TC 2 Bab 6

Romance Series 30286

"Mummy...Mummy kenapa larikan diri daripada Rin?".Dengan hanya mengatakan sebaris ayat sahaja,air mata Rin mula bergenang.

Puan Sri Cheryl Humaira Helene mengeluh seketika,fikirannya memikirkan dua insan yang sangat disayanginya.Yang berada sangat jauh dengannya dan yang sedang berdiri memandangnya.Dahulu,dia sangat yakin yang gadis itu akan menjadi satu-satunya menantu dalam keluarga Tan Sri Azmi Aziz Alauddin tetapi kini harapannya itu mustahil.

"Mummy..Please jangan buat Rin macam ni mummy..Mummy tolonglah Rin mummy..Sampai bila semua orang nak buat macam ni pada Rin mummy??Sampai bila!!??".Perasaan yang dipendam selama ini diluahkan oleh Rin.Perasaan yang penuh dengan rasa sakit dan perit.

"Mummy minta maaf Rin..Mummy terpaksa buat macam ni..Maafkan mummy Rin".Pohon Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang hanya mengikuti kehendak anak terunanya.

"Mummy kenapa Izz langsung tak contact Rin??Kenapa Izz block Rin??Kenapa mummy tak bagitahu langsung yang mummy dah pindah??Kenapa mummy pun tak jawab call daripada Rin??Kenapa Muadz bila nampak Rin dia lari??Apa yang Izz suruh mummy and yang lain buat??Kenapa dia tergamak sangat buat Rin macam ni??Rin buat ape sampai dia tergamak buat semua benda ni pada Rin mummy??Jawab mummy..".Rin terduduk di atas lantai.Betapa sakitnya hati dia yang terpaksa menanggung rasa itu seorang diri.

"Rin..Bangun sayang..Jangan macam ni Rin..Mummy minta maaf sebab sakitkan hati Rin..Mummy tak ade niat pun nak buat macam tu Rin..Mummy terpaksa..".Puan Sri Cheryl Humaira Helene memegang bahu Rin sambil menyeka air mata Rin yang sudah mengalir itu.

"Kalau mummy tak ade niat nak buat Rin macam ni..Kenapa mummy buat?At least mummy kena explain pada Rin dulu..Kalau mummy tak nak tengok muka Rin lagi,Rin boleh pergi tapi tolong jawab soalan Rin dulu".

Muadz yang baru tiba di situ terkejut apabila melihat Rin yang menangis teresak-esak itu.

"Tengku...Kalau Tengku nampak Rin macam ni..Confirm Tengku pun sedih..".Desis Muadz di dalam hati.

"Puan Sri..Kita kene pergi".Tutur Muadz.Puan Sri Cheryl Humaira Helene bingkas bangun lalu membawa tubuhnya masuk ke dalam kereta.

"Muadz!!Tolong Muadz bagi saya cakap dengan Puan Sri".

"Saya minta maaf Rin tapi kami kena pergi sekarang ni".Jawab Muadz selepas menundukkan sedikit kepalanya buat seketika.

Rin mengetuk tingkap kereta beberapa kali.Dia memanggil Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang berada di sebalik tingkap kereta yang gelap itu.Muadz mengundurkan kereta itu ke belakang dan dia juga memerhatikan Rin yang tidak putus asa mengetuk pintu kereta itu.Pembantu Puan Sri Cheryl Humaira Helene memujuk majikannya agar meminta Muadz menghentikan keretanya kerana dia kasihan akan Rin.Pipi yang basah dek kerana air mata itu ditatapi Puan Sri Cheryl Humaira Helene.Sedikit sahaja pedal minyak dipijak oleh Muadz kerana dia risau jika dia akan terlanggar Rin.

"Berhentikan kereta Muadz!".Puan Sri Cheryl Humaira Helene tidak dapat menahan lagi rasa simpatinya terhadap gadis yang sedang mencangkung itu.

"Baik Puan Sri".Muadz mengalihkan pandangannya ke cermin sisi untuk melihat Rin yang tidak berhenti menangis lagi.

Puan Sri Cheryl Humaira Helene keluar daripada kereta dan menapakkan kakinya ke arah Rin.Dia mengusap kepala Rin dengan penuh kasih sayang.Gadis itu mendongakkan kepalanya dengan mata yang mula berwarna merah.

"Ya ALLAH..Kasihan sungguh Rin..".Telah Puan Sri Cheryl Humaira Helene dalam hati.

"Jom..Ikut mummy".Ajak Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang membawa Rin ke dalam pelukannya.Pintu kereta dibuka oleh Muadz manakala pembantu Puan Sri Cheryl Humaira Helene memberikan sehelai tisu kepada Rin.Tempat duduk pemandu diduduki semula Muadz lalu memandu kereta itu keluar daripada situ.

"Tengku..Ada orang bawa dia pergi".

"Siapa??Tunang dia ke??".

"Bukan..Saya tak pasti siapa tapi tadi saya dengar ada orang panggil mak cik tu Puan Sri..So,Tengku nak saya ikut mereka ke??".

"Tak pe..Aku nak kau cari information pasal Puan Sri tu and kau dah boleh balik".

"Baik..Saya akan carinya..Terima kasih tengku".

Panggilan diputuskan...

"Puan Sri mana yang rapat dengan dia ni???Aku tak tahu la pulak dia dulu ada rapat dengan mana-mana orang macam tu".

"Eh?Wait a minute!!Kalau Puan Sri..Mestilah mak kepada..."

"Knock!!Knock!!".

"Tengku Fayyad..Minuman sudah saya sediakan".

"Okay letak je atas meja kat luar tu..Kejap lagi saya amik".

"Baik tengku".

"Tengku Khalil Izuddin Arasy??Bukan setahu aku dia tak ade kat Malaysia ke??Hurmm...Aku kena masukkan dia balik ke dalam senarai musuh aku??Ok tak pe..Kita letak dia dalam senarai standby".

~~~~~~

"Mana adik aku!!??".Ekh memegang kolar baju Hairi.

"Abang Ekh sabar abang Ekh..Benda boleh bincang bang".Aleen cuba menenangkan abang kepada Rin.

"Aku tak tahu dia dekat mana..Dia tiba-tiba lari without bagitahu aku dia kejar ape..Satu shopping complex aku cari tapi tak jumpe..Afzal dan Joyie pun tengah cari Rin lagi ni".Jelas Hairi yang buntu itu.

"Habis tu??Kau tak pergi cari adik aku ke??Apahal bodyguards kau pulak yang tolong carikan??Kau tunang dia kannn!!".Marah Ekh yang sedang menahan sabar.

"Ye aku memang nak cari tapi aku datang sini dulu..Kot-kot Rin balik rumah..Aku mintak maaf".Tambah Hairi yang menyalahkan dirinya.

"Kalau kau tak jumpa adik aku..Nahas kau aku kerjakan!!!".Ugut Ekh yang seperti mahu menumbuk muka Hairi.

"Macam mana kalau lelaki tu culik Rin".Fikir Ekh yang terkenang akan cerita yang disampaikan oleh Aleen.

"Ya ALLAH abang Ekh..Sabar..Ni kitaorang still tengah try call Rin..".Nadheera menyentuh skrin telefonnya beberapa kali.

"Kringg!!Kringg!!".

Telefon yang berada di dalam poket seluar Hairi dikeluarkan.Tertera "My Fatty" di paparan skrin.

"Sayang!!Sayang pergi mana??Kenapa hilang macam tu je??Sayang okay tak..Kenapa tak jawab call I??Kenapa you lari??Kenapa you tinggalkan I??Kenapa tak cakap ape-ape kat I sebelum you lari??Haa sayang??".Bertubi-tubi soalan di tanya Hairi.Sudah semestinya dia sangat risau akan Rin semenjak gadis itu menerima surat ugutan.

"You,I okay..You jangan risau..Sorry sebab I buat you risau..I minta maaf sangat sangat..Sorry ye you".Sebingkai gambar yang tergantung pada dinding diamati Rin.

"Okay sekarang ni you dekat mana??I nak amik you".Soal Hairi yang berasa lega mendengar suara Rin.

"I dekat rumah kawan I..Tak pe you tak yah amik I..Kawan I ajak bermalam kat sini..So i decide to stay here..You jangan risau okay".Kata Rin.

"Alright..Tapi you kena share jugak location you sebab esok I nak datang amik you".Sambung Hairi yang sedang ditenung tajam oleh Ekh.

"Alright don't worry..I'll be fine..Good night".Ucap Rin lalu memutuskan talian.

Rin mengeluh panjang,memandang rumah yang tidak asing baginya.Dia baru tahu yang keluarga Izz sebenarnya tidak berpindah ke mana-mana.Mereka masih tinggal di tempat yang sama.Kebetulan,setiap kali Rin pergi ke rumah itu,Tan Sri dan Puan Sri tiada di rumah.Izz ada berpesan kepada pengawal keselamatan rumahnya agar memberitahu Rin yang mereka telah berpindah.Pengawal keselamatan itu menuruti arahan Izz lalu memberitahu Rin perkara yang tidak benar.Arahan daripada Izz itu tidak diketahui oleh Tan Sri dan Puan Sri yang kadang-kala tiada di rumah.Setelah Rin menceritakan hal itu pada Tan Sri dan Puan Sri barulah mereka tahu.Puan Sri Cheryl Humaira Helene mengaku yang dia terpaksa berbohong atas permintaan anak lelakinya.Dia sering tidak menjawab panggilan daripada Rin dan meminta pembantu rumahnya menjawabkan panggilan itu bagi pihaknya.Tan Sri dan Puan Sri juga tidak tahu akan sebab Izz bertindak sedemikian secara tiba-tiba.

"Mummy tak tahu kenapa Izz suruh kami elakkan diri daripada kamu..Dia kata jangan sesekali berhubung dengan Rin".Puan Sri Cheryl Humaira Helene tidak faham akan kelakuan anaknya.

"Maafkan kami Rin..Kami tak tahu apa-apa..Izz pun sekarang ni agak jarang contact mummy and daddy".Terang Tan Tan Sri Azmi Aziz Alauddin.

"Tapi...Saya selalu contact Tengku..3 kali seminggu saya akan call dia".Celah Muadz yang sedang duduk di atas sofa itu.

"Kalau macam tu..Apa kata kamu call Izz and cakap dengan dia pasal Rin".Cadang Tan Sri Azmi Aziz Alauddin dan cadangan itu dipersetujui Muadz.

"Tut.....Tut...Tut..."

"Hello?".Izz menjawab panggilan daripada Muadz.

Rin duduk di sisi Muadz yang sedang menghubungi majikannya.Rasa gembira dan sedih,kedua-duanya dirasainya serentak.

"Tengku..Tengku tengah buat ape??".Tanya Muadz yang juga sedang berfikir akan ayat yang sesuai untuk memberitahu Izz mengenai Rin.

"Tak buat ape-ape..Tengah nak keluar jalan-jalan..Ada apa-apa ke kau nak bagitahu aku ni".Tanya Izz yang sedang menunggu kawannya.

"Sebenarnya kan Tengku..."

"Izz...Ni aku Rin".

Rin sempat merampas telefon daripada tangan Muadz.Dia sudah tidak dapat menahan sabar lagi akan kelakuan Izz terhadapnya.Izz yang berada di hujung talian,terkejut mendengar suara gadis itu.

"Kenapa kau buat aku macam ni Izz??Kenapa kau tak balas mesej and jawab call aku??Apa yang aku buat sampai kau tergamak buat aku macam ni??Kau kata yang kau tak suka tengok aku nangis tapi kau sekarang ni buat hati aku sakit..Aku banyak kali menangis disebabkan kau".

"Kenapa Izz??Kenapa kau buat aku macam ni!!Sampai hati kau..Aku tak tahu apa salah aku sampai kau block aku kat Insta,kau suruh parents kau jauhkan diri daripada aku,kau kata dekat Muadz jangan bercakap dengan aku..Apa semua ni Izz??Dosa ape aku dah buat dekat kau???".

Pipi Rin mulai basah,hatinya terlalu sakit hanya disebabkan oleh Izz.Segala yang terbuku di dalam hatinya dilepaskan dengan hati yang perit.

"Kenapa kau diam ha Izz??Please cakaplah sesuatu..Jangan buat aku macam tunggul Izz??Jangan buat aku macam ni..Aku merayu sangat-sangat Izz..Bagilah tahu aku..Ape aku buat kat kau sampai kau langsung tak nak ade apa-apa hubungan lagi dengan aku..Please Izz...Please...Cukuplah kau buat hati aku sakit beberapa tahun ni..Jangan tinggalkan aku dengan banyak persoalan..Jangan...Tolonglah Izz..Bagitahu aku sekarang".

"Hurmm....."

"There you are my darling".

Rin terpaku seketika apabila mendengar suara perempuan di hujung talian.

"Sorry I'm late..Now,let's go..I have tickets for both of us..Let's watch it together".

"Tut...Tut..Tut..".Izz memutuskan panggilan tanpa bersuara.

"Izz cakap ape Rin??".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang hairan dengan perubahan riak wajah Rin.

"Um..Um..Rin nak balik..".Beg tangannya dicapai lalu berjalan ke pintu utama rumah itu.

"Rin eh Rin..Kenapa ni??Kalau kamu nak balik pun..Biar Muadz yang tolong hantarkan".Puan Sri Cheryl Humaira Helene menghentikan langkah Rin.

"Tak ape mummy..Rin balik sendiri".Rin bergegas keluar daripada rumah itu tanpa menoleh ke belakang.

Mereka bertiga memandang Rin pergi dari rumah itu.Ketiga-tiganya tidak tahu ingin melakukan apa.Mereka juga tertanya-tanya apakah yang telah dikatakan oleh Izz sehingga gadis itu pergi dari rumah itu tanpa bersuara.

"Eh Muadz..Kamu buat ape tercegat lagi kat sini..Pergi kejar Rin".Suruh Tan Sri Azmi Aziz Alauddin.

Rin mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.Dia terasa yang hatinya seperti ditembak berkali-kali.Suasana malam yang sunyi dan gelap itu mempengaruhi hatinya yang semakin pilu.Dengan hanya mendengar satu perkataan sahaja,hatinya terasa ditikam.Lagi menyedihkan,Izz langsung tidak membalas pertanyaan dia.Akan tetapi dia mendengar suara orang lain pula yang berada di hujung talian.

"Darling...Darling".Ayat itu masih berlegar di dalam fikirannya.

"Darling??Sebab darling ke dia buat aku macam ni??".Marah Rin sambil menyepak batu di atas tar.

"Dia...Lupakan aku sebab dia dah ada makwe ke??Sebelum ni,even dia ada girlfriend pun dia still layan aku..Perempuan tu mandrem dia ke??Hurm...Minah celup jugak kau cari ye Izz".Ngomong Rin sendiri dengan air mata yang tidak putus membasahi kedua-dua belah pipinya.

Tiba-tiba pandangan Rin tertumpu dengan sebuah lampu dari hadapanya.Sebuah kereta berhenti dan pemandu kereta tersebut keluar daripada kenderaannya.Seorang lelaki menghampiri Rin tanpa teragak-agak.

"You buat ape sorang-sorang dekat sini??Bukan you kata you dekat rumah kawan you ke??".Tanya Hairi yang pelik mengapa gadis itu menitiskan air matanya.

"Are you okay??Kenapa ni??Siapa buat sayang I menangis ni??".Lelaki itu mengelap pipi Rin dengan penuh lemah lembut.Namun,tiada sebarang respon daripada Rin.

"Jom..I bawak you balik okay?'.Hairi menarik perlahan lengan Rin dan membukakan pintu kereta untuknya.

"Tunang dia..Dah bawak dia balik tengku...".

"Okay..Asalkan dia selamat".

Hairi tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduannya.Matanya sering memandang Rin yang langsung tidak bercakap.Dia hanya mendengar esakan Rin yang menambahkan lagi kekeliruannya.Hairi bersyukur sangat yang dia tergerak hati ingin mengetahui lokasi rumah yang dikongsi oleh Rin.Dia terus menetapkan destinasi yang perlu ditujuinya selepas singgah di rumah Rin.Jika dia tidak pergi ke rumah itu,mungkin akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku pada Rin.

"Sayang??Boleh you share dengan I sebab you menangis??You kata you dekat rumah kawan you..Tapi kenapa I jumpa you dalam keadaan you macam ni??".Soal Hairi.

"I mintak maaf tapi boleh tak I cerita nanti..I mengantuk sangat".Balas Rin yang mula pening kepala.

"Oh..Sorry..You tidurlah..Nanti I kejut".Bicara Hairi lalu mengusap kepala tunangnya.

25 minit kemudian...

"You..Kita dah sampai rumah you ni".Hairi mengejutkan Rin yang sudah terlena itu.

"Sayang bangun sayang..Kita dah sampai".Hairi cuba mengejutkan Rin sekali lagi.Gadis yang lemah gemalai itu keluar daripada kereta.

"Eh sayang kenapa ni?".Hairi sempat memegang Rin yang hampir terjatuh itu.

"I penat..Terima kasih ye you sebab bawak I balik".Ucap Rin lalu menekan loceng rumahnya.

Kepulangannya disambut oleh Khai yang tidak dapat tidur waktu itu.Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang akan berlaku.Khai membuka pintu pagar dan tersenyum melihat rakan karibnya.Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah dan diperhatikan dari jauh oleh Hairi.Setelah matanya mengekori Rin yang hampir sampai ke pintu masuk rumahnya,dia memusingkan badannya untuk masuk ke dalam kereta.

"Rin!!!".

Jeritan Khai itu mengejutkan Hairi yang kakinya sudah berada di dalam kereta.

"Hairi tolong!!Rin pengsan!!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience