Semasa solat isyak,abang Ekh menjadi imamku yang sudah lama kami tidak bersama-sama solat berjemaah.Setelah membaca doa aku menyalam tangan abang Ekh.Dia memegang kepalaku lalu mengusapnya.Aku memandang wajahnya,entah kenapa aku hairan dengan abang Ekh hari ini dia agak tidak ceria seperti selalu.
"Abang are you okay?".Tanyaku yang risau.
"Abang okay.Rin kejap lagi kita berborak dekat bawah eh".Bilang abang Ekh sambil melipat sejadah.
"Baiklah tapi nak borak pasal ape?".Tanyaku pula.
"Kita borak pasal future sister in law Rin.Nak?".Balas abang Ekh yang segak berbaju melayu.Entah kenapa tiba-tiba dia pakai baju melayu malam ni.Pelik aku.Ahahaha.
"My sister in law??Uishh dah declare ke?".Soalku yang sedang beriringan menurun tangga dengan abang Ekh.
"Hahaha.Belum lagi tapi In Shaa ALLAH".Jawab abang Ekh.
Mek Ila yang sedang mengemop lantai itu dipanggil olehku.
"Mek dah-dah la tu buat kerja.Jom kita lepak sama-sama"'Ajakku yang aku dah menganggap Mek Ila ni dah macam ibu aku sendiri.Kalau tiada mama di rumah,Mek Ila la akan menggantikan tempat mama yang akan mendengar segala masalah yang aku hadapi.
"Eh tak boleh Rin,nanti Datin marah Mek".Terang Mek Ila yang menuruti arahan majikannya.
"Laa Mek,mama dan papa bukannya ada pun.Kami je yang ada kat dalam rumah ni.Mek pergi simpan mop dengan baldi tu.Pergi rehat.Mek mesti penat kan".Kata abang Ekh yang kasihan akan orang gaji itu.
"Tak boleh Ekh,Mek kena buat kerja juga walaupun Dato' dan Datin tak ade dekat rumah".Tutur Mek Ila yang sedang menyambung kerjanya.
"Abang!".Aku memanggil abang Ekh seraya mengenyitkan mata.
Abang Ekh membalas perbuatanku dengan menunjukkan tanda okay dengan tangannya.
"1,2 go!".Aku mula mengira
Pantas Abang Ekh merampas batang mop daripada Mek Ila.Terkejut wanita yang menjadi pembantu rumah kami itu.
"Eh Ekh pulangkan balik mop tu.Macam mana Mek nak buat kerja kalau kamu dah amik mop tu".Minta Mek Ila.
"Mek..Mek rehat je la ye.Rumah ni da bersih da.Bersinar-sinar kami tengok".Tambah Abang Ekh sambil mengelip-ngelipkan matanya.
"Baiklah.Mek pergi rehat.Kamu berdua ni selalu kacau kerja Mek kan?".Tutur Mek Ila seraya tersenyum herot.
"Kitaorang bukan kacau.Kitaorang cuma kesiankan Mek je.Mek non-stop buat kerja.So,kami nak bagi Mek berehat walaupun sekejap sementara mama dan papa tak ade ni".Jelasku pada Mek Ila.
"Iyalah Rin,Ekh.Mek pergi masuk bilik dulu ye.Kalau kamu berdua nak ape-ape.Bagitahu Mek ye".Kata Mek Ila yang sedang mengangkat baldi yang berisi air itu dan mengambil batang mop daripada tangan Abang Ekh lalu pergi ke belakang.
Sometimes aku kesiankan juga Mek Ila ni.Mama tu orangnya pembersih jadi dia memang mahu yang pabila dia sudah menjejakkan kakinya di atas lantai rumah ini,semuanya dalam keadaan yang bersih dan kemas.Mama sangat tidak suka lantai yang kotor.Yaa..memanglah siapa je yang suka lantai kotor tapi mama ni agak jarang bersihkan rumah dan kebiasaannya Mek Ila yang buat.Kalau mama ada masa barulah mama akan tolong kemaskan rumah,kalau tidak memang semuanya kerja Mek Ila lah.
Aku duduk di atas swing chair yang diperbuat daripada rotan manakala abang Ekh sedang baring di atas sofa.Banyak perkara yang kami bualkan antaranya mengenai erm..of course la pasal wanita yang telah menyinarkan mata abang Ekh itu,about his works,my studies dan....
"Rin rapat dengan Izz kan dekat kolej?".Tanya Abang Ekh yang memeranjatkan aku ketika di tanya soalan mengenai Izz.
"Izz??Kenapa abang tiba-tiba tanya pasal dia?".Soalku kembali.
"Tak ade ape-ape.Saje je tanya tapi memang betulkan korang berdua rapat?".Tanya Abang Ekh lagi.
"Ya boleh la boleh la.Dia memang caring pasal Rin and kitaorang caring pasal each other.No wonder la kitaorang agak rapat".Terang aku yang sedang membayangkan wajah Izz di dalam fikiranku.
"Oooo..Sebab tu je ke??Rin tak ade simpan ape-ape perasaan ke pada dia??".Soal Abang Ekh yang membuatkan aku terhenti memikirkan Izz.
"Tak ade lah.Mana ada.Kitaorang cuma kawan je.Tak lebih daripada itu".Jawabku yang sedang memandang paparan skrin televisyen berjenama Samsung.
Tertawa berdekah-dekah aku yang sedang menonton rancangan Super Spontan 2013 yang bersaluran Astro Warna itu.Walaupun ulangan,ia tetap mampu menggeletek perutku yang tergelak menonton telatah mereka di atas pentas.
Aku memandang kanan,melihat Abang Ekh sedang nyenyak tidur di atas sofa.Kasihan dia,pasti minggu ni dia sibuk bekerja.Kalau tidak Abang Ekh akan tidur sekitar jam 11 ke 12 tengah malam,tetapi sekarang dia telah melelapkan matanya pada tepat pukul 10:35 malam.
Aku mendekatkan diri aku dengan abang Ekh untuk mengejutkan dia supaya tidur di dalam bilik yang lebih selesa.Bahu kanannya aku tepuk perlahan dan..
"Maafkan abang Rin.Abang buat ni semua untuk kebaikan Rin.Rin janganlah macam ni.Maafkan abang!!".Abang Ekh menjerit sambil matanya masih tertutup.
Aku yang terkejut itu menggoyangkan bahu kanan abang Ekh dengan lebih kasar dan akhirnya dia membuka kedua-dua belah matanya.
"Abang..Abang okay tak ni?".Soalku yang melihat dahi Abang Ekh mulai berpeluh.Seperti baru sahaja berlari 1 Kilometer.
"Rin?Rin okay??".Tanya Abang Ekh sambil memegang pipiku.
"Rin okay je.Abang yang tak okay.Abang ni mengigau ape ni??".Soalku yang mengelap peluh di dahi abang Ekh dengan tisu.
"Nothing.I'm okay.Dah..Abang nak masuk bilik.Selamat malam Assalamualaikum".Ucap Abang Ekh seraya mengusap rambutku yang lurus.
Aku hanya memerhatikan gerak-geri Abang Ekh yang sedang menaiki tangga.
"Ya ALLAH.Aku banyak sangat berfikir tentang Rin sampai termimpi Rin pula.Ya ALLAH janganlah perkara yang aku mimpikan itu menjadi realiti kerna aku seboleh-bolehnya tidak mahu Rin bersedih dan muram".Monolog Ekh di dalam hati.
Setelah tamat rancangan Super Spontan 2013,aku pun pergi ke bilik untuk tidur.Jambangan bunga pemberian Hairi aku pandang.Sungguh cantik bunga itu sehingga ia mampu buat aku tersenyum pabila melihatnya.
"Kring.....Kringg".
Bunyi deringan telefon didengariku,pantas aku mencapai telefon di atas meja sambil membaringkan diriku di atas katilku.Mesej daripada Hairi terpapar di skrin telefonku setelah aku menekan passwordku.
"You suka tak hadiah tu?".
"Hadiah??Haah lah,Hairi ada bagi hadiah tadi.Boleh pulak aku terlupa bukak hadiah tu".Omelku sendiri dan mengambil kotak hadiah yang diberikan oleh Hairi di atas meja.
Perlahan-lahan aku membuka ikatan riben dan terbutang mataku melihat isi di dalam kotak itu.
"ALLHUAKBAR.SUBAHANALLAH".Ayat memuji ALLAH aku lafazkan.Tergamam aku melihat keychain namaku yang berada di dalam kotak itu.
Yes..Hairi bagi aku keychain yang ada terukir nama aku but the most important things is...keychain itu warna silver and ada MUSGRAVITE DIAMOND padanya.Bukan satu dua je diamond dia.Banyak tau lebih daripada sepuluh.
Macam mana aku boleh tahu tentang nama diamond tu?
Kebetulan beberapa minggu yang lepas,papa ada tunjukkan aku majalah diamond ni.Tujuannya papa nak suruh aku suggest mana satu diamond yang cantik untuk buat seutas rantai for hadiah birthday mama dan ketika itu,aku memilih musgrative diamond sebab aku tengok diamond tu memang cantik dan sudah tentu harganya pun cantik.Bohong la kalau aku cakap yang aku tak mengimpikan untuk mempunyai diamond itu sebab aku ni bukannya suka sangat dengan emas.Aku lebih gemar akan diamond,mutiara and silver.Ada ke wanita-wanita di luar sana yang mempunyai minat yang sama dengan aku??Jika ada sila angkat tangan sekarang..Ahaha..Okay da boleh jatuhkan tangan anda.
Aku mengambil keychain itu dan meletakkannya di zip beg tangan Prada milikku.Lantas aku mengambil semula telefon pintarku dan menjawab pesanan ringkas daripada Hairi.
"ALLAHUAKBAR.kenapa bagi I hadiah yang membazirkan duit you.Kenapa???Keychain tu bukan seringgit dua ringgit tau.Hargailah duit you tu.Jangan dibazirkan duit itu untuk I.I will not take it.I will give it back to you".Aku sememangnya tidak selesa menerima hadiah yang tersangatlah mahal harganya.Bukan aku tak nak tapi aku tak mahulah disebabkan aku,dia gunakan duit dia
"Disebabkan hadiah tu berharga lah I bagi kat you kerna orang berharga buat I sahaja yang dapat hadiah tu ??".Pesanan ringkas ku dibalas oleh Hairi.
"Orang yang berharga buat you??What do you mean?".Tanyaku.
"Kring....kring"
Mesej masuk lagi.
"You ni sengal la.Hadiah tu ada pada you kan?Maknanya you la orang yang berharga buat I tu??".
Aku tergelak kecil membaca ayat daripada Hairi iaitu "you ni sengal la".Wah suka hati dia je sengalkan aku.Hahaha.
"Hahaha..Oh..Okay I faham dan thanks sangat-sangat tau".Aku menghantar mesej lagi kepada Hairi dan....
"Tutttttt".
Bateri phoneku habis.Time-time ni jugak dia nak habis.Telefon ni suruh aku tidur kot......Dan hariku berakhir dengan bacaan doa tidur,Al-Fatihah,Ayat Kursi dan 3 Kul. (°_°)
"This girl..Betul-betul buat aku gila".Hairi berkata perlahan sambil bersandar pada keretanya.
"Bak kata orang tua jangan lepaskan peluang keemasan macam ni".Tambah Hairi lagi sambil melihat gamba Rin yang tersimpan di dalam telefon pintar miliknya.Sempat juga dia curi-curi mengambil gambar Rin sewaktu gadis cantik itu bermain dengan Hyunie.
"Maybe inilah cinta sejati aku".Memikirkan Rin sahaja mampu buat dia tersenyum sehingga ke telinga.
"Dazril sayang jom!!I dah siap.Cantik tak I?".Soal wanita yang memakai dress rona peach itu.
"You are so perfect my lady.Cantik macam bulan malam ni".Jawab Hairi sambil menunjukkan bulan yang terang itu.
"Oww you ni so cute".Wanita itu mula cair mendengar ayat manis daripada Hairi dan kucupan mesra daripada wanita yang memakai lipstick itu singgah di leher lelaki yang berada di hadapannya.
Tersenyum herot Hairi yang terasa lehernya hangat kerana mendapat ciuman daripada sang wanita.Didekatkan tubuhnya dengan wanita itu sehingga wanita itu pula tersandar pada keretanya.Wanita yang berambut panjang itu direnungnya dan tangannya juga spontan menyentuh tubuh wanita itu.
"Rumah you cantik la.Mesti bilik you cantik betul tak?".Hairi mula menjadi jejaka yang nakal.
"You nak masuk ke??Boleh I tunjukkan bilik I pada you dan I pun boleh ada kat dalam bilik tu".Balas wanita itu seraya merayau-rayaukan jari telunjuknya di dada Hairi dan semakin betambah suka lah Hairi mendengar ayat yang keluar daripada mulut wanita itu.
"Serius okay jom but I tak nak you on lampu tau".Tutur Hairi seraya mencempung gadis itu ke dalam rumahnya semula.
Itulah perangai Hairi yang sebenarnya,seorang playboy yang ramai wanita menjadi mangsanya.Walaupun dia memakai topeng,tetap ramai wanita yang mendekati dia.Kerana??Duit la penyebabnya juga ayat manis daripada Hairi mampu mencairkan hati mana-mana wanita.Yang dia mahukan hanyalah "Have fun" dan dia akan tinggalkan wanita itu setelah bermalam dengannya.
Share this novel