Bab 17

Romance Series 30286

Bagi dia,burung helang adalah salah seekor haiwan yang kelihatan sangat berani dan cekal.Matanya yang seperti harimau itu sungguh menarik perhatian Rin.

"Awak tengok ape tu?".Tanya Nadz yang memandang Rin yang sedang mendongak memandang langit yang terbentang luas itu.

"Helang".Jawab Rin ringkas.

"Awak suka helang ke?".Soal Nadz.

"Yup suka sangat-sangat tetapi kan...Sampai sekarang saya tak dapat bela".Rin mula berasa sedih.

"Bela helang?You are not joking right?".Tanya Nadz seraya tertawa besar.

"Asal?Lawak sangat ke?".Soal Rin sambil memandang Nadz tajam.

"Awak tahu kan.Helang ialah haiwan yang suka akan kebebasan.Kalau awak bela dia tidakkah perkara itu tidak disukai akan sang helang itu?Kalau awak bela dia juga,sangkar sajalah tempat dia.Tak kesian ke awak dengan dia yang tak dapat terbang bebas?".Jawab Nadz seraya memandang wajah comel itu.

"Yup saya tahu.Sangat mustahil membela burung helang kan.Tapi tak ape itu cumalah impian saya saja.Ye lah bela helang pun bukannya senang kan?".Kata Rin.

"Tahu pon awak.Sebelum ni awak tak ada bela haiwan ke?.Tanya Nadz.

"Nope.Papa dan mama tak izinkan saya bela apa-apa binatang even ikan emas yang kecil tu pon tak boleh apatah lagi nak bela seekor kucing".Jawab Rin seraya mengeluh pendek.

"Kesian awak .....Oh awak suka kucing jugak ke?".Soal Nadz yang sempat mengambil gambar Rin secara senyap-senyap ketika Rin sedang leka memandang helang yang sedang berterbangan di langit biru.

"Ya of course saya suka kucing.Nak nak kucing baka ragdoll.Bulu dia fluffy sangat-sangat.Geram saya tengok.Comel pulak tu.Dulu abang saya ada hadiahkan patung kucing tapi bukan kucing yang saya suka tu lah".Terang Rin.

Semakin bertambah pengetahuan Nadz dalam subjek "Memikat Rin".Semakin senang la dia untuk memetik bunga di dalam hati Rin.

"Awak tak pernah pergi kedai kucing ke?".Tanya Nadz.

"No and tak akan dapat pergi".Balas Rin yang terasa kecewa dengan papa dan mamanya yang bersikap tegas dengannya dahulu.

"Kesian awak".Ujar Nadz yang berasa kasihan akan bunga di hadapannya itu.

Rin mengalihkan pandangannya ke arah jam di tangan kirinya.Matanya terbeliak tatkala melihat jarum pendek menunjukkan angka 11 manakala jarum panjang menunjukkan angka 6.

"Alamak awak.Saya terlupa.Sorry eh awak.Nanti saya call awak tau.Saya kena pergi ni.Babai".Ujar Rin sambil berlari sepantas yang mungkin.

Nadz yang memandang Rin yang sedang berlari dengan matanya yang terkebil-kebil itu tercuit hatinya dengan Rin yang mula kelam-kabut itu.Sungguh comel gadis itu di matanya.

Sesampainya di pintu bengkel,Rin membetulkan tudungnya dan menepuk kedua belah bahunya dan baju chef putih yang kononnya ada debu melekat pada pakaian yang serba putih itu.

"Babe.Where did you went?".Tanya Khai sambil memegang gelas kaca itu pabila melihat Rin tercegat di hadapan muka pintu bengkel.

"Ahh....tandas?".Jawab Rin yang terpaksa menipu sahabatnya.Tidak tahu akan apa jawapan yang boleh dia katakan untuk menjawab soalan yang ditanya kepada dirinya itu.

"Oh ok..Haa baru aku teringat yang tadi Izz ada datang.Dia cari kau".Sampuk Tira yang berada di sebelah Khai.

"Ha??Dia ada cakap tak kenapa dia nak jumpe aku?".Soal Rin kehairanan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Tak ade la pulak.Dia just tanya mane kau je.Lepas dia tahu kau tak ade kat sini,dia terus blah sekelip mata je".Ujar Tira.

"Buat ape dia nak jumpe aku?Ada hal penting ke?".Tanyaku di dalam hati.

Aku menyeluk poketku untuk mengeluarkan telefon.Kebetulan tertera nama Izz senget di paparan skrin sewaktu aku baru sahaja memegang telefon itu.Segera aku menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum Rin kau kat mane?".Tanya Izz yang sentiasa senget tak pernah tegak tu.Ahaha.Gurau gurau.

"Waalaikumusalam.Kat bengkel la.Kenapa tanya??".Soal aku pula.

"Tadi aku pergi bengkel kau,kau tak ade.Erm..Okay tak ape la.Saje je cari kau.So,okay bye Rin".Balas Izz seraya menamatkan panggilan kami berdua.

Kepala yang tidak gatal itu aku garu sekali lagi.Hairan pula aku dengan si Izz ni.Jarang sungguh dia cari aku sampai ke bengkel.Kebiasaannya,Izz akan call aku atau mintak tolong orang bagitahu pada aku yang Izz nak berjumpa dengan aku.

"Babe..Puan Diana panggil kau kat luar dewan".Kata Yus yang menyedarkan aku dari berfikir sejenak mengenai Izz.

"Puan Diana??Untuk?".Soal aku kepada Yus.

Yus menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu sebab Puan Diana memanggilku.Aku menganggukkan kepalaku seraya berjalan ke arah Puan Diana yang berada di luar dewan besar.Puan Diana sememangnya ditugaskan berada di luar dewan untuk melayan para tetamu yang hadir.

Pabila aku menapakkan kaki di luar dewan besar,ramai tetamu sudah mula membanjiri kawasan tersebut sehingga ia menyukarkan diriku untuk mencari Puan Diana.Terpaksalah aku menyelitkan tubuhku di antara tetamu-tetamu itu.

"Eh!Arghhh".

Lenganku ditarik ketika tubuhku berada di kalangan tetamu yang mengerumuni aku.

"Dup dup....Dup dup".

Telingaku mendengar bunyi yang aneh.Aku berasa hairan dan pelik.So,aku mendongakkan kepalaku untuk mengetahui siapakah pemilik bunyi itu.

Ketika aku memandangnya,senyuman herot terukir di bibirnya.Senyuman yang diukir buatku tidak aku balas,malah aku menundukkan kepalaku kerana mula terasa malu.Bahu kananku dipegangnya lembut seraya dia memerhatikan keadaan sekeliling.

"Finally,I found you".Kata Izz yang penat mencari Rin setelah dia mengetahui yang Yus menyuruh dia mencari Puan Diana.

Padahal bukan Puan Diana yang memanggil Rin.Orang yang memanggil Rin yang sebenarnya ialah Tengku Izz.Ini semua plan Yus dengan Izz untuk memudahkan dirinya bertemu dengan Rin yang menghilangkan dirinya tadi ketika dia mencari Rin di bengkel.

"Hah Izz...Eh kejap".

Belum sempat aku mahu membalas kata-katanya,dia sudah menarik lenganku dan membawa aku pergi dari situ.

Kereta ALPHARD berwarna hitam di hadapan kami berdua.Aku memandang Izz hairan sambil mengerutkan dahiku.

"Kenapa kau bawak aku ke sini?".Soal aku kepada lelaki yang segak memakai tuxedo hitam dan berkemeja putih itu.Entah kenapa dia berpakaian seperti itu.Dia bukannya host atau pelayan.Oh lupa..Dia kan Tengku.Mestilah dia salah seorang daripada VIP tu.

"Just shut your mouth and listen to me or else I will bite you".Ujar Izz dan sempat mengugut Rin sambil membuka pintu kereta tersebut.

Dua orang wanita yang berada di dalam kereta itu,menyapa kami berdua.

"Hai Tengku Khal dan hi Cik Rin".Sapa Jessi yang seksi mengenakan tubuhnya dengan skirt pendek rona merah itu.Perempuan yang berkacukkan Philippine itu ialah salah seorang makeover yang berkerja dengan Izz.

"Ya hai....Ok now do your work!".Arah Izz tegas seraya menolak diriku masuk ke dalam kereta.

"Eh kejap..Apa ni?".Tuturku yang mula buntu dan tertanya-tanya seraya Izz menutup semula pintu kereta tanpa menjawab pertanyaan aku.

"Eish geramnya aku dengan dia ni!".Marah aku di dalam hati.

Aku diminta untuk duduk di atas seat kereta itu.

"Cik,Tengku Khal meminta kami untuk menyolek cik".Tutur pembantu Jessi yang bernama Klayine.

"What?Make up?Me?".Bicaraku yang terkejut pabila mendengar kata-kata Klayine yang secara tiba-tiba itu.

"Iya.Kami tak tahu apa sebabnya.Kami hanya mengikut arahan Tengku Khal sahaja.Harap cik faham akan keadaan kami".Balas Jessi lembut walaupun dia dari Philippines,dia amat fasih berbahasa melayu begitu juga dengan Klayine.

"Dia tak bagitahu apa-apa pada kamu berdua?".Tanya aku yang masih mahu mengetahui sebabnya.

"Maaf cik.Kami tak tahu ape-ape".Jelas Jessi sambil mewarnakan kelopak mataku dengan warna coklat sienna.

Persoalanku tidak menemui jawapan jadi aku hanya mendiamkan sahaja diriku tatkala wajahku dibiarkan sahaja disolek oleh Jessi.Baju yang tersarung kemas pada tubuh badanku digantikan dengan blouse berwarna blue violet dan shawlku juga digantikan dengan shawl rona ungu orchid.Akhir sekali,lip gloss berwarna merah jambu menyinggah bibirku.Kakiku yang memakai sneaker jenama adidas digantikan dengan high heels berwarna antique white seperti warna pasir di pinggiran pantai.

"Tup tup".

Pintu kereta diketuk oleh seseorang.

"Ya?".Laung Jessi yang membalas ketukan itu.

Terasa sakit telingaku ini ketika mendengar laungan daripada Jessi.Suaranya yang nyaring itu menyakitkan gegendang telingaku.

Pintu kereta dibuka.Aku memandang si pembuka pintu kereta itu.Pandanganku di balas dengan matanya yang membulat dan senyuman yang menampakkan giginya yang putih itu.

"SUBAHANALLAH".Ujar Izz yang terpukau dengan kecantikan Rin walaupun gadis itu hanya di solek dengan solekan yang tidak begitu tebal.Wajah Rin yang flawless itu menampakkan natural beauty dirinya sendiri tanpa mengenakan make-up yang tebal.

"Aii Tengku.Mata tu kalau boleh besarkan lagi ye".Usik Jessi bersahaja manakala Klayine pula tertawa kecil pabila melihat reaksi daripada Izz sewaktu melihat Rin yang memang mempunyai natural beauty pada dirinya sendiri.

Dengan sekelip mata,Izz memandang Jessi dan Klayine dengan pandangan yang tajam.Terdiam Klayine yang sedang tertawa itu manakala Jessi pula meneguk liurnya kerana takut akan Izz yang kalau marah memang kecut perut la dia.

"Kenapa pandang diaorang macam tu?Aku cungkil mata kau nanti".Ucap aku ketika memandang Izz yang memandang semacam kepada dua orang wanita itu.

Izz melabuhkan pinganggnya di sebelah Rin.

"Ke sebenarnya kau jealous tengok aku pandang diaorang macam tu?".Soal Izz yang sengaja mahu mencucuk jarum.

"Eish tak ade maknenya.Tak mahu la aku".Sebut Rin sambil menjeling Izz yang berada di sebelahnya.

"Kalau nak..cakap.Aku tak kisah.Aku buat je".Tutur Izz seraya menongkatkan dagunya di atas kakinya sambil memandang tepat wajah Rin yang membalas pandangannya itu.

Jessi dan Klayine yang memerhatikan sahaja mereka berdua dari tadi,turut tersenyum pabila melihat dua orang insan yang sangat secocok itu.Sungguh Jessi fahami perasaan Izz pada Rin dengan hanya melihat kelakuan Izz pabila berhadapan dengan gadis itu.Jessi juga sudah lama bekerja dengan keluarga Izz jadi dia memang tahu banyak perkara tentang keluarga itu terutamanya Izz.

Rin memandang Izz yang mula berperangai seperti budak-budak itu.Tanpa berfikir panjang,kepala Izz ditolak kasar oleh Rin sehingga kepala Izz terhantuk pada cermin kereta yang gelap itu.

Rin yang menolak kepala Izz,terkejut pabila melihat Izz seperti itu.Sememangnya dia tidak menjangkakan yang kepala Izz akan terhantuk dibuatnya.

Izz memegang bahagian kepalanya yang terhantuk itu.

"Padan muka".Ujarku sambil memeluk tubuh.

"Woi sakitlah.Minta maaf sekarang".Marah Izz sambil mengusap lembut kepalanya yang sakit.

"Tak nak..Wekkkkkkk".Balasku sambil menjelir lidah kepada Izz.

"Tengku..Tengku okay tak?".Tanya Klayine.

"Okay!".Jawab Izz ringkas.

Izz mencebikkan bibirnya.Perasaan geram pada Rin mula bertempat di hati tetapi perasaanya pada gadis itu tetap sama malah semakin bertambah rasa sayang pada Rin.

"Sorry".Tutur Rin lembut.

Jantung Izz berdegup sangat laju di saat kepalanya diusap lembut oleh Rin.Terasa usapan lembut itu sehingga hatinya terasa sangat bahagia ketika itu.Izz merenung wajah cantik Rin,terserlah wajah bersalah yang lahir daripada muka Rin.

"It's okay.Asalkan kau bahagia".Bicara Izz seraya memegang lengan yang mengusap lembut kepalanya.

"Bahagia apa benda kau ni?Biol eh?".Jawab Rin yang mencantas situasi yang mulai romantik itu seraya menarik lengannya yang sedang dipegang oleh Izz.

Jessi menggigit bibirnya pabila melihat tindak balas daripada Rin.

"Aduh Rin ni.Baru nak tengok adegan-adegan romantik.Potong betullah".Telah Jessi di dalam hati sambil tertawa kecil.

"Okay by the way,kenapa aku kena pakai and make-up macam ni?".Tanya Rin pada Izz.

"Opss sorry lupa nak bagitahu but kau tetap kena ikut arahan aku ni even kau tak suka".Perintah Izz.

"Alright but just tell me the truth".Ujar Rin yang mula kecut perut semasa mendengar ayat daripada Izz.

Izz ni kadang-kadang gila dia tak bertempat,ada je benda yang dia suruh aku buat.

Macam dua bulan yang lepas,ada ke patut dia suruh aku pegang kepala buaya semasa kitaorang pergi zoo.

Hah pelik kan?Izz ajak aku pergi zoo?Mula-mula hairan juga aku ketika mendengar ajakan dia itu tetapi aku ikutkan sahajalah.Sebenarnya sebab dia nak pergi zoo hanyalah disebabkan dia ingin aku memegang kepala buaya.Eishhh!!Nonsense kan?Geram aku dengan dia.

Ye lah tiba-tiba mood buaya tu tak okey.Mana tau dia baru je break dengan girlfriend dia atau dia tak dapat pergi shopping dekat Pavilion ke dan untuk balas dendam dia ngap aku.Mana tahu kan?Ngep la aku jawabnya.Nasib baik aku ni jenis berani la juga.Lepas aku pegang je kepala buaya tu,aku terus lari pergi pada Izz yang tersengih melihat aku itu.Kepalanya juga menjadi tempat aku melepaskan geram,terus dia mengadu kesakitan.Aku membiarkan sahaja dia yang berada di dalam kesakitan itu.Tapi kan,Izz ni pandai pujuk orang.Lepas aku lari tinggalkan dia,dia cepat-cepat kejar aku dan bawak aku pergi jumpa panda yang comel sangat.Kami juga diberikan peluang untuk bermain dengan panda-panda itu.Status Izz yang diketahui oleh orang awam dan pekerja di zoo itu memberi peluang kepada kami berdua dengan mudahnya.Izz juga orang yang dihormati orang sekeliling dengan sikap baiknya kepada umum tapi bila dengan aku,mula la keluar tanduk dia.Fake ke idok?Ehehehe

Ok back to the scene.Ahaha.

"Sebenarnya wei.Aku mintak tolong sangat kat kau.Penyanyi yang patut perform hari ni tak datang.Jadi..".Jelas Izz yang kata-katanya tersangkut.

"Jadi aku la ni kena gantikan orang tu kan?".Celah aku.

Izz menganggukkan kepalanya.Izz berharap sangat yang Rin bersetuju dengan permintaannya.

"Weii kau ni kan.Suka sangat suruh aku buat benda yang aku tak nak kan?".Marah aku.

"Rin please Rin.Aku merayu sangat.Tolong la aku.Aku tahu suara kau sedap.Kau kan pandai nyanyi.Tu sebab aku pilih kau".Pujuk Izz.

Rin berdiam seketika,dia berfikir sejenak mengenai permintaan Izz yang langsung dia tidak terfikir dari tadi.Dahinya ditepuk sehingga meninggalkan kesan merah pada dahinya.Kepalanya digelengkan beberapa kali saat dia memikirkan perkara itu.

"Kalau aku kata tak nak?Macam mana?".Tanya Rin.

"Eh janganlah wei.Please la.Please.I really need your help.I'm begging you.Please Rin please".Sungguh bersungguh-sungguh Izz memujuk Rin.

Izz memandang Rin dengan wajah yang secomel yang mampu dia berikan pada Rin.Matanya dikebil-kebilkan beberapa kali pakej dengan senyuman yang semanis mungkin.

"Ye lah ye lah.Geram aku dengan kau ni.But lepas ni,kalau kau suruh aku menyanyi lagi atau suruh aku buat benda-benda yang aku tak suka..Aku tak nak kawan dengan kau.MUKTAMAD!".Ugutku seraya mendengus geram yang amat.

"Ahhhhhhh thank you so much Rin.That's why I love u soooo much".Tutur Izz yang berasa seronok sangat sehingga terlepas ayat yang dipendamnya dari dahulu lagi.

"Alamak!!!Terlepas".Ujar Izz di dalam hati.

"Oh my god.Tengku!".Tutur Jessi di dalam hati seraya menggigit bibirnya.

Kali ini,Klayine pula menepuk dahinya lembut.

"Aduhhh Tengku.Macam mana boleh terlepas".Bicara Klayine di dalam hati.

"Ahh ape kau cakap tadi?".Tanya Rin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience