TC 2 BAB 10

Romance Series 30286

"Maybe soon..My heart will be yours".Jawab Rin yang menerujakan Hairi.

"Uish bau ape ni guys?".Soal Aqiel yang sedang duduk di kaunter itu.

"Haah la bau ape ni??Agak-agak bau ape?".Sambung Daniel yang turut serta perbualan itu.

"Bau nasi minyak la..Korang ni...Takkan itu pun tak tahu..".Jawab Nick seraya memandang pasangan yang sejoli itu.

"Korang bau nasi minyak eh?Aku bau lauk ayam masak merah".Luthfia tidak terlepas juga dalam aktiviti mengusik pasangan yang romantik itu.

"Uish cakap pasal ayam masak merah..Terliur pulak aku..Haaa Rin bila nak bagi kitaorang makan lauk ayam masak merah ni??".Rina yang sedang mengelap meja itu menjungkitkan beberapa kali keningnya buat Rin.

"Hah lepas tu lauk ape lak??Sorry ah majlis aku nanti aku bagi papadom je untuk korang".Tertawa kecil Rin selepas itu.

"Hanet..Dia nak bagi kita papadom je guys".Naziha menggelengkan kepalanya.

"So??Memang mungkin akan ada majlis ke untuk kita berdua nanti?".Hairi merenung dalam mata Rin.

"Hurm??Maybe..We will see".Kenyitan mata dihadiahkan oleh Rin untuk Hairi.

"Hah kalau macam tu..Jomlah kita nikah esok..Lagipun......".

"Lagipun ape?".Rin menunggu Hairi menyambung ayatnya.

Hairi merapatkan bibirnya semula di telinga Rin lalu berkata..

"I nak you tahu apa denda yang I akan bagi you nanti".

"Adoi!!!".

Rin menepuk kuat tubuh Hairi seperti machine gun.Hairi hanya mampu tertawa besar sambil mengadu kesakitan.Jikalau diikutkan hati,Rin ingin sahaja lari dari situ tapi dia akan berbuat sedemikian selepas memukul Hairi.

"Woi dah la tu korang berdua!!".Marah Aleen yang baru muncul dari dapur.Terhenti sejenak mereka semua tatkala mendengar jeritan Aleen.Hairi dan Rin juga turut berhenti daripada melakukan aksi yang romantik itu.

"Geram pulak aku tengok korang ni..Dah la aku single..Please eh hormat sikit orang single".Tambah Aleen yang membuatkan kawan-kawannya di situ ketawa riang.

"Hah betul tu..40% kat sini single au..So nak sweet sila jauh-jauh sikit.Afifah bersetuju dengan penyataan Aleen.

"Yelah..Maafkanlah kitaorang ni...Bukan ape jarang-jarang juga saya dapat moment macam ni..By the way, yang single tu boleh roger-roger saya..Saya ramai kawan lelaki yang masih single".

"Shushh!!".

"Haa siapa?Hensem tak?".Soal Aleen

"Mana-mana??Tunjuklah gambar sikit".Tanya Afifah

"Ada instagram tak..Nak usha jap".Celah Naziha.

"Wo wo wo..Cool down..Jangan risau nanti saya bagi".Hairi terkejut juga tercuit hati apabila puak single itu mendekatinya dengan sangat pantas.

"Aku tak kisah kalau korang berminat dengan kawan lelaki Hairi..Tapi please sana sikit jangan dekat sangat dengan Hairi..Yang ni aku punya..Aku dah cop dulu".Rin menarik pantas lengan Hairi untuk merapatkan tubuh lelaki itu dengan dirinya.

"Fuh makin lama makin kuat konsert jantung aku ni".Desis Hairi.

"Idok aih..Kitaorang tak amik pun..Silakanlah tuan puteri amik prince charming tuan puteri tu..Kitaorang nak balik ni..Nak tutup kedai dah ni".Kata Syifa yang sudah membimbit beg tangannya.

"Wow halau ke??Tak pe tak pe".Ujar Rin yang sudah mencebik bibirnya.

"Mana ada kitaorang halau..Kalau kitaorang halau..Dah lama dah kitaorang tendang korang keluar..Dah la jom balik..Aku barai ah hari ni".Ajak Tira yang sudah kepenatan kerana pelanggan agak ramai pada hari itu.

"Ok jom balik..Eh tak..Jom pergi dating".Ajak Rin lalu menarik lengan baju Hairi keluar dari kedai itu sambil melambaikan tangannya kepada teman-temannya.

"Hahaha bye Rin..Have fun!!".Aleen tersenyum melihat gelagat Rin yang kembali ceria itu.

"Uish jantung relax please..Jangan buat konsert kuat sangat".Pesan Hairi kepada jantungnya.

~~~~~

"Tak tak tak..Takkan ah..Mustahil kot...Mana mungkin".

Wajah Hairi dan Rin dipandangnya dengan tepat.

"Dating with my fatty ? ".

"Dating with my encik topeng ? ".

Caption gambar di Instagram mereka berdua menyakitkan hati si followers yang sedang melihat kemesraan mereka berdua menerusi gambar itu.Senyuman yang biasa dilihatnya itu kini diukirkan untuk orang lain selain daripada dirinya.Lagipun,dia tidak pernah melihat walau sekeping gambar Rin bersama Hairi pun di instagram milik gadis itu tetapi kini gambar Hairi mula berada di laman sosial miliknya.

"Aku......Cemburu ke??".

~~~~

"Hah Rin?Apahal datang rumah abang malam-malam ni?".Tanya Syed Eizlan Ekhuan Syah kepada Rin.

"Rin nak mintak tolong abang ni..Boleh tak?".Balas Rin lalu meneguk segelas jus oren.

"Kalau abang boleh tolong,abang akan tolong..Tapi cakaplah dulu tolong ape?".Ekh mengambil tempat di atas sofa.

"Boleh tak Rin nak tengok rakaman CCTV malam semalam?Sebab abang Ekh ada satu CCTV yang menghadap pintu pagar rumah Rin kan?".Rin mahu mencari jawapan.

"Haah memang ada..Kenapa Rin nak tengok?Rin ada rasa something yang tak kena ke malam semalam?Ada orang masuk rumah Rin ke?".Ekh mula rasa risau.

"Nanti Rin explain..Rin nak tengok kejap boleh?".Permintaan Rin dipersetujui oleh Ekh.

Ipad kepunyaan Ekh diberikan kepada Rin.Lantas Rin terus melihat rakaman CCTV semalam sekitar jam 3 pagi.Seperti apa yang dilihatnya semalam,sememangnya betul terdapat seorang lelaki berada di luar rumahnya semalam.

"Eh??Siapa tu Rin?Lelaki tu buat ape depan rumah Rin?".Ekh tidak dapat mengalihkan pandangannya ke arah lain selain daripada paparan skrin ipadnya.

"Semalam Rin nampak lelaki tu macam tengah berborak dengan Khai dengan telefon tapi sekarang ni..Bila Rin tengok rakaman ni..Macam Rin kenal lelaki ni".Walaupun gelap kerana malam,Rin dapat mengecam wajah lelaki dan kereta yang digunanya itu.

"Siapa?And Khai?Okay abang makin tak faham ni".Ekh menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Sebab itulah Rin nak tanya Khai..Sebab Khai sorang je ada jawapannya..Abang tolong capture footage ni..Print out..Rin nak sekarang boleh?".Minta Rin yang Ekh menuruti sahaja kemahuan adik kesayangannya.

Langkah dilajukan menuju masuk ke dalam kediamannya.Rakan-rakannya yang sedang berkumpul di hadapan televisyen menjadi destinasinya untuk menghentikan langkahnya.Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang lembut itu.Pandangannya tertumpu kepada Khai yang seolah-olah cuba untuk mengelak daripada pandangannya.

"Halamak aih hensem pulak aih captain america ni".Tutur Linda yang sedang menonton Avengers Endgame itu.

"Eeeeee tak..Thor lagi hensem".Wawa membantah pertuturan Linda.

"Ehhhh thorlong la dia gemuk".Linda sengaja mahu berdebat dengan Wawa.

"Haaa dah la tu korang berdua..Aku nak cakap something..Pause kejap".Rin mencelah perdebatan mereka berdua.

"Mahu ngomong apa Rin?".Tanya Afra yang mahu mendengar percakapan Rin.

"Aku ingatkan nak personal je tapi tak boleh sebab aku tahu..Orang tu mesti mengelak bila aku mintak personal..So alang-alang semua ada,senang ah aku nak tanya so orang tu tak lari".

"Siapa orang yang kau maksudkan tu Rin?".Soal Aleen yang berminat untuk mendengar itu.

"Khai".

"Hah aku?Kenapa Rin?".Khai mula tidak senang duduk.

"Ada benda ke kau nak cerita dekat aku?Aku peliklah,sejak akhir-akhir ni kau macam cuba mengelak daripada aku..Biasanya kau ni ada je story nak cerita kat aku..Tapi kali ni kau banyak jauhkan diri daripada aku..Kenapa eh?".Rin ingin membuang kemusykilan yang dirasainya.

"Mana ada aku jauhkan diri daripada kau..Perasaan kau je tu".Khai terasa dahinya mula berpeluh.

"Okay kalau kau tak nak explain pasal tu..Sila explain pasal ni".Rin menunjukkan beberapa helai kertas di hadapan kawan-kawannya.

"So,siapa lelaki dalam gambar ni Khai?Explain".Soal Rin lagi yang membuatkan Khai terkedu.

"Siapa ni Rin?Mana kau dapat ni?Pukul 3 pagi?".Afra membelek kertas-kertas itu.

"Aku tak kenal pun siapa lelaki tu..".

"Oh iya ke??Sebab aku nampak semalam korang berdua berborak kat phone..Mana mungkin lelaki tu tiba-tiba ada dekat depan rumah ni and kau pulak boleh ada dekat balkoni masa tu..Kalau kau tak kenal,mesti kau dah kejutkan sesiapa di antara kitaorang untuk perhatikan lelaki tu..Ataupun kau lari masuk dalam bilik..Ini tidak kau masih lagi OTP dan lepas lelaki tu blah baru kau masuk bilik..Khai aku nampak semuanya".Terang Rin yang tidak putus asa untuk mendengar penjelasan sebenar daripada Khai.

"Aku tak perasan langsung lelaki tu,masa tu kan aku berborak dengan mak ayah aku..Lagipun malam tu gelap manalah aku perasan ada orang dekat luar".Khai tetap cuba berdalih.

"Jangan macam ni Khai..Aku tanya ni pun sebab aku pelik..Mustahil kau tak kenal orang tu and kau tak nampak dia sebab.. Aku kenal sangat dengan orang tu..Kereta dia..Muka dia..Aku cam sangat..Aku kenal dah berapa tahun dah".

"Siapa Rin?Kau kenal lelaki tu?".Tanya Tira pula.

"Takkan aku tak kenal..PA member aku..Muadz..PA Izz..So Khai explain..Aku nak kau cerita je kat aku..Don't worry aku bukannya nak marah cuma aku pelik dengan perangai kau semenjak dua menjak ni".Rin cuba melembutkan hati Khai agar gadis itu boleh memberi jawapan yang mahu didengarinya.

"Okay..First of all..Aku minta maaf sangat..Aku buat kau risau dekat aku..Pasal Muadz tu..Sebenarnya....".

"Sebenarnya??".Kata rakan-rakan Rin.

"Apa aku nak cakap ni??".Telah Khai di dalam hati.

"Hurm?Sebenarnya?".Rin menanti.

"Sebenarnya kitaorang couple!".Jerit Khai.

"HAH!!!!!????!?!?!?!?!?!?!?!".Laung mereka serentak.

"Sejak bila wei..Kenapa aku tak tahu?".Terkesima Wawa mendengar kejujuran Khai itu.

"Dah lama dah..Berbulan jugak".Balas Khai.

"Bukan kau still couple dengan Amir ke?".Soal Linda yang tidak percaya akan apa didengarinya.

"Kitaorang dah lama clash..Korang tak tahu eh?."Ujar Khai dengan segaris senyuman.

"Kenapa kau tak bagitahu aku??Kenapa kau cuba sorokkan pasal semua ni?".Rin semakin tertanya-tanya.

"Sebab aku takut kau marah yang aku couple dengan PA Tengku..Yelah sekarang kau dengan Tengku macam tak okay sangat kan..Jadi, aku fikir lebih baik aku tak bagitahu kau..Maafkan aku Rin".Penjelasan yang diinginkan oleh Rin akhirnya terungkai juga.

"Takkan aku nak marah kau just sebab kau couple dengan PA mamat senget tu..Walaupun aku memang geram dengan mamat senget tu,aku tak adalah sampai tahap benci dengan orang yang dekat dengan dia".Rin berasa sangat lega.

"Sorry tau Rin..Aku minta maaf sangat".Khai pergi mendapatkan Rin lalu memeluk erat gadis itu.

"Owww so cute..Kita semua kan best friends..Kita semua kena sentiasa menjaga ukhwah dan persahabatan kita...Okay guys!!"Jerit Aleen yang tersentuh melihat persahabatan kawannya.

"OKAY!!!".

"Okay dah..RIN!!!Play balik!!Scene tengah best tadi kau potonglah".Pinta Aleen yang sudah mencapai semula kerepek pisang.

"Baiklah..Maafkan saya".Rin menekan butang play lalu menyertai mereka menonton filem yang popular itu.

Khai merenung Rin dari jauh,memandang kawannya yang semakin hari semakin banyak senyuman yang diukirnya.Berbeza dengan sebelum-sebelum ini,itu membuatkan dia berasa sangat gembira walaupun hakikatnya.....

"Maafkan aku sekali lagi Rin,aku terpaksa tipu kau..Aku cuma nak yang terbaik sahaja untuk kau".Desis Khai sendiri.

>>>>>>

"RIN BANGUNNNNNNNNNNNNNNN".

Rin terduduk di atas katil tatkala mendengar ada jeritan di telinga kanannya.Kesemua rakan serumah Rin mengelilingi katilnya dengan masih berpakaian baju tidur.Rin mengetap bibirnya kerana berasa geram.

"Woi korang ni,aku tengah syok mimpi spiderman kau tahu tak..Aku tengah mimpi aku panjat bangunan dengan Tom Holland..Korang ni potonglah".Disebabkan terlalu seronok menonton Avengers malam semalam,Tom Holland menjadi pelakon yang digemari Rin untuk filem itu.Walaupun sedih juga dia melihat Tom Holland menangis.

"Arghhh..Tom Holland ke, bawang holland ke apa ke..Dah bangun-bangun..Pergi mandi,solat lepastu bersiap".Suruh Khai yang teruja itu.

"Hah bersiap??Pergi mana?".Tanya Rin yang mamai itu.

"SHORT VACAY!!".Jerit teman serumah Rin.

"Oh vacay..Habis restaurant macam mana?Siapa yang luluskan cuti korang ni?".

"KHAI!!BOSS!!".Balas mereka serentak.

"Wei aku pulak..Korang ni kata you jump i jump".Khai berasa risau pula kot-kot Rin tidak mengizinkan mereka untuk bercuti.

"Kau HR kan?Lagi satu..Kalau nak jump, kau kena jump la dulu..Baru kitaorang ikut jump".Sakat Tira yang sudah excited walaupun belum dapat pengesahan lagi.

"Ahhh Rin..Cik Boss..Jomlah vacation, lagipun ALHAMDULILLAH bulan ni masyuk..Keuntungan kita luar daripada range yang kita tetapkan..So why not kalau reward ourselves after what we did right?It's not only good for us but good for you too..Come on Rin..Let's go".Ajak Khai yang cuba memujuk Rin.

"Yelah yelah..Memandangkan sale pun tip top..Ayuh ayuh ayuh!!!!!".

"Yeay!!!!!".Mereka bersorak kuat apabila mendengar kata-kata Rin.

>>>>>>>>

Usai sahaja daripada mandi,mengerjakan solat dan bersarapan,gadis-gadis itu memasukkan beg-beg mereka ke dalam kereta.Kawan-kawan yang bukan serumah dengan mereka juga sedang menunggu mereka di luar pagar.Keseronokkan itu disaksikan oleh Syed Eizlan Ekhuan Syah yang merupakan jiran sebelah mereka yang sungguh prihatin.Hairan juga lelaki itu melihat gadis-gadis itu melompat dan tertawa riang di pagi hari.Ekh menuruni anak tangga satu persatu lalu mengorak langkah menuju ke luar rumah.

"Uittt adik-adik sekalian,pi mano pagi-pagi ni?Excited nampak".Tegur Ekh di sebalik fence.

"Morning abang Ekh..Hari ni kitaorang nak pergi short vacay..Saje lepaskan stress after dah berapa bulan start kerja".Jawab Khai yang sedang memegang telefon pintarnya.

"Ohh vacation dekat mana ni?".

"Vacation dekat..Haah ek..Kita nak gi mana ni?Tak ada sorang pon bagitahu aku destinasi kita..Tahu-tahu aku bangun korang kata nak pergi short vacay".Tutur Rin yang baru sedar itu.

"Adalah mana boleh bagitahu..Nanti kau tahu jugak la..Ok abang Ekh kitaorang gerak dulu ye..Tolong tengokkan istana kitaorang ni sekali".Pesan Wawa kepada Ekh yang juga ingin mengikuti mereka.

"Hahaha bye take care..Jangan risau,nanti abang tengok-tengokkan la istana korang yang cantik ni..Haaaa jangan lupa..Bawak balik something untuk abang tau".Tutur Ekh lalu melambaikan tangannya.

"Okay!".

"Kepada driver-driver sekalian,jangan lupa baca doa dulu sebelum gerak..Total kita ada 6 kereta jadi semoga keenam-enam buah kereta ni selamat sampai ke destinasi dan selamat tiba di rumah juga".Doa Hafriz yang ingin segalanya dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T

"Amin..".

Kelihatan satu demi satu kereta keluar dari rumah jiran sebelahnya.Ekh melambaikan tangannya tidak henti-henti kepada enam-enam buah kereta itu dengan segaris senyuman.Walaupun di dalam hati,dia amat cemburu dengan mereka kerana dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan pada waktu muda.Untuk dirinya pula,dia hanya banyak habiskan masanya di dalam pejabat dan juga menghadap laptopnya.Sungguh jarang sekali untuknya keluar makan angin semenjak dia digelar sebagai seorang businessmen.Dia memusingkan tubuhnya untuk masuk ke rumahnya setelah melihat kesemua kereta itu pergi,tetapi geraknya dihentikan tatkala melihat ada satu lagi kereta melalui pintu pagar rumahnya.

"Total kita ada 6 kereta".

Terbeliak mata Ekh ketika teringat kata-kata Hafriz tadi.Matanya kini mengekori sebuah lagi kereta yang tidak jauh daripada kereta teman-teman Rin.Dia bergegas lari masuk ke dalam rumah lalu mengambil Ipadnya yang berada di atas meja.Rakaman CCTV sekitar jam 8 pagi ditontonnya dan seperti yang dia nampak tadi,memang betul ada sebuah kereta yang berada di luar pagar sejak daripada jam 7 pagi.Setahu dia,itu bukan kereta milik Hairi.Jika ia milik Hairi, pasti lelaki itu sudah keluar daripada perut keretanya lalu menegur bakal abang iparnya.Akan tetapi perkara itu tidak terjadi,dan apa yang dilihatnya selepas itu ialah seorang lelaki berkulit putih keluar daripada kereta tersebut.Lelaki itu hanya bermundar-mandir di sekitar rumah Rin sambil memegang sesuatu di tangannya.Beberapa saat selepas itu,rakaman CCTV itu menjadi gelap untuk 40 minit dan ia menjadi terang semula di saat Ekh melambaikan tangannya di luar rumahnya.

Ekh bingkas mengambil telefon pintarnya lalu mendail nombor sahabat Rin iaitu Aleen.Dia tidak senang duduk semasa menunggu Aleen menjawab panggilannya.

"Hello, ye abang Ekh kenapa?".Aleen berasa hairan dengan panggilan yang diterimanya itu.

"Aleen..Abang mintak sangat..Tolong hati-hati..Abang rasa ada orang ikut korang ni..Abang tengok CCTV..Ada orang putih dekat depan rumah korang pagi tadi..Sama macam apa yang Aleen cakap kat abang hari tu..Cuba tengok area korang ada tak kereta warna hitam..Kereta audi".Beritahu Ekh.

"Hah?".

Aleen memusingkan kepalanya kebelakang, kelihatan tiada kereta seperti yang dimaksudkan oleh Ekh.Kebetulan dia seorang sahaja yang duduk di belakang sekali.Kawan-kawannya yang lain selain daripada dia dan Khai sahaja yang belum melelapkan mata.

"Abang so far, tak ada..Mungkin dia tak ikut kitaorang kot..Abang jangan risau sangat ye..In Shaa ALLAH tak ada apa-apa".Ujar Aleen yang cuba berfikiran positif.

"Okay okay..Kalau macam tu kalau ada ape jadi tolong bagitahu abang..Tolong jagakan Rin untuk abang walau apa pun yang terjadi..Jangan sesekali bagitahu dia pasal apa yang kita berdua tahu..Lepas tu....".

"Ding dong!Ding dong!".

"Ahh kejap ye Aleen..Ada orang datang".

"Alright".Balas Aleen ringkas.

Pintu utama rumahnya dibuka dan pandangannya tidak tertumpu kepada sesiapa pun.Tiada orang yang berada di sekitar rumahnya tetapi dia melihat ada sepucuk surat pada wiper keretanya.Dia mengambil surat itu sambil berfikir dari mana datangnya surat itu kerana dia tidak lihat sebarang surat pun pada wiper kereta itu ketika dia keluar tadi.Dia mengeluarkan sehelai kertas dari dalam sampul surat itu lalu membacanya.

"Yakin ke adik kau bercuti dengan selamat?".

Tergamam Ekh membaca isi surat itu.Rasa risau akan adiknya mula menyelubungi dirinya.

"Woi siapa kau hah!!?Apa yang kau nak sebenarnya?Kenapa kau kacau adik aku!!!!Keluarlah kau!!Aku nak tengok siapa kau!!".Jerit Ekh sekuat hati.

"BANG!!".

Bunyi tembakan mengkakukan Ekh yang berseorangan itu.Tanpa disedari,darah menitis ke atas lantai dan semakin lama bahu Ekh terasa sakit dan kebas.Dia mengadu kesakitan lalu terduduk.

"DUSH!!"

Muka Ekh tersembam ke atas lantai.Rasa kesakitan yang dirasainya bertambah dua kali ganda selepas wajahnya ditendang oleh seseorang.

"Apa yang aku nak?Kalau dulu aku nak adik kau tapi apakan daya, adik kau diam-diam tikam aku dari belakang..So, sekarang ni apa yang aku nak adalah...NYAWA adik kau!!Tetapi tak pe kot kalau aku amik nyawa abang dia dulu..Boleh kan??".

"Arghhhhh".Ekh mengerang kesakitan kerana muka dipijak dengan sangat kuat.

"Aku merayu dekat kau..Jangan apa-apakan adik aku..Aku tak tahu apa yang adik aku buat pada kau,tapi tolonglah kesiankan dia..Aku lebih rela kau amik nyawa aku..Asalkan kau tak kacau adik aku lagi".Pohon Ekh yang inginkan adiknya hidup dengan tenang.Hidup seperti anak muda yang lain,yang normal.

"Baiklah..Kalau macam tu kau nak".

"BANG!!".

"ALLAHUAKBAR!!".Sedas tembakan itu dirasai pada tubuh Ekh menjadikan dia semakin lemah.

"Ermm..Tapikan..Aku still nak nyawa adik kau,tak syoklah amik nyawa abang dia..Tak puas..Haaa lagi satu..Kalau kau bagitahu polis pasal ni..Bukan setakat nyawa adik kau je aku nak,nyawa family kau dengan kawan-kawan adik kau sekali aku rampas. HAHAHAHA bye-bye..Have a good sleep bro!!".

Ekh semakin tidak larat dan tidak mampu untuk bergerak.Matanya juga tidak mampu untuk dibuka lagi.Lelaki yang berkaca mata hitam itu keluar dari perkarangan rumahnya.Sebuah kereta berjenama Lexus dimasuki oleh sang teruna itu lalu pergi begitu sahaja.

"Ya ALLAH..........Selamatkanlah Rin............".

Ekh sudah tidak berdaya lagi lalu matanya tertutup perlahan.

Pada waktu yang sama...

"BANG!!!".

"Opocot bunyi ape tu?".Wawa terjaga dari tidurnya apabila mendengar bunyi tembakan itu.

"Uish kuatnya!!Ape tu wei?".Sambung Linda.

"Aleen kau kenapa?Asal kau ternganga tu?".Tegur Khai yang melihat kawannya melalu cermin belakang.

"Aleen kau main PUBG ke?".Soal Rin pula yang sedang menggosok matanya.

"Ahhhh..Haah aku main PUBG..Sorry ah terlupa nak pakai earphone".Balas Aleen yang menggigil ketakutan itu.

"Ohhh asal kau ternganga tadi..Macam kau kena tembak lak?".Tanya Khai semula.

"Haah aku kena tembak..Dah nak dapat chicken dah tadi..Haishh".Aleen memasukkan MSG lagi ke dalam penipuannya.

"Uishh tapi an bunyi tembakan tu macam real..Kuat..Takut pulak aku".Kata Rin yang mahu menyambung semula tidurnya.

"Hahaha sorry ah guys kacau korang tidur..And sorry gak Khai kacau kau drive".Aleen berasa gementar dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Eh tak pe la..Kitaorang okay je..Dah tidur-tidur..Dah sampai nanti aku kejutkan".Jawab Khai yang sedang memegang stereng kereta itu.

"Ya ALLAH..Abang Ekh dah mati ke??Tengku Fayyad tu..Apa motif dia sebenarnya".Telah Aleen di dalam hati.

Panggilan yang menghubungkan dia dan Ekh tidak diputuskan oleh lelaki itu,jadi segala perbualan dan bunyi tembakan itu didengari Aleen yang buntu itu.Jikalau boleh,mahu sahaja dia minta Khai untuk berpatah balik,tetapi dia tidak boleh melakukannya kerana dia amat pasti yang...Rin pula akan jadi mangsa seterusnya.

"Tolong jagakan Rin untuk abang walau apa pun yang terjadi..Jangan sesekali bagitahu dia pasal apa yang kita berdua tahu..".

Pesanan akhir daripada Ekh itu berlegar di dalam fikirannya.

"Ya ALLAH..Apa yang patut aku buat?".

=======

Siapa lagi better ye untuk Rin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience