Bab 60

Romance Series 30286

Rin menghabiskan masanya bersama rakan-rakan sekelasnya di Tadom Hill.Aktiviti yang mereka lakukan di sana sememangnya tidak akan dilupakan oleh Rin.Pelbagai perkara yang mereka lakukan.Antaranya ialah makan(sudah semestinya),memanah,rock climbing,berakit dan macam-macam lagi.Malah,ada satu lagi aktiviti yang tiada sesiapa rancang ketika mereka menginap di situ,ianya adalah malam mencari Rin.Satu aktiviti yang sangat mengharukan di mana semua rakan sekelas Rin bekerjasama untuk mencari rakannya yang tiba-tiba hilang pada waktu malam.Mengingatkan tentang perkara itu sahaja,Rin tertawa sendiri.

"Haaa kau gelak ape??".Tanya si pemandu kereta.

"Eleh biarlah orang gelak".Balas Rin seraya memeluk tubuhnya.

"Aku risau ada orang gile je kat sebelah aku".Tambah insan yang sedang memakai kaca mata hitam itu.

"Kau ni suka curi kebahagiaan orang lain kan??".Marah Rin dengan nada suaranya tidak terlalu tinggi.

"Curi kebahagiaan??Aku curi apa pulak ni??".Jawab orang yang dimaksudkan oleh Rin.

"Ye lah..Aku nak balik dengan kawan aku,bukannya aku nak balik dengan kau..Hurm".Kata Rin yang tidak puas hati dengan Izz yang menarik dirinya masuk ke dalam kereta.

"Wahai cik kuli..Zip mulut tu boleh???Membebel je lagi tadi".Bicara Izz sambil menjentik lengan Rin.

"Ok fine aku diam!!".Rin merajuk setelah mendengar apa yang telah dikatakan oleh Izz.

Suasana yang krik-krik mula mengisi di dalam kereta Izz.Kadang-kadang sempat juga Izz mencuri-curi pandang Rin di sebalik kaca mata hitamnya.Rin pula langsung tidak memandang Izz dan hanya memandang jalan raya sahaja.Mengenakan dan menyakat Rin adalah hobinya yang amat digemarinya walaupun ada kalanya tubuhnya menjadi mangsa tumbukan dan cubitan Rin disebabkan dirinya sendiri.

"Uit merajuk ke tu??Eleh eleh eleh..Merajuk pulak dia".Usik Izz sambil mencucuk lengan Rin.

Namun,tiada sebarang tindak balas yang dilakukan oleh Rin.

"Alooooooo...Jangan merajuk..Tak omey la merajuk".Sambung Izz yang juga tersengih.

Kali ini,Rin memusingkan kepalanya ke kiri dan memandang keadaan di luar tingkap di sebelahnya.

"Hilang la comel kalau merajuk macam ni".Izz cuba memujuk gadis yang merajuk itu.

"Hurmmm..Berhenti kejap kat tepi..Aku nak amik barang aku kat dalam bonet".Minta Rin dan Izz menuruti permintaan kulinya itu.

Rin keluar dari kereta dan berjalan laju meninggalkan kereta itu.Terkebil-kebil mata Izz yang melihat gadis itu berjalan ke hadapan dan bukan ke belakang untuk mengambil barangnya di dalam bonet.

"Uishh merajuk betul ni".Monolog Izz yang matanya masih memandang gadis yang baru keluar daripada keretanya.Izz memandu keretanya dengan kelajuan yang perlahan dan dia juga menurunkan tingkap keretanya.

"Hei!Janganlah merajuk..Aku gurau je..Meh masuk,kesian kau kena panas".Ajak Izz sambil membuka kaca mata hitamnya.

"Tak nak la..Aku lebih rela kena panas disebabkan cahaya matahari daripada hati aku panas disebabkan kau".Balas Rin yang tidak memandang Izz.

"Haa sebab tu la aku suruh kau masuk untuk sejukkan hati kau..Meh masuk,aku tolong sejukkan hati kau".Ujar Izz yang masih tidak mengalah untuk memujuk Rin.

"Tak ape terima kasih..Aku nak jalan kaki je".Ucap Rin dengan langkahnya yang semakin laju.

"Okay fine..Kalau itu yang dia nak".Kata Izz sambil mencapai telefonnya.Dia mendail nombor telefon Muadz untuk meminta bantuan daripadanya.

"Assalamualaikum Tengku".Ucap Muadz yang sedang memandu keretanya yang tidak jauh daripada belakang majikannya.

"Waalaikumusalam..Muadz aku nak mintak tolong ni".Minta Izz.

"Eeee tadi suh aku diam..Bila aku diam,dia suruh aku bercakap..Eeeeeee annoying betul la dia tu".Ngomong Rin seorang diri.

"Hurmm!!Senget betul si Izz tu".Sambung Rin yang sudah melangkahkan kakinya sejauh 300 m.

"Ermmm..Balik ni aku nak wat ape eh???Ada kerja ke aku kena wat??Rasanya macam tak ade".Tutur Rin sambil memikirkan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikannya.

"Yang aku ingat...Puan Izwana je ada bagi kerja..Tapi lambat lagi kena hantar..So tak pe tak pe..Jangan terburu-buru..Buat research lepas tu baru aku start buat kerja".Fikir Rin.

"Pin!!Pin!!".

Sebuah kereta Ferrari dipandang oleh Rin.Nombor plat kereta tersebut amat dikenalinya..Siapa lagi kalau bukan lelaki yang popular di universitinya.

"Dia tinggalkan aku???".Ujar Rin yang juga tergamam melihat kereta Izz meninggalkannya seorang diri di situ.

"Serius ahh dia tinggalkan aku???".Tambah Rin yang masih tidak percaya akan apa yang terjadi.

"Tapi tu betullah kereta Izz..Jadi memang betullah aku kena tinggal??YA ALLAH!!!".Jerit Rin di sisi jalan.

"Aku taklah tergamak sangat nak tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini".Suara garau didengari oleh Rin.

"Hah??Eh!!Eh??Ehhhhhhh~~~~~~?".Rin terkejut tatkala melihat Izz berada di belakangnya.

"Ape eh eh???Panjang bebeno eh kau".Tutur Izz yang berjalan dengan matanya yang tidak memandang Rin.

"Kau buat ape kat sini??Bukan tadi kereta kau ke??".Soal Rin yang masih keliru selepas melihat kereta Izz tadi.

"Hurmm..Iya tadi tu kereta aku.Aku mintak tolong Muadz bawak balik kereta aku".Jawab Izz.

"Ohhh ok la bye".Bicara Rin yang baru teringat yang dia merajuk dengan Izz.

"Bye??Kau nak pergi mane?".Tanya Izz yang melihat Rin melangkahkan kakinya dengan lebih laju.

"Balik ahhh".Jawab Rin yang tidak memandang ke belakang.

"Weii!!Tunggulah aku..Kau ingat aku jalan kaki ni saje-saje je ke??Bahaya tahu tak perempuan jalan sorang-sorang?".Jerit Izz yang mempercepatkan langkahnya.

"Aku tak suruh pun kau jalan dengan aku".Kata Rin.

"Suka hati kau lah nak cakap ape..Janji aku jalankan tugas aku sebagai seorang lelaki yang budiman lagi baik ni untuk melindungi kaum hawa yang lemah....Macam kau".Tutur Izz yang sudah dapat mengejar Rin.

"Aku ni lemah??Kau nak tengok ke aku lemah macam mana??".Tanya Rin dengan memberi pandangan yang tajam kepada Izz.

"Okay okay..Kau jangan nak banyak cakap..Nanti kalau jadi ape-ape kat kau..Aku pulak yang kena".Ujar Izz yang risau akan keselamatan gadis itu jika dia berjalan seorang diri di jalan yang sunyi itu.

"Hurm..Ape-ape je la.Malas aku nak layan kau".Bicara Rin yang menjelingkan matanya ketika mata Izz tertembung dengan matanya.

"Dah lah..Aku tahu aku salah..Aku mintak maaf,maafkan lah aku..Please..Janganlah merajuk lagi,susah aku nak pujuk".Pohon Izz sambil memegang bahu kanan Rin.

"Hurmm..Sape kata yang aku merajuk dengan kau??".Tanya Rin yang senyuman mula terbit di wajahnya.

"Ah ah abis??Kau marah aku ke??Sorry eh".Pujuk Izz lagi seraya memusingkan tubuh Rin supaya wajah Rin menghadap dirinya.

"Mana ada..Aku tak marah or merajuk pun..Saje je".Kata Rin dengan wajah yang selamba.

"Orang risaukan dia,dia boleh main-main pulak..Dah la..Aku nak merajuklah".Ujar Izz lalu berjalan menjauhkan dirinya dengan Rin.

"ALLAH!Ini kalau dia yang merajuk...Susah yang amat nak pujuk ni".Telah Rin di dalam hati.

"Weiiiiiiiii tunggulah Tengku!!Janganlah merajuk!!!".Laung Rin seraya tertawa.

Izz yang mendengar laungan Rin itu memusingkan badannya dan menjelirkan lidahnya kepada Rin.Tertawa gadis itu melihat reaksi daripada Izz,terus dia menapakkan kakinya dengan lebih laju daripada sebelum ini.Apabila dia berada di belakang Izz,dia menepuk bahu jejaka itu dengan lembut dan melihat Izz dengan segaris senyuman.

"Aduhhhh dah la panas ni,memang sah cairlah aku".Fikir Izz yang membalas senyuman daripada Rin.

"Sorry sebab aku risaukan kau and sorry jugak sebab sengaja cari pasal dengan kau".Pinta Rin dengan hati yang ikhlas.

"Ye la ye lah aku maafkan..Sekali lagi kau buat macam ni,aku tinggalkan kau betul betul".Ugut Izz lalu menjentik dahi Rin.

"Auuu sakit lah..Okay okay...By the way,betul ke kita balik jalan kaki ni??".Tanya Rin yang tidak percaya Izz meminta Muadz membawa keretanya ke rumah jejaka itu.

"Hah iyelah,dah kau yang nak sangat jalan kaki..Aku bagi kau chance ni nak kuruskan badan..Jangan membebel-bebel lagi lepas ni kata yang kau dah gemuk".Bicara Izz sambil menggerak-gerakkan jari telunjuknya.

"Aku memang gemuk pun tau..Berat aku pun dah naik".Risau Rin setelah melihat penimbang berat badan menunjukkan angka 45.

"Kau gemuk ke,chubby ke apa ke kau tetap comel".Tutur Izz seraya tersenyum herot.

"Hah ye ke??".Soal Rin yang suka mendengar apa yang dikatakan oleh Izz.

"Iya..Contohnya,tengok aku..Aku makan banyak macam mana pun,berat aku still mantain and aku still handsome".Izz mula memuji diri sendiri.

"Ceh!!Poyo je".Kata Rin lalu mencebikkan bibirnya.

==========

"What the he**".Jerit Tessa yang terkejut.

"Huh why??".Soal Hairi yang juga terkejut melihat Tessa menjerit.

"Why there is another man in this room??".Tanya Tessa sambil menunjukkan seorang lagi lelaki yang sedang memakai bathrobe.

"Suprise!!".Kata Hairi lalu berdiri menjarakkan dirinya dengan Tessa yang terjatuh di atas lantai disebabkan oleh dirinya.

"Thank you for everything beautiful".Ucap lelaki yang baru keluar daripada bilik air itu kepada Tessa.

"What's happening??".Soal Tessa yang tidak memahami keadaan yang sedang berlaku.

"Nothing..Just you make my friend satisfied and happy".Balas Hairi dengan senyum herot.

"What do you mean??".Tanya Tessa yang masih keliru itu.

"Hey lady!You make out with me..Don't you remember??".Soal lelaki itu seraya mengusap pipi Tessa.

"With you??No!!Hairi!!Say something!!".Marah Tessa yang tidak percaya akan kata-kata lelaki itu.

"Macam ni lah cik Tessa..Apa yang kawan aku kata ni memang betul..Dialah yang tidur dengan kau and yeahh...Aku yang suruh dia gantikan tempat aku sebab aku tak nak".Jawab Hairi dengan memandang tajam Tessa.

"You are lying..Tell me the truth".Marah Tessa lagi sambil berdiri lalu menolak Hairi.

"So,betullah yang kau faham Bahasa Melayu..Kau yang menipu sekarang ni..Heiii kau ingat aku ni ape???Senang-senang kau nak gamekan aku..Kau ingat aku bodoh ke??Kau gamekan orang yang salah lah".Marah Hairi pula lalu mendekatkan dirinya dengan Tessa yang mula ketakutkan.

"I didn't understand what are you talking about..Please speak in english".Ujar Tessa yang mengundurkan dirinya ke belakang sedikit.

"Hey perempuan!!Lu jangan ingat kitaorang tak tahu eh pasal engkau..Engkau buat ini semua untuk curi duit Hairi kan??Lebih baik engkau mengaku sebelum aku laporkan perkara ini kepada polis".Ujar lelaki yang berbangsa cina itu.

"Chill Andy aku tahu aku nak buat ape dengan perempuan ni".Kata Hairi yang menuju ke meja yang berada di sisi katil untuk mengambil beg tangan Tessa.Hairi mengeluarkan dompet Tessa dan mengambil kad pengenalannya.

"See..Kad pengenalan ni..Ada bendera Malaysia lah..Aku tak tahu la pulak omputih sekarang dekat IC diaorng,diaorang dengan bangganya letak bendera Malaysia".Perli Hairi lalu mencampak kad pengenalan Tessa ke atas lantai.Tessa tidak mampu berkata apa-apa kerana sudah terang lagi bersuluh yang dia menipu.

"Jadi cik Tessa eh salah..Cik Hui Yin..Kau tahu tak aku jumpe wallet aku dalam handbag kau tadi??Huh?!".Soal Hairi kepada Hui Yin yang diam membisu.

"Hey lu tak ada mulut ka??".Tanya Andy lalu menolak Hui Yin ke atas katil.

"Okay okay..Saya minta maaf".Pohon Hui Yin seraya menundukkan kepalanya.

"Kenapa kau buat benda ni??".Soal Hairi yang disudut hatinya,dia terasa kasihan akan wanita itu.

"Saya buat ini semua untuk duit,saya perlukan duit sekarang ini..".Tutur Hui Yin untuk meraih simpati daripada Hairi.

"Berapa banyak kau nak??".Soal Hairi yang sedang mengambil buku cheque di dalam begnya lalu menulis nilai wang yang mahu dia berikan kepada Hui Yin.

"Nah!!Ini je yang aku mampu bagi".Kata Hairi sambil menghulurkan sehelai cek yang bernilai RM10,000.

"Pandai pandailah kau tukar duit ni nanti".Sambung Hairi yang melihat ada senyuman terbentuk di bibir Hui Yin.

"Aku nak kau keluar daripada bilik ni..Jangan bagi aku nampak lagi muka kau..Kalau aku nampak,aku tuntut balik duit yang aku bagi kat kau..Keluar sekarang".Ujar Hairi lalu menunjukkan pintu bilik itu kepada Hui Yin.

Hui Yin dengan pantas memakai pakaiannya setelah melihat jelingan tajam Hairi yang amat menakutkan dirinya.Cek yang diberi oleh Hairi disimpan di dalam beg tangannya.Andy yang juga terlibat di dalam situasi itu hanya melihat sahaja perilaku kawannya terhadap wanita yang tidur dengannya.Justeru,selepas mengucapkan terima kasih tanpa memandang wajah Hairi dan Andy,Hui Yin segera keluar daripada bilik itu.

"Engkau ni,kasihankan sangat perempuan itu..Kalau aku lah,aku bawa sahaja dia ke balai polis..Biar polis yang uruskan segalanya".Bicara Andy yang geram akan wanita itu.

"Hurm..Biarkan je la dia..Aku malas nak serabutkan diri aku dengan perempuan tu".Ujar Hairi yang membawa dirinya ke balkoni.

"Hah Hairi..Macam mana engkau tahu yang dia orang Malaysia dan bila engkau nampak yang dia ambil wallet kau??".Tanya Andy yang hairan bagaimana kawannya itu tahu tentang warganegara sebenar wanita itu.

"Masa korang berdua nyenyak tidur,tiba-tiba ada bunyi ringtone phone..Aku ternampaklah yang Hui Yin tu angkat phone dia and dia cakap Bahasa Melayu masa tu..Start daripada situlah aku senyap-senyap tengok purse dia dan aku nampak la IC dia and at the same time aku jumpa wallet aku..Entah bile dia ambil wallet aku pun aku tak tahu".Jelas Hairi sambil memandang bandar China yang sesak pada waktu pagi.

"Ohhh..Dia tak nampak engkau ke??".Soal Andy lagi.

"Tak..Sebab tak ada satu lampu pun menyala dalam bilik ni..Kalau dia nampak,dah sah-sah la kantoi yang sebelah dia bukan aku..Hahaha".Jawab Hairi lalu tertawa kecil.

"Ya la..Hahahaha..Betul juga ya..Ah Hairi lu balik Malaysia bila??".Soal Andy yang merancang mahu meluangkan hari cutinya dengan Hairi.

"This evening".Balas Hairi ringkas.

"Woah..Banyak cepat..Aku baru mahu bawa engkau ke tempat yang selalu aku pergi..Kenapa engkau mahu balik cepat??".Tanya Andy yang banyak bertanya itu.

"Aku rindu someone lahh".Jawab Hairi yang juga tersengih di saat teringat akan wajah tunangnya.

"Wow..Someone??Siapa??Engkau tak ada cerita apa-apa pon pada aku tentang someone tu".Kata Andy yang berada di sebelah Hairi.

"Okay aku cerita tapi sebelum tu..Bawak la aku pergi makan..Aku dah lapar sangat ni".Ujar Hairi yang sedang kelaparan.

"Hahahah..Kenapa engkau tak cakap awal awal..Jom aku bawak engkau kat restoran Halal yang paling sedap di China ni".Ajak Andy yang juga kelaparan itu.

"Alright jom".Hairi bersetuju dengan ajakan Andy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience