Bab 30

Romance Series 30286

Aku yang sedang baring itu terus terduduk pabila mendengar suara kucing lagi.Mataku memandang keliling,mencari empunya suara tetapi tidak juga aku lihat haiwan itu.

"Khayalan aku je agaknya".Telahku di dalam hati.

Badanku aku baringkan semula dan ketika itu,terasa tanganku memegang sesuatu yang berbulu.Aku memandang tanganku dan.....

"Ahhhhhhhhh".Aku terjerit kuat tatkala melihat Hyunie di atas katilku.

Kucing yang aku terpgang tadi melompat ke bawah sewaktu mendengar aku menjerit.

"Ya ALLAH.Hyunie!!".Aku pergi mendapatkan kucing itu.

"Hyunie what are you doing here?".Soalku kepada kucing yang pasti tidak akan dapat menjawab soalan aku itu.

"Meoww".Hyunie bersuara.

"Kalau Hyunie ada.Mestilah Hairi ada tapi mana Hairi?".Ujarku yang mula hairan melihat Hyunie berada di dalam bilikku.

Hyunie yang berada di dalam dakapan aku,melompat dan berlari keluar dari bilik aku.

"Eh Hyunie nak pergi mana tu?".Tanya aku seraya mengejar kucing comel itu.

Ke mana kucing itu pergi pun aku tidak tahu.Namun,aku tetap mengikuti langkah Hyunie sahaja yang membawa aku ke laman rumah.Hyunie berhenti di hadapan pasu bunga yang besar.Di pasu bunga itu aku ternampak sehelai kertas lalu aku membacanya.

"Follow me and take the box too".

Aku memandang kotak yang dicakar Hyunie.Seolah-olah Hyunie menyuruh aku mengambil kotak itu.

"Meoww".

Aku pun mengambilnya dan Hyunie kembali berlari semula dan aku pula kembali mengejarnya.

"Apa ada dalam kotak ni?".Tanyaku sambil melihat kotak yang dipegang olehku.

This time,Hyunie berhenti di sebelah kolam ikan koi.Hyunie memandang ikan-ikan yang sedang berenang itu.

"Aip Hyunie jangan kacau ikan tu".Bicaraku kepada Hyunie.

Ketika itu juga aku terlihat sehelai kertas ada di celah-celah batu kolam dan aku membaca isi kertas itu.

"Jangan fikir Hyunie nak makan ikan tu eh.Oh sebelum tu,ambil la bunga tu".

Tertawa aku ketika membacanya.Dicapai bunga yang dikatakan oleh si penulis ini.Macam mana orang yang tulis ni tahu apa yang aku fikirkan tentang Hyunie.Oh maknanya,Hyunie bukannya memandang ikan-ikan itu,tetapi dia memandang sejambak bunga daisy.

"Meowww".

Belum sempat aku mahu mencium bau bunga itu,Hyunie berlari lagi.Aduii Hyunie niii kan.Aku pun mengejar sahaja lah Hyunie itu walaupun aku pun tidak tahu mengapa aku perlu mengejarnya.

Dari jauh,mataku ternampak susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di atas kerusi.Mukanya aku tidak nampak kerana dia memakai topeng.Kucing yang aku kejar itu berlari dan duduk di atas pangkuan jejaka itu.Aku pula semakin lama semakin mendekati jejaka bertopeng itu.

Semakin aku mendekatkan diri dengannya,semakin aku perasan topeng yang dia pakai kali ini tidak menutup bahagian mulutnya.Hanya menutup bahagian matanya,hidung dan pipinya sahaja.Bagus jugak pakai topeng macam itu,senang aku nak tahu yang dia tu sedang senyum atau tidak.

"Hai you".Sapa dia yang sedang mengukir senyuman itu.

"Ah..ahh..Hai jugak".Balasku yang tersenyum jugak pabila melihat senyumannya.

"Wah.Tengok senyuman dia je da boleh agak yang dia ni sebenarnya handsome.Ahahaha.Pandai-pandai je kau ni Rin".Monologku di dalam hati.
"You suka tak bunga tu?".Soal Hairi sambil mengusap badan Hyunie.

"Suka.Cantik".Balasku yang telah mengambil tempat di atas kerusi.

"And kotak tu.You bukak nanti.Jangan bukak sekarang".Katanya yang berharap Rin akan menyukai pemberiannya itu.

"Laa.Kenapa tak boleh bukak sekarang tapi tak pe la.Thank you".Ucap Rin sambil tersenyum bahagia.

"Welcome".Jawab Hairi ringkas.Bibirnya juga menguntumkan senyuman untukku.

"Kenapa you datang?".Tanya Rin.

"Saje je.You kata hari tu yang you nak jumpe Hyunie.Then,hari ni I bawak la".Jelas Hairi yang senyumannya tidak lekang di bibirnya.

"Ohh sebab tu ke and I nak tanya satu soalan boleh?".Soal Rin yang sudah lama memikirkan soalan ini.

"Meoww".

"Hyunie kata boleh".Ujar Hairi yang membuatkan aku tertawa kecil.

"Ahaha.You ni.I betul-betul nak tanya soalan ni".Tuturku yang masih tertawa kecil.

"Okay boleh.You nak tanya ape?".Permohonan untuk aku bertanya soalan kepada Hairi diluluskan.

"Kenapa you pakai topeng??".Tanyaku yang akhirnya memberanikan diri untuk menanyakan soalan itu.

"Ermmmm".Namun Hairi tidak menjawab pertanyaanku.

"You.....Sorry la I tak bermaksud nak buat you marah.I'm so sorry".Aku menundukkan kepalaku yang serba salah itu.

"Eh!Mana ada I marah.I tengah berfikir sebenarnya".Balas Hairi yang nak tahu tak apa yang dia tengah fikirkan??

Sebenarnya.....

Hairi tengah memikirkan jawapan untuk soalan Rin.Dia tidak ada alasan yang munasabah untuk menjawab soalan itu kerna dia memakai topeng itu tanpa sebab.Dia mula memakai topeng itu sejak dia di sekolah rendah.Masa itu,sekolah rendahnya ada mengadakan majlis hari lahir untuk semua pelajar yang lahir pada bulan Mei.Hairi hadir ke majlis itu dengan memakai suit dan juga memakai topeng di wajahnya.Sejak itulah dia amat menyukai topeng.Di rumahnya terdapat banyak koleksi topeng yang bermacam-macam bentuk dan warna.Sehingga topeng power rangers pun ada,kalau power rangers pun ada,mestilah topeng transformers pun ada.Ibu bapanya juga berasa hairan dengan minat Hairi yang pelik itu.Namun dibiarkan sahaja kerna kalau itu yang dia suka,ibu bapanya juga akan suka.

"Sebenarnya I pakai topeng ni sebab I kena cakar dengan Hyunie".Tipu Hairi yang mengada-adakan cerita.

"Meow??Meow??".

"Sorry Hyunie.Daddy libatkan Hyunie pulak dalam hal ni".Telah Izz di dalam hati.

Tertawa besar Rin mendengar jawapan yang tidak disangkakan itu.

"Kenapa you gelak?".Tanya Hairi yang dia pun tergelak dengan jawapannya sendiri.

"I teringat yang I ada baca artikel sebab you pakai topeng dan salah satu artikel tu ada tulis yang muka you kena cakar dengan Hyunie.Sebab tu lah you pakai topeng.I tak sangka pulak yang artikel tu betul".Terang Rin lalu menyambung tawanya.

"Oh jadinya you ada search pasal I la ni".Tanya Hairi yang tidak berhenti tersenyum itu.

"Ah..Ah...Ah..Mana ada I search pasal you..I dapat tahu pun daripada kawan I".Turn Rin pula yang menipu.Aduhh!! perasaan malu mula menyelubungi dirinya.

"Ye ke?Comel la you ni bila menipu".Kata Hairi sambil mencucuk pipi kananku dengan jari telunjuknya.

Hairi menatap mata Rin yang berada di hadapanya.Hyunie yang berada di dalam pelukannya,turun dan duduk di atas kerusi.Seperti tahu sahaja kucing itu tentang perasaan tuannya yang tidak keruan pabila bertentangan mata dengan Rin.

"Bila dekat.....you cantik".Puji Hairi seraya tersenyum herot.

Rin yang mula blushing itu memandang lelaki bertopeng itu.Pipinya bertambah merah pabila mendengar puji-pujian yang dizahirkan oleh Hairi.Mahu saja dia membuka topeng itu untuk melihat wajah Hairi yang sebenarnya.

"Ehem!Ehem!!".Kedengaran seseorang berdehem.

"Abang".Panggilku yang terkejut melihat Abang Ekh terpacak di sebelah kami.

"Macam mana aku boleh tak perasan yang abang Ekh dekat sebelah aku je ni?".Soal Rin di dalam fikirannya.

"Syok nampak!!".Ucap Ekh yang memandang tepat Hairi.

Tertelan air liur Hairi dibuatnya.Ekh sememangnya seorang yang cheerful tetapi pabila melibatkan adiknya, perwatakan dia akan berubah menjadi seorang yang tegas.Sayangnya pada Rin amatlah tinggi setinggi gunung Kinabalu.Ye Bah...

"Oh hai bro.Lama tak nampak kau.Apa cerita sekarang?".Tanya Hairi yang cuba memecahkan suasana yang tiba-tiba krik-krik itu.

"Tak ade ape cerita sangat.Macam ni je la.Macam ape yang kau tengah tengok sekarang".Jawab Ekh yang matanya memandang adik perempuannya.

Perasaan sayu dan pilu menusuk hatinya ketika melihat adiknya tersenyum manis.Dia tidak pasti sama ada adik kesayangannya itu akan terus tersenyum seperti itu lagi pada masa akan datang atau selepas ini adiknya akan menyimpan dendam terhadapnya.Apa yang bakal terjadi pun dia tidak tahu.Baik atau tidak.Semuanya terserah kepada ALLAH,kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

"Abang Ekh!Abang Ekh!".Rin memanggil abangnya.

Tersedar Ekh dari lamunannya pabila terasa yang lengannya digoyangkan oleh Rin.

"Dah Rin.Jom masuk dalam".Ajak Ekh seraya menarik tangan Rin.Sempat dia merenung seketika wajah lelaki yang bertopeng itu.

Rin hanya mengikut sahaja langkah abangnya yang tiba-tiba air mukanya berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience