Bab 69

Romance Series 30286

"Saya tiada komen mengenai gosip yang sedang tersebar sekarang ni,cuma apa yang saya boleh komen ialah saya nak tunang adik saya tu bertanggungjawab atas semua benda yang dia dah buat".Balas Ekh yang sedang dikerumuni.

"Jadi,boleh encik terangkan tak kenapa encik menumbuk muka encik Sheik Dazril??".Wartawan yang memakai baju rona biru itu masih mahu mendapatkan jawapan daripada Ekh.

"Oh tentang hal tu pula,saya tumbuk dia tu sebagai tanda terima kasih sebab buat benda yang tak dibincangkan dengan keluarga saya terlebih dahulu".Tutur Ekh dengan tenang.

"Encik ada masalah ke dengan bakal adik ipar encik??".

"Saya rasa itu sahaja yang boleh saya katakan sekarang ni..So,saya harap anda semua menghormati privacy kami terutamanya privacy adik saya..Jika mahu tanya soalan lagi,saya cadangkan minta Sheik Dazril Hairi Farqah untuk mengadakan sidang media yang hanya dia seorang sahaja yang menjawab soalan daripada anda semua".Ekh mengendahkan soalan daripada salah seorang wartawan yang berkaca mata itu.

"Saya minta jasa baik anda semua untuk tidak berada di sekitar rumah kami ni..Sila hormati privacy kami sekeluarga ye..Itu sahaja daripada saya..Assalamualaikum terima kasih dan sila ke tepi sedikit ye sebab kereta saya nak masuk".Ujar Ekh dengan penuh harapan agar wartawan-wartawan itu tidak menganggu ketenteraman adik kesayangannya.

Seorang demi seorang wartawan meninggalkan tempat itu walaupun mereka tidak mendapat maklumat yang banyak tentang pasangan yang sedang tular itu.Ada beberapa di antara mereka sangat kagum akan Ekh yang menjawab segala soalan yang telah diajukannya dengan nada yang lembut dan rendah.

Ekh memberi isyarat kepada Ray dengan menunjukkan ibu jarinya.Pembantu peribadi Ekh itu memahami isyarat yang dilakukan oleh Ekh lalu memijak pedal minyak semula dan masuk ke dalam rumah majikannya.

"Assalamualaikum abang Ekh..Rin okay je macam yang Khai bagitahu tadi and tak ada wartawan follow diaorang".Mesej yang kedua dihantar oleh Khai melegakan hati Ekh yang membaca mesej itu.

"Kau okay tak??Soalan yang diaorang tanya kau merapu tak??".Ray mengikut Ekh masuk ke dalam rumah.

"Okay tak ade lah merapu sangat tapi adalah soalan yang aku tak jawab..Aku buat tak tahu je".Balas Ekh yang disambut kepulangannya oleh Mek Ila.

"Soalan yang mana kau tak jawab??".Ray memerhatikan rumah yang besar itu.Ternyata memang tiada sesiapa ketika itu,cuma ada dirinya,Ekh dan Mek Ila.

"Soalan..Aku ada masalah ke dengan Hairi??".Pembantu peribadi Ekh tersengih mendengarnya.

"Dah la,aku malas nak fikir pasal Hairi tu..Aku nak rest kejap".Ekh baring di atas sofa.

"Ya ALLAH kau permudahkanlah urusan kami sekeluarga".Ekh memohon ke hadrat ilahi supaya doanya dimakbulkan.

=====

"Bila masa kau buat campfire ni??".Tanya Rin yang ternampak unggun api di persisiran pantai itu.

"Beberapa minit yang lalulah...Kau tak nampak ke betapa berpeluhnya aku ni??".Izz menunjukkan dahinya yang berpeluh itu kepada Rin.

"Siapa suruh buat api ni..Meh sini!".Rin mengeluarkan sehelai tisu daripada poket seluarnya yang kebetulan dia membawa tisu.

Gadis itu mengelap peluh di dahi Izz.Pemuda itu menutup matanya kerana dia sungguh gembira.Jika boleh,dia ingin berpeluh dengan lebih banyak supaya Rin dapat mengelapnya.

Hari yang gelap itu,mereka ditemani dengan bunyi ombak pantai dan cahaya daripada bintang yang sangat cantik pada malam itu.Sebatang pokok yang tumbang diduduki mereka selepas mengalaskannya dengan sehelai kain yang dibawa oleh Izz.

"Kenapa kau ajak aku datang sini??Siap ada campfire lagi".Soal Rin.

Beberapa jam sebelum itu,Izz mengajak Rin pergi ke tepi pantai selepas mereka usai menunaikan solat maghrib berjemaah.Ajakan Izz dibalas dengan anggukkan oleh Rin yang berminat untuk berjalan di persisiran pantai ketika matahari sudah terbenam.

"Saje,nak bagi kau tengok bintang dekat sini..Lawa an??".Sinaran bintang yang berada di langit membuat Izz tersenyum lebar.

"SubhanAllah..Cantiknya bintang and bulan tu".Bulan yang diberi nama mengikut bentuk iaitu "young moon" itu dipandang Rin.

"Lawa,cantik,comel...".Izz bermonolog dengan dirinya sendiri seraya merenung sejenak gadis yang berada di sebelahnya.

"Rin,hari ni mungkin bukan hari yang menggembirakan kau..Aku tahu hari ni ialah hari yang paling banyak kau menangis walaupun aku tak tahu sebab kau menangis..Sedangkan kau sepatutnya gembira yang kau ada seseorang yang menyayangi dan mencintai kau atau erti kata lain orang baru yang istimewa dalam hidup kau..Kehadiran dia mungkin sedikit sebanyak mengubah hidup kau tanpa kau perasan.".Air mata Rin mula bergenang.

"Setiap apa yang berlaku,pasti ada hikmahnya..Pasti ada sesuatu yang tersirat disebalik kejadian ni..Ingat ALLAH uji kau sebab kau kuat and kau boleh hadap semua ni..Kuatkan hati and fizikal kau..Jangan risau,aku akan ada di sisi kau setiap kali kau nak aku tolong kau,gembirakan kau,buat kau marah,buli kau,jadi mangsa cubitan kau or main perang bantal..Selagi aku mampu aku akan terus dan terus buat kau tersenyum sebab kau adalah salah seorang yang paling penting dalam kehidupan aku..Kau penting untuk aku".Ayat terakhir Izz dikatakan dengan bernada rendah.

"Izz,tak tahu apa yang jadi kat aku tapi dia selalu faham aku".Fikir Rin dengan air matanya mengalir lagi dengan laju.Cepat-cepat Izz membantu Rin menyeka air mata gadis itu dengan mengelapnya.

"Janganlah nangis lagi..Hati aku sakit bila tengok kau nangis macam ni..".Tutur Izz yang terasa sayu ketika memandang wajah gadis yang menyejukkan hatinya.

"Kaulah sebab buat ayat sedih".Balas Rin.

"Alright alright stop crying..Aku nyanyi untuk kau nak??".Soal Izz yang mahu menerujakan Rin itu.

Izz memberi isyarat dengan tangannya kepada Muadz yang berada di sebalik pokok yang agak dekat dengan mereka.Muadz segera mendapatkan barang yang dimahukan Izz setelah melihat isyarat yang dibuat oleh majikannya.Izz mendapat sebuah gitar daripada pembantu peribadinya dan dia sudah bersedia menyanyi untuk gadis yang tidak ceria itu.Jejaka yang diminati ramai gadis di universitinya itu,memusingkan posisinya untuk bertentang mata dengan Rin.

"1,2,3".Bilang Rin yang sungguh jarang mendengar suara Izz ketika menyanyi.

"Aku suka dia
Tapi ku tak tahu untuk
Bilang kepadanya
Jika aku suka
Jatuh cinta kepadanya

Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku
Merasa deg-degan
Berdebar di dada
Diam saat mengingatnya"

Jejaka yang sedang bermain gitar itu,mengambil peluang yang diberi kepadanya dengan memandang gadis yang tersenyum melihat dia yang juga sedang menyanyi.

"Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo

Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku
Cinta kepadaku
Dan kita akan jadian"

Rin menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan ketika mengamati nyanyian Izz.Senyuman masih terpancar di wajahnya dek kerana suara Izz yang merdu.

"Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo"

Bahagian korus dinyanyikan Izz dengan bersemangat seolah-olah dia sedang menyampaikan segala yang terbuku di dalam hatinya kepada gadis yang sudah menjadi tunang orang.

"Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku
Cinta kepadaku
Dan kita akan jadian

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo"

"Walau apa pun yang terjadi selepas ini,aku berharap yang kau akan jaga diri kau baik-baik...Segala memori indah yang kita telah cipta bersama,aku harap kau akan sentiasa mengingatinya sampai bila-bila".Telah Izz di dalam hati sambil menyorokkan wajahnya yang sedang berasa sedih itu.

"Owwww...Aku bagi 10 markah".Ujar Rin seraya menunjukkan sepuluh jari tangannya.

"Sedap kan suara aku???".Soal Izz dengan lagaknya tersendiri.

"Ya ya ya..Memang sedap aku admit suara kau yang sedap tu..Dah jangan poyo sangat eh".Balas Rin dengan keningnya yang dijungkitkan.

"Tapi kan...Dalam banyak-banyak lagu dalam dunia ni,kenapa kau nyanyi lagu tu??Sebab aku tak pernah dengar lagu tu sebelum ni".Sambung Rin yang tidak pernah mendengar lagu yang diberi tajuk "Jadian".Lagu itu dinyanyikan oleh "The Junas Monkey" yang merupakan penyanyi dari Indonesia.

"Jadi...Kau kena ingat aku setiap kali kau dengar lagu ni kat mana-mana..Jangan lupa yang akulah kenalkan kau dengan lagu ni".Kata Izz yang meletakkan gitarnya di atas sebatang pokok.

"Apa tajuk lagunya??".Tanya Rin.

"Pandai-pandailah kau cari..Youtube,Google ada kan??Carilah sendiri..Zaman dah moden".Jawab Izz dengan hati yang masih sakit itu.

"At least bagilah tahu penyanyi dia..Tak kan tak boleh".Rin memandang Izz dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Tak oyehhhhh!!!!Bluerghhh".Izz menjelirkan lidahnya kepada Rin.

"Okay tak ape,aku boleh cari sendiri..Hah Izz,aku nak phone aku".Minta Rin yang sudah beberapa jam tidak memegang telefon pintarnya.

"Kau bersedia tengok segala cerita pasal kau dengan dia??".Soal Izz.

"Hurmmm...Iye..Lagipun aku nak phone aku sebab aku risau kalau Khai ada bagitahu aku benda-benda penting".Balas Rin yang datang ke sini sehelai sepinggang.

"Baiklah..Kejap lagi aku bagi kau..Kalau aku tengok kau menangis bila kau tengok phone kau..Aku akan temankan kau tidur malam ni??".Tutur Izz memandang bintang yang bersinar di sebelahnya.

"Ehh!!!Apahal pulak kau temankan aku tidur..Ah tak payah,tak payah..Aku bukannya budak-budak tak boleh tidur seorang diri".Terperanjat Rin pada waktu itu apabila mendengar Izz berkata sebegitu.

"Aku offer je,tak nak tak pe".Gurau Izz seraya menggaru kepalanya.

"Lagipun kau ingat kau tu suami aku yang boleh tidur sebelah aku".Kata Rin sambil tersengih.

"Haish!!Bukan maksud aku tidur sekatil..Maksud aku,aku akan ada kat sebelah kau sampai kau tidur..Bila kau dah tidur aku blah ahh..Ahhh tapi an..Kalau kau nak aku tidur sekatil dengan kau pun..Aku okey je..Hahahahahahahahaha".Izz ketawa dengan kuat selepas menghabiskan ayatnya sambil menepuk bahu Rin seperti seorang lelaki yang lembut.

"In your dream".Rin menumbuk perlahan kaki Izz.

"Ahahaha..Okay aku bergurau aje la..Achoo!!".Izz terbersin ketika badannya terasa sejuk kerana ditiup angin.

"Jomlah masuk Izz..Dah sejuk ni..Kau pun dah achoo achoo..Jom!".Ajak Rin yang menarik lengan baju Izz.

"Laaaa aku okey..Kejap lagilah kita masuk".Izz tidak mahu masuk ke dalam villanya walaupun badannya mula terasa dingin.

"Ahh aku tak kira..Jom kita masuk".Lengan Izz ditarik oleh Rin yang turut rasa sejuk itu.

"Ermmm..Baru nak sweet sweet..".Telah Izz di dalam hati seraya memuncungkan bibirnya.

~~~~~~~

"Kau rasa patut tak kita bagitahu Rin pasal ni??".Soal Khai yang gusar memikirkan reaksi kawannya setelah mendengar berita buruk yang baru diketahuinya.

"Aku tak tahu la babe,sebab aku pun terkejut dengar pasal ni apatah lagi Rin yang kenal dia".Balas Aleen yang agak buntu sama ada mahu memberitahu Rin atau tidak perkara yang sudah terjadi itu.

"Aku risau kalau dia tahu pasal ni,bertambah sedih dan stress dia nanti".Celah Naziha yang sedang berdiri seraya memandang kawan-kawannya.

"Tapi kalau kita tak bagitahu dia,confirm dia akan dapat tahu jugak hal ni nanti ..Haishh,dah la kita dapat tahu benda ni secara tiba-tiba..Lepas tu kita tak dapat jumpa dengan dia".Sambung Luthfia yang sangat terkejut mendengar perkhabaran yang tidak dijangkanya.

"Aku rasa,aku nak bagitahu Rin bila dia sampai kat rumah nanti..Aku tak rasa sekarang ni masa yang sesuai untuk bagitahu dia".Khai menghela nafas panjang.

"Pelik kan,benda ni terjadi betul-betul masa gosip tentang Rin tersebar sekarang ni..Tak ade sapa pun yang sangka benda ni akan terjadi".Tambah Rina yang baru sahaja habis mesyuarat bersama majlis perwakilan pelajar di bilik MPP.

"Kun Fayakun..Jadilah! maka jadilah ia..Semua ini berlaku mengikut kehendak ALLAH..Kita sebagai manusia mestilah akur dan ikut kehendakNya".Ujar Syifa dengan rasa sedih.

"Semoga segalanya dipermudahkan".Pinta Afifah lalu doanya diaminkan oleh rakan-rakannya yang berada di situ.

__________

P/s:Road to final :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience