Bab 24

Romance Series 30286

"Linda ooiii sakitlahhhh!!!!!!!!".Jerit Izhan pabila bahunya dicubit kasar oleh Linda.

Geram sungguh Linda dengan Izhan kerana lelaki itu sering mengenakan dia.Hari ini,Izhan meletakkan sedikit garam pada salah satu kuih seri muka yang telah dibeli Khai di warung Mak Kiah.Izhan sempat mengambil sedikit garam di stor dan menabur garam itu di dalam plastik yang berisi hanya tinggal satu kuih seri muka.

Izhan ini juga boleh digelar sebagai seorang prankster yang bukan sahaja Linda menjadi mangsanya malah kawan sekelasku yang lain turut mengisi senarai mangsa yang ingin dikenakan dia.Dah memang sah aku dan Khai pun berada di dalam senarai mereka.

Kebiasaannya,mestilah ada pembantu dalam melakukan kerja yang nakal itu dan orangnya ialah Yussry tapi sebenarnya Yussry lebih nakal jika nak dibandingkan dengan Izhan.Laa tapi nakal diaorang cuma mengusik je bukannya bertumbuk-tumbuk bagai.Ahaha.Penat kami semua melayan kenakalan dua orang hamba ALLAH ini.

"Eee apa ni Izhan.Tak baik tau".Linda mula merajuk dengan Izhan.

Izhan dan Yussry hanya tertawa besar sambil menunjukkan ibu jari mereka kepada Linda yang sedang minum air mineral itu.Rasa masin pada kuih itu masih melekat pada lidahnya.

"Korang ni kan suka kacau orang".Celah Luthfia yang baru sahaja muncul.

"Dia kacau orang yang dia sayang.Tak ape kan?Lek ahhh sis".Tutur Yussry seraya menupuk bahu kawan sekomplotnya.

"Apa la kau ni buat malu aku je".Balas Izhan yang terasa malu itu.

"Jangan bercakap dengan saya lagi".Marah Linda lalu dia berlalu pergi dari bilik kuliah itu.

"Ha ha tak tahu.Ayooo tak tahu".Ejek aku yang sengaja mahu menakutkan Izhan.

"Haa padan muka kau.Tu lah kacau orang lagi.Macam kau tak tahu yang girlfriend kau tu kuat merajuk".Sampuk Afra pula.

"Aduhhhh..Alamak aiii..Rin macam mane ni?".Tanya Izhan yang risau akan buah hatinya.

"Aik asal tanya aku.Pandai-pandai la kau settle sendiri".Balasku seraya menjelirkan lidah.

"Laa..Kau kan selalu pujuk Tengku.So,aku tahu kau lebih arif dalam bab pujuk-memujuk ni".Bicara Nadzri.

"Eh tak ade kena-mengena eh.Tengku tu lelaki,Linda tu perempuan.Kan ada perbezaanya".Jawabku yang sedang terfikir akan Nadz.

"Ohhh.Maknanya betullah yang kau selalu pujuk Tengku".Sempat pulak si prankster ni menyakat aku.

"Eh kau ni.Dah pergi pujuk pujaan hati kau tu.Nanti,dia mengadu kat bapak dia,tak dapatlah kau hantar sirih junjung".Tambah aku lalu Izhan terus berlari mendapatkan Linda.

Entah kenapa lelaki yang menunggang motorbike itu berlegar di dalam fikiran aku dan kata-kata yang didengari aku semalam juga membuatkan aku terfikir akan dirinya.Aku pasti ianya hanyalah khayalan aku semata-mata.Mungkin sebab aku berfikir mengenai dia pada waktu itu.

"Haahhhhh termenung jauh nampak kak!!".Sergah Kiran seraya menepuk kuat meja.Kaget aku dibuatnya.

"Eishh kau ni Kiran,suka buat orang terkejut.Eh by the way,awal sampai bro!".Perli aku.

"Awal kan.Biasalah aku memang orang yang selalu datang awal.Kau ape tahu?".Balas Kiran yang selalu datang lambat itu.

"Ahh kau.Dah nak dekat masa lunch baru kau sampai.Apa kes?".Celah Khai yang melayan sahaja kata-kata aku dan Kiran.

"Aduh korang tak tahu.Motor aku habis minyak tadi sampai aku terpaksa call teksi bawak aku pergi sini.Sekurang-kurangnya aku datang la jugak.Ye ke idok?".Jawab Kiran yang selamba badak dia je.

"Hurm...Ye la tu..Rin jom lunch,aku lapar ni.Kiran,nak join kitaorang tak?".Ajak Khai.

"Aku follow kalau ada orang belanja je".Ucap Kiran tanpa segan silu.

"Okay kita lalalitamplom.Sape ganjil dia yang kena belanja".Cadang Khai.

"Okay!!".Serentak aku dan Kiran bersuara.

Kami bertiga menentukan siapa yang akan menggunakan duitnya untuk membayar segala menu yang dipesan dengan bermain lalalitamplom.

"Lalalitamplom!!".

Ketiga-tiga kami menunjukkan warna kulit tangan sama walaupun yang sebenarnya kecerahan kulit masing-masing berbeza.

"Okay lagi sekali..Lalalitamplom".Ujarku.

"Oii Kiran yang kau tunjukkan batu apahal".Marah Khai yang melihat tangan Kiran itu.

"Ahaha.Aku bergurau je.Okay-okay serius.Ini last.Lalalitamplom".Kata Kiran.

"Rin,aku tumbuk kau.Kita main lalalitamplom bukannya main Ci Ku Pang".Marah Khai pada aku yang sengaja mencari pasal.

Terus tergelak aku dan Kiran melihat kawan kitaorang yang mula bengang dengan perangai kami yang gila-gila ini.

"Alright kali ini serius.Okay!!Lalalitamplom".Kataku yang serius.

Dan akhirnya kami menemukan pemenang bagi permainan ini iaitu..

"Yesss Kiran belanja!!!".Ucap Khai yang gembira kerana dia tidak perlu mengeluarkan duitnya.

"Ahaha.Okay la aku belanja korang".Tutur Kiran yang menerima takdir kekalahannya.

"Okay Khai,memandangkan Kiran yang belanja.Aku nak order lamb chop empat pinggan".Bicaraku yang sengaja bergurau.

"Oh kalau kau macam tu.Aku nak order spaghetti enam pinggan".Sambung Khai pula.

"Wah wah korang.Bukan main korang cucuk aku lagi.Ahaha.Member punya pasal,aku bayar apa je yang korang order".Jawab Kiran yang redha sahaja dengan perangai dua orang kawannya itu.

"Ahaha.Kitaorang gurau aje la.Macam ni,aku belanja air,kau bayar makanan,Khai belanja kudap-kudapan".Cadangku yang kasihan akan kawanku.Tak akan lah dia nak belanja semua,memang kopak la duit dia nanti.Sekurang-kurangnya aku ni berperikemanusiaan jugak.Ahaha.

"Haa itu cadangan yang brilliant.Aku follow".Khai bersetuju dengan cadanganku.

"Cun boek,lagi aku suka.Korang ni bukannya boleh percaya.Nanti macam-macam menu yang sampai kat atas meja.Habislah duit belanja aku nanti disebabkan korang".Cakap Kiran.

Kami bertiga tertawa bersama-sama.Iya friendship is gold because without them you will be alone.Aku rasa bertuah sangat sebab dapat classmates yang sporting,baik dan yang paling penting..Masuk AIR.Kalau tak ade yang itu semua,memang tak best.

Sejurus selepas itu,kafe menjadi tempat kami menjamu selera.Masing-masing memesan makanan dan minuman yang diinginkan.Meja yang kami duduki bersebelahan dengan pelajar jurusan Sains Komputer.Setelah membaca doa,dengan beradab makanan kami dijamah.

Ketika itu..

"Itu bukan ke makwe Tengku Khalil?".Kata salah seorang daripada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience