Bab 9

Romance Series 30286

Pekerja yang bernama Cindy menghulurkan aku sehelai baju berwarna putih.Aku merenung baju yang direka eksklusif di butik itu.Kainnya yang bermaterial velvet nampak sungguh mewah.Velvet kebiasaannya dipakai oleh golongan bangsawan terutamanya di Eropah Timur.Kain itu mempunyai permintaan yang tinggi kerana memiliki tekstur kain yang lembut dan memberikan kehangatan pada tubuh si pemakai.

Dengan rasa sungguh gembira,baju itu disarung olehku.Baju itu tidaklah begitu mengikut potongan badanku dan itu membuatkan aku lebih rasa selesa memakainya.Selepas aku didandan oleh Cindy,aku keluar dari bilik itu dan membawa diriku ke bilik photoshoot milik Andy.

Apabila tubuhku berada di dalam bilik itu,semua orang memandangku sambil tersenyum.Aku menunduk malu melihat mereka seperti itu.

"Kenapa?Pelik sangat ke aku ni?".Bisikku di dalam hati.

Dengan tidak perasan,lenganku ditarik oleh seorang jejaka yang memakai kot berwarna firebrick.Selamba lelaki itu melakukannya di hadapan mereka.
Sempat dia memandang aku dan memberikan senyuman manis yang sentiasa tidak lekang di wajahnya.Kini,baru aku mengerti mengapa ramai perempuan yang tergila-gilakan Izz.Padahal,aku pon tergolong dalam golongan mereka tapi itu dulu bukan sekarang.

"Tengku..ini gaya yang kami mahukan Tengku dan Cik gayakan.Saya harap Tengku dan Cik boleh mengikutinya".Kata Andy sambil menunjukkan gambar-gambar model yang sedang membuat pose di paparan komputer ribanya.

Selepas itu,kami berdua membuat gaya yang dimahukan Andy.Beberapa orang yang berada di situ,menepukkan tangan mereka kepada kami.Perasaan kagum lahir di hati mereka pabila melihat kami yang pertama kali menjadi model boleh menggayakan pakaian itu dengan sungguh menarik.

Seorang lelaki mengambil kerusi dan meletakkannya di tengah-tengah layar putih itu.Aku mula tertanya-tanya.

"Nak buat ape dengan kerusi tu?Nak royal rumble ke?Ahaha".Soalku di dalam hati.

"Miss can you sit on Tengku's lap?".Minta salah seorang jurukamera di situ.

"What?".Jawabku spontan.

"Asal kena duduk atas riba dia pula?Memang kene ke?".Desisku di dalam hati.

Aku terkaku seketika.Ini pertama kali dalam hidupku yang aku akan duduk di atas riba seorang lelaki yang bukan muhrim aku tetapi Izz pantas menarikku duduk di atas ribanya.Dada Izz aku tepuk lembut dan mendengus geram kepadanya.Tersenyum lelaki itu melihat mukaku yang mula berona merah.

"You guys are so sweet.Bila kahwin nanti,jemputlah kitaorang.Nanti kami akan menjadi sponsornya".Kata Andy yang tersengih-sengih memandang kami berdua.

"Okay that's our agreement.Ahaha.Keep your promise".Izz membalas kata-kata Andy.

Sekali lagi dada Izz menjadi mangsa tepukan aku tetapi kali ini lebih kuat tepukannya berbanding tadi.

"Wei sakit la.Okay apa kalau dia nak jadi sponsor untuk wedding kita".Bisik Izz perlahan di telingaku yang ditutupi dengan tudung satin berwarna putih.

"Apa kau mengarut ni.Siapa kata yang aku nak kahwin dengan kau".Balasku di telinga Izz.

Kami masih sedang membuat pose yang dimahukan walaupun sedang berbisik.

"Oh whatever but actually you look so beautiful dear.I admit it".Jawab Izz di telinga aku.

Lampu merah menyinggah mukaku pabila mendengar Izz yang bernada lembut berbisik di telingaku.

****
"Merah nampak muka tadi".Tegur Izz setelah habis kami berphotoshop tadi.

Aku memalingkan mukaku ke tempat lain.Malas melayan dia yang mula melalut.Selepas kami menukar pakaian,Izz membayar kot dan tuxedo yang dipilihnya di kaunter manakala aku menunggu Izz di luar.Ramai orang ketika itu walaupun jam telah menghampiri pukul 10 malam.Lama juga ye kami dalam butik tu.Aduh kalau aku tahulah akan jadi macam tadi.Memang tidaklah aku ikut dia lagi.

Ketika itu,sekumpulan lelaki mendekati aku dan mereka mengililingiku tanpa aku sedari.Aku mula berasa takut dan berharap Izz segera keluar dari butik.

"Hai cantik,buat ape sorang-sorang ni?Kalau sudi boleh saya teman".Ujar salah seorang daripada mereka.

Aku menggelengkan kepalaku dan air mataku mula bergenang.Khalimah ALLAH berputar di fikiranku.Sungguh aku takut pada masa itu.Aku berharap kepada ALLAH bahawa seseorang akan membantu aku dan mengeluarkan aku dari sini.

"Hai sayang mana awak pergi.Penat saya cari awak tahu".Kata seorang lelaki yang sedang memegang beg kertas seraya mengusap lembut kepalaku.

Aku memandang wajahnya,siapakah lelaki ini?Aku tidak kenal dia.Ketika aku memandangnya,dia mengenyitkan matanya kepadaku.

"Kamu semua buat ape ye dekat sini?Ganggu isteri saya pula tu.Kalau kamu semua tidak pergi dari sini.Saya akan telefon polis!".Tutur lelaki itu dan mampu membuat ku tergamam ketika dia berkata "isteri saya".

"Tak ada ape-ape kami ni sebenarnya nak tanya jalan dan...".Belum sempat lelaki jahat itu menghabiskan ayatnya,mereka sekumpulan melarikan diri pabila lelaki yang mengatakan "aku isterinya" itu menunjukkan buku limanya kepada mereka.

Air mata yang aku seka tadi,mengalir tanpaku sedari.Lelaki itu mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap air mataku yang mula membasahi pipi.

"Ah awak.Awak okay tak ni?Awak jangan nangis.Diaorang da tak de da".Pujuk lelaki itu.

Aku memandangnya sambil mengukir senyuman.Semakin lama aku merenungnya semakin teringat aku tentang suatu perkara.Lelaki ni macam pernah aku nampak.Tetapi di mana ya?Aku cuba mengigatinya dan akhirnya wajahnya mengigatkan aku dengan lelaki yang bersama dengan kapten tempoh hari.Dialah lelaki yang aku kata sado itu.Ternyata dia memang sado.Ahaha.Sempat eh ko Rin.

"Terima kasih sebab tolong saya.Kalau awak tak ade tadi,saya tak tahu apa akan terjadi pada diri saya ni".Tuturku padanya.

"No problem.Asalkan awak sihat,okay dan selamat".Balasnya.

"Eh kenapa dia kata asalkan aku sihat?Sedangkan dia selamatkan aku je".telahku di dalam hati.

"Kenapa aw.."Ayatku tidak dapat disambung pabila mendengar namaku dipanggil oleh seseorang.

"Rin.Siapa ni?".Tanya Izz seraya memandang lelaki yang menyelamatkan aku tadi.

"Maaf saya kena pergi dulu.Saya ada hal".Celah lelaki itu dan berlalu pergi dari situ.Belum sempat aku mahu menanyakan namanya,dia telah pergi.

"Kau ni suka sangat berbual dengan stranger.Tak takut ke nanti dia culik kau ke?".Marah Izz.

"Mana ada.Dia selamatkan aku okay.Tadi ada orang kacau aku dan ALHAMDULILLAH nasib dia ada.Kalau tidak aku tak tahu apa akan jadi.".Balasku sambil berpeluk tubuh.

"I'm sorry semua ni sebab aku.Dah la jom aku hantar kau balik.Aku tahu kau da start penat".Tutur Izz yang berasa kahsian dengan cintanya itu.

"But present tak beli lagi".Jawabku.

"It's okay nanti aku mintak tolong PA aku belikan".Ucap Izz dan aku mengikuti langkahnya ke kereta ferrarinya.

Setibanya di kondo,aku terus ke ruang kamarku.Khai menyambut kepulanganku walaupun jam telah hampir menunjukkan pukul 11.Ya ALLAH lamanya aku keluar dengan Izz.

"How's your date?".Soal Khai seraya tertawa kecil.

"Apa date pula ni?Aku teman dia beli barang je tadi".Jawabku yang mula mengantuk.

Aku memberitahu Khai yang katil telah memanggil-manggil namaku supaya tidur di atasnya.Khai hanya tergelak dan menyambung tugasan untuk kelab yang dia sertai.

Tanpa menukar pakaian,aku terus terlena kerna terasa ada orang yang sedang menepuk punggungku perlahan seperti menidurkan bayi.

Izz masuk ke dalam perkarangan mahligainya.Bibik Lily menunggunya di luar kereta dan Izz memberikan bibik kesemua beg kertas yang berisi pakaiannya.

"Assalamualaikum".Salam diberi oleh Izz.

Di ruang tamu,tiada ibu dan bapanya di situ.Dia menarik nafas lega kerana jika daddy dan mummy ada memang masak la telinga dia malam tu.Sofa kulit itu,dibaringkan tubuhnya.Dia meraup rambutnya pabila terkenangkan situasi tadi.

Lelaki yang bertemu dengan Rin tadi menimbulkan banyak persoalan di dalam akalnya.Lelaki itu yang mencempung Rin ke klinik.Namanya Nadzmirul Adam Bakri dia pelajar akaun.Setahu Izz,Rin tidak mengenali Nadz tetapi lagak Nadz seperti mengenali Rin.Nadz adalah salah seorang pelajar yang pintar di universiti,namanya sering menjadi bualan pensyarah yang mengajarnya.Semuanya berbaur puji-pujian bukan hina-hinaan.

"Asal aku pikir sangat pasal dia.Aku jealous ke?".Izz menanyakan soalan itu pada dirinya sendiri.Tidak lama selepas itu,dia terlena di atas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience