Bab 29

Romance Series 30286

Pintu almari yang berada di hadapannya dipandang.Berharap bahawa pakaiannya itu tersimpan di dalamnya.Dengan bacaan BISMILLAH dia membuka pintu almari yang keempat.Nafas dihembus perlahan tatkala melihat t-shirt Izz sahaja memenuhi ruang almari di bahagian itu.Di tutupnya pintu almari itu semula...

"Hah!!Kau buat ape tu?Nak curi baju aku ke?".Tegur Izz yang sedang bersandar pada almarinya sambil memandang Rin.

"Arghhhhhh!!!!!".Rin terjerit kuat pabila kaget melihat Izz yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.

"Kau ni perlahan la sikit.Nanti mummy pikir bukan-bukan nanti".Bisik Izz di telingaku seraya menutup mulutku dengan tangannya.

"Arghhhhhh".Okay giliran Izz pula yang menjerit sebab....Aku gigit tangannya.Ahaha.

"Aduh sakit la Rin".Izz mengadu kesakitan.

"Kamu berdua buat apa ni?".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene di muka pintu.

"Eh mummy.Kami tak buat ape-ape.Izz ni ha dia tutup mulut Rin".Bilang Rin yang cuba menjelaskan perkara yang betul kepada mummy Izz.Takut dan risau dia jika mummy Izz salah faham dengan mereka berdua.

"Mana ada mummy.Rin ni ha.Curi-curi masuk bilik Izz".Izz menidakkan kata-kata Rin.

"Hurm ye lah tu Izz?Kamu berdua ni... Mummy ingatkan apa lah tadi sebab mummy dengar kamu berdua menjerit.Dah-dah Izz bagi balik pakaian Rin.Kesian dia belum ganti baju lagi.Nanti kalau Rin demam,siap kamu eh".Ugut Puan Sri Cheryl Humaira Helene pada anaknya lalu pergi dari situ.

"Hah dah dengar kan apa mummy kata?So give my clothes back!!".Pintaku seraya menutup kedua belah mataku.

Kenapa aku tutup mata?Kerna aku baru perasan yang Izz tidak memakai baju dan dia hanya menutup bahagian kakinya dengan tuala.Badannya yang aku terpandang tadi,ditayangkan lagi oleh si Izz ni.Habis rosak mata aku hari ini.

"Ye la.Kejap aku pergi amik".Izz menuruti permintaan Rin dan membuka pintu almarinya yang pertama.

Dia mengambil sebuah kotak berwarna putih di dalam almari tersebut.

"Eh kau amik apa tu?".Rin membuka matanya semula dan terlihat Izz mengambil sebuah kotak.

"Wei.Aku nak baju aku.Bukannya nak hadiah".Amarahku yang tidak tahu apa isi kotak itu yang sebenarnya.

Izz membuka kotak itu dan menunjukkan isi kotak itu kepada Rin.Terbeliak mata Rin dibuatnya.Tanpa berkata apa-apa,Rin merampas kotak itu daripada tangan Izz.Tersenyum herot Izz memandang Rin yang pipi gadis itu mula berona merah.

"Kenapa kau tak cakap yang baju aku kau simpan dalam kotak.Kalau tak,mesti aku dah jumpa tadi".Marah Rin seraya melangkah keluar dari bilik Izz.

"Hahaha.Dah blushing da dia.Kenapa la aku ni suka sangat sakat dia.".Tutur Izz bernada perlahan.

»»»»»»»»»»»»»»

Pagi Rin dimulakan dengan sinaran cahaya matahari yang menembusi sliding di balkoninya.Perlahan-lahan kedua-dua belah matanya dibuka.Dia melihat jam yang tergantung di dinding yang menandakan sudah pukul 10:00 pagi.

"You belong with me".

Rin mencapai telefon pintarnya di atas meja yang terletak di sebelah katilnya.

"Siapa pulak yang call aku pagi-pagi ni.Tak lain tak bukan.Ini mesti Izz".Fikirku yang menjangkakan Izz lah orang yang menelefonku.

"Hurm..Hello Assalamualaikum".Rin memberi salam terlebih dahulu dengan suara yang serak-serak basah.

"Waalaikumusalam..Haih..Anak dara baru bangun ke?".Soal si penghujung talian itu.

"Aah baru bangun.Kau nak ape call aku pagi-pagi ni.Hari ini kan cuti.Bagilah peluang pada aku untuk berehat".Kata Rin yang terasa mahu menyambung tidurnya semula.

"Aih??Sejak bila berkau aku dengan mama ni?!".Tanya Datin Syarifah Mariah Mikayla.

"Ah mama?".Rin terkejut tatkala mendengar pemanggil itu menggelarkan dirinya mama.Dia melihat paparan skrin telefonnya.Tertera my love di skrinnya.

"Mama sorry sangat-sangat.Rin tak perasan mama yang call.Rin ingatkan kawan Rin tadi".Rin meminta maaf kepada Datin Syarifah Mariah Mikayla.

"Kamu ni..Ada-ada saje kamu ni.Ha mama nak kamu balik hari ni.Boleh tak??".Soal Datin Syarifah Mariah Mikayla.

"Balik??Ahhh??Boleh ma boleh.Kejap lagi Rin balik eh".Jawabku yang teragak-agak itu.

Bukannya aku tak nak balik ke rumah,tetapi aku risau yang pabila aku dah baring di atas katil empuk aku di rumah parents aku itu,pasti aku susah nak berganjak dan aku akan jadi malas untuk pulang ke kondo.Mesti korang pernah experience benda macam tu kan?Kan??Bohong tak pernah.

"Mama nak Rin balik hari ni jugak tau".Arah Datin Syarifah Mariah Mikayla bernada lembut.

"Okay mama.Rin balik".Kataku lalu memutuskan talian setelah mama memberi salam.

Tanpa berfikir dua ke tiga kali,aku terus mencapai beg tanganku dan menukar pakaianku sebelum bergerak ke rumah papa dan mama.Tudung bawal yang sempat aku gosok,menutupi bahagian kepalaku.Aku pergi ke ruang tamu untuk memberitahu Khai yang aku mahu pulang ke rumah seketika.Tetapi wajah Khai tidak aku lihat di ruang tamu,di biliknya juga tiada.Pasti dia dah keluar atau pun dia pergi dating dengan Amir.

Chopp...Sebelum itu,pagi tadi aku dah mandi sebelum aku solat subuh.So,korang jangan pikir yang aku tak mandi eh sebelum pergi ke mana-mana.Ahaha.

Kunci keretaku yang aku letak di dalam peti kecil aku capai.Sebenarnya aku memang ada kereta tapi aku malas nak drive ke kolej sebab dekat je tak lah jauh mana pun.Membazir minyak je kalau setiap hari ulang-alik ke tempat yang jaraknya dalam 500 meter.Kalau aku nak pergi mana-mana pun,mesti Izz yang akan bawak aku pergi sana.Dia kata aku ni perempuan,tak baik keluar sorang-sorang.Nanti kalau apa-apa terjadi,dia yang susah.Padahal aku tak ade pon suruh dia susahkan diri sendiri untuk aku.Dia yang offer diri.Kita sebagai seorang perempuan of course la akan tadahkan je tangan kita.Betul tak girls??

Kereta Audi A3 milikku yang terletak di tempat parking aku masuki.Beg tangan aku letak di tempat duduk sebelah pemandu.Enjin di hidupkan selepas aku membaca BISMILLAH.

"So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames"

Lagu blank space daripada taylor swift berbunyi di dalam kereta.By the way,sempat juga aku menukar ringtone telefon aku tadi.Dah dua tahun dah aku gune lagu "You belong with me".Why not aku tukar ringtone.

Aku pun mengambil telefonku dan menjawab panggilan daripada Izz setelah melihat namanya di paparan skrin telefonku.

"Hello Assalamualaikum Rin.Woi kau free tak hari ni?".Tanya mamat senget itu.

"Waalaikumusalam.Ye?Aku tak free la.Aku kena balik Selangor ni.Kenapa tanya?".Soalku pula sambil menghidupkan enjin kereta dan memakai earphone di telingaku supaya lebih mudah untuk aku berbual dengan Izz menerusi telefon.

"Ohh ye ke.Nak aku tolong hantarkan kau tak?".Tanya Izz yang risau akan Rin.

"No,it's okay.Aku pun dah gerak ni".Ujarku yang sudah keluar dari persekitaran tempat tinggal aku itu.

"Serius?Kalau tak kau datang rumah aku and parking kereta kau dekat sini.Lepas tu aku drive ke rumah kau".Tambah Izz lagi.Nampak tak betapa sayangnya dia pada Rin?

"Tak ape lah.Aku okay je ni.Kau duduk je la dekat rumah tu.Buat assignment ke,tolong mummy ke apa ke.Jangan risaukan aku okay".Tuturku yang cuba tidak merisaukan Izz.

"Okay but promise kalau ada ape-ape terjadi pada kau,bagitahu aku tau.As soon as possible".Balas Izz seraya melihat mummynya yang sedang memasak itu.

"Promise!!Okay la aku nak drive ni.Nanti aku contact dengan kau balik eh".Bicaraku seraya tersenyum herot.

"Ye la.Drive baik-baik and take care.....".Jawab Izz.

"Baik and take care jugak tau.Jumpe dekat U nanti.Bye-bye Assalamualaikum".Ucap Rin sambil memutuskan talian.

"Kenapa eh??Kenapa jantung aku ni?".Bicara Izz yang sedang menongkat dagunya menggunakan tangan kanannya.

"You love her".Puan Sri Cheryl Humaira Helene bersuara tatkala mendengar anaknya berkata bersendirian.Suara anaknya yang tidak direndahkan sedikit itu mampu didengari olehnya.

"Mummy dengar?".Tanya Izz yang malu dengan dirinya sendiri.

"Of course mummy dengar.Izz bukannya jauh sangat dari mummy".Jawab Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang sedang mengacau masakannya.

"Apa yang patut Izz buat mummy?".Soal Izz yang buntu akan perasaannya.

"Berterus terang sahaja dengan dia sayang.Kali ni bercakap bukan dengan guna otak tetapi guna kejujuran hati Izz.Kalau dia dah jadi milik orang,susah Izz nanti".Kata Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Baiklah mummy".Balas Izz yang tersenyum pabila memikirkan Rin.

~~~~~~~~~~

"Mama papa where are you?".Aku mencari-mencari bayangan kedua-dua ibubapaku setelah menjejakkan kakiku ke dalam rumah yang bercat warna lemon chiffon itu.

"Haa dah sampai pun!!".Sergah seseorang dari belakang aku.

"Opocotttt!!!!".Terlatah aku yang terkejut itu.Aku memusingkan badanku untuk melihat gerangan siapakah yang memeranjatkan aku.

"Welcome home baby!!".Ujarnya yang tersenyum itu.

"Abang Ekh!!!!!".Aku menjerit dengan penuh kegembiraan ketika melihat abang sulungku.

Abang Ekh mendepakan tangannya,lalu aku terus memeluk abang Ekh yang aku rindui itu.Abang Ekh membalas pelukan aku.

"Okay kejap.Rin baru teringat something.Abang bukan kata nak share dengan Rin pasal "someone" tu ke??".Bicaraku sambil melepaskan pelukan.

Kami berdua duduk di atas sofa.

"Ahhh...Nak tahu sekarang eh?Okay macam ni cerita dia".Abang Ekh memulakan kisah tentang gadis yang mula disukai dia.

30 minit kemudian.....

"Haaa gitu ceritanya.Amacam??Panjang tak cerita dia?".Kata Abang Ekh.

"Panjang bang.Sampai Rin hampir tertidur tadi".Ucapku seraya menguap.

"Ahahaha.Nak dengar sangat kan?Apa pendapat Rin".Tanya Abang Ekh sambil terbayangkan wajah PA dia.

"Pendapat Rin?Ahhhhh.Semoga abang cepat-cepat naik pelamin".Balas Rin yang sudah berlari ke biliknya di tingkat atas.

"Ahaha.Rin oii.Kuang ajak hangg.Punyalah panjang abang bercerita panjang lebar.Itu je Rin cakap.Hampeh!!".Rungut abang Ekh seraya menggelengkan kepalanya.

Pintu bilikku di buka,katil yang berada di hadapanku menyambut kepulanganku yang terasa mengantuk dengan hanya melihat tilam yang empuk itu.Baru sahaja aku mahu berehat...

"Meow".

Telingaku mendengar suara kucing.

"Aik?Abang Ekh da start bela kucing ke?Setahu aku,rumah ni tak bela kucing.Mungkin Abang Ekh main talking tom kot ".Tuturku sendiri.

Badanku aku baringkan di atas katil yang menggunakan material cotton itu.Jarak di antara kondo dan rumah ini tidak lah jauh mana,tetapi aku terasa badanku terlalu letih dan lenguh.Maybe sebab minggu ni macam-macam benda jadi.Nak-nak semalam pulak aku main hujan dengan Izz.Nasib baik kitaorang tak demam kalau tidak....memang terpaksa dengarlah mama berleter.Kejadian semalam berlegar di fikiran Rin pabila teringatkan wajah Izz.Rin tersenyum sewaktu teringat akan ketika dia bermain hujan dengan Izz dan tiba-tiba pipi dia mula blushing pabila terkenangkan semasa dia ternampak Izz yang tidak memakai baju itu.

"ALLAHUAKBAR.Dah kenapa aku fikir macam ni?".Soal Rin.

"Meowwwwww".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience