap Nadz di dalam hatinya.

"Nadz tu da kenapa?Langsung tak layan aku..Aku ada buat salah ke?".Rungut Rin di dalam hati.

"Kalau aku ada salah.Bagilah tahu.Ini tidak,diam je lepastu tak pandang orang.Eeee geramnya!!!"Marah Rin lagi yang tidak berpuas hati dengan sikap Nadz yang berlainan daripada sebelum ini.

"Eish asal aku tak boleh berhenti fikir pasal dia ni".Bicara Rin perlahan.

"Stop thinking about him Rin or else you will arghhhhhhh!!!".

Rin tidak dapat menyambung ayatnya pabila kaki kirinya hampir termasuk ke dalam sebuah longkang yang besar tetapi.....

Terasa tangan kananku dipegang oleh seseorang.

"Itulah lain kali mata tu pandang depan,nasib tak jatuh tau".Kedengaran kata-kata daripada seseorang yang Rin tidak ketahui siapa dirinya.

Disebabkan itu,dia mahu menoleh ke belakang untuk melihat siapakah pemilik suara itu tetapi belum sempat dia menoleh,tubuhnya ditarik oleh orang itu.Tanpa diduga,mukanya terlekap dengan tubuh orang yang menarik dia.

"Wah....wanginya.Ini mesti Izz".Desis Rin dalam hati.

"Iiiiiiii zz..".Rin mendongakkan kepalanya seraya menyebut nama Izz tetapi dia terdiam seketika pabila orang yang dihadapan dia bukanlah Izz.Orangnya ialah Nadz.

"Izz lagi.Ye lah.Siapa saya ni nak dibandingkan dengan Izz kan.Ok la bye".Tutur Nadz yang kecewa dengan reaksi Rin.

Nadz mengundurkan dirinya ke belakang dan menolak perlahan Rin.Rin tidak menjangkakan yang orangnya ialah Nadz.Jika dia tahu,pasti dia akan peluk sahaja jejaka itu.Ahaha.*Gurau je.

"Nadz..Kenapa awak macam ni?Apa salah saya?".Tanya Rin yang mengikuti Nadz dari belakang.

"Tak ade ape-ape la.Saya okay je".Nadz berkata bohong.

"Awak tipu,kalau betul apa yang awak kata.Pandang saya.Pandang mata saya".Ujar Rin yang ingin tahu perkara yang sebenar.

Apabila Nadz mendengar Rin berkata seperti itu,dia menghentikan langkahnya begitu juga dengan Rin.Nadz memusingkan badannya seraya mendekati Rin yang berada di belakangnya.Kedua-dua tangannya diletakkan pada telinga Rin yang ditutupi dengan tudung itu.

Nadz memandang mata Rin seperti apa yang di mahukan Rin tadi.

"Sekarang saya tengah pandang mata awak dan awak pun sedang memandang mata saya.Awak masih tak percayakan saya lagi?Awak ingat saya sampai hati nak tipu awak?".Kata Nadz dengan ikhlas pakej dengan degupan jantung yang berdegup kencang memandang mata Rin dengan jarak yang dekat.

Rin memandang mata yang seperti mahu mengalirkan air itu.Hatinya dapat merasai keikhlasan Nadz terhadap dirinya.Rin juga mula melting dengan tindakan Nadz yang tidak dia sangkakan akan dilakukan Nadz.

"Saya percayakan awak".Sebut Rin seraya tersenyum.

Mendengar kata-kata itu sahaja mampu membuatkan Nadz mengukirkan senyuman.Kepala gadis itu diusapnya lembut dengan penuh rasa sayangnya terhadap gadis itu.

"Kringgggg..Kringggg".

Adegan romantis itu terpotong kerana telefonku berbunyi,lalu aku pun membaca mesej yang ada di ruang notifikasiku.

"Babe kau kat mana?Puan Yati dah nak masuk ni.Cepat tau".

Mesej itu dihantar oleh Aleen.

Nadz mula menjauhkan sedikit jaraknya di antara Rin sewaktu telefon gadis itu berbunyi.Dia terasa malu pula dengan Rin.

"Siapa mesej?".Soal Nadz.

"Aleen,classmate saya.Kenapa awak tanya?".Tanya Rin pula kepada Nadz.

"Owh.Tak ade saje je tanya".Ujar Nadz.Dia ingkatkan Izz yang menghantar mesej itu tadi.

"Kringgg..kringgg".

Telefon Rin berdering lagi dan Rin juga melakukan tindakan yang sama semasa dia mendapat mesej daripada Aleen.

"Meet me now!!!Jangan lambat!!Kau tahu nasib kau nanti kalau lambat".

Ok sekarang ni the annoying guy pula mesej aku.

"Ape dia nak?Aku da nak masuk kelas ni.Eishh geramnya".Rungutku di dalam hati.

"Siapa yang mesej awak pula kali ni?".Tanya Nadz.

"Izz".Jawab Rin ringkas.

Nadz menarik nafas sedalam-dalamnya dan dihembuskannya perlahan-lahan pabila memikirkan wajah lelaki yang anti dengan dia itu.

"Ahh..Awak saya dah kena pergi dulu ni..Bye".Bicara Rin yang mahu pergi dari situ.

"Okay..Kirim salam Izz".Nadz berkata sedemikian lalu dipalingkan mukanya ketika menyebut nama Izz.

Rin melambaikan tangannya kepada Nadz lalu pergi dari situ.Langkah Rin dipercepatkan supaya tidak terlambat berjumpa dengan Izz yang annoying tu.Suka mengarah aku.

"Eh kejap.Macam mana Nadz tahu yang aku nak jumpa Izz.Aku tak ade bagitahu ape-ape pasal isi mesej daripada Izz.Dia ada kuasa psychic ke?".Fikir Rin.

Nadz tersenyum herot,dia tahu sangat lelaki yang menghantar mesej kepada Rin itu ingin berjumpa dengan gadis itu kerna dia ternampak Izz di belakang pokok yang tidak jauh dari tempat Nadz dan Rin tadi.Dia sudah dapat menebak dengan tepat akan ape tindakan Izz pabila melihat dia dan Rin berduaan sahaja.Pasti dia akan berleter pada Rin nanti.Harap Rin tabah dan pekakkan telinga je la mendengar segala leterannya nanti.

"Okay hari ni hari rabu.Jadi,Izz sama ada dekat gym atau court.Ermm aku rasa gym.Okay moh le kita ke gym".Tutur Rin bernada perlahan.

Apabila Rin berada di persekitaran gym,Rin terjumpa dengan kawan Izz iaitu Ian Jeun.Rakan sepasukan bola keranjang yang diwakilinya.

"Hi and morning Ian.Izz ada kat dalam tak?".Sapa dan tanya aku kepada lelaki itu.

"Oh hai Rin,morning juga.Izz ada kat dalam.Pergi lah.Baik you cepat,dia tengah moody tu".Ucap Ian mengenai emosi kawannya yang sedang terganggu itu.

"Thank you Ian sebab bagitahu.Bye".Ujar Rin seraya berjalan laju pabila mendengar kata-kata Ian yang mengecutkan perutnya itu.

Pintu masuk telah dilalui Rin,matanya mencari susuk tubuh lelaki yang ingin berjumpa dengan dirinya itu tetapi dia tidak menjumpai lelaki itu juga.Kakinya dilangkahkan manakala matanya masih melilau mencari Izz.

"Ehem.Kalau kau nak cari Izz.Dia dekat sana.Cepat sebelum dia naik angin".Luqman memberitahu tentang keadaan Izz yang mulai marah itu.

Rin mengucapkan terima kasih kepada Luqman dan terus melangkah kakinya kepada Izz yang sedang duduk sambil minum air.Kini,Rin berada di hadapan Izz yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"Ahh hi Izz.Aku dekat depan kau ni".Tegur Rin sambil tersenyum.Padahal dia sedang takut ketika itu.Mahu si Izz ni suruh aku angkat dumbell 20 Kg sebab lambat.Habislah aku.

"Asal lambat?".Tanya lelaki itu.

"Ahhh.Aku keliru kau dekat mana sebab kau tak bagitahu pun nak jumpe di mana.Aku ada pergi court tadi tapi member kau kata kau tak ade".Rin terpaksa berkata tidak benar.

"Court tutup hari ni.Macam mana kau boleh masuk?".Soal Izz yang sengaja inginkan Rin berkata benar.

Rin meneguk liurnya semasa mendengar suara Izz yang semakin meninggi itu.

"Tell me the truth.Kau buat ape sebelum jumpa aku tadi!?".Tanya Izz lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience