Bab 41

Romance Series 30286

~~~~~~~~~

"Geng Sabtu Ahad ni kita keluar lepak sama-sama nak??".Ajak Afifah yang mahu meluangkan masa bersama rakan sekelasnya.

"Lepak??Aku okay je".Jawab Nadheera yang berminat dengan cadangan Afifah.

"Nak lepak manoi??".Soal Qiesyah.

"Aah eh.Nak lepak mana??Korang ada cadangan tak??".Tanya Afifah kepada kawan-kawannya yang sedang duduk itu.

"Hah apo kato kita pi yang tempat tu dia macam style perkampungan orang asli tau.Aku tengok kat tv..Tempat dia lawa babe".Cadang Afra yang teringat akan tempat yang dia mahu pergi.

"Apa nama tempat tu??".Tanya Wawa yang jarinya sudah mula mahu mencari maklumat tentang tempat yang dikatakan oleh Afra menerusi google.

"Aku tak ingat la nama tempat tu,yang aku ingat tempat tu kat Banting". Jawab Afra yang cuba mengigati nama tempat itu.

"Ohhh Tadom Hill ke??".Ujarku kepada Afra.

"Haaaaa..Betul la tu nama tempat dia".Kata Afra yang mula teringat akan nama tempat yang dikatakannya.

"Kau dah pernah pergi ke Rin??".Soal Ina.

"Aah dah pernah pergi".Jawabku sambil menganggukkan kepalaku.

"Best ke tempat tu??".Tanya Tira yang curious.

"Tak la best mana.Dah la tempat tu berhantu,lepas tu malam-malam ada serigala merayau..Eishhh tak nak la aku pergi".Tutur Rin dengan matanya memandang meja.

"Uish serius ahhh..Okay next cadangan".Bicara Afra yang kecut perut dia mendengar kata-kata Rin.

"Korang percayalah apa yang si Rin ni kata".Cakap Khai yang sudah dapat mengagak yang Rin menipu.

"Tengok muka pun aku dah tahu yang Rin ni menipu".Sambung Aleen yang rasa nak tumbuk je kawan dia yang tersengih-sengih tu.

"Rin..Kau ni kan.Bantai sat gi".Marah Luthfia yang geram dengan kenakalan kawan yang berada di hadapannya.

"Okay okay.Aku gurau je.Yang sebenarnya aku tak pernah pergi pun tapi ape yang aku tahu,sedara aku kata tempat tu memang top top top meletop".Jelas Rin yang tergelak apabila memandang kawan-kawannya yang memandang tajam ke arahnya.

"Aah la.Feedback daripada orang yang pernah pergi ni pun aku tengok positif je".Celah Wawa yang mempunyai data yang laju sepantas kilat.

"Kesimpulannya,kita nak pergi situ ke??".Tanya Linda yang ingin kata putus dan sepakat daripada semua orang.

Mereka bersetuju dan memberikan green light untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat lepak mereka untuk hujung minggu ini.

"Kita nak pergi bile??".Soal Syifa yang teruja itu.

"Hari Jumaat petang kita dah ada kat sana".Jawab Afra.

"Okay".Serentak kami semua bersuara.

"Hah ye la.Korang-korang je pergi.Mana dah nak ajak kitaorang".Sampuk Kiran yang memasang telinga mendengar perbualan rakan sekelasnya.

"Laa ingatkan korang tak nak join.Haa apo lagi jom la kita satu kelas pergi".Ajak aku yang aku tahu.Jarang kami sekelas ni spend time masa bersama-sama.

"Amacam boboy.Jom la.Korang on kan??".Soal Kiran kepada kawan lelaki yang lain.

"Okay cun no hal.Wa ikut je".Ujar Nadzri yang menerima dengan ajakan Kiran.

"Alright aku ikut".Sambung Mazlin

"Okay go!!go!!go!!".Jeritku yang berasa sangat gembira kerana dapat juga kami berhooraa hoorey bersama-sama.

==========

"Aku lupa nak tanya.Kau sampai pukul berapa tadi??".Tanya Khai kepada kawannya yang telah merebahkan tubuhnya di atas sofa.

"Kalau tak silap aku 6 lebih jugak la.Kau tidur dengan Aleen eh semalam??".Ujarku yang membuka ikatan getah rambutku.

"Aaah.Diaorang ajak aku tidur sekali dengan diaorang semalam".Jawab Khai yang tido di kondo Aleen dan Qiesyah yang terletak di tingkat atas.Tak la jauh mana kan?

"Ohh..Sorry la eh.Kesian kau kena tinggal dengan aku".Rin terasa kasihan pula akan Khai itu.

"Hahaha sokay la babe.No problem la.Janji kau okay".Balas Khai yang sungguh lega kerna melihat senyuman masih mekar pada wajah kawan baiknya.

"Tak sabar la pulak kan nak pergi Tadom Hill tu??".Soalku yang excited gile weii.

"Aah kan.Jarang kita lepak dengan classmates kita.Semoga segalanya,ALLAH permudahkan".Doa Khai terhadap Ilahi.

"Amin.In Shaa ALLAH".Rin mengaminkan doa Khai

"Rin jom makan kat luar nak tak??".Ajak Khai yang terasa malas mahu masak.

"Jom tapi kat mana??".Tanyaku.

"Ko fikir kat mana??Aku sekarang teringin nak makan makanan claypot".Tutur Khai yang telah terbayang gambaran makanan-makanan yang membuat dia tertelan air liur.

"Aku pulak teringin nak makan makanan ala-ala kampung".Tambahku.

"Dah buntu sangat.Kita makan dekat food court Jusco je la".Cadang Khai.

"Aah eh.Okay gak tu Khai.Macam-macam kita boleh makan.Boleh save duit.Lepas tu kalau kita nak round-round pon boek jugak".Ujar Rin yang bab makan kat mana-mana pon boleh asalkan halal dan tempat tu bersih.

Ye lah.Ada sesetengah(segelintir tau) hamba ALLAH ni bila da berduit..Hotel dan restoran mewah saje la tempat yang mereka nak makan.Setakat makan kat tepi jalan dengan food court tu,mana ada class.Selagi ALLAH berikan rezeki kepada kita,beringatlah dan bermusahabah la diri dalam segala perkara yang kita lakukan.Berduit atau tidak berduit itu bukan menjadikan seseorang itu berkedudukan di atas atau di bawah kerana ALLAH tak pandang semua tu.ALLAH hanya memandang amalan yang telah engkau lakukan di bumi yang telah Dia cipta ini.Duit sentiasa ada di dalam dompet kita walaupun setakat sepuluh sen,jadi janganlah teragak-agak mengeluarkan duit daripada dompet itu untuk dimasukkan ke dalam tabung derma atau dihulurkan kepada orang yang lebih memerlukan.

"Kita pergi lepas solat maghrib eh?Tenang la hati kita masa makan nanti".Cadang Rin yang mahu masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan badannya.

"Okay roger".Jawab Khai dengan bersemangat.

Selepas aku dan Khai menunaikan solat maghrib kami terus ke Jusco dengan menaiki keretaku yang terletak di ground floor.Pada malam itu,aku tidak tahu kenapa traffic jem semacam tetapi terpaksalah tabah kami berdua di dalam kereta.

Sesampainya kami di Jusco,kami berdua tertembung dengan pembantu peribadi Izz iaitu Muadz.Muadz menyapa kami dengan salam serta senyuman di bibirnya.Di tangannya terdapat dua beg plastik yang berisi makanan.Ini mesti kes Izz yang sengaja nak kenakan PA dia yang sorang ni.Nasib badan..

"Assalamualaikum..Hi korang..Berdua je ke??".Soal Muadz yang memakai jersery pasukan bola sepak negeri Selangor.

"Waalaikumussalam..Aah berdua je ni..Kitaorang nak pergi makan kat food court sane tu..Nak join??".Tanya Rin seraya menunjuk food court.

"Ohh tak ape la thanks..Saya da beli makanan..Saya kena balik cepat kalau tidak..Mengamuklah Encik Tengku dekat rumah tu..Awak bukan tak tahu perangai Tengku saya tu".Jawab Muadz yang berperwatakan sedikit lembut itu.Sikit je tak banyak pon.Cara percakapan dia sahaja yang lembut.Pergerakan tidak,lentik pon tidak tetapi dia boleh dikatakan agak sado juga orangnya.

"Hahaha mestilah saya tahu.Tak ape lah.Awak baliklah dulu bagi makanan kat Tengku awak tu.Nanti kalau lambat awak jugak kena nanti".Kataku sambil tertawa.

"Okay saya gerak dulu ye Rin,Khar.....Bye-bye".Ujar Muadz lalu pergi dari situ dengan berjalan laju.

"Bye...Ok jom Khai kita makan".Tuturku.

"Ayuhhhhhh..Dah lapoo banget sih".Balas Khai dengan berbahasa Indonesia di hujung ayatnya.

"Haah la aku lupa pulak nak tanya Rin kenapa Tengku banyak termenung ari ni".Telah Muadz di dalam hati lalu memusingkan badannya untuk mendekati Rin....

"Eh??".Bicara Muadz pendek dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

Muadz mengeluarkan phonenya daripada poketnya dan terus mendail nombor bossnya.Beberapa saat kemudian,bossnya menjawab panggilan dengan salam.

"Waalaikumussalam..Tengku saya balik lambat sikit eh??Ada benda saya kene buat".Cakap Muadz dengan kakinya bergerak mengekori sesuatu yang membuatkan dia berasa hairan.

"Lambat sikit??Kenapa??Kau nak buat ape ni??Tapi tak pe lah.Kau settlekan apa yang kau nak buat tapi jangan lambat sangat tau,aku da lapar ni".Jawab Izz sambil memutuskan talian.Dia ingatkan yang Muadz ingin membuang air di Jusco itu,sebab itu lah dia izinkan sahaja.

"Ooo..Aik terus off??Tak po lah.Aku kena cepat ni".Bisik Muadz di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience