Bab 56

Romance Series 30286

"You want to play??So,let's play Tengku Khalil Izuddin Arasy..You turn out to be my rival".Tutur Hairi dengan bibirnya tersenyum sinis.

Jarinya menyentuh icon apps instagram dengan memikirkan sesuatu di dalam fikirannya.

>>>>>>>

"Wei!!Weii!!Guys!!Princess BB dah balik daripada dating laaaaa".Sakat Nick apabila melihat Rin sedang mengambil panah daripada tangan pekerja yang bertugas di situ.

"Haaaaa nampak tak ada seri kat muka Rin".Qiesyah turut menyertai Nick.

"Dah eh korang..Lebih-lebih pulak..By the way??Princess BB??BB tu ape??".Soal Rin yang tidak tahu maksud BB.

"Wait a minute..Serius kau tak tahu??".Celah Daniel yang ingin menyertai Nick dan Qiesyah.

"BB tu..Maksud dia..Bongok banget".Jawab Aleen yang tertawa pada akhir ayatnya.

"Serius ahh??".Tanya Rin yang terkejut mendengar maksud perkataan itu.

"Bongok banget kalau kau percaya si Aleen ni".Ujar Izhan yang tertawa melihat kawannya yang percaya sahaja jawapan daripada Aleen.

"Sampai hati kau kenakan aku eh Aleen".Tutur Rin dengan bibirnya dimuncungkan.

"Hahaha aku gurau je la.BB tu maksud dia basketball..Laaa kau ni takkan tak tahu kapten bola keranjang tu dapat nama panggilan baru".Kata Aleen.

"Nama panggilan baru lagi??Kali ni daripada siapa pulak??".Tanya Rin yang penat dengan hampir berpuluh nama panggilan Izz yang diberikan oleh para peminatnya.

"Daripada budak tahun pertama".Jawab Wawa yang juga mengikuti perkembangan kapten bola keranjang itu.

"Aku dengar ceritakan.Diaorang siap tampal sticky notes dekat kereta Izz.Ajak keluar date la,ajak couple,ajak makan dan yang paling kelakar ialah ajak kahwin".Terang Afra yang juga merupakan salah seorang reporter yang tidak berbayar di dalam kelas.

"ALLAHU..Habis tu apa yang si Prince BB tu buat lepastu??".Soal Rin yang mahu tahu akan apa yang terjadi seterusnya.

"Ah..ah..ahh".Balas Afra yang gagap tiba-tiba.

"Awat??Sambunglah.Aku nak tahu".Rin teruja untuk mendengar sambungan cerita daripada Afra.

"Koyak,buang dalam tong sampah..Cuci kereta aku..Lepas tu jeling semua pelajar perempuan tahun pertama".Jawab seseorang di telinga yang dilitupi dengan tudung.

Rin memandang ke kiri dan terperanjat tatkala melihat Prince BB yang sebenar di sebelahnya.Lelaki itu hanya membalas pandangan Rin dengan kenyitan mata yang mencairkan hati peminat-peminat yang tidak dilayannya.

"Apa kau buat kat sini??Sibuk ahh kau ni..Ganggu jeee".Tanya Rin sambil menolak lembut Izz ke tepi.

"Sibuk??Aku tak mengganggu korang kan??".Soal Izz kepada rakan sekelas Rin.

"Tak Tengku".Serentak Aleen dan rakan sekelasnya yang lain menjawab soalan daripada Izz.

"See diaorang kata aku tak mengganggu pon".Ujar Izz yang mendekatkan dirinya sedikit dengan Rin.

"Ye lahh..Kau tak ganggu diaorang tapi kau mengganggu aku".Marah Rin dengan jelingan yang tajam.

"Sekali sekala kacau kau..Tak pe kannnnnn??".Bicara Izz yang sedang bersedia untuk memanah ke sasarannya.

"Sekali sekala amendenya..Selaluuuuu sangat sangat".Balas Rin yang sedang memandang Izz.

"Ganggu untuk menambahkan seri dalam hidup aku...Tak salah kan???".Tutur Izz lalu melepaskan anak panah dengan menggunakan busur yang telah dipilih tadi.

Tepukan yang gemuruh diberikan oleh orang-orang yang berada situ apabila melihat anak panah Izz tepat dipanah ke sasarannya.

"Wow".Rin kagum melihat panahan daripada Izz.

"Fuyooo..Bukan setakat bola keranjang je Tengku terrer,memanah pun terrer..Ini la multi-talent".Tambah Kiran yang turut kagum melihat bakat yang tidak diketahuinya itu.

"Buat ape nak menunjuk-nunjuk kat orang..".Rin bersuara seraya matanya memandang kawan-kawannya.

"Aku tahu kau jealous dengan aku sebab kau tak ade bakat dalam memanah".Usik Izz dengan memberikan pandangan yang sungguh berlagak.

"Huh?!Kau tengok eh..Aku akan pastikan yang aku akan dapat 10 point".Rin yang mula penuh semangat itu cuba mengatasi kata-kata Izz yang merendahkan dia.

"Okay..Kalau macam tu,kita bertaruh nak??".Cadang Izz yang mahukan keadaan menjadi lebih menarik.

"Nak taruh ape??".Soal Rin yang berminat akan taruhan yang dicadang oleh Izz.

"Kalau kau menang,aku akan sentiasa dengan kau setiap masa.Kalau aku yang menang,kau kena sentiasa ada dengan aku till jannah".Balas Izz dengan tawa pada akhir katanya.

"Aih??!!Macam tak ade beza pon dua-dua tu..Dua-dua aku kena sentiasa melekat dengan kau..Tak nak lah aku..Daripada melekat dengan kau,lebih baik aku melekat dengan Khai je".Rin tidak berpuas hati dengan taruhan yang telah dikatakan oleh Izz.Khai yang namanya disebut oleh Rin terus memandang gadis yang berada di hadapan Tengku Khalil Izuddin Arasy itu.

"Aik???Aku pon terbabit sekali ke?".Monolog Khai di dalam hatinya.

"Okay ape??Aku rasa okay je..Okay kan taruhan aku??".Tanya Izz kepada rakan sekelas Rin.

"Okay Tengku!!".Jawab mereka serentak.

"Yang korang ni dah macam askar kenapa??Semua si Izz ni cakap korang ye kan je..Sekali sekala back up la aku pulak".Ujar Rin yang hairan akan gelagat kawan-kawannya apabila Izz berada di kalangan mereka.

"Malas ahhh kitaorang nak back up ko..Baik kitaorang back up Tengku".Jawab Hafriz yang sengaja mahu mengusik Rin.

"Kalau tak back up Tengku,memang nahas la kitaorang Rin oiiiiii".Desis Hafriz di dalam hati.

"Baiklah kalau kau nak buat taruhan kau sendiri..Dipersilakan...Aku ikut".Bicara Izz yang mahu memberikan keadilan kepada Rin.

"Urmmmmmmm........Macam ni,if kau menang...Aku akan ikut segala kehendak kau selama 4 hari dan....If aku menang,kau kena ikut apa yang aku suruh selama seminggu..Amacam??Ada bran??".Tutur Rin dengan tersenyum herot.

"Seminggu???4 hari??Wow pandai eh kau..Tapi tak pe..Aku kan gentleman..So,aku ikut aje la".Izz akur dengan taruhan yang ditaruh oleh Rin.Mahu atau tidak,diikutkan sahajalah kata-kata gadis itu.

"Yeay!!Ok aku panah au..Kalau tak dapat 10 points,maknanya aku kalah".Beritahu Rin yang sudah bersedia untuk melepaskan anak panahnya.

"Fine..Jangan nangis kalau kalah".Sakat Izz dengan tersenyum riang.

"Eleh aku tak akan nangis lah".Balas Rin yang matanya tertumpu ke arah mata 10 yang menjadi sasarannya.

Taruhan yang ditaruhkan sememangnya tidak masuk akal,tetapi itulah cara bagi dirinya untuk mengenakan Izz dan membalas dendam segala perkara yabg telah dilakukan oleh Izz terhadap dirinya.

Apabila dia telah bersedia,anak panahnya dilepaskan dan berharap ia kena pada sasarannya dan.......

"Wowwwwww tahniah Rin tahniahhhhhhhhhh".Ucap rakan sekelasnya sambil memberikan tepukan untuknya.

Izz yang melihat Rin tersenyum seperti kerang busuk manakala gadis yang melepaskan panahannya turut tersenyum memandang jejaka yang berada di sebelahnya.

"Wow amazing Rin!!".Kata Kiran.

"Syabas Rin syabas!!".Sambung Linda seraya menggelengkan kepalanya.

"Start daripada sekarang okay??Hahahahahaha".Ujar Izz yang tidak dapat menahan tawanya.

"Eh esok esok".Balas Rin dengan pantas.

"Power la Rin sampai tak kena langsung kat mana-mana point".Nadzri hanya mampu tergelak sahaja melihat Rin dengan muka yang redha akan kekalahannya.

Anak panah yang dilepaskan oleh Rin langsung tidak kena pada mana-mana sasaran di board.Senyuman kemenangan terus diukir oleh Izz yang sungguh gembira dengan kekalahan Rin.Di dalam fikiran jejaka itu,dia mula merancang jadual yang menarik untuk mengenakan Rin.Rin yang terpaksa terima akan kekalahannya memandang wajah Prince BB yang penuh dengan kejahatan baginya.

"Okaylah aku nak masuk bilik".Bicara Rin yang memberikan busurnya kepada pekerja di situ dan cuba melarikan diri dari situ.Belum sempat dia mahu melangkah jauh,langkahnya dihentikan oleh Izz.

"Kau nak pergi mana wahai kuliku??".Tanya Izz seraya mengukir senyuman untuk Rin.

"Nak jalan-jalan amik angin jap".Jawab Rin yang tertelan air liurnya apabila Izz menyebut perkataan "kuliku".

"Jom kita jalan-jalan berdua".Tutur Izz yang menarik lengan Rin untuk mengikut langkahnya.

"Tak nak!!".Rin menarik lengannya dan menjauhi Izz.

"Cik kuliku,awak dah kalah tau.Jadi,awak kena ikut segala arahan saya selama 4 hari.Awak sendiri yang cakap".Terang Izz yang tidak dapat mengawal perasaannya yang sungguh gembira mengusik Rin.

"Ye lah ye lah.Aku ikut".Akur Rin.

"Haaa macam tu lah kuli Tengku Khalil Izuddin Arasy..Bagus bagus..Dah jom kita jalan-jalan".Tutur Izz yang mengusap kepala Rin lalu memulakan langkahnya diikuti Rin.

"Hah!!By the way,kau still panah tepat pada sasaran sebenarnya".Tambah Izz.

"Mana kena..Langsung tak kena".Jawab Rin yang masih tidak boleh menerima kekalahannya.

"Kena la".Balas Izz ringkas.

"Kena dekat mana??".Tanya Rin.

Izz memalingkan mukanya ke kanan lalu berkata "hati aku" dengan nada yang perlahan.

"Hah??Kau cakap ape?Aku tak dengar lah".Soal Rin yang sedang memandang lelaki yang memalingkan muka ke arah bertenangan dengannya.

"Mana ada aku ade kata apa-apa..Merepek la kau ni".Balas Izz sambil mengetuk kepala Rin lalu berlari sepantas yang mungkin.

"OWWWWW!!!!Sakitlah..Mari sini kau!!!Kau jangan lari!!!!!!".Marah Rin yang sedang mengejar Izz yang berlari sungguh pantas.

"Geng.....Aku penat lahhhh.....".Rungut Aleen.

"Aik???Kau tak main pon penat???".Ujar Yussry yang sedang mencuba memanah buat pertama kalinya.

"Bukan penat tu..Aku penat tengok drama sinetron si Rin dengan Tengku ni.Jawab Aleen yang pandangannya masih tidak beralih memandang kawannya dengan Encik Tengku itu.

"Kan...Ke kau jealous??".Tanya Naziha.

"Jealous la gak sebab Syahir tak macam Tengku".Jawab Aleen sambil memuncungkan bibirnya.

"Memang la..Tengku tu lain,Syahir tu lain..Mane la sama..Lagipun Tengku tu dengan Rin je dia lain..Dengan orang lain..Ya ALLAH kalah singa garang dia".Celah Mazlin yang pernah melihat Izz memarahi salah seorang pelajar di universiti.

"Aah kan..Dengan Rin..Lembut pastu baikkkkkkkkkk jeeeeeeeeee orangnya.".Khai mengiakan kata-kata Mazlin.

"Memanglah,dah itu orang yang dia sayang..Takkan la dia nak garang dengan orang tu".Ujar Rina yang sedang memegang telefon pintarnya.

"Tapi kan Khai..Pernah tak Rin story mory pasal Izz dekat kau tentang perasaan dia".Tanya Syifa yang tertanya-tanya akan apakah perasaan Rin terhadap Izz.

"Tak ade la pulak..Kalau ade pun,dia takkan bagitahu aku sebab Rin ni kan perahsia..Korang pun tahu kan dia macam mana??".Tutur Khai yang juga mahu tahu akan apa yang terkandung di dalam isi hati Rin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience