Bab 6

Romance Series 30286

Khai bercadang untuk pergi ke kafe kerana perutnya mula berbunyi kelaparan termasuklah aku.Sesampainya kami di kafe,Khai membantu aku memesan makanan.Dia marahkan aku sebab ikut dia ke sana.Katanya aku baru je sihat tapi degil juga nak ke hulu ke hilir.

Aku memerhatikn keadaan sekeliling.Terdapat ramai orang yang sedang menjamu selera mengisi perut mereka yang kekosongan.Memanglah ramai sebab waktu itu ialah waktu makan tengah hari.Kelihatan ada yang hanya sekadar minum segelas cawan air,ada yang sedang membuat tugasan mereka dan ada yang sedang bergelak ketawa.

Dalam pada masa yang sama,aku masih memikirkan siapakah gerangan lelaki yg mengangkat aku tadi?Fikiranku tidak terhenti memikirkan lelaki itu.Kenapa aku fikir sangat pasal mystery man tu.Asallah aku nak kusutkan fikiran aku mengenai dia.Aku cuba untuk tidak fikirkan dia.Tetapi aku tidak boleh.Rimas juga aku sebenarnya.

Pandanganku beralih ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berjalan.Okay cuci mata kejap.Ahaha ALLAHUAKBAR.Tak de maknanya.Aku terpandang ok.Ketika itu aku ternampak kapten di antara mereka..

"Eh kejap kalau kapten dekat situ maknanya mungkin dia di antara mereka"bisikku perlahan.Aku memandang mereka semula.

Cuba mencari lelaki yang sedang berlegar di kepalaku ini.Raut wajahnya tidakku ingat seratus peratus.Mataku tertatap pada seorang lelaki yang segak berbaju kemeja biru yang sedang tergelak.

"Wah sadonya lelaki tu.Ini kalau angkat tepung dengan segala barang dekat bengkel konpom boleh.Tak payah guna troli.Suruh dia angkat je".Bisikku di dalam hati.Ahaha suka hati atuk mak cik aku je.

Aku merenung wajah lelaki sado itu.Tidak ku sangka.Lelaki itu berpaling memandang ke arahku.

"Alamak kantoi den.Cari nahas kau ni Rin.Padan muka kan dah terkantoi".Dengan pantas aku mengalihkan pandanganku dari dia.Seorang lelaki yang sedang menyandang begnya berada di hadapanku.Segaris senyuman ku hadiahkan padanya.

"Halo babe.Dekat sini rupanya kau.Merata aku cari".Dengan lagak macam pondan yang tangannya patah.

"Izz!!Rindu kau".Sambil mengenyitkan mataku buatnya.

Berona merah kulit lelaki kacuan Melayu dan German itu.Terus dia memalingkan mukanya.Malu yang aku perasan akan perubahan kulit wajahnya.

"Baru nak rindu aku.Apa kes?"Izz memuncungkan bibirnya.

"Eish aku jentik bibir tu kang.Bengkak bibir kau"ugutku.Izz ni kadang-kadang comel juga orangnya.Kadang-kadang menyampah bila tengok kegedikkan dia ni.

"Kau nak jentik aku atau nak kiss aku".Didekatkan mukanya dengan aku.Tersenyum herot si dia.

Mataku terbutang melihat dia yang berani berbuat seperti itu.Kali ini,muka aku pula bertukar warna merah.Orang di sekeliling kami memerhatikan adegan yang mengejutkan aku kini.Dengan sekelip mata,aku menutup muka Izz dengan fail Khai yang terletak di atas meja.Ditepis fail itu ke tepi.

Aku mengambil fail yang terjatuh di atas lantai dan..

"Aduh sakit la wei".Izz mengadu kesakitan setelah kepalanya menjadi mangsa pukulan aku.

Aku menjelirkan lidah dan menjelingnya.

"Wah cuwitnya korang berdua".Tegur seseorang sambil memegang kedua belah bahuku.Terjungkit sedikit bahuku dek terkejut.Aku memusingkan badanku ke belakang.Beberapa orang rakan sekelasku berada di belakangku.

Linda membuat gaya peace dengan jarinya.Manakala yang lain tersenyum memandang aku dan Izz.Aku memandang gadis yang memakai selendang rona kelabu.Tangannya sedang memegang dulang yang berisi makanan.

"Rin aku bawak makanan ni.Jom makan!".Ajak Khai.

"Rin..aku nak minta maaf dengan kau.Disebabkan kitaorang kejar kau.Kau hampir kene langgar tadi".Aleen,Piqah dan Qiesyah menundukkan kepala mereka.Memohon maaf atas kesilapan telah mereka lakukan yang hampir meragut nyawaku.

Aku bangun dari kerusi.Mendekatkan tubuhku dengan tiga orang rakan baikku ini.Ketiga-tiga aku pandang dan melemparkan senyuman.

"Guys kenapa pikir macam itu?Benda dah jadi kan?Nak buat macam mana?ALLAH da takdirkan ini akan terjadi kepada aku.Jadi aku tak boleh nak elak".

Mereka bertiga memandangku dengan riak wajah yang suram.Aleen memelukku tanpa diduga.Pelukannya dibalas olehku.Serta-merta Piqah dan Qiesyah menyertai Aleen dan aku yang sedang berpelukan.Beberapa minit kemudian,pelukan itu aku lepaskan.

Sesungguhnya tidak terdetik sedikit pon di hati ini tentang apa yang terjadi ini disebabkan oleh mereka.Apa yang berlaku adalah atas kehendak ALLAH.Aku yakin apa yang telah berlaku pasti ada hikmahnya.See!!I'm a positive girl.

"Boleh tak kalau kami nak join makan sama-sama"tanya Nick kepadaku.Aku menganggukkan kepalaku tanda bersetuju dengan kata-kata Nick

"Of course la boleh.Mana mungkin aku kata tak boleh"pelawaku seraya memandang Izz yang sedang menjelingku.Aku tersengih dengan kelakuannya.

Korang rasakan?Kenapa aku bersetuju dengan pertanyaan Nick itu?Haa yang dah tahu tu diam eh.Jangan bagitahu orang lain.Ahaha.

"Haish kacaulah diaorang ni.Baru aku nak cucuk jarum".Desis Izz di dalam hati sambil memandang gadis yang bertakhta di hatinya.

"Kitaorang tak ganggu korang ke?Tengku tak kesah?".Soal Afra kepada Izz.

"Ah tak pe join je la.Syok jugak makan ramai-ramai".Balas Izz yang teragak-agak dengan kata-katanya sendiri.

Mereka semua berbalas senyuman dengan kami berdua yang sedang duduk itu.

"Kejap eh.Kitaorang nak order makanan dulu".Kata Qiesyah yang sedang mengambil purse dari half moon bag miliknya.

Aku memberi signal ok kepada Qiesyah.

Ting!

Kedengaran bunyi telefonku yang menandakan mesej dihantar oleh seseorang.Aku membaca isi mesej tersebut dan tertawa kecil aku.

Khai memandang Rin yang tersenyum-senyum melihat paparan skrin telefon milik kawannya itu.Tersengih dia keseorangan.

"Kau ni asal ye kan aja apa yang kawan kau cakap.Kau tahu kan aku kekok dengan orang yang aku tak rapat".Mesej daripada Izz dibaca olehku.Dipandang wajah lelaki yang sedang bermain telefonnya.

Tiba-tiba terbit idea nakal di kotak fikiranku.

"Eh korang duit tu korang save la untuk beli benda lain sebab hari ni Tengku Izz yang handsome ni nak belanja korang".Sambil memandang wajah lelaki yang aku maksudkan.Izz memandang aku sambil mengerutkan dahinya.

"Betul kan Kue Izz?".Tanyaku kepada Izz sambil mengelipkan mataku beberapa kali kepadanya.Mendengus geram lelaki tu.

"Happy la sekarang Rin.Kejap lagi kena tibai la kau dengan mamat depan kau ni".Telahku di dalam hati.

Tengku Izz mengalah dengan kata-kata Rin sambil menganggukkan kepalanya.Memanglah dia mampu membayar semua makanan yang dipesan oleh rakan Rin malah mampu membeli kafe universiti itu juga.Namun,Rin yang berada di sebelahnya itu sengaja mahu mencari pasal.Mahu sahaja dia mencubit pipi gadis itu tetapi Rin bukanlah semuhrim dengannya.Dia masih tahu batas pergaulannya dengan orang yang bukan sama jantina dengan dirinya.

"Oh ye ke.ALHAMDULILLAH.Terima kasih Tengku".Ucap Aleen.

Izz mengerlingkan matanya pabila aku memandang dia sambil melemparkan senyuman yang sangat manis.

Usai makan,kawan-kawan aku masuk ke kelas terlebih dahulu.Izz pula menghilangkan diri selepas mengisi perutnya.Mukaku langsung tidak dipandang olehnya.Merajuk la tu.Aduh sendiri buat sendiri la tanggung Rin.

Aku melangkahkan kakiku menuju ke bengkel.Kawan-kawan aku kononnya nak bagi Tengku Izz tu berbual dengan aku aleh-aleh dia dah blah.

Teringat aku tentang kejadian tadi.

~
Ketika itu,kawan-kawan aku semua telah menghabiskan makanan mereka.Tinggal aku dengan Izz je yang belum.Selepas mereka memandang kami yang masih menjamah makanan tu.Mereka terus beredar termasuk Khai.Sempat juga mereka mengucapkan terima kasih kepada Izz.Tetapi lelaki itu tidak bersuara juga tidak mendongak memandang mereka.

Aku yang terkejut dengan tindakan kawan-kawan aku terus diam terkaku.Tinggallah kami berdua sahaja di meja makan.Izz yang lagi tadi tidak bersuara langsung tidak mengendahkan aku yang masih berada di sebelahnya.Aku memberanikan diriku untuk mula menegur jejaka itu.

"Izz..Asal Izz diam je ni?Izz marah eh".Suara manja yang aku jarang gunakan tu.Digunakan juga untuk memujuk si Izz ni.

Selesai sahaja Izz menghabiskan makanannya,bibirnya di lap dengan menggunakan handkerchief berona ungu miliknya lalu pergi meninggalkan Rin berseorangan di situ.Terpinga-pinga Rin pabila melihat Izz berlalu pergi dari meja makan begitu sahaja.

"Sekali-sekala kena ajar juga dia tu.Kalau tidak berlemak dan berkolesterollah dia gamaknya"Bisik Izz di dalam hatinya.

Izz sebenarnya lagi tadi perasan gadis di sebelahnya itu selalu memandangnya tetapi tidak dia hiraukan.Makanan di hadapannya lebih diberikan tumpuan memandangkan dia memang sangat lapar ketika itu.Rin banyak kali memanggil namanya tetapi dia cuba untuk tidak mempedulikan gadis itu.

Setibanya aku di kelas,kawan-kawanku memandang aku yang kelihatan agak sugul.Mereka mendekati aku dan...

"Assalamualaikum semua".Salam diberi oleh Puan Diana yang sedang berdiri memandang kami.Kami berdiri di tempat masing-masing seraya menjawab salam Puan Diana.

Sesudah menjawab salam,Puan Diana meminta kami untuk duduk.

Puan Diana memandang pelajar-pelajarnya dan matanya tertatap pada seorang pelajar yang sedang tersenyum manis kepadanya.

"Rin awak okay tak?Saya dapat tahu awak kena langgar tadi.Betul ke?".Tanya Puan Diana kepadaku.

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal tu.

Aku mencuit bahu Khai yang berada di sebelahku.Gadis itu memandang aku sambil menjungkitkan keningnya.

"Waduh babe.Bagaimanakah Puan Diana mengetahui tentang aku ini?Bukankah kita je yang tahu?".Tanya aku pada Khai dengan menggunakan bahasa baku.Khai tergelak dan menutup mulutnya dengan tangannya.

"Eish kau ni tanya soalan pon entah apa-apa.Kau kan anak Dato' memang sah sah la semua orang tahu".Jawab Khai perlahan.

Aku memandang Puan Diana yang sedang menunggu aku memberi jawapan.

"Aduh ini kalau sampai dekat telinga Mama dan Papa ni abis aku.Kena gorenglah telinga aku jawabnya".Bisikku di dalam hati.Perut aku mulai kecut.

"ALHAMDULILLAH ok je cikgu.Tak ade apa pon".Kataku pada Puan Diana.

"Dato' dan Datin tahu tak pasal ni".Soal Puan Diana lagi.

"Uish please jangan bagitahu mak ayah saya puan.Kena tukar kos saya nanti".Jawabku sambil memandang Puan Diana.Aku membuat riak muka minta simpati.

"La saya da agak da.Saya dah beritahu pensyarah lain supaya jangan beritahu Dato' dan Datin".Jawab Puan Diana selamba.

Aku menghela nafas panjang.Bersyukur yang Puan Diana tolong aku cover daripada Mama dan Papa.Kami mula beralih tajuk perbualan.

Puan Diana mahu berbincang mengenai Majlis Konvokesyen yang bakal diadakan beberapa hari lagi.Masing-masing telah diberikan tugasan terlebih dahulu supaya memudahkan kerja mereka sewaktu hari kejadian .Semua orang berpuas hati dengan tugasan yang diberi.

Puan Diana tersenyum melihat anak didiknya yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan majlis yang berprestij itu.

Setiap pelajar di agihkan kepada beberapa kumpulan.Ada yang perlu melaksanakan tugas di dalam restauran,di dalam bengkel dan di gerai jualan.Aku diberikan tugas untuk menyediakan makanan di dalam bengkel.Makanan yang telah dimasak akan dihantar ke gerai jualan kami.

Mereka semua telah mencuba memasak makanan yang ada di dalam menu untuk VVIP sewaktu aku terlantar di dalam klinik.Buang karen je aku pakai baju chef.Ahaha.

Jam telah menandakan pukul 4.Masing-masing bersedia untuk pulang.Macam rumah lari je kalau tak balik.

Di dalam perjalanan pulang aku sempat menyinggah kedai serbaneka.Khai dan yang lain telah pulang ke kondo terlebih dahulu kerna mereka bercadang untuk berjoging bersama-sama di taman.Khai awal-awal lagi dah berpesan kepadaku supaya jangan nak mengada-ngada ikut mereka pergi berjoging.Dia suruh aku duduk di rumah layan doraemon.Aku menurut kata kawanku itu kalau aku tidak mengikuti kata-kata nya memang kena pulas la telinga ni.

Sewaktu di dalam kedai serbaneka,aku mencari makanan ringan yang boleh aku makan.Ketika itu,aku ternampak seseorang yang amat aku kenali.Aku meletakkan bakul yang berisi makanan yang aku ambil tadi di atas lantai dan melangkah menuju ke arah lelaki yang sudah keluar dari kedai itu.

Lengan lelaki itu aku cuit.Spontan dia menoleh ke belakang.Pabila dia memandang aku,dia tersenyum tetapi hanya untuk seketika.Selepas itu,dia menjeling aku dan memakai kaca mata hitam berjenama Tom Ford miliknya.Aduh merajuk lagi ke cik abang ni.

"Izz janganlah merajuk lagi.Susahlah nak pujuk kau".Kataku kepada Izz.Tetapi dia langsung tidak bersuara.Makin geram aku.

"Izz sorrylah aku gurau je tadi.Kau janganlah marah.Aku tahu aku salah.Aku minta maaf sangat-sangat dari hujung tudung hinggalah ke hujung kasut".Sempat aku membuat lawak untuk mencuit hati Izz.

Namun,sekali lagi cara aku tidak berhasil.Malah lelaki itu mula menapakkan kakinya pergi dari aku.Aku mengikuti langkahnya dan kini aku berada di hadapannya.Langkahnya terhenti pabila dia melihat aku di hadapannya.

"You know what Izz?I give up.Penat aku pujuk kau tapi kau langsung tak layan aku.Sampai hati kau kan.Dah la baik aku balik.Bye bye".Geram aku dengan Izz tidak dapat diredakan.Aku memusingkan badanku dan mula menapakkan kakiku pergi dari situ.Aku juga berharap yang Izz akan memujukku supaya jangan pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience